Tuesday, March 20, 2012

FRIENDLY COMPARATIVE RELIGION

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat NUR sekalian.Alhamdulillah bertemu kita kembali di alam maya.Moga sahabat semua dalam lindungan Allah SWT, aamiin.

Baru-baru ini ain telah menghadiri kursus di Kuala Lumpur selama 2 hari.Ingin rasanya ain berkongsi dengan sahabat semua tentang kursus berkenaan.Maka di sini ain coretkan serba ringkas untuk perkongsian bersama, moga ianya bermanfaat InsyaAllah.





Friendly Comparative Religion atau lebih dikenali sebagai FCR ini adalah satu kursus perbandingan agama yang telah mula ditubuhkan di Malaysia semenjak tahun 2001, di bawah kelolaan badan NGO, Islamic Information & Services[IIS]. dan Saba Islamic Media yang merupakan penaja utama pertubuhan ini.

Tujuan FCR ini diadakan adalah untuk menyampaikan dakwah kepada non muslim dengan berkesan dan juga membantu menimbulkan kefahaman dan kesedaran kepada orang Islam kepentingan berdakwah dalam Islam.

Pada sesi kursus berkenaan, penceramah utama adalah seorang muslim revert iaitu Bro Shah Kirit bin Kakulai Govinji, dan Bro Engku Fauzi.

Sesi dimulakan oleh Bro Shah dengan pengenalan berkenaan berdakwah.Menurut Bro Shah, berdakwah adalah kewajipan setiap orang muslim.Berdakwah di sini bermaksud mengajak, menyeru dan memanggil untuk berbuat kebaikkan.Ianya adalah satu perjuangan dalam menyebarkan mesej Islam kepada non muslim.Sedangkan Islah pula bermaksud berdakwah kepada orang-orang Islam untuk memperbetulkan kefahaman atau permasalahan agama.





Gambar di atas adalah yang sempat ain ambil semasa sesi kursus.Bro Shah adalah yang berrdiri memakai kot hitam, Bro Engku Fauzi yang sedang duduk, manakalah Bro Mas-yuri yang memakai TShirt putih adalah antara admin FCR.

Dalam FCR, para peserta didedahkan dengan sejarah dan perkembangan agama lain yang ada di Malaysia amnya iaitu agama Kristian, Buddha dan Hindu.Para peserta diberi kefahaman akan kewujudan agama-agama lain selain Islam kerana untuk menjadi pendakwah yang berkesan perlu ada kefahaman tentang agama lain agar lebih mudah bagi kita mendekatkan diri dengan yang non muslim.

Seperkara yang pernah ditekankan sewaktu usrah online, turut ditekankan oleh Bro Shah bahawa Islam bukanlah agama, Islam adalah suatu syariat yang lengkap dalam kehidupan seorang muslim.

Sebagai seorang muslim, kita semua bertanggungjawab dalam menyampaikan dakwah atau mesej Islam kepada non muslim.Maka, untuk berdakwah kita perlulah selalu berlapang dada dan dapat menerima kritikan agama lain terhadap Islam dengan cara yang bijaksana serta perlu buang sifat ego dalam diri sendiri.

Di Malaysia khususnya, adalah amat penting untuk membuat perbandingan dalam agama untuk mencari persamaan yang bermaksud dengan memahami ciri-ciri atau sejarah agama lain, akan lebih mudah untuk kita memberikan kefahaman tentang Islam pada non muslim.Namun, segalanya perlulah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah dan bukannya dengan membuta tuli.





Bro Shah turut berkongsi kisah sepanjang perjalanannya hingga kini sebagai seorang muslim revert.SubhanAllah, Alhamdulillah, ain amat kagum dengan kebolehan beliau dalam menyampaikan Islam disertakan dengan surah-surah dan ayat-ayat di dalam Al-Quran.Beliau berkebolehan menerangkan setiap satu ayat di dalam Al-Quran dengan jelas dan tepat serta mudah difahami.SubhanAllah, moga Allah SWT memudahkan urusan beliau dalam berdakwah, Allahuakhbar!!!

Salah satu sesi perbincangan yang disampaikan Bro Shah yang amat menarik perhatian ain adalah sesi soal jawab atau persoalan yang biasanya diutarakan oleh non muslim kepada muslim berkenaan Islam.Begitu banyak persoalan yang biasa didengar atau tidak terjangkau dalam fikiran ini dikupas dan dihurai serta diterangkan kepada para peserta dengan sebaik mungkin.Persoalan yang diutarakan menyedarkan diri ini bahawa ain masih lagi cetek ilmunya berkenaan Islam, maka diri ini perlu lebih giat berusaha mencari ilmu dengan harapan ilmu itu dapat dijadikan penyelamat di dunia mahupun di akhirat kelak,InsyaAllah.

Persoalan-persoalan mengenai Islam amat penting untuk difahami dan diketahui kerana kita berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat dan budaya serta fahaman yang berbeza.Adalah amat rugi andai Islam diperlekehkan gara-gara kelemahan kita dalam memahami Islam itu sendiri.Sebaik-baiknya sebagai seorang muslim kita perlu fahami Islam dengan sebaik mungkin agar apa yang kita sampaikan pada non muslim dapat membantu mengurangkan kekeliruan dan tanggapan negatif pada Islam.

Bro Engku Fauzi antara penceramah penting dalam kursus FCR ini.Beliau banyak berkongsi pengalamannya berhujah dengan paderi dan penglibatannya dalam memahami kitab Bible.Menurut Engku Fauzi, dengan memahami ajaran dalam kitab Bible maka lebih mudah untuk menangkis persoalan yang sering diajukan orang Kristian dalam usaha memurtadkan atau mengajak orang Islam memilih dan meyakini agama Krisitian.Malah, Engku Fauzi berkemampuan memahami kitab Bible dan jelaskan kebenaran berpandukan Al-Quran.SubhanAllah.Hebatnya Allah SWT dalam memberikan kefahaman agama kepada beliau.

Coretan ain ini agak ringkas dan sebenarnya banyak lagi yang boleh dikongsikan.Apapun, bagi sahabat NUR yang mempunyai keinginan atau ingin tahu lagi berkenaan FCR, bolehlah emailkan pada ain di nurainvivian@gmail.com dan ain akan berikan maklumat berkenaan kursus ini, InsyaAllah.Yang pasti banyak ilmu baru yang sahabat akan peroleh melalui kursus ini, InsyaAllah.

Buat makluman sahabat NUR, kursus FCR ini berperingkat dan terdapat pelbagai program susulan yang boleh diikuti bagi yang benar-benar berminat sahaja.

Moga bertemu lagi di coretan akan datang, InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR