Friday, February 3, 2012

JEMPUTAN MENYERTAI PROJEK PENULISAN AMAL: SETEGUK INSPIRASI SEULAS MOTIVASI

Assalamualaikum, salam pertemuan kembali buat semua sahabat blog NUR.Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT dengan izin NYA, ain masih mampu menggunakan kemampuan yang ada untuk berkongsi coretan disini dengan sahabat semua.



Sejak di bangku sekolah rendah lagi ain berminat dalam bidang penulisan, terutamanya dalam Bahasa Melayu.Mungkin faktor persekitaran dan suasana membesar yang menggunakan 100% Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian, membuatkan ain lebih gemar dengan bahasa ini.Ain pernah memasang cita-cita ingin menjadi seorang guru dalam subjek Bahasa Melayu suatu ketika dahulu.Ain juga gemar membaca buku-buku novel sewaktu bersekolah dan tak kurang juga memasang angan-angan menjadi seorang penulis novel.Namun itu semua, kekal dalam ingatan selamanya.[tersenyum sendiri]

Tidak bergelar guru mahupun penulis novel tidak pernah mematahkan semangat dalam diri ini untuk terus berkarya dengan cara tersendiri.Alhamdulillah, dengan adanya laman blogger ini dapatlah ain gunakan kesempatan mengasah penulisan ain disini walaupun tidak sehebat penulis-penulis yang sedia ada.

Berkarya melalui penulisan di alam maya bukanlah ingin mengejar populariti atau rating pengikut tertinggi di alam maya.Sekadar ingin berkongsi pandangan dan perbincangan dengan sahabat dan saudara sesama Islam, mahupun pembaca di luar sana yang ingin mengenali Islam.Niat hati moga-moga ada pembaca disini semakin ingin dekat mencintai dan mengenali Islam dengan baik, InsyaAllah dengan izin NYA.

Alhamdulillah, hampir 2 tahun ain bergiat dalam penulisan blog.Selama itu juga ada sahabat blog NUR yang terus mengikuti perkembangan ain tidak kira di blog mahupun di FB secara diam.Alhamdulillah, ain hargai sokongan kalian.Apapun, ain hargai dan masih mengharapkan teguran daripada semua andai ada yang ain kongsikan di sini tidak bersesuaian.Moga-moga dengan teguran positif itu dapat ain perbaiki kelemahan dari masa ke semasa.

Perkara yang harus ain titikberatkan jika ingin terus berkarya melalui penulisan adalah menjadikan setiap penulisan itu bermanfaat kepada orang lain.Buat sahabat NUR yang sudah pasti ada diantara kalian terlibat dalam penulisan maya, ambil masa sejenak membaca artikel ini, Muhasabah Seorang Penulis.Kata-kata yang memberi kesan pada diri ini, "setiap tulisan punya tanggungjawab yang besar perlu ditanggung oleh penulisnya di dunia dan akhirat kelak."

Baiklah, pasti ada yang tertanya-tanya apa kaitannya ini semua dengan tajuk coretan ini???

Sukacita ain ingin berkongsi dengan sahabat NUR yang mempunyai karya peribadi yang boleh dijadikan motivasi atau inspirasi pada yang lain, dan yang paling penting karya tulisan sahabat bertujuan menyampaikan kebaikkan sambil berdakwah, bolehlah turut serta dalam JEMPUTAN MENYERTAI PROJEK PENULISAN AMAL: SETEGUK INSPIRASI SEULAS MOTIVASI

Karya-karya yang dihantar nanti bukanlah bertujuan mencari keuntungan semata-mata.Sahabat boleh ke link diberikan untuk tahu lebih lanjut.Karya sahabat akan disemak dan dipantau oleh Ustaz Zahiruddin Zabidi.

Selamat berkarya!

No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR