Sunday, April 1, 2012

PENGAJIAN DI MADRASAH

Bismillah,
Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat sekalian.Alhamdulillah bertemu kembali di alam maya.Moga pertemuan ini mendapat redha dari NYA, insyaAllah.

Coretan kali ini ain ingin berkongsi aktiviti ain baru-baru ini.Alhamdulillah, atas izin Allah SWT akhirnya ain dipertemukan tempat untuk mencari ilmu Allah yang amat-amat ain dahagakan selama ini.SubhanAllah, Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT kerana masih memberikan diri ini peluang.




Alhamdulillah, sudah seminggu ain menghadiri kelas pengajian di Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Falah yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dengan memandu ke sana.Madrasah ini terbahagi kepada 2 kawasan, satu untuk para pelajar Hafiz, Alim dan satu lagi adalah untuk pelajar Hafizah, Alimah.

Di sini, ain dipilih menjadi pelajar Alimah bermula dari kelas permulaan.Pelajar Alimah diajar dengan ilmu tauhid & fiqh, ilmu tasawuff, ilmu mengenal Jawi & Arab [tulisan,bacaan & perbualan], serta ilmu berkenaan Adab & Sunnah Rasulullah SAW.Kelas bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang, dari hari Isnin hingga Jumaat.

Masa yang diberikan agak padat dengan pelbagai ilmu diberikan dalam satu-satu masa.Alhamdulillah, ain tidak keseorangan di sana kerana pelajar alimah semuanya peramah dan tidak lokek berkongsi ilmu.Ain juga bukanlah satu-satunya pelajar dewasa di sana kerana ada seorang alimah dewasa yang juga seorang ibu turut hadirkan diri di sini.Beliau juga menghantar 3 orang lagi anak perempuannya yang berusia antara 11-15 tahun menghadiri pengajian di madarasah ini.




Memandangkan ain agak lewat menghadiri kelas pengajian alimah, maka ain perlu berusaha keras untuk mengejar pelajaran-pelajaran terdahulu.Walaupun ustazah tidak menekankannya pada ain kerana ain sekadar pelajar biasa, namun ain rasakan perlunya untuk turut sama kerana rasa amat rugi dan peluang belajar sudah ada di depan mata.

Bertanyakan pengalaman kakak iaitu alimah dewasa ini, katanya dia juga seperti ain suatu ketika dulu perlu bermula dari bawah.Kini, Alhamdulillah, beliau juga sudah mampu membaca kitab dalam tulisan jawi mahupun arab serta turut serta menduduki ujian seperti alimah yang lain.SubhanAllah, walaupun beliau hadirkan diri ke sesi pengajian sebagai perangsang anak-anaknya yang lain, namun beliau juga turut sama berlumba-lumba mencari ilmu Allah.SubhanAllah, itulah yang patut dilakukan para ibu sekarang iaitu memberikan contoh tauladan yang baik buat anak-anak.

InsyaAllah, dengan izin Allah SWT dan selagi mampu, ain juga ingin menduduki ujian seperti para pelajar Alimah yang lain.Ujian bukanlah bertujuan untuk melihat siapa lebih hebat, namun sekurang-kurangnya dapat menjadi perangsang diri sendiri untuk terus mencari dan mendalami ilmu Allah SWT.InsyaAllah, jika berkesempatan ain ingin habiskan sesi pengajian sebagai Alimah sekitar 4-5tahun.Moga dipermudahkan, aamiin.

Menurut Ustazah yang kendalikan kelas pengajian Alimah, para pelajar yang mempunyai potensi akan dihantar ke tempat-tempat pengajian agama lain setelah tamat pengajian iaitu di negara Timur Tengah seperti Yaman, Mekah dan Madinah.

Selain Alimah, pelajar Hafizah antara kumpulan terbesar di madrasah ini.Lingkungan usia pelajar Hafizah adalah seawal 11 tahun hingga 20tahun.Pelajar Hafizah ditekankan dalam bacaan dan hafazan Al-Quran.Selain itu, para Hafizah juga akan diajar ilmu fardhu Ain dan bahasa Arab.Pengajian para Hafizah bergantung kepada kemampuan masing-masing, berbanding para Halimah sesi pengajian adalah sekitar 4-5 tahun sekurang-kurangnya.




Secara ringkasnya ain amat-amat gembira dan seronok dengan suasana baru, rakan-rakan baru dan ilmu baru yang dipelajari.Misalnya tulisan dan bacaan Jawi tidaklah sesukar mana.InsyaAllah, dengan adanya sokongan dan bantuan anak-anak ini membantu ain mencari ilmu Allah ain yakin dapat ikuti sesi pengajian ini dengan baik.

Setelah tamat waktu pengajian, dan apabila sudah masuk waktu untuk solat Fardhu Zohor, para pelajar akan bersiap sedia untuk solat Fardhu secara berjemaah.Imam adalah di kalangan pelajar Hafizah/Alimah sendiri yang sudah diberikan tanggungjawab masing-masing dan Alhamdulillah, mereka dapat lakukannya dengan baik, Allahuakhbar.Di usia muda sudah mampu menggalas tanggungjawab sebagai imam.Ain amat kagum dengan sikap dan semangat berdikari di kalangan pelajar madrasah.

Masyarakat kini beranggapan, menghantar anak-anak ke madrasah adalah suatu kerugian kerana tidak mempunyai masa depan.Mentaliti masyarakat kini, tanpa segulung sijil SPM atau ijazah, masa depan anak-anak madrasah tidak cerah.Ain ada berbual dengan beberapa pelajar alimah/hafizah di sini.Mereka berpendapat, tanpa ilmu agama Islam tidak akan berkembang dengan baik dan lihatlah kini keadaan sosial yang semakin di tahap sukar dikawal.Mereka bercita-cita mencari ilmu dan gunakan ilmu yang ada untuk berkongsi dengan masyarakat di luar sana suatu hari nanti.

SubhanAllah, di usia muda namun sudah ada fikir risau dalam hal agama.Pada pendapat ain secara peribadi, apabila kita menghantar anak-anak ini di usia muda mempelajari ilmu agama sebenarnya kita telah berserah segalanya pada Allah SWT.Ibu bapa yang menghantar anak-anak ini yakin dan percaya bahawa anak-anak adalah milik Allah SWT, dan anak-anak ini perlu belajar untuk tidak bergantung harap pada makhluk dan sebaliknya belajar bergantung harap pada Allah SWT.MasyaAllah.

Cukuplah setakat ini perkongsian kali ini.Ada urusan lain menanti.Syukran jazilan buat sahabat NUR sekalian yang sudi singgah membaca coretan ain di sini.InsyaAllah moga bertemu lagi di coretan akan datang.

20 comments:

  1. salam...

    lokasinya kat mana ni kak?

    -hafiz-

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Subhanallah....seronoknya Ain dpt belajar di situ ya...saya pun berminat tapi belum kesampaian hajat di hati.Moga dipermudah Allah dalam menuntut ilmuNya.....

    ReplyDelete
  3. Ain,

    saya nak tny..mcm mana ain bahagikan masa dgn bekerja dan belajar ye? sy teringin nk mendalami islam lg.tapi tak nampak pengurusan masa yang boleh dibuat tu.. mohon ain membantu .

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ain..
    Alhamdulillah..seronok bace coretan ain ni..moge satu hari nanti wani pun dapat menghadiri kelas2 pengajian seperti ni..ade jugak pejabat agama kat sini anjurkan kelas2 pengajian seperti ni..kelas sabtu dan ahad je (kat masjid gak), ade pengajian syariah dan usuluddin..InsyaAllah,wani dah daftar cuma belum dipanggil..banyak modul,kita boleh pilih..wani nak amik pengajian usuluddin sbb kat sekolah dulu dah ade amik syariah..asas tu dah ade cume perlu perkukuhkan lagi..doakan wani ye..Aminn!!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum adik Hafiz..area Kg Rim Jasin,Melaka.InsyaAllah, sana ada pelajar tahfiz dan alim juga.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Nur Rahmah.
    Alhamdulillah, Allah permudahkan.InsyaAllah, tak dapat belajar di madrasah pun mungkin ada di tempat lain.Ain doakan moga Rahmah juga berpeluang untuk terus mencari ilmu Allah SWT, aamiin.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ownlife :D

    Dari segi pengurusan, memang pada mulanya ain agak terkejar-kejar.Walaupun urusan perniagaan ain sekadar di alam maya, pada mula ain belajar memang agak sukar nak tumpu 2-3 perkara dalam satu masa.Lagi-lagi, sebahagian waktu siang ain di madrasah, sebelah petang dgn urusan rumahtangga dan sebelah malam pula bersama suami.Alhamdulillah setelah sebulan ain dah boleh ikut rentaknya.

    Kelebihan ain adalah bekerja dari rumah, ain rasa ukhti Ownnlife tentu seorang wanita bkerjaya dan boleh jadi jgua seorang isteri/ibu.

    Jika ukhti seorang wanita bkerjaya dan berkeluarga, ain cadangkan dalam masa seminggu tu ada satu/dua hari ukhti peruntukkan ke majlis-majlis ilmu di surau atau masjid.Pasti ada kuliah mingguan atau bulanan.

    Ajaklah suami/anak-anak untuk turut serta, masa bersama keluarga tetap ada.Jika belum berkeluarga, dan masih mempunyai ibu bapa, bawalah mereka ke majlis ilmu.

    Andai ukhti seorang bekerjaya dan belum berkeluarga, spt ain kata tadi boleh saja ajak ibu bapa untuk turut serta.Selain tu, mungkin boleh tambahkan waktu belajar di waktu malam dengan berkunjung ke mana saja majlis ilmu berdekatan.Tidak perlu tunggu hingga hujung minggu.

    Alternatif lain, adalah mencari ustazah yang boleh membantu mengajar kita secara personal.Ain pada mulanya ingin gunakan cara ini.Memandangkan Allah dah tunjukkan ain tempat, maka cara ini ain abaikan.Cara ini juga insyaAllah berkesan.

    Apapun jangan putus asa dan teruslah berdoa pada Allah SWT ilmu yg bermanfaat dan mohon pada NYA agar dtunjukkan jalan buat ukhti mencari ilmu agama.

    Percayalah senjata orang mukmin adalah doa...

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikumussalam wani.
    SubahnAllah, Alhamdulillah.Tahniah ain ucapkan buat wani kerana di usia muda telah memasang niat untuk mencari ilmu agama.Alhamdulillah.

    InsyaAllah walau hanya di hujung minggu, gunakanlah peluang itu sebaiknya.InsyaAllah sedikit ilmu yg kita dapat, lama-lama akan makin banyak.

    *Nanti ada ain tak tahu wani leh bantu ye..:D

    ReplyDelete
  9. Salam Ain,
    Selepas base experience Ain, saye seorang yg bukan Islam rase seolah2 hendak mendekati diri and mempelaji lebih mendalam tentang islam. Baru-baru ini, saye memang teringin nak masuk Islam tapi bila saya ajak isteri saya, dia memang tak nak langsung dan jukak anak lelaki saya berumur 9 tahun. Saya ade pergi Perkim and pergi Al-Khaadem (NGO) untuk mendapat maklumat, memang dapat tapi after few months selapas isteri I tak minat I pun hilang motivation, tetapi saye masih lagi berminat hendak berkeluarga Islam and hope ade keluarga angkat, tapi ape nak buat isteri saya memang against conversion. At this moment I baca ape2 artikel online. I don’t mine to learn about doa2 and solat secara rahsia and practice to be one. So Ain, ade ape-ape tips tak?

    ReplyDelete
  10. Salam Ain,
    Selepas base experience Ain, saye seorang yg bukan Islam rase seolah2 hendak mendekati diri and mempelaji lebih mendalam tentang islam. Baru-baru ini, saye memang teringin nak masuk Islam tapi bila saya ajak isteri saya, dia memang tak nak langsung dan jukak anak lelaki saya berumur 9 tahun. Saya ade pergi Perkim and pergi Al-Khaadem (NGO) untuk mendapat maklumat, memang dapat tapi after few months selapas isteri I tak minat I pun hilang motivation, tetapi saye masih lagi berminat hendak berkeluarga Islam and hope ade keluarga angkat, tapi ape nak buat isteri saya memang against conversion. At this moment I baca ape2 artikel online. I don’t mine to learn about doa2 and solat secara rahsia and practice to be one. So Ain, ade ape-ape tips tak?

    ReplyDelete
  11. assalam..
    tahniah buat ain krn berjaya menguruskan kehidupan dgn baik sekali di jlnNya. sy seorg wanita berkerjaya, niat dihati ingin mempelajari agama seperti ain dan bercadang utk berhenti kerja tanpa gaji selama beberapa thn utk mempelajari agama. tp tempatnya tdk tahu dimana. ain ada info atau tmpat ain belajar itu masih terbuka utk sy? tq

    ReplyDelete
  12. asalamualaikum saudara ain...saya seorang wanita yang selama ini lalai dan leka dalam agama...hidup sebelum ini hanya menikmati kelazatan dunia...tanpa menghirau kelazatan ahkirat...alhamdulillah saya berniat mahu berubah,berhijrah ke jalan benar ..alhamdulillah sedikit demi sedikit saya berubah niat di hati mencari keredaan ilahi..saya mula belajar agama melalui diri sendiri dan kawan2...saya betul2 mahu belajar agama bersama2 guru2 di madrasah..tapi saya tidak tahu di mana saya boleh berlajar.harap2 saudara ain dapat tolong saya.tq

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum akk ain ^^ ape name madrasah ni ye ? :D

    ReplyDelete
  14. Wa'alaikumussalam Indahnya ISlam.Nama Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Falah dik :)

    ReplyDelete
  15. Buat sahabat yang bertanya bagaimana nak cari tempat belajar, insyaAllah setakat mana ain tahu setiap negeri ada madrasah tertentu disediakan. Sahabat boleh terus ke tempat-tempat pengajian berkenaan dan tanyakan sama ada menerima pelajar dewasa kerana pelajar madrasah biasanya usia sekitar 17-20thn.

    InsyaAllah boleh berunding dengan mana-mana pihak madrasah,

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum ana nk tya ada tak number cntct madrasah ni???

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum kak.. saya nak tanya... saya sbnanrnya nak belajar di madrasah juga...tp pada hujung minggu sahaja..sbb saya msih blaja.. tahu tak kat mana madrasah yang ada dikuala lumpur..

    ReplyDelete
  18. Wa'alaikumussalam Ainida dan sahabat pembaca yang lain.
    Terima kasih kerana bertanya dan berminat untuk menghadiri kuliah di madrasah ini.

    Pertama sekali, bagi yang masih mencari, k ain cadangkan banyakkan bertanya pada rakan-rakan sekeliling. Hebahan melalui mulut ke mulut, insyaAllah mudah sampai dan insyaAllah pasti ada yang tahu madrasah mana yang terdekat.

    Cara nak daftar, sebaiknya jika dah jumpa madrasah berkenaan, boleh terus tanya pada pihak madrasah ye.

    Jadual belajar setiap madrasah adalah berbeza dan agak sukar akak nak cadangkan tempat yang sesuai.

    Telefon kak ain rosak maka banyak no tel termasuk madrasah ni takde dalam simpanan.InsyaAllah akak cuba dapatkan jika berkesempatan ye.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum. Boleh sy dapatkan maklumat madrasah ni, alamat, contact. Sy nk bertanya, adakah madrasah ini menerima sy g berumur 21 tahun? jika tidak, boleh tak cadangkan sy madrasah yg dapat menerima sy? Sy juga harap ada madrasah yg sy dapat belajar sepenuh masa dan tinggal di sana terus. Insya-Allah, selepas tamat pengajian bulan 10 ni, sy harap dapat masuk terus madrasah ni. Sy tak kisah dimana madrasah bakal sy pergi, cume harap dapat sebelum negeri selangor. (sy tak yakin nak ke utara sbb sukar belajar bahasa loghat utara).

    ReplyDelete

terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain..pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR