Thursday, March 8, 2012

AL-HABIB NOPEL BIN ABDULLAH AL-KAFF

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat sekalian.Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT atas Rahmat NYA kita masih lagi diberikan kenikmatan kehidupan dan seharusnya kita syukuri dan hargainya dengan sebaik mungkin.

Ingin berkongsi dengan sahabat NUR sekalian, Alhamdulillah atas izin Allah SWT ain dan suami berkesempatan menghadiri majlis ilmu baru-baru ini di salah sebuah masjid di bandar melaka iaitu Masjid Fat'hur Pengkalan Rama.

Alhamdulillah, pihak pengurusan Masjid Fat'hur telah menjemput para ulama dari pasentren Indonesia.Salah seorang ulama istimewa dalam majlis yang mulia ini adalah Habib Naufal bin Hamid Al-Kaff atau lebih dikenali sebagai Al-Habib Nopel bin Abdullah Al-Kaff.

Di sini ain ingin berkongsi secara ringkas biodata berkenaan beliau:





Habib Naufal bin Abdullah bin Ahmad Al-Kaff adalah cucu seorang ulama besar Palembang, Habib Ahmad bin Hamid Al-Kaff.

Beliau yang lahir di Palembang pada tahun 1964, mendapat pendidikan pertama dari keluarganya dalam dasar-dasar ilmu agama. Ayahnya, Habib Abdullah, adalah seorang pendakwah yang gigih di Palembang.

Pendidikan yang diterima Habib Nopel di usia muda adalah di Pasentren Ar-Riyadh.Apabila usianya mencecah 15 tahun, beliau mendapat biasiswa untuk meneruskan pelajaran ke Makkah di Pasantren Habib Muhammad Alwi Al-Maliki.

Semasa menuntut di Pasentren beliau sudah fasih berbahasa Arab, maka tiada masalah menyesuaikan diri di pasentren Mekah yang pelajarnya perlu berbahasa Arab sahaja.

Habib Nopel menuntut di Makkah dari tahun 1979 sehingga tahun 1986 dan kembali mengajar di pasentrennya di Ar-Riyadh, juga mengajar di Madrasah Darul Muttaqin, Palembang.Habib Nopel juga membuka Madrasah Haramain ketika itu.Selang beberapa lama. akhirnya beliau berhijrah ke Madinah selama 5 tahun.

Selepas 5 tahun dan selang beberapa ketika, akhirnya beliau mengasaskan pasentrennya sendiri yang kini amat dikenali iaitu Pasentren Darul Habib, di Sukabumi Jakarta Indonesia.
[maklumat berkenaan Habib Nopel didapati di Majalah al-Kisah]

Alhamdulillah, begitulah serba sedikit ain tahu berkenaan beliau.Semasa majlis ilmu berlangsung juga ada dimaklumkan butiran mengenainya.

Baiklah, serba ringkas berkenaan majlis ilmu ini.Selepas para jemaah menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah, majlis dimulai dengan bacaan Qasidah oleh ulama Indonesia iaitu Ustaz Zainulamin bin Ismail Al-Hafiz.

Secara jujur, itulah ain dengar buat pertama kalinya secara langsung bacaan Qasidah.Sebelum ni ain diperkenalkan dengan bacaan Qasidah oleh sahabiah yang ain kenali.SubhanAllah sungguh indah dan syahdu sewaktu alunan Qasidah diadakan, lagi-lagi disertai oleh para jemaah muslimin dan muslimat yang hadir.Maaf yea sahabat NUR sekalian, ain terlupa untuk merekod majlis ini berlangsung untuk tatapan semua.

Banyak ilmu yang Habib Nopel kongsikan semasa majlis berlangsung.InsyaAllah, akan dikongsikan pada coretan akan datang.

Coretan ini bertujuan mengajak sahabat NUR untuk sama-sama mendekatkan diri dengan majlis-majlis ilmu berdekatan dan berkenalan lebih dekat dengan para ulama.Moga-moga coretan ini dapat mengingatkan diri ini dan sahabat semua agar mencintai majlis ilmu.

Sesungguhnya majlis ilmu adalah majlis zikir, majlis yang amat disukai para malaikat dan yang manisnya Allah SWT merahmati mereka yang hadir dalam majlis ilmu.SubhanAllah.

InsyaAllah, moga bertemu lagi di coretan akan datang.

1 comment:

  1. Assalammulaikum nur, saya badrolshah al-kaff. Saya sekarang berada/menetap di malaysia iaitu johor bahru. saya ingin mendapatkan no.hp/email tujuan menyelidik beliau. disebabkan dato saya memang berasal dari palembang. untuk permulaan saya perlu bertanya kabar dan minta nasih beliau. semoga nur dapat menolong saya, semoga nur dan keluarga mendapat shafat nabi saw ketika kita alam barzrah nanti. aamiin.

    ini sedikit biadota saya.
    nama: syed badrolshah bin syed hamid al-kaff
    email: badrolshah@gmail.com

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR