Wednesday, March 14, 2012

PAKAIAN MUSLIMAH ATAU FESYEN MUSLIMAH

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat NUR sekalian.Moga sahabat semua baik-baik selalu, aamiin.

Alhamdulillah, bertemu kembali kita di alam maya.Jika sahabat NUR yang setia mengikuti coretan ain di sini, tentu masih ingat salah satu entry ain yang agak baru bertajuk BERNIQAB ATAU BERTABARUJJ... dan juga satu topik yang ain pernah kupas berkenaan PENGERTIAN TABARUJJ.

Baiklah, coretan ain kali ini ain tujukan khusus untuk Semua Muslimah di luar sana, terutama muslimah yang telah BERNIQAB, BERTUDUNG LABUH serta yang TELAH MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA.





Ain ingin kongsikan beberapa coretan daripada beberapa sahabiah:

"Apakah fungsi abaya yang kita pakai sekrang ni? Saya berkira mahu menjawab.."untuk menutup aurat dengan lebih sempurna serta mendidik hati menjadi muslim yang lebih baik juga melalui pakaian..dan pakaian ini melambangkan islam itu cara hidup saya..Namun belum sempat saya menjawab , Ibu tersebut membalas..

"Apakah fungsi abaya tersebut jika ianya sama sahaja dengan baju yang kita pakai kat dalam abaya tu contohnya baju kurung yang kita pakai ,cantik, berbunga-bunga lawa..,bukan kah baju kurung itu juga sudah menjadi perhiasan tubuh kita..hatta ianya tidak ketat.. longgar dan bersifat melindungi aurah kita..

Kita nak sembunyikan perhiasan cantik kita tu ( maksud tadi baju kurung yang lawa tadi tu..or apa sahaja baju.) dgn abaya kita.. Tapi abaya tu punya laaaa cantik .. ada kerawang.. ade sulam-sulam.. ade bunga-bunga dan batu warna-warna dan sebagainya.. Then.. ape tujuan abaya tu..bukan ke abaya tadi da jadi "perhiasan" jugak pada tubuh kita..walhal FUNGSI ABAYA adalah MELINDUNGI.. MENUTUPI perhiasan tubuh kita..( baju kita- juga adalah perhiasan)"


Seperti yang sahabat NUR sekalian sedia maklum, ain menjalankan bisnes abaya secara online buat masa ni.Niat ain adalah menggalakkan muslimah menutup aurat dengan sempurna dan dengan harapan abaya yang diketengahkan memenuhi syariat Islam dalam berpakaian.Namun, ain masih terbuka dan tidak keberatan andai ditegur tentang rekaan abaya yang diketengahkan andai tidak memenuhi syariat ISlam dalam berpakaian.Keuntungan dalam bisnes bukanlah faktor utama, bagi ain biarlah segala usaha dibuat mendapat keberkatan dan redha Allah SWT.

Kini kita dapat lihat perkembangan bisnes abaya yang semakin mendapat tempat di pasaran.Namun, fesyen abaya kini bukan hanya bersifat 'up to date' tapi lebih kepada bertabarujj semata-mata.Nauzubillah min zalik.Moga ain dijauhkan daripada perkara sebegini.

Ain akui pasaran abaya dari Timur Tengah kini banyak mengetengahkan abaya-abaya yang bersulam manik serta labuci-labuci atau kerawang yang pelbagai jenis.Namun, harus diingat bahawa muslimat di negara Timur Tengah hanya mengenakan abaya yang mempunyai pelbagi bentuk sulaman atau labuci yang 'gah' itu pada majlis-majlis tertutup sahaja, iaitu majlis yang dihadiri kaum wanita semata.Mereka tidak mengenakannya di khalayak ramai untuk tatapan umum.Jika muslimat di sana perlu keluar sekalipun, mereka akan memilih abaya yang warnanya hitam sahaja tanpa corak.

Pakaian muslimah dan fesyen muslimah adalah 2 perkara yang berbeza.Pakaian seorang wanita Islam yang mengikut syariat yang sebenarnya perlulah:

*longgar, labuh dan tidak mengikut bentuk badan sebenar
*Pemilihan warna pakaian tidak keterlaluan/menonjol
*Rekaan pada pakaian adalah amat sederhana serta tidak dapat menarik perhatian ramai
*Material kain adalah tebal, tidak jarang/nipis
*Harga pakaian adalah mampu dimiliki dan tidak keterlaluan harganya


Semua ciri-ciri di atas sebenarnya yang harus kita peka dan ambil berat setiap kali menempah, membeli sesuatu jenis pakaian, misalnya abaya.Malah, untuk menempah baju kurung sekalipun perlulah kita pastikan agar ianya memenuhi syarat-syarat seperti dinyatakan.





Ain ambil perbualan daripada beberapa sahabiah ini:

SAHABIAH A

"Buat wanita yang tidak memakai abaya..istiqamahlah dgn tudung labuh dan tidak jarang dan juga ubah baju kurung yang kaler gelap atau earth tones yang tak menarik perhatian lelaki melihat walaupun tak pakai niqab."

SAHABIAH B

"~berpakaian hingga ajnabi segan (atau malas) nak pandang."

SAHABIAH C

Menurut Syeikh Yusuf Al Qaradhawi dalam tafsiran nya dlam ayat 31 surah An-Nur yang bermaksud:

",,,,dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;"

Menurut beliau apa yang di maksudkan dalam "perhiasan perempuan" dalam ayat ini adalah :-

(iaitu apa sahaja yg dipakai berhias untuk mempercantikkan tubuh ,baik sama ada berbentuk ciptaan asli seprti wajah, rambut, dan potongan badan,atau pun buatan seprti PAKAIAN, perhiasan , solekan dan sebagainya"

SAHABIAH D

maka di sini "FUNGSI Abaya itu adalah MENUTUPI perhiasan.. samada yang ASLI mahupun BUATAN.. yakni dalam kontek yang saya beritahu di sini ABAYA bercorak berlebih2 dan menarik perhatian sehingga org kata cantik...... fungsi nya telah lari dari konsep sebenar penutupan aurah wanita.."

SAHABIAH E

"Sentiasa set dlm fikiran ketika beli pakaian.1.niat 2.etika berpakaian dlm Islam.."

SAHABIAH F

"bersetuju dengan syariat Allah yang indah satu hidayah yang agung... kemampuan untuk melaksanakannya adalah satu taufiq yang dicari dari Ilahi. Rahmat Allah itu terlalu luas... rasa cinta pada syariat harus dipelihara meskipun belum mampu melaksanakannya. Insya Allah, mampu akan mengiringi tatkala rasa cinta disertai dengan azam yang teguh."

SAHABIAH G

"pakai abaya tak semestinya cantik....tanya diri utk apa?tak semestinya glamour...pakaian muslimah adalah pakaian mengikut syariat.."

SAHABIAH H

"abaya for the saudi di sini , mereka pakai abaya Ras yg letak atas kepala tu, dan kembang macam payung tak ada sulaman lansung tetapi abaya yg sebenarnya telah di cemari dari dulu yg hanya plain , sehingga sekarang bermacam-macam hiasan dan sulaman dan sekarang dapat yg lain warna pun sekali dan kebanyakkan semua memang megikut potongan badan, tetapi itu juga terpulang pada individu, kalau inginkan ianya mencapai tujuan sebenar memakai, janganlah membeli yg terlalu banyak sulaman dan hiasan yg boleh menarik perhatian yg bukan muhram kita (kaum lelaki ) dan itu lah tujuan utama kerajaan saudi menetapkan undang2 berabaya bagi perempuan tak kira bangsa kerana tak nak menimbulkan warna warni yg sungguh mengoda dan menarik perhatian lelaki dan boleh mendatangkan fitnah....so harap masing2 individu sendiri kena fikir tujuan memakai abaya...dan kalau yg cantik-cantik sangat tu tak payahlah pakai luar rumah tapi kalau ada majlis bersama perempuan sahaja bolehlah di gunakan....inshaAllah sama-sama kita membentulkan diri baik dari segi akhlak , tingkah laku dan juga pakaian, kerana ini semua melambangkan keislaman kita dan Islam is Beauty, walaupun tanpa hiasan yg berlebihan, di Mata Allah swt kita tetap cantik,,,,InshaAllah...Allhamdullilah...wallahuAlam....thanks nor for sharing...."





Buat semua sahabiah yang berkongsi ilmu, pandangan dan pendapat, terima kasih ain ucapkan atas keprihatinan kalian.Sesungguhnya ain amat-amat hargai nasihat diberikan kerana ain tidak mahu usaha ain menggalakkan muslimah minat untuk berabaya berubah kepada lebih untuk bertabarujj.Ain tak mahu jadi sedemikian, nauzubillah min zalik.Moga dijauhkan.Mohon doa daripada sahabiah sekalian.

Buat sahabat semua andai ain lalai atau terlibat dalam mengetengahkan pakaian yang lebh bersifat tabarujj, silalah menegur diri ini.InsyaAllah ain sudi menerima teguran dengan lapang dada dan hati terbuka.

Ingatan buat diri ain dan untuk muslimat sekalian, dalam berpakaian perlulah memastikan ciri-ciri dalam pakaian itu memenuhi tuntutan syariat Islam dalam berpakaian.Allah SWT telah kurniakan manusia akal dan fikiran.Maka, kita harus bijak dan berfikir terlebih dahulu sebelum menempah atau membeli pakaian baru.

Berpakaianlah demi mendapatkan redha Allah SWT semata.Berpakaian juga adalah ibadah, maka pilihlah pakaian yang cantik di mata Allah SWT, bukan selainnya.

Terima kasih, syukran, Jazakallah semua sahabatku!!

No comments:

Post a Comment

terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain..pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR