Saturday, May 12, 2012

NIAT DALAM PEKERJAAN



Bismillah,
Assalamualaikum sahabat NUR sekalian.Alhamdulillah, bertemu kembali kita setelah sekian lama.
Entry kali ini adalah sekadar berkongsi pengalaman diri bersama sahabat sekalian.

Seperti sahabat sedia maklum, ain kini menjalankan perniagaan secara alam maya secara sepenuh masa semenjak setahun lebih yang lalu.

Sebelum ain mula terlibat dalam memasarkan abaya dari Timur Tengah, pelbagai jenis peluang perniagaan telah ain ceburi.Dari situ, ain belajar kesilapan demi kesilapan.Ain belajar dari bawah selok belok perniagaan tanpa rasa malu dan segan.






Alhamdulillah, atas izin Allah SWT penglibatan ain dalam pasaran abaya Timur Tengah membuahkan hasil.Tiada rasa ragu atau was-was semenjak ain mula terlibat dalam bidang ini.Rasa minat yang mendalam pada pakaian abaya ini menguatkan lagi semangat ain untuk terus berusaha, disamping mendapat sokongan penuh daripada suami tersayang, Alhamdulillah.

Niat ain memasarkan abaya atau lebih dikenali sebagai jubah dalam masyarakat kita adalah kerana ingin menggalakkan lebih ramai lagi muslimat untuk berpakaian menutup aurat dengan sempurna, InsyaAllah.Ada banyak cara berpakaian menutup aurat dan salah satunya adalah berabaya.

Buat sahabat ain kasihi sekalian, apa ain cuba sampaikan di sini bukanlah semata-mata berkenaan perniagaan ain ceburi.Apa ain ingin katakan secara ringkasnya adalah NIAT.

Dalam setiap pekerjaan, setiap perlakuan atau tingkah laku, amalan, pertuturan, pergaulan dan sebagainya perlulah disertai dengan niat.Niat itu penting kerana tanpa niat atau nawaitu yang betul, maka sia-sia sahaja usaha atau amalan atau perbuatan kita pada hari itu.

Ain pernah nyatakan dalam satu post ain sebelum ini, "HIDUP ADALAH IBADAH'..maka, kita perlu sedar bahawa Allah SWT menciptakan kita di muka bumi ini adalah semata-mata untuk beribadat pada Allah SWT.

Beribadat di sini tidak bererti solat semata-mata.Ibadat kita  terdiri dalam pelbagai bentuk dan suasana.Pekerjaan atau punca kita mencari rezeki juga adalah ibadat kita pada Allah SWT.Niatkan pekerjaan atau punca kita menambah pendapatan itu adalah untuk Allah SWT.

Misalannya, seorang ayah atau seorang suami keluar rumah bekerja bagi menambah pendapatan.Si ayah atau si suami ini perlulah berniat untuk apa dia keluar bekerja.Niatkanlah agar kita keluar rumah untuk tambah pendapatan bagi menampung keluarga dari punca rezeki yang halal semata-mata kerana Allah ta'ala.

Apabila mempunyai niat yang betul, InsyaAllah segala pekerjaan atau perbuatan kita akan dipermudahkan Allah SWT.Sebagai hamba Allah SWT, kita perlulah berusaha dengan penuh rasa yakin, tawakal dan redha dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan buat kita.

Kita perlu sedar rezeki Allah itu luas, bukan bererti wang semata-mata.Jika kita hanya fokus wang sebagai sumber rezeki, maka kita tidak akan pernah berasa puas dengan apa yang ada.Semakin dicari semakin tidak cukup.Semakin lama kita semakin tamak dengan harta dunia, dan akhirnya kita tunduk pada dunia dan tidak lagi tunduk pada Allah SWT..Nauzubillah min zalik!!! Moga dijauhkan dari sifat ini...

Maka, marilah kita sama-sama berusaha perbetulkan niat kita setiap masa semata-mata untuk mendapat redha Allah SWT dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.Jadikan pekerjaan kita itu suatu ibadat kita pada NYA.Tidak kiralah, makan, minum, basuh baju sekalipun, niatkan pekerjaan kita itu hanya untuk Allah SWT.

Pekerjaan yang kita lakukan sehari-hari jika disertai nafsu atau perasaan tidak elok, maka kita dapat lihat hasilnya juga tidaklah sehebat mana.Apabila kita membuat sesuatu itu lebih kepada mengikut hawa nafsu semata, kesannya pada diri adalah kita akan menjadi seorang yang mudah berputus asa, mudah marah, suka menyalahkan orang lain atau takdir atas kekurangan atau kesilapan yang terjadi.Adakah ini yang kita inginkan???

Pengalaman sewaktu bekerja dahulu hinggalah kepada berniaga secara sepenuh masa, banyak mematangkan fikiran ini, Alhamdulillah.

Amalkan solat sunat istikharah, taubat, tahajjud, hajat, solat Dhuha dan banyak lagi zikir amalan harian yang boleh kita lakukan sehari-hari, InsyaAllah.Apabila kehidupan kita berpandukan pedoman dari Allah SWT, pasti kita takkan tersesat selama-lamanya.SubhanAllah, Maha Suci Allah..


1 comment:

  1. assalamualaikum kak ain.:)
    Alhamdulillah.. kan.. NIAT itu adalah punca segala keberhasilan..:)
    InsyALLAH

    ada orang berniat dalam mendapatkan rezeki dalam apa cara sekalipun..meskipun cara HARAM.. beri jalan mudah baginya melihar lorong gelap tu :P tapi rezeki beginila,..dan hasil beginilah

    tidak lah mendapat keberkatan malah.. makin besar keuntungan makin besar bebanan :)

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR