Wednesday, July 4, 2012

SALAHKAH NIQABIS SHARE FOTO???


Bismillah,
Assalamualaikum sahabat ain kasihi sekalian, moga sahabat semua dalam lindungan dan Rahmat Allah SWT selalu, aamiin.

Ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang perbualan dengan beberapa sahabat baru-baru ni.Berkenaan wajarkah atau salahkah muslimah berniqab itu "upload" atau share foto di alam maya seperti FB, blog dan sebagainya.

Ain bukanlah ustazah atau ahli ilmuwan agama untuk meletakkan hukum.Sekadar memberi pandangan peribadi dan berkongsi perbincangan tersebut.

PANDANGAN 1 :

"Niat itu yg akan membawa kepada yang melihat... Jika ia lahir dari minda yang postive.. hati yang ikhlas kerana Ukhwahfillah.. akan terpancar dari watak si niqabis. dan 'body langguange' si pemakai.n mata-mata lelaki lain dan hati tak ikhlas pula.. memang orang yang tengok gambar itu pun akan Dan orang yang melihat pun akan mendapat impak positif. InsyaALLAH.. Mungkin akan di beri ALLAH hidayah kepada yang lain selepas melihat wanita berniqab.. timbul untuk insaf dan tanya pada diri.. Sedikit sebanyak.. kan :)Siapa tahu..

Jika kita, para niqabis set dalam minda memang untuk cari glamer atau fashion semata-mata.. dan untuk mendapat perhatiamenerimanya dalam bentuk negetive juga.. ini menjadi fitnah pula..

Wallahu'alam.. 
Tegur saya jika saya salah.. :) "


PANDANGAN 2 : 


"Jom ikut pesan Rasulullah SAW: Mintalah fatwa dari hati.

Kalau hati rasa gelisah, tak usah upload. Kalau hati rasa ok, uploadlah, antunna semuapun lebih tahu niat masing2. 

Fikir positif, gambar niqabis terutamanya bila menjalani aktiviti harian sebenarnya boleh mempromosi pakaian sunnah. Akak penah jumpa satu invitation dari satu pertubuhan Veiled Women something2 (tak ingat lak namanya), mereka minta gambar niqabis masa tgh menjalani aktiviti harian mcm bekerja, shopping, riadah etc sebab nak tunjukkan pakai niqab ni bukan penghalang kita hidup mcm orang normal. Asalkan dalam batas, opkos."


Pada pandangan ain sendiri, memang menjadi sumber inspirasi melihat foto-foto niqabis terutamanya niqabis yang sentiasa share aktiviti hariannya dengan berniqab.Bagi ain tiada salahnya upload foto kita bniqab di alam maya selagi mana foto itu mempunyai tujuan dan matlamat yang ingin dcapai.Yang penting niqabis itu sendiri perlulah menjaga adab dalam mengambil foto, Misalnya elak Bertabarujj dan elak menunjukkan aksi/pose yg tidak sopan [mcm uai kata, pose "gedik"]...hehe...Dan buat makluman sahabat, sebelum ni memang ain agak berat untuk share foto ain berniqab, walaupun as profile pic.Ingin menjaga hati ini dari ada rasa riak atau takabur[betul tak ejaan?].Macam sahabat pandangan kedua kata, "Kalau hati rasa gelisah, tak usah upload. Kalau hati rasa ok, uploadlah, antunna semuapun lebih tahu niat masing2."....Tepuk dada, tanya iman...Alhamdulillah sekarang ain rasa terkawal perasaan ni untuk share foto selagi mana ianya bermanfaat, insyaAllah...[dpt motivasi drp KakChik ni...]


Ain sering tekankan bab niqabis yg bertabarujj di blog/FB.Tiada niat menyinggung sesiapa.Cuma ingatan buat diri ain dan sahabat niqabis lain agar tidak memandang remeh bab bertabarujj walaupun telah bniqab.Kena jelas dengan niat kita bniqab dan perlu ada kefahaman apa itu aurat dan kaitannya dgn tabarujj buat wanita muslimah...wallahu alam..

Sedikit tambahan..tidak kiralah kita ni niqabis atau tidak.Andai dtegur demi kebaikkan, terimalah dengan hati terbuka dan berlapang dada lah selalu.Pernah ain terbaca tulisan niqabis yang marah dengan teguran dari ustaz agar berhati-hati apabila upload foto di alam maya.Ustaz berkenaan hanya menegur sgelintir niqabis yang upload foto yang "gedik" atau "tabarujj" melampau.Niat ustaz tu hanya ingin memperbetulkan dan bukan menghina..Jika kita pandang pada yg positf, maka positiflh hasilnya.Ain bukan anti upload foto bniqab yea.Cuma biarlah foto kita upload tu mempunyai matlamat dan tujuan serta niat yang betul, dan biarlh foto itu mendapat redha dari Allah SWT...wallahu alam..[maaf jika silap, harap diperbetulkn]...



6 comments:

  1. assalamualaikum kak ain..ingta lagi x mimi?
    huu mimi setuju sgt dgn pndangan kak ain..jika mahu di hormati dgn niqab, kita harus bersopan dgn niqab tersebut n xperlu upload gmbar yg posing2 n 'gedik' bak kata uai..eehe bukan apa..kesian pula pada niqabis lain yg terkena tempiasnya..moga Allah jaga kita semua dari niat yg jauh dari redha Allah..terimakasih kak sbb buat mimi rasa yg mimi xkesorangan..uhibbukifillah <3

    ReplyDelete
  2. salam, kak

    yg pic atas ni pic sape ? akak dgn zauj ke?

    hehe..sory tanye..:-)

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumussalam Mimi..insyaAllah masih di ingatan, cuma maaf yea agak kurang update blog sejak kebelakangan ini.

    Syukran mimi atas doanya juga..:D

    ReplyDelete
  4. Foto dlm blog ni adalah bersama suami..syukran..

    ReplyDelete
  5. Salam Ain,
    akak suka sangat baca artice mengenai niqabis. mengenai upload pic tu, kalau niat just sharing & bukan menunjuk2 "alim" akak rasa elok coz boleh jadi sebahagian dari dakwah. bila ramai yang bertudung labuh & berniqab, maka suasana tu sudah tidak jadi ganjil lagi. Penerimaan masyarakat akan lebih terbuka.

    Bila semakin ramai bertudung labuh & berniqab, maka yg bertudung kecik2 akan jadi golongan minority, lama kelamaan, mereka juga akan terpanggil untuk bertudung labuh.

    Sekarang ni kat luar pun kurang nak jumpa orang bertudung labuh or berniqab. So bila berjalan2 dgn Abaya & tudung labuh, orang pandang. Bukan mereka tak suka, just mungkin mereka pelik. Akak nekad nak jadikan ianya perkara biasa. Jadi nanti orang tak kan rasa pelik lagi, kedai2 tudung pun boleh jual tudung2 labuh.. tak macam sekarang, susah nak cari tudung labuh.

    Terima kasih Ain. & maaf jika ada kesilapan. ;)

    ReplyDelete
  6. saya tengok ramai niqabis2 di fb kebanyakkannya suka bercakap pasal kahwin la,cinta la,bakal suami yg soleh dan beriman la ..saya sndiri pun berasa hairan knpa mereka asyik berckap soal ini antara lelaki dan permpuan.. sy rasa kebnyakkan minda prempuan berniqab ni asyik berfikir nk cari bkal zauj yg soleh shaja..mmg btul smua org nk suami yg soleh,tpi tak perlu rasanya hebohkan perkara ni pda org laen :D

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR