Monday, June 11, 2012

DUNIA ...OOH....DUNIA...

Bismillah,
Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat NUR semua..Alhamdulillah bertemu kembali setelah sekian lama.Pelbagai perkara yang perlu diuruskan dan pelbagai ujian diberi sejak kebelakangan ini.Alhamdulillah segalanya dapat ditempuhi dengan sebaik mungkin, insyaAllah.

Tiada tajuk khusus untuk ain utarakan kali ini.Sekadar berkongsi pengalaman dan pengamatan semenjak kebelakangan ini.

Perubahan penampilan diri dari bertudung singkat ke tudung labuh, dari baju sendat ke pakaian labuh, hinggalah berniqab.Dari seorang wanita bekerjaya, hinggalah akhirnya memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, dan kini berniaga secara kecil-kecilan.Semuanya dilalui dengan pelbagai kenangan pahit mahupun manis, dan ada yang meninggalkan kesan mendalam dalam diri ini.SubhanAllah, itulah cara Allah mendidik diri ini iaitu melalui pengalaman hidup.

Adakala terasa goyah dan rapuh dengan kata-kata atau pandangan serong masyarakat sekeliling, namun diri ini gagahkan jua demi rasa kasih, sayang, cinta pada Allah SWT.Apalah sangat ujian yang diterima ini berbanding para Nabi dan para sahabat yang terdahulu yang berjuang berdakwah menyebarkan ajaran Islam, ajaran Allah.

Ain akui ain seorang yang agak tegas dalam berkata-kata dan adakala lantang mempertahankan sesuatu perkara terutama yang melibatkan soal akidah dan iman.Ain bukanlah ustazah mahupun lulusan dalam bidang agama.Ain hanya pertahankan apa ain tahu dan apa yang Allah telah wajibkan pada kita semua.

Sebagai seorang wanita Islam, persoalan aurat pasti tidak akan habis diperdebatkan sampai bila-bila.Dalam usaha mengajak saudara seagama ke arah kebaikkan, pasti ada yang menerimanya dengan baik dan tidak kurang juga yang menolaknya mentah-mentah atau akhirnya menjauhkan diri sama sekali.

Menyampaikan dakwah kepada saudara atau sahabat terdekat sebenarnya tidaklah semudah yang disangka.Walaupun seseorang itu rapat dengan kita, tidak bererti mudah untuk kita mengajak ke arah kebaikkan.Boleh jadi kita diperlekehkan, boleh jadi kita dihina, boleh jadi kita dipulaukan sama sekali.

Bagi ain dalam berdakwah tu tak kenal siapa.Jika takut nak berdakwah dengan alasan takut dibenci, kita sepatutnya takut andai dibenci atau dipersoalkan Allah SWT kelak akan tanggungjawab kita pada saudara sesama ISlam.Banyak cara untuk berdakwah, tidak semestinya melalui kata-kata, boleh saja melalui tulisan semata atau perberian dalam bentuk bahan bacaan atau audio.

Namun, kita perlu bersedia dengan penerimaan masyarakat sekeliling.Amat mendukacitakan suasana masyarakat Islam kini yang lebih mementingkan dan lebih mengutamakan pandangan manusia dari pandangan Allah SWT.Soal agama, soal akidah, soal iman ditolak ke tepi demi memenuhi nafsu manusia.

Mungkin ada sahabat NUR yang sukar memahami tulisan ain kali ni, maafkan ain andai perlu berkias, namun ain harapkan mesej ain sampai kepada sahabat semua.

Bunyi cengkerik yang berzikir di ketika ini mendamaikan suasana yang semakin larut malam.SubhanAllah, alangkah indah makhluk ciptaan Allah SWT.Alangkah indah andai manusia yang mendengarnya tersedar dari lamunan dunia.Tersedar bahawa dunia ini adalah pinjaman sementara, kerana akhirnya kita akan kembali pada Yang Menciptakan.

Maafkan ain yea sahabat NUR kerana sejak akhir-akhir ini ain kehilangan idea atau kekuatan dalam penulisan.Semuanya atas izin Allah SWT.Boleh jadi ain banyak berbuat kesilapan, maka ain perlu muhasabah diri kembali mencari kekuatan diri..Allah..

Rasa sayu dalam diri mengenangkan masalah dunia...Allah..ingin sahaja diri ini bertemu Allah secepatnya, namun layakkah diri ini...astaghfirullah...

Moga kekuatan datang kembali, insyaAllah, aamiin...






No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR