Saturday, June 30, 2012

PERSARAAN TERAKHIR


Bismillah,
Assalamualaikum sahabat semua..apa khabar..moga semuanya ceria-ceria selalu dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT, insyaAllah aamiin..=)

Pagi ini jom kita tanya pada diri kita, di manakah destinasi persaraan kita yang kita idam-idamkan? di manakah destinasi percutian kita yang terakhir yang amat-amat kita dambakan? jawapannya???

"NEW YORK"
"LONDON"
"AUSTRALIA"
"ENGLAND"
"SOUTH AFRICA"

????

Tiada tempat persaraan terbaik yang ada di dunia ini jika dibandingkan dengan persaraan di "SYURGA"....siapa yang tidak mahu tempat persaraannya yang terakhir adalah syurga.Syurga adalah destinasi terhebat berbanding mana-mana tempat percutian mewah yang ada di dunia ini.

Syurga adalah tempat di mana kehidupan kekal abadi yang mana Allah SWT telah janjikan pada hamba-hamba NYA yang beriman dan berjihad di jalan Allah selama mana hamba NYA itu menggunakan peluang yang ada semasa di dunia.

Pelbagai nikmat syurga telah Allah ceritakan melalui Al-Quran seperti:

"...dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul NYA, nescaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang terbesar." [An Nisa :13]

Untuk mendapatkan tempat di syurga tidak semudah diungkapkan di bibir, andai kita hanya bijak berkata-kata namun tiada usaha untuk mendapatkannya.Kita gemar meminta moga diri kita ditempatkan di syurga, dijauhkan dari neraka.Namun, pernahkah kita terfikir atau imbas kembali amalan kita selama ini.Adakah kita beramal bagai ahli syurga atau kita beramal untuk berada di neraka? Nauzubillah, Moga dijauhkan...

Dunia ini adalah kehidupan yang telah Allah ciptakan dan kurniakan buat kita umat manusia.Untuk apa? Dunia adalah tempat di mana Allah datangkan pelbagai ujian dan dugaan buat hamba NYA untuk menjadi hamba yang beriman dan beramal soleh.Setiap ujian yang diberi itu adalah untuk mematangkan kita umat manusia dalam menyedari bahawa tiada yang lebih berhak ke atas kita melainkan Allah.Allah yang menciptakan, maka Allah berhak tentukan apa saja buat kita.

Selagi mana kita diberikan peluang berada di muka bumi ini, sama-samalah kita berusaha untuk terus beramal dan membuat kebajikan.Dunia adalah ladang, tempat kita bercucuk tanam.Hasilnya kita akan perolehi di akhirat kelak, insyaAllah.Tanaman yang elok pasti membuahkan hasil yang baik, tanaman yang rosak, pasti membuahkan hasil yang sia-sia sahaja.

Tepuk dada, tanya iman...Ikutilah perintah Allah dan jagalah hubungan kita dengan Allah dengan menunaikan segala suruhan NYA tanpa ada bantahan atau keluhan.Wallahu alam.

"Ya Allah, berikanlah kami kebaikkan di dunia dan akhirat, serta jauhkanlah kami dari seksa ap neraka, aamiin"









No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR