Saturday, March 3, 2012

Agama Nabi dan Rasulku Adalah Agamaku

Assalamualaikum, salam sejahtera buat sahabat setia NUR.Alhamdulillah bertemu kembali kita di alam maya ini.

Kali ini ain ingin berkongsi nota usrah yang diperolehi melalui salah seorang sahabat usrah ain iaitu adik Nor Abdullah.Moga perkongsian ini bermanfaat buat kita bersama, InsyaAllah.






~ Hakikat kejadian manusia itu yang dibekalkan dengan akal dan fikiran bukan..Tapi dengan kurnian akal dan fikiran sahaja manusia itu tidak mampu untuk memahami sesuatu yang berada di luar batas kemampuannya tanpa petunjuk dari ALLAH. Sebab tu wujud golongon ahli falsafah ketuhanan yang mana mereka ni membelakangkan wahyu illahi dengan meletakkan manusia ,kebendaan, haiwan kayu dan batu serta perkara-perkatra ghaib pula sebagai tempat pengabdian.

Allah itu sangat Penyayang..Selepas DIA menciptakan kita semua, DIA ciptakan juga kediaman kita dan bahan-bahan alam yang saling berkait dengan kita. Diturunkan juga ajaran yang mengatur kehidupan kita complete dengan Rohani,Jasmani,Individu, Masyarakat, Moral dan Material. See.. see..Ini menunjukkan betapa ADIL nya ALLAH pada kita.Tengok.. Betapa sayangnya Allah pada kita..

Betapa Allah sayangkan kita. Dia menurunkan para Anbiya' untuk memimpim dan mengajak manusia agar menuju jalan ALLAH seperti yang di firmankan oleh ALLAH dalam surah Al- Baqarah ayat 213 yang bermaksud :-

"Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)."


Kesimpulan nya dulu manusia itu mengikut agama sebenar, then mereka bertelingkah dan lalu melakukan kejahatan di bumi dan dengan hasutan syaitan yang jahat ni..yang mana akhirnya menjadikan mereka kufur dan lupa serta sengaja tak nak ikut jalan yang ALLAH sudah tetapkan.

Oleh kerana melihat kan manusia ni lupa daratan ,maka ALLAH menurunkan anbiya' (nabi-nabi) untuk bawa kembali manusia manusia yang lupa daratan ni ..

Menurut riwayat dari Ibnu Abbas ,jarak antara Nabi Adam a.s dan Nabi Nuh ialah 10 kurun .So dalam tempoh masa ni manusia masih berada dalam jalan yang benar sehinggalah berlaku kekufuran lalu Allah mengutuskan Nabi Nuh a.s dan di ikuti oleh rasul-rasul yang sesuai menurut umat dan masa ketika itu.Sehinggalah Nabi Muhammad yang merupakan penutup segala Nabi (Khatimul Anbiya').

Sesungguhya Islam tu agama rahmat,Kalau setiap manusia faham. tak akan ada yang menolak ajaran Islam.

Lihat betapa Allah amat sayangkan kita.. Even seorang ibu kalau nak bagi anak makan akan buang dulu tulang-tulan gikan tu kan.. Bagi isi je kat anak-anak..Even kita makhluk sesama makhuk pun penuh sifat kasih sayang . Inikan pula Yang Maha Pencipta .. ALLAH. lagi tinggi cintanya pada kita.. Kita je tak sedar-sedar #lap airmata#

Bukti yang menunjukkan bahasa agama para nabi dan rasul kita adalah ISLAM diterangkan dengan jelas dalam Firman ALLAH dalam surah Al- Imran Ayat 67 bermaksud:-

"Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik."


Dan juga jelas di sini peranan Nabi dan Rasul amat besar dalam membawa ajaran islam berpandukan wahyu dari ALLAH SWT..Dan betapa ALLAH itu amatlah bijak di jadikan nya perutusan agama itu adalah di kalangan manusia juga,..

Sesuai dengan keperluan manusia itu sendiri#cuba bayangkan kalau mende lain yang menjadi perutusan. kan ke susah.. bahasa pun tak paham haaa..mcm mane tu..#Pejam mata bayangkan .. kan susah tu..

Seperti firman ALLAH SWT dalam surah Ibrahim ayat 4 yang bermaksud :-

"Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka."

Makanya di sini kita dapat jelaskan bahawa bahasa menjadi pengikat sesuatu ukhwah. Sebelum Nabi Muhammad , nabi-nabi lain tak bercakap dalam bahasa arab tetapi dalam bahasa kaum mereka seperti Nabi Musa speaking Ibrani (Israel) ..dan Muhammad bertutur dalam bahasa arab sesuai dengan zaman itu

Kelebihan Nabi Muhammad adalah baginda merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir yang menyebarkan syariat secara universal,.Maknanya sebelum-sebelum ni ajaran islam yang di bawa oleh nabi dan rasul tu masih belum lengkap.. Dan yang melengkapkan nya adalah ajaran yang di bawa oleh Muhammad bin Abdullah. Hanya ISLAM sahaja yang wujud. Tidak ada perkataan lain selepas 'ISLAM'.. Islam tu namanya da cantik daa. So pasni kalau dengar mcm ISLAM hadhari ke,. Islam liberal ke.. ape ke.. tu semua SALAH ok. #sila angguk kepala#. Ini bertepatan dengan Firman Allah dalam surah Al- Maidah ayat 3 :-

"Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu"

~ Dalam ayat 3 surah Al- Maidah ini di turunkan semasa Nabi Muhammad selesai mengerjakan tawaf wada' .Setelah 8 tahun meninggalkan kota Mekah bersama Abu Bakar, akibat tentangan hebat dari kaum Musyrikin,akhirnya baginda kembali dengan membawa 100 ribu pengikut baginda dan menawan kembali Kota Mekah, Ini menyebabkan kaum kafir rasa berputus asa melihat betapa ramainya manusia yang memeluk Islam ^^ # sila senyum dengan bangga#

Jelaslah di sini agama yang diredahai ALLAH adalah agama yang di bawa oleh Nabi dan Rasul iatu ISLAM dan Nabi Muhammad itu adalah Nabi yang terakhir dan penutup bagi segala Nabi.

Sekian.
Ilal Liqaaq ^^D) V


Alhamdulillah, syukran buat adik Nor Abdullah yang telah bersusah payah menyiapkan nota untuk ahli usrah kami yang lain.Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita bersama, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR