Friday, March 9, 2012

HIJRAH INI...

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat NUR sekalian.Moga sahabat semua senantiasa dalam rahmat Allah SWT, aamiin.

Baiklah, hari ni topik coretan ain adalah lebih santai insyaAllah.Hari ini 9 Mac 2012 [maaflah tak ingat tarikh sebenar dlm kalendar Islam], genaplah 9 tahun ain kembali pada Islam, agama fitrah.Alhamdulillah.





Selama 9 tahun dan setelah 9 tahun, pelbagai ujian, cubaan, godaan, musibah yang menimpa diri ini.Allahuakhbar.Betapa indahnya nikmat dalam Islam, nikmat dalam kehidupan apabila meyakini bahawa tiada yang lain selain Allah SWT yang patut disembah, diyakini dan disayangi.Allahuakhbar, syukur pada Allah SWT atas segalanya.

Di awal kembalinya ain pada Islam, seperti yang selalu kita dengar, bagaikan bayi yang baru lahir.Ain akui, ain begitu naif tentang Islam.Banyak perkara yang dilalui, kesilapan cuba diperbaiki satu persatu.Jatuh bangun dalam memahami pengertian sebenar dalam kehidupan ini, Allahuakhbar.Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha MEngasihi, walaupun diri ini banyak berbuat kesilapan dan berusaha perbaikinya selalu, Allah SWT tetap memberikan sebegitu banyak kasih sayang NYA pada diri ini.

Allah SWT sentiasa bersama dalam apa jua keadaan.Tidak pernah ain ditinggalkan keseorangan dalam mengharungi badai atau musibah yang menimpa, kerana akhirnya setiap perkara yang berlaku dalam hidup ain sebelum ini sebenarnya adalah didikan atau tarbiyah dari Allah SWT secara langsung.Allahuakhbar, Alhamdulillah..dan tidak sama sekali ain merungut atas apa yang berlaku selama ini dan hingga ke hari ini.Alhamdulillah.

Berhijrah atau kembali pada Islam, bunyi seakan mudah namun perjalanan untuk mengenal diri ini dan mengenal Allah itu, perlu melalui pelbagai perkara dan suasana.Boleh jadi diri ini lemah, namun Allah SWT tetap memastikan diri ini dilindungi.SubhanAllah, hebatkan kuasa Allah SWT.

Walaupun sudah 9 tahun, namun masih banyak perkara ain perlu pelajari dan ketahui.Setiap kali ain berkenalan atau berjumpa dengan saudara Islam yang lain yang tinggi ilmunya, rasa cemburu datang dalam diri ini.Cemburu kerana ain kurang ilmunya, sedangkan ilmu itu amat penting dalam melayari rencah kehidupan di dunia untuk bekalan ke akhirat kelak.Apalah guna bernama Islam andai tiada ilmu di dada.Allah, maafkanlah diri ini.

Seperti sahabat NUR mengetahui, sudah setahun ain tumpu perhatian pada urusan rumah tangga.Pada masa yang sama ain juga tumpukan pada urusan perniagaan alam maya.Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar atas izin Allah SWT.InsyaAllah, ain dan suami kini dalam urusan perpindahan ke rumah baru.Moga perpindahan ini hanyalah semata-mata mendapat redha Allah SWT semata, aamiin.InsyaAllah, pelbagai perancangan bersama suami dirangka apabila berpindah kelak.Namun segalanya dengan izin Allah SWT sahaja.Kita manusia hanya mampu merancang.Moga-moga segalanya dipermudahkan, aamiin.

Selama ain sibuk dalam urusan keluarga dan perniagaan, ain masih berusaha mencari ilmu selagi termampu.Alhamdulillah, suami tiada halangan membenarkan ain menuntut ilmu di mana sahaja selagi mana tidak mengganggu kehidupan kami sebagai suami isteri.Ingin juga ain berkongsi dengan sahabat NUR, Alhamdulillah doa ain selama ini termakbul apabila ain diterima masuk ke salah sebuah madrasah di melaka.Bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila permintaan ain untuk belajar sebagai pelajar dewasa di salah sebuah madrasah diterima baik oleh pihak pengurusan.InsyaAllah, sesi pengajian ain di madrasah ini akan bermula kira-kira 2 minggu dari sekarang.Alhamdulillah, ain dibenarkan berulang-alik ke tempat pengajian tanpa perlu tinggal di sana.

Untuk aktiviti akan datang, kira-kira seminggu dari sekarang InsyaAllah, ain bersama seorang sahabat karib akan menghadiri kursus berkenaan cara penyampaian dakwah Islam kepada masyarakat.Ini adalah salah satu aktiviti dan usaha ain perbaiki kelemahan diri.

Begitu banyak keinginan berkobar-kobar dalam diri ini, semuanya hanya untuk Allah SWT.Selama ini terlalu memikirkan hal duniawi.Cukuplah setakat ini.Kini, apa sahaja yang dilakukan perlulah bermula dengan niat untuk mendapat redha Allah SWT.Ain cuba nasihati diri ini selalu agar apabila merancang atau memulakan sesuatu atau berkeinginan terhadap sesuatu, biarlah pekerjaan itu berkaitan dengan mendekatkan diri mengenal Allah SWT.Dan rasanya itulah yang patut kita semua terapkan dalam diri masing-masing.

Ingatan buat diri ini dan sahabat semua, sebagai seorang yang mengaku mencintai Allah SWT, sebagai seorang yang bangga mengaku dirinya Islam, maka sama-samalah kita berusaha mengejar cinta Allah SWT.Bagaimana?

Mulakan segala pekerjaan kita dengan niat untuk Allah SWT.Apa sahaja yang kita inginkan dalam kehidupan ini, fokus kembali matlamatnya sama ada berkaitan dalam meraih cinta Allah SWT.Jika kita nak menonton wayang misalnya, tanya pada diri kita sendiri adakah tontonan itu dapat memberikan kesedaran atau keseronokkan semata? Adakah Allah redha dengan apa yang kita tontonkan nanti? Nah, mudahkan.

Maka, apa saja aktiviti dalam kehidupan harian kita set minda hanya untuk Allah SWT.Percayalah, apabila ada niat dan matlamat yang jelas dan tidak menimbulkan kemungkaran di sisi Allah SWT, pasti segala urusan harian kita akan dipermudahkan.InsyaAllah.

Ingatlah, niat itu penting dan setiap perkara yang diniatkan untuk Allah SWT, pasti akan mendapat ganjaran di sisi NYA.

7 comments:

  1. Tahniah saudari ain kerana dapat belajar di tempat yang ain inginkan.InsyaAllah segala urusan akan dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, syukran yea ukhti Rahmah..:D

    ReplyDelete
  3. Bagaimana boleh kita berhubung lagi ukhti Rahmah..harap dapat send email pada ain yea di nurainvivian@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...maaf sbb baru sekarang blh reply msg ain .akak blh dhubungi melalaui email mimmah43@gmail.com.akak memang minat membaca entry yg ain nukilkan

      Delete
  4. tahniah saudari ain...teruskan prjuagan anda dalam tegakkan islam...

    ReplyDelete
  5. tahniah saudari ain..teruskan perjuangan anda... :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah moga Allah pegang hati kita semua di jalanNYA aamiin..syukran adik Little Niqabi =)

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR