Saturday, February 18, 2012

SEMINAR MARKETING POWER

Bissmillah,




Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua sahabat NUR.Moga kalian semuanya dalam keadaan sihat dan dalam lindungan Allah SWT selalu.Aamiin.

Alhamdulillah, bertemu kita kembali setelah sekian lama ain tidak berkunjung membuat coretan di sini.Terima kasih ain ucapkan buat sahabat pembaca sekalian yang telah meninggalkan komen di sini.Walaupun ain tidak dapat membalas, namun ain amat-amat hargai pandangan dan komen kalian.

Hari ini ain ingin berkongsi ilmu baru dengan sahabat semua.Lihat kan gambar yang ain lampirkan di atas? Alhamdulillah, pagi ini ain hadirkan diri bersama suami tersayang ke seminar yang dikendalikan oleh DR.Azizan Osman.Dengan izin Allah SWT, suami tergerak hati untuk hadirkan diri dan turut sudi membawa ain bersama[siap sudi sponsor]...Alhamdulillah.

Serba ringkas berkenaan DR.Azizan Osman, beliau merupakan salah seorang saudara Islam kita yang berjaya dan beliau mempunyai kepakaran dalam membantu orang ramai dalam mencungkil potensi diri dan dalam masa yang sama membantu mereka dengan tips-tips berguna serta bermanfaat bagi digunakan dalam sebarang jenis perniagaan.SubhanAllah, itulah yang patut kita lihat dalam diri seseorang muslim iaitu menggunakan kebolehan diri dan ilmu yang ada untuk membantu orang lain terutamanya saudara sesama Islam untuk bangkit berjaya di dunia mahupun di akhirat, InsyaAllah.

Salah satu sebab mengapa ain dan suami hadirkan diri ke seminar sebegini adalah, kami berdua amat meminati bidang perniagaan dan sudah bermula sejak 2 tahun yang lalu tidak kira secara onnline atau offline.Namun kami tidak pasti potensi perniagaan kami di masa hadapan dan tidak pasti bagaimana dan bila harus bermula.Maka, seminar sebegini amatlah tepat dan tidak rugi untuk kami hadirkan diri, InsyaAllah.

Bagi ain sendiri yang lebih tertumpu kepada bisnes alam maya sejak 2 tahun yang lalu secara sambilan dan kini hampir setahun secara sepenuh masa, masih lagi berusaha untuk tingkatkan prestasi diri dan perniagaan.Malah, ain masih berusaha untuk mempunyai brand sendiri dalam pasaran alam maya mahupun as home business iaitu perniagaan dari rumah.Sahabat pembaca NUR boleh ke laman blog bisnes ain di Nur Ain'Z Boutique atau bagi sahabat yang mempunyai laman sosial seperti FB boleh ke page ain terus Nur Ain'z Boutique.



Di pihak suami pula, beliau lebih tertumpu kepada pasaran offline seperti pasar malam atau night market.Alhamdulillah, sambutan menggalakkan namun seperti ain, suami juga mencari-cari cara untuk kuasai pasaran night market ini dengan lebih sistematik, InsyaAllah.



Berbalik kepada perihal Seminar Marketing Power 2012, DR.Azizan Osman atau dikenali sebagai DAO memulakan seminar dengan kata-kata semangat dan motivasi buat para peserta seminar.Antaranya adalah:

-Apa yang aku fikir
-Apa yang aku rasa
-Apa yang aku cakap dan
-Apa yang aku buat


Apa yang DAO cuba sampaikan adalah, kita adalah bagaimana kita berfikir, kita adalah bagaimana kita rasakan dalam diri, kita adalah sebagaimana cara kita bercakap, dan kita adalah dari bagaimana kita bertindak.Secara ringkas di sini, namun mempunyai maksud yang mendalam dan tersirat.Nak tahu lagi, kena hadirkan diri dan rasakan dan fahami terus dari DAO yang lebih arif lagi ilmunya.Ain hanya mampu menerangkan sedikit sebanyak dengan cara tersendiri.

Selain itu, DR.Azizan Osman turut menekankan kepada kami para peserta tentang konsep membina kekayaan untuk menuju ke akhirat.Salah satu perkara yang membuatkan diri ini berfikir.Menurut DAO, tiada salah untuk impikan kekayaan tetapi yang silapnya ke mana kita ingin gunakan kekayaan kita itu kelak.Ramai orang bercita-cita ingin menjadi kaya atau jutawan tetapi tidak mempunyai matlamat menjadikan kekayaan yang dimiliki sebagai aset untuk menuju ke negeri akhirat yang abadi.

DR.Azizan turut menekankan tentang pemikiran masyarakat Islam terutamanya di Malaysia yang sekadar ingin hidup biasa-biasa dan takut untuk menjadi luar biasa.Tiada salah ingin melakukan sesuatu yang luar biasa untuk berjaya kerana dengan kejayaan yang kita miliki, dengan izin Allah SWT juga, InsyaAllah akan menjadi inspirasi kepada saudara Islam kita yang lain.Masyarakat CIna dikatakan pelopor dalam dunia perniagaan, namun bagi ain sendiri yang sememangnya berbangsa Cina dan muslim, tanpa ada ilmu dan mentor tidak mungkin akan berjaya.

Itu adalah kata kunci untuk berjaya dalam hidup.Untuk berjaya di dunia, perlu ada ilmu.Untuk berjaya di akhirat juga perlu ada ilmu.Namun untuk mendapatkan ilmu, kita perlu berguru atau mencari mentor.

Apa lagi yea kata kunci dan tips-tips yang lain? Bagi sahabat pembaca NUR yang ain pasti terdiri daripada golongan pelajar, professional, bekerja makan gaji atau bekerja sendiri, malah suri rumah tangga juga digalakkan untuk hadirkan diri ke seminar sebegini.Ini salah satu cara untuk kita kenali potensi diri dan kenalpasti apa matlamat kita dan apa tanggungjawab kita sebagai seorang individu yang bernama Muslim.

Seminar ini bukanlah semata-mata fokus kepada kekayaan duniawi, apa yang DR.Azizan cuba sampaikan adalah menggunakan kemampuan, kelebihan diri untuk manfaat bukan hanya pada diri sendiri, tapi juga untuk orang lain.Bukankah itu salah satu Fardhu Kifayah buat kita tanpa kita sedari? SubhanAllah...

InsyaAllah, ain dan suami akan, dan bakal mengikuti seminar akan datang iaitu susulan dari program seminar yang kami hadiri pagi ini.InsyaAllah, segalanya hanyalah dengan izin NYA...

2 comments:

  1. tq sharing

    -from http://www.facebook.com/pages/Kedai-Permata-Yang-HilangStok/260383657333157

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR