Thursday, June 21, 2012

NIAT KEHIDUPAN


Bismillah,
Assalamualaikum sahabat sekalian..apa khabar? moga sahabat semua dalam keadaan baik-baik selalu dan semoga hari ini dimulakan dengan lebih baik lagi dari semalam, insyaAllah...

Alhamdulillah syukur ke atas Allah SWT dengan limpah rahmat NYA, kita semua masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan ini dan mempertingkatkan amal ibadah kita pada Yang Maha Esa..moga-moga saat yang berlalu digunakan sebaik mungkin dengan aktiviti bermanfaat dan membawa keberkatan kita bersama..

Ingatkan diri selalu bahawa setiap pekerjaan kita lakukan itu biarlah kerana NYA..moga segala urusan kita pada hari ini dan mendatang dipermudahkan..aamiin..



Alhamdulillah juga kerana hari ini ain diberi kesempatan singgah di blog peribadi ain meninggalkan catitan buat sahabat semua.InsyaAllah segala tulisan yang ditinggalkan moga ianya dapat memberi manfaat pada yang lain, aamiin.

Sedikit sebanyak berkongsi aktiviti ain baru-baru ini, dan buat sahabat NUR yang sedia maklum ain kini giat dalam urusan jualan secara online terutamanya dalam bidang busana muslimah atau abaya yang didatangkan dari Timur Tengah.Alhamdulillah, semakin ramai muslimat yang mula sedar dan mula berkeinginan untuk berusaha menutup aurat dengan sebaik dan sesempurna mungkin.Saat manis adalah setiap kali menerima kiriman foto sahabat yang berabaya lengkap menutup aurat dengan sempurna, itulah saat yang paling ain nanti-nantikan.

Alhamdulillah, sedikit sebanyak dalam urusan urusniaga ain dapat berkenalan dengan ramai muslimat yang masih mencari dan berusaha tetapi dalam masa yang sama bertindak mencari pakaian yang sesuai dan sempurna seseorang muslimah itu dalam berpakaian, insyaAllah.




Gambar di atas adalah antara koleksi abaya ain yang terbaru.Alhamdulillah atas izin suami dan sokongan yang diberikan sudah lebih setahun ain bertahan dalam bidang yang amat ain minati ini.Berkat restu suami dan keinginan diri ini mengajak lebih ramai muslimat memilih pakaian yang memenuhi syariat, insyaAllah dan dengan izin Allah SWT juga ain gagahkan jua walaupun keuntungan yang diterima tidaklah sehebat mana.Kepuasan ain dalam bidang ini adalah melihat sahabat yang menempah dan mengenakannya berasa lebih yakin dan istiqamah dalam menutup aurat dengan sempura, insyaAllah..Alhamdulillah.Sahabat boleh singgah page abaya ain di FB atau di laman BLOG ain yang lain.

Sementara suami pula, yang turut memiliki minat yang sama iaitu berniaga turut tidak lepaskan peluang mengikuti rombongan ke Guangzhou baru-baru ini untuk mendapatkan barang jualannya.Alhamdulillah, baru semalam barangan yang diborong tiba.Memandangkan ain dalam bisnes abaya, suami pula dalam bisnes pakaian tidur wanita.Opps jangan terkejut, kerana itulah antara barang jualan terawal ain dan suami semenjak 2-3 tahun yang lalu.Jika ain membuat jualan secara online, suami pula lebih tertumpu di kawasan pelancongan iaitu di sekitar Jonker Walk Melaka.



Nak lihat koleksinya? Nantikan update ain di BLOG dan FB yea.

"Nikmat kehidupan"...apa yang kita faham dengan maksud ini? Nikmat kehidupan mencakupi skop yang luas maksudnya.Kehidupan dalam berumah tangga, berkeluarga, kewangan, kesihatan, kepayahan dan banyak lagi.

Pernahkah kita menyoal diri kita, "Kenapa Allah masih hidupkan aku hari ini?"




Diri ini juga sering tertanya-tanya, adakah nikmat umur, kehidupan yang Allah berikan ini telah ain gunakan sebaik mungkin? Adakah sudah cukup amal dalam diri ini untuk bertemu dengan NYA? Adakah ain akan mati dalam keadaan tenang dan aman? Adakah ain akan mati dalam keadaan beribadah atau sebaliknya? Nauzubillah min zalik.Moga dijauhkan dari pengakhiran yang sia-sia.

Alhamdulillah, kita masih lagi diberikan nikmat untuk menambah amal.Alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk perbaiki diri dan amal sebelum melelapkan mata.Alhamdulillah kita masih dibukakan hati untuk mencari kemanisan iman, kemanisan mencari redha Allah SWT.

Namun, adakah kita benar-benar bersyukur atas segala nikmat yang diberi sedangkan dalam masa yang sama kita masih lalai dan alpa dengan hiburan dunia yang sementara ini.Kita ucap Alhamdulillah, namun kita masih meninggalkan kewajipan kita pada Allah SWT misalnya solat 5 waktu.Kita ucap Alhamdulillah, namun kita masih gemar melakukan kemaksiatan tidak kiralah dari segi penglihatan mahupun perbuatan dan lain-lain.Kita ucapkan Alhamdulillah, namun kita masih membenci orang yang melakukan amar makruf nahi mungkar.Kita ucapkan Alhamdulillah, namun kita masih lagi memperlekehkan atau menidakkan hukum-hukum Allah.Kita ucap Alhamdulillah, namun muslim sesama muslim masih tidak bersatu padu.

Ain juga tertanya-tanya adakah sempat ain berbuat kebajikkan sebanyak-banyakknya sebelum meninggalkan dunia yang sementara ini? Sahabat juga begitukan? Maka, apa yang harus kita lakukan.Jawapannya, BERTINDAK SEKARANG!!!


Mulakan hari ini dan hari-hari mendatang dengan semangat baru, dengan matlamat dan tujuan yang jelas.Fokus dengan matlamat dan tujuan kita hidup pada hari itu.Apabila kita fokus dan menetapkan matlamat yang ingin dicapai, insyaAllah di penghujung hari kita akan berasa lebih tenang dan gembira.Apabila ada matlamat yang ingin dicapai, insyaAllah masa kita tidak akan terbazir begitu sahaja.

Bangkit dari kegagalan dan kesilapan lampau. Usah terlalu memikirkan kebodohan yang lalu tanpa berbuat atau bertindak apa-apa untuk memperbaiki kelemahan diri.Jadikan kegagalan atau kesilapan itu suatu iktibar dan pengajaran agar ianya tidak diulangi lagi.Ambil yang positif dari kejadian lalu.

Pernah tak kita letak niat kita hidup selama ini?
Sekarang ini ubah pada apa niat kita hidup pada hari itu.Niatkan kita hidup pada hari itu adalah untuk Allah, moga segala kita lakukan dengan kehidupan yang Allah berikan pada hari itu diberkati dan diredhai Allah SWT.Tidak cukup ucapan syukur, tidak cukup dengan ucapan Alhamdulillah kerana masih lagi bangun pada hari itu andai tiada niat hidup kita pada hari berkenaan hanya untuk Allah SWT.

Apabila kita memasang niat seawal kita bangkit setelah ditidurkan seketika, maka minda kita di set untuk buat yang terbaik pada hari itu.Minda, anggota dan hati kita tertuju untuk berbuat kebaikkan dan amal ibadah untuk Allah SWT.

Belajar untuk memaafkan diri sendiri dan orang sekeliling.Belajar untuk lebih memberi dari menerima.Belajar untuk menggembirakan orang-orang disekeliling kita walau di saat hati kita terluka.Belajar untuk bergantung harap dan bertawakal pada Allah SWT di kala senang mahu sukar dan bukan pada makhluk.

InsyaAllah hari-hari yang berlalu dan mendatang adalah hari-hari terakhir yang terindah dalam kehidupan ini.Sesungguhnya dunia ini diciptakan Allah buat hamba NYA yang tahu erti bersyukur yang sebenar-benarnya.

Wallahu alam...semoga bertemu lagi di coretan akan datang, insyaAllah.









No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR