Monday, January 30, 2012

PENGERTIAN AQIDAH

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum sahabat sahabiah ain kasihi sekalian.Alhamdulillah syukur pada Allah SWT atas izinNYA hari ni ain berkesempatan berkongsi dengan sahabat semua dengan topik usrah yang ain ikuti secara online pada 12 Januari 2012 yang lalu.Di sini ain akan rumuskan topik perbincangan yang lalu untuk ditatapi bersama.



PENGERTIAN AQIDAH

Aqidah adalah suatu simpulan yang kemas, terikat rapi dan tidak mudah terlerai.Begitu juga dengan aqidah seorang muslim, saling berkait rapat dengan keimanan dan keyakinan kita pada Allah SWT.

Apabila iman dihayati, difahami dan diamalkan dengan sempurna, maka sempurnalah aqidah seseorang individu itu.Tanpa iman yang teguh dan kefahaman yang sempurna, maka segala amal perbuatannya juga pasti tidak sempurna dan ada kekurangannya.

Sesiapa sahaja yang bergelar seorang muslim pasti berhasrat dan berharap menjadi mukmin sejati.Untuk itu adalah penting bagi kita meyakini dan mengimani setiap rukun-rukun Iman dalam Islam.Rukun pertama sekali yang disebut:

BERIMAN KEPADA ALLAH SWT
Kita wajib beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benar yakin dan percaya dengan kekuasaan NYA.Yakin pada Allah SWT di sini bermaksud kita yakin bahawa segala kejadian di atas muka bumi ini, penciptaan makhluk hidupan semuanya adalah atas izin Allah SWT dan dengan kebijaksanaan Allah SWT juga.

Manusia juga antara makhluk yang diciptakan Allah SWT.Sebagai hambaNYA kita wajib beriman pada Allah SWT dengan memiliki rasa kehambaan dalam diri sendiri dengan menunaikan segala suruhan dan menjauhi segala larangan NYA.

Kalimah tauhid juga berkaitan dengan keimanan kita pada Allah SWT, kalimah tauhid di sini bermaksud 2 kalimah syahadah yang sering kita ucapkan. Kalimah tauhid ini juga adalah pengakuan kita kepada Allah SWT, keyakinan kita kepada Allah SWT atas segalanya, ikrar kita sebagai seorang muslim, sebagai hamba Allah SWT...Allahuakhbar!!!

Dalam firman Allah SWT :
"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya."
[Surah Al-Kahfi ayat 110]


Dalam firman Allah SWt:
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat [untuk menyerukan] 'sembahlah Allah sahaja, dan jauhilah thaghut itu,.'" [Surah An-Nahl ayat 36]

Perkara penting yang membentuk diri seseorang mukmin adalah AQIDAH + FIQH + AKHLAK [TASAWWUF].

Seseorang muslim itu akan hanya dapat beriman dengan sebenar-benar beriman kepada Allah SWT apabila mempunyai aqidah yang mantap dan kukuh.Tanpa aqidah yang kukuh, maka amat mudah seseorang itu terpengaruh dengan perkara-perkara kemungkaran.

Lihat saja apa yang berlaku pada masa sekarang.Umat Islam hanya terletak pada namanya sahaja.Islam hanya pada bin dan binti, Islam hanya pada sekeping sijil kelahiran, Islam hanya identiti yang dicetak pada kad pengenalan seseorang itu.Islam hanya pada nama tanpa sebarang penghayatan atau kefahaman.

Mana letaknya rasa bangga kita pada agama Islam yang kita cintai ini? Mana letaknya kecintaan kita pada Allah SWT andai segala hukum syariat Islam diperlekehkan sama sekali? Mana mungkin kita dapat menyebarkan ajaran Allah SWT pada yang lain andai kita sendiri tiada kefahaman atau penghayatan dalam beragama.Adakah dengan alasan Islam tidak memberatkan, maka segalanya diambil mudah sama sekali?

Dalam berpakaian misalnya, ianya bukan hanya melambangkan identiti seseorang muslim semata.Kita sering mendengar terutamanya kaum wanita yang mengaku dirinya Islam namun tidak mahu berhijab dan berjilbab dengan alasan belum sampai seru atau belum bersedia.Malah dengan yakin mengatakan Allah tidak melihat luaran, Allah hanya melihat pada niat hati/dalaman seseorang itu...WAHAI MUSLIMAH SEKALIAN, cukuplah hidup dengan beralasan.Tidakkah kalian sedar bahawa berpakaian mengikut hukum syariat Islam itu juga adalah ibadah? Hidup adalah ibadah, maka berpakaian juga adalah ibadah kita pada Allah SWT.Allahuakhbar.

Tanpa kita sedari, kini wujudnya berhala berbentuk moden.Apakah yang dimaksudkan dengan berhala moden? Apabila kita mula taksub, dan menjadikan ikon tertentu sebagai idola atau pujaan, malah mengagung-agungkan seseorang ikon itu secara berlebih-lebihan, maka terjadilah bentuk berhala moden.Program-program realiti berbentuk hiburan yang mengetengahkan artis-artis baru yang semakin tumbuh bak cendawan, tokoh-tokoh negara yang juga diagung-agungkan hingga menimbulkan ketidakseimbangan atau persefahaman dalam beragama.Islam diletakkan di tangga terbawah sekali, Allah SWT diletakkan dalam tangga di bawah sekali apabila masyarakat Islam kini lebih mendahulukan hiburan dan keseronokkan dunia sahaja.Apabila ini terjadi, pincanglah aqidah, rosaklah masyarakat dalam beragama.

Tahukah kita berhala moden mula diperkenalkan pada anak-anak kecil dengan adanya ikon-ikon animasi yang dijadikan idola, misalnya Barbie, Naruto, dan banyak lagi.Anak-anak kecil ini menjadikan ikon animasi ini sebagai idola atau ikutan, namun tidak pula mengenal siapakah para sahabat dan pejuang-pejuang Islam di zaman para Rasul.Ini semua tidak diperkenalkan sejak kecil.Malah lebih teruk lagi, pihak media massa yang hanya memikirkan keuntungan semata mewujudkan program realiti untuk anak-anak kecil.Maka, anak-anak kecil ini dididik dan dilatih mindanya agar lebih kepada hal duniawi.Astaghfirullah, mana perginya sensitiviti masyarakat Islam dalam hal ini?

Allah SWT amat sayangkan hamba-hamba NYA, namun kita sebagai hamba NYA tidak tahu menghargai segala nikmat kurniaan diberi.Mantapkanlah aqidah kita sebagai seorang muslim dan jangan biarkan diri kita terus hanyut dengan keseronokkan dunia yang sementara ini.

Dunia adalah ladang untuk kita bercucuk tanam sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat nanti.Bersusah payahlah dahulu di dunia, InsyaAllah Allah SWT pasti menyediakan ganjaran yang besar buat kita di akhirnya nanti.

Moga bertemu lagi di coretan akan datang, InsyaAllah.





Tuesday, January 24, 2012

TAHUN BARU CINA .. ANG POW..

Assalamualaikum, salam sejahtera peminat blog NUR.Alhamdulillah bertemu kita kembali di alam maya ini.

24 Januari 2012, bersamaan hari kedua perayaan Tahun Baru Cina.Semenjak ain berkahwin hingga kini, ain tidak lagi menyambut perayaan berkenaan secara rasmi.





Perayaan Tahun Baru Cina setakat mana yang ain faham adalah, ia merupakan perayaan terbesar kaum Cina selain Wesak di mana ia diraikan bersempena kemenangan mengalahkan kuasa jahat.Ia merupakan perayaan yang lebih kepada kepercayaan/mitos.Namun, tiada kaitan dengan unsur keagamaan kerana ia juga turut diraikan sesetengah penganut Kristian yang berbangsa Cina.Majoriti yang meraikan adalah penganut agama Buddha.

Makan besar adalah satu aktiviti wajib yang sering dilakukan pada malam sambutan tahun baru, iaitu kaum keluarga akan mengadakan makan malam terbesar yang disertai anak-anak kecil sehinggalah yang berusia warga emas.Makanan yang dihidangkan juga pelbagai jenis, semakin banyak hidangan semakin bertambah rezeki mereka pada tahun itu.Selain itu, pada malam tahun baru digalakkan mengenakan pakaian baru.Begitu juga pada hari pertama perayaan.

Mercun atau bunga api sudah sinonim dengan perayaan masyarakat Cina.Mercun amat penting kerana menurut kepercayaan ianya bertujuan menghalau kuasa jahat.Ang Pow atau poket merah yang berisi wang juga amat penting sebagai simbolik dan tuah buat seseorang.Itulah secara ringkas yang dapat ain nyatakan disini.

Secara peribadi, ain tidak merayakannya lagi kerana perayaan ini diraikan berkaitan dengan kepercayaan mitos nenek moyang terdahulu.Tidak kurang juga ada muslim revert yang meraikan dan ianya bergantung pada niat masing-masing.

Sebagai seorang muslim ain bertanggungjawab menziarahi kedua-dua ibu bapa serta adik beradik ain bagi mengeratkan silaturahim.Tidak meraikan tidak bererti tidak boleh menziarahi kaum keluarga.Cukuplah sekadar ziarah bagi mengubat rindu buat kedua-dua ibu bapa tersayang dan satu-satunya adik perempuan ain yang tunggal.

Namun, agak berbeza dari tahun-tahun sudah.Tahun ini adalah tahun pertama ain tidak makan besar bersama keluarga.Salah satu sebab, ain bimbang akan merosakkan 'mood' ibu bapa ain.Biarlah di malam tahun baru ain tiada buat seketika.Adakala sebagai anak, ain perlu beri ibu bapa ruang untuk bernafas.Memandangkan penampilan ain kini berbeza, berniqab, maka ain harus tidak terlalu memberi tekanan pada mereka.Ain yakin tindakkan ain ini dapat melembutkan hati ibu bapa, InsyaAllah.

Semalam [23 Januari 2012] adalah hari pertama sambutan Tahun Baru Cina.Ain dan suami bersiap-siap dengan pakaian yang bersesuaian beserta buah tangan sebelum bertolak ke rumah ibu bapa.Alhamdulillah, tiada perasaan bimbang atau cemas memandangkan ain tidak berniqab setibanya ain di perkarangan rumah ibu bapa.Itu janji ain pada mereka kerana ain masih hormatkan mereka.

Melangkah masuk ke rumah, seperti biasa ain akan bersalaman dengan ibu ain dan seterusnya ain bertemu dengan bapa.Melihat riak wajah bapa tersayang menimbulkan rasa gembira dalam diri ini.Salam dan kucupan di tangan dihulur dan dapat dirasakan kelegaan di wajah bapa tersayang, seakan-akan mengerti anaknya ini amat menyayanginya.

Rasa sayu dipendam habis-habisan, menahan diri dari mengalirkan air mata.Allahuakhbar.Betapa gembiranya hati ini setelah sekian lama, akhirnya bapa ain dapat menerima ain kembali.Allah...

Suasana riang seperti biasa dengan kehadiran anak-anak buah yang semakin membesar setiap hari dan semakin lasak dengan karenah masing-masing.Kami sekeluarga berborak seperti biasa seakan-akan tiada sebarang perkara yang berlaku sebelum ini.Alhamdulillah, kesabaran dan doa ain selama ini Allah SWT makbulkan.SubhanAllah.

Di awal tadi ain ada menyebut Ang Pow, pemberian tradisi masyarakat Cina buat kaum keluarga.Ain turut memberi Ang Pow buat kedua-dua ibu bapa ain, adik perempuan serta anak-anaknya.Ang Pow dihulur dengan niat sebagai hadiah buat mereka yang amat ain sayangi, tidak lebih dari itu.Seperkara ain ingin kongsikan, sewaktu ain memberikan poket merah atau Ang Pow pada bapa ain, ain rasakan suatu perasaan yang indah.Ang Pow dihulur dan kucupan mesra ain berikan pada kedua belah pipi bapa ain.

Ain berikan ciuman di pipi bapa tersayang, tanda kasih ain dan tanda ain masih menyayanginya seperti dahulu walaupun kini kami berlainan kefahaman dan agama.Allahuakhbar...rasa sedih tak dapat dibendung tatkala kucupan terakhir diberikan.Dan ain tahu bapa ain seorang yang amat penyayang dan mudah berair mata seperti anaknya ini.Kami saling menyembunyikan rasa pilu dalam diri sendiri.Tiada kata-kata diluahkan, hanya gerak geri sahaja memberitahu bahawa kami saling sayang menyayangi.

Ya Allah..jauh di sudut hati hamba MU ini bermohon agar KAU berikanlah hidayah buat bapaku..buat ibuku...bukakanlah hati mereka untuk kembali pada MU YA Allah..kasihanilah mereka sebagaimana KAU kasihani diriku ini..

Moga-moga ibu bapa ain dan adik perempuan ain dibukakan hati menerima hidayah Allah SWT..aamiin.

Setakat ini sahaja secara ringkas yang dapat ain kongsikan bersama sahabat pembaca semua.InsyaAllah, moga bertemu lagi di coretan akan datang..aamiin.

Saturday, January 21, 2012

FACEBOOK:ANTARA PRO & KONTRA

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat sahabiah blog NUR.
Sedikit perkongsian coretan blog ain baca daripada Ustaz Hasrizal berkenaan kebaikkan dan keburukkan alam maya.Moga perkongsian ini memberi manfaat buat kita bersama.






BOLEH MENJADI HARAM

Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.

Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]

Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.

Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.


TAGGING DI DALAM FACEBOOK

Fungsi tagging di dalam Facebook mempunyai manfaat yang banyak.

Disebabkan oleh adanya fungsi ini, saya sudah kurang menggunakan kamera sendiri untuk mengambil foto program yang saya hadiri atau kendali. Lazimnya jurukamera atau peserta yang bergambar akan memuatnaikkan fotonya dan tatkala saya ditanda dengan tagging, maka foto itu secara otomatik masuk ke koleksi foto saya.

Namun, terdapat sejumlah pengguna Facebook yang menggunakan fungsi tagging ini sebahagian daripada apa yang dilakukannya di dalam kuiz dan permainan. Mungkin hal ini lebih menjadi masalah apabila ia berlaku kepada pengguna Facebook yang memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringannya.

Kemunculan aplikasi seperti PICKUPFRIENDS telah mengundang lambakan ratusan tagging berserta mesej balasan yang mengganggu ketenteraman penerimanya.

Tabiat-tabiat seperti ini tidak seharusnya berlaku. Ia menggambarkan betapa kita tidak menghargai ruang persahabatan yang wujud lantas mengisinya dengan benda-benda yang disangka lucu tetapi hakikatnya menyakiti orang lain. Cukuplah pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Daripada Abdullah bin ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Seorang Muslim itu ialah seorang yang kaum Muslimin lain terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya. Seorang muhajir pula ada orang yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah kepadanya” [muttafaq 'alayh]


FACEBOOK DAN YAHUDI

Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.

Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif. Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.

Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.

Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.

Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:

“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”

Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.


ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI

Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:

“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]

Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.

Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:

“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]

Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.

Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza“

Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.

Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.

Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.

Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.


PANDUAN MENGATASI KETAGIHAN

Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasi third party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.

Tepuk dada, tanyalah Iman!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Thursday, January 19, 2012

NIQAB DARI PANDANGAN 4 MAZHAB

Assalamualaikum, salam sejahtera pengunjung setia blog NUR.

Kali ini ain ingin berkongsi coretan yang sudah lama ain ingin coretkan di sini.Alhamdulillah, dengan perkongsian daripada seorang sahabiah membuatkan ain terdetik untuk kongsikan kembali apa ain ingin coretkan suatu ketika dahulu.






Mazhab Hanafi:

- muka, tangan dan kaki bukanlah aurat secara mutlak, tidak haram melihatnya.
- itupun jika tidak dibimbangi membangkit syahwat dan fitnah.
- anggota2 tersebut harus didedahkan kerana ia sgt diperlukan terutamanya ketika proses mengambil dan memberi sesuatu. Diperlukan dalam kerja2 yg bersangkutan dengan hidupnya (cth: ibu tunggal)


Mazhab Maliki:

- Dua pendapat;
1. Aurat bagi wanita di hadapan ajnabi adalah seluruh tubuh TERMASUK muka dan kedua2 tapak tangan.
2. Membezakan antara wanita cantik dan kurang cantik. Kalau cantik, wajib tutup semua. Jika kurang cantik, tak wajib tutup mukanya dan kedua2 tapak tangannya.


Mazhab Syafie:

- Aurat wanita bermula bila dah baligh.
- Seluruh tubuh harus ditutup termasuklah muka dan kedua2 tapak tangan samada dibimbangi fitnah atau tidak.
- ini pendapat Imam Syafie sendiri.
- Menurut jumhur ulama mazhab Syafie, tidak wajib menutup muka dan kedua2 tapak tangan. Tetapi perlu juga ditutup andainya terlibat fitnah.


Mazhab Hanbali:

- muka, kedua tapak tangan dan kaki bukanlah aurat secara mutlak. Tak haram memperlihatkannya.
- hal ini disebabkan kedua-duanya boleh terbuka ketika solat dan ihram. Jika ia adalah aurat, sudah tentulah disuruh menutupnya kerana menutup aurat adalah wajib.



(ruj: Aurat: Kod Pakaian Islam, Shofian Ahmad, Lotfiah Zainol Abidin, hlm. 56, 57)
[rujukan tambahan: Aurat Dalam Islam,Othman H.I halaman 8 & 9]


Secara peribadi, ain berpendapat berniqab adalah suatu kenikmatan yang amat sukar digambarkan dengan kata-kata.Walaupun adakala diuji dengan pelbagai perkara dan suasana, namun itu tidak sama sekali mematahkan semangat dan niat ain untuk terus berniqab.Hanya ingin mendapat redha Allah SWT semata-mata.

Bagi yang tidak berniqab, hormatilah pendirian mereka dan usahlah berbahas bab hukum sedangkan kita sendiri sedia maklum tentang banyaknya khilaf dan pandangan mengenainya.Jika tidak berniqab sekalipun, tutuplah aurat dengan sempurna.

Bagi yang berniqab pula, muhasabah diri selalu, perbetulkan niat dan elak berlaku perasaan riak dalam diri dengan penampilan peribadi.Usah memandang rendah mereka yang masih tidak menutup aurat atau tidak berniqab, kerana boleh jadi mereka akan menjadi lebih baik daripada diri kita.Allah Maha Tahu.


Moga perkongsian ini bermanfaat..InsyaAllah...

Tuesday, January 17, 2012

PENGALAMAN KE BUKIT TINGGI INDONESIA

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat sahabiah ain di blog NUR.Syukur pada Allah SWT atas izin NYA ain masih diberikan kesempatan untuk berkongsi coretan disini.

Kali ini, ain ingin berkongsi pengalaman ain bercuti di luar Malaysia dengan berniqab.Suatu pengalaman baru yang tidak mungkin ain dapat lupakan.




Alhamdulillah, baru-baru ni ain dan suami bercuti ke Bukit Tinggi yang terletak di Sumatera Barat, Indonesia.Jarak perjalanan jika dari Padang Indonesia hanya mengambil masa 2 jam perjalanan.Namun, rombongan kami ikuti kali ini disertai oleh sekumpulan keluarga yang lain yang juga dari Malaysia dan Singapura.Maka, 2 rombongan besar terlibat kesemuanya kira-kira 56 orang.Ketua kumpulan mengambil keputusan majoriti yang ingin bertolak ke Bukit Tinggi dari Pekan Baru Indonesia.Jadinya, masa perjalanan kami dari Pekan Baru ke Bukit Tinggi mengambil masa kira-kira 12 jam!!! Allahuakhbar!!!

Kami mula bertolak dari Melaka menaiki bus disediakan kira-kira jam 7am dan tiba di LCCT kira-kira pada jam 9-9.30am.Setibanya di sana, ketua rombongan iaitu Dr.Jamaldin atau lebih mesra dengan panggilan abang Din memastikan semua ahli rombongan bersedia dengan pasport masing-masing.Tanpa melengahkan masa, ahli rombongan termasuk ain dan suami diarahkn untuk pemeriksaan pasport di kaunter yang disediakan.

Kebetulan dalam rombongan ini, turut disertai oleh seorang lagi niqabis yang walaupun ain baru kenal tetapi amat rapat dengan diri ini.Kak Arbakyah, seorang ibu tunggal dan juga seorang usahawanita berjaya, malah NIQABIS menyertai rombongan ini beserta dengan 2 anak lelakinya.Ini adalah pengalaman pertama ain menaiki pesawat dan perlu melalui beberapa pemeriksaan di lapangan terbang, maka kehadiran kak Arbakyah mengurangkan rasa bimbang dalam diri ini.

Sewaktu melalui pemeriksaan pasport di LCCT amat mudah kerana terdapat laluan pemeriksaan pasport menggunakan kaedah auto-mesin.Amat mudah, cuma masukkan buku pasport ke ruang disediakan dan hanya cap jari pemegang pasport diperlukan.Selain itu terdapat skrin kecil yang menyatakan maklumat peribadi dan gambar pemegang pasport.

Kawasan pemeriksaan yang ain perlu lalui adalah pemeriksaan barangan dibawa dan badan.Alhamdulillah dengan kemudahan dan kelebihan teknologi sedia ada, ain hanya perlu melalui laluan yang seakan pintu kecil untuk pemeriksaan tanpa perlu disentuh oleh sesiapapun.Alhamdulillah.Setelah semuanya selesai di LCCT, rasa lapang teramat di dada.

Rombongan kami mula menaiki pesawat kira-kira pada jam 1050am.Jarak perjalanan ke PekanBaru pula menaiki pesawat hanya mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja.Maka kami tiba di Lapangan Terbang kecil di Pekan Baru kira-kira pada jam 1130am.Di sini ain perlu melalui 2 lagi pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk, pemeriksaan pasport dan satu lagi pemeriksaan badan.Alhamdulillah, tiada masalah sewaktu pemeriksaan pasport.Namun, sebaik tiba di bahagian pemeriksaan badan walaupun ain tidak diminta membuka niqab, ain diminta untuk membenarkan pegawai wanita berkenaan memeriksa diri ini dikhalayak ramai! Walaupun diri ini tidak disentuh, namun ramai mata yang melihat keadaan yang berlaku.Pegawai wanita berkenaan mengangkat tudung labuh yang ain kenakan ke atas untuk melihat bahagian atas badan.Sekali lagi diri ini merasakan seperti dibogelkan!

Dari sana,kami dijemput 2 buah bas dan tempat persinggahan pertama kami adalah di restoran Nasi Padang untuk makan tengah hari.Alhamdulillah makanannya agak ringkas namun masih tetap dapat membangkitkan selera.

Seperkara yang dipelajari apabila makan di sini adalah, pelanggan yang datang ke restoran untuk menjamu selera akan dihidangkan kira-kira 10 jenis lauk dalam satu masa.Namun, yang ingin menjamu selera perlu bijak dengan memilih hidangan yang ingin dimakan dan bukan menjamu kesemuanya walaupun sedikit.Ini kerana bayaran makanan adalah berdasarkan berapa jenis lauk yang dipilih.Bagi yang tidak tahu terpaksalah membayar dengan harga yang lebih!

Setelah selesai menjamu selera, kami singgah di salah satu masjid di PekanBaru(maaf tidak catit nama masjid) untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar (Jamak Takdim) sebelum meneruskan perjalanan.Namun, seperkara yang amat menguji ain dan kak Arbakyah sewaktu ingin menunaikan solat.Masjid yang kami singgah ini tidak menyediakan ruang pemisah solat antara lelaki dan wanita.Kami berpandangan antara satu sama lain mencari jalan dan cara menunaikan solat tanpa mendedahkan wajah kami di mata umum.Maka, jalan terakhir kami menunaikan solat dalam keadaan wajah masih tertutup dengan hanya mendedahkan bahagian dahi kami sahaja.Kami bersolat di sebalik tiang masjid, namun masih belum mampu melindungi kami sepenuhnya.

Seperti biasa, keadaan kami bersolat dengan hanya mendedahkan dahi dilihat janggal/pelik pada pandangan muslimat yang lain.Kak Arbakyah sendiri sudah mempunyai pelbagai pengalaman merantau di negara orang dan sudah pasti ilmu dan pengalaman lalu dijadikan sandaran pada masa kini.Sebelum ini, ain pernah bertanyakan masalah yang sama pada sahabiah niqabis ain jika perlu bersolat di ruang terbuka.Melalui pandangan dan nasihat diberi, ain secara peribadi merasakan agak berat mendedahkan wajah ain di khalayak ramai walaupun sedang bersolat.Mendedahkan wajah seakan-akan membogelkan diri pada pandangan umum.Moga Allah SWT redha dengan kami.Aamiin.

Setelah selesai solat, ain dan sahabiah tadi merasa sedikit terkilan dengan suasana masjid yang tidak mesra dengan muslimat yang amat menitikberatkan soal batasan antara lelaki dan wanita.Namun begitu, jauh di sudut hati ini ain yakin semua ini adalah ujian Allah SWT buat kami berdua.Allahuakhbar...Lagipun bukan disini saja terjadi perkara sebegini, malah di Mekah juga adalah tempat di mana umat Islam beribadah di ruang yang terbuka antara lelaki dan wanita.Pasti ujiannya lebih hebat lagi.Apalah sangat dengan ujian yang baru ain rasai ini.Allah...kuatkan hati ini..

Setelah selesai solat, kami bersama ahli rombongan meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi kira-kira pada jam 1430pm [waktu Malaysia].Perjalanan tanpa henti ini berterusan selama 6 jam berikutnya.Akhirnya kami tiba di Benteng Hotel kira-kira pada jam 2030pm waktu Malaysia.Jika mengikut perkiraan perjalanan bertolak dari Melaka ke Bukit Tinggi, maka jumlah perjalanan hampir memakan masa 12jam.Allahuakhbar, suatu masa perjalanan yang agak panjang bagi ain.Di malam hari, ain hanya berehat di hotel dan tidak ke mana-mana kerana memikirkan perjalanan yang bakal ditempuh pada keesokkan harinya pasti memerlukan tenaga dari segi fizikal dan mental.

Pada jam 0900am [waktu Malaysia] keesokkan paginya, kami berkumpul di lobby sebelum bertolak ke pekan bandar Sumatera Barat untuk melawat butik-butik kain sulaman dan telekung.Sementara menanti kehadiran semua, ada diantara ahli rombongan sudah mula tawar-menawar dengan barang jualan yang diniagakan oleh peniaga di Bukit Tinggi di hadapan hotel penginapan kami.





Para peniaga yang berada di situ saling memperagakan barang jualan masing-masing mulai dari jubah, kain telekung, kain sulaman, selendang, lukisan dan sebagainya.Semuanya sibuk menawarkan harga kepada pada pembeli, ain hanya melihat dan memperhatikan gelagat masing-masing.Akhirnya kami pun mula bertolak kira-kira jam 0930am iaitu dalam 0830 waktu Indonesia.

Sepanjang perjalanan kami yang diaturkan oleh ketua rombongan iaitu Abang Din, turut disertai adalah orang tempatan yang tahu berkenaan kawasan Bukit Tinggi.Kami diterangkan mengenai asal usul nama Bukit Tinggi itu sendiri.Menurutnya, Bukit tinggi itu sendiri terdiri dari 10 buah bukit kecil dan untuk penyatuan ia disatukan dalam satu kota seperti sekarang,Bukit Tinggi.Keluasan tempat ini hanyalah 5km persegi dengan kepadatan penduduk kira-kira 100 000 orang.

Bukit Tinggi yang terletak di Sumatera Barat adalah salah satu kawasan pelancongan yang menjadi tumpuan para pelancong di Indonesia.Bukit Tinggi suatu ketika dahulu pernah dijajah oleh pihak Belanda dan kini penduduknya rata-rata 95% adalah beragama Islam.Dapat dilihat dengan mudah di sini begitu banyaknya masjid didirikan dan masih lagi digunakan.Jarak diantara satu masjid dengan masjid yang lain kira-kira 1KM sahaja.




Punca pendapatan utama 75% penduduk Bukit Tinggi adalah pertanian seperti padi bukit, buah-buahan dan sayur-sayuran.Seperti gambar di atas, ia adalah pandangan tanaman padi bukit dan amat mudah dilihat di kiri kanan jalan raya.Malah setiap kawasan rumah kampung yang didirikan pasti ada tanaman sebegini dan juga kolam ternakan kecil.Rumah-rumah kampung yang didirikan amatlah dekat antara satu sama lain.




Menurut pemandu pelancong tempatan, harga tanah di Bukit Tinggi boleh mencecah hingga 5 juta Rupiah, kira-kira RM2000 untuk 1 meter persegi tanah.Maka,harga rumah di sini amat tinggi.

Bukit Tinggi terkenal dalam industri pelancongan terutamanya dalam bidang home industry iaitu penghasilan kraftangan tempatan,kain sulaman dan telekung.Bercakap tentang kain sulam, kami telah dibawa ke 2 buah butik tempatan yang agak terkenal dengan penghasilan kain sulamannya.Sudah dinamakan BUTIK, maka harganya juga agak mahal namun berbaloi dengan kualiti yang disediakan.

Antara tempat persinggahan kami adalah di pasar Aur Kuning.Di sini pelancong, peniaga tempatan mahupun dari luar Bukit Tinggi akan berkunjung ke sini untuk mendapatkan harga barangan pada harga borong.Barangan utama di sini adalah jubah,kain ela, seluar, kemeja dan jeans dengan pelbagai rekaan terkini.

Tempat terakhir persinggahan kami yang terakhir adalah di Pasar Atas yang terletak dalam 10 minit perjalanan dari tempat penginapan kami.Di sana ain bertemu dengan seorang rakan lama iaitu bekas pesakit yang pernah di bawah jagaan ain suatu ketika dahulu.Ain panggilnya kak Azniarty.Beliau memiliki beberapa toko jualan di Pasar Atas.Alhamdulillah, di sini ain membeli beberapa helai telekung untuk dijadikan barang jualan sekembalinya ain ke Malaysia nanti, InsyaAllah.

Dari Pasar Atas, kami bertolak pulang dengan hanya berjalan kaki melalui jam Gadang yang menuju ke tempat penginapan kami.




Gambar di atas adalah ehsan dari Google memandangkan ain tidak memiliki camera canggih untuk mengambil foto-foto kenangan.Jam Gadang ini adalah peninggalan pihak penjajah Belanda yang pernah menakluki kawasan Sumatera Barat.

Pada keesokkan harinya kami bertolak ke lapangan terbang kecil Pekan Baru bermula pada jam 6pagi waktu Indonesia [sejam kurang dari waktu Malaysia].Jika di awalnya ain merasa terkilan dengan cara pemeriksaan terhadap muslimat di khalayak ramai, ruang solat terbuka, kali ini ain diuji sekali lagi sewaktu berada di ruang solat.Setelah selesai proses pemeriksaan pasport dan individu, ain bersama beberapa muslimat yang lain segera menuju ke satu-satunya ruang solat yang terletak di ruang menunggu pesawat berlepas.

Ain bersama muslimat yang lain sedang khusyuk menunaikan solat jamak qasar Zuhur-Asar.Setelah selesai tiba-tiba ada kaum lelaki yang menjengah di ruang solat kami.Amat menyedihkan apabila pada ketika itu ain tidak mengenakan niqab dan ain benar-benar dalam keadaan terperanjat! Makin membuatkan rasa terkilan adalah apabila tiada ada rasa hormat pada kaum muslimat di dalam yang masih sedang bersolat dan tiada teguran untuk meminta izin berkongsi menggunakan ruang solat.Allah..benar-benar menguji kesabaran ain ketika itu dan ain hanya mampu rasa terkilan dan memohon agar Allah SWT agar diberikan ain kesabaran dalam menghadapi ujian kecil ini.Sahabiah ain yang seorang lagi niqabis beserta muslimat yang lain dalam keadaan tergesa-gesa membetulkan pakaian masing-masing.

Amat menyedihkan, kerana perkara sebegini boleh dielakkan.Suami ain sendiri dan anak-anak lelaki kakak niqabis ain katakan tadi, sanggup menunggu sehingga para muslimat selesai bersolat dan paling tidak pun memastikan keadaan ruang solat antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tidak terlalu penuh.Perkara sebegini masih boleh dielakkan sekiranya adanya sikap prihatin dalam diri masing-masing.

Rombongan kami bertolak pulang ke Malaysia pada jam 4pm waktu Indonesia.Begitulah serba sedikit pengalaman ain pergi dan balik dari Bukit Tinggi Indonesia.Segala ujian kecil yang diberikan amat-amat menginsafkan diri ini dan membuatkan diri ini agar lebih peka dengan keadaan sekeliling.

InsyaAllah, moga bertemu lagi di coretan akan datang.

Thursday, January 12, 2012

NABI MUHAMMAD TIDAK MENGIZINKAN PEDOSA BERAT DIKUTUK


Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog NUR.Moga segala urusan kalian dipermudahkan.

Kali ini ain ingin berkongsi satu artikel tulisan oleh seorang sahabiah niqabis, yang juga tidak kurang hebatnya dalam bidang penulisan buku-buku ilmiah dan keagamaan.Antara buku penerbitannya yang mendapat tempat adalah buku Fiqh Perubatan iaitu saudari Wan Nor Ainon Wan Abdullah.

Perkongsian beliau kali ini adalah berkenaan bagaimana kita seharusnya mencontohi perlakuan dan betapa beradabnya cara Rasulullah SAW melayan seseorang individu yang bersalah atau disabitkan kesalahan itu.Moga tulisan ini menjadi renungan buat kita bersama.

AHAD, 25 DISEMBER 2011


DARI BLOG SAYANGISLAM.COM

Dari satu segi, jenis-jenis kesalahan dapat dibahagikan ke dalam 2 kategori.

1. Kesalahan yang ada hukumannya di dunia, oleh itu kesalahan itu dibawa ke hadapan hakim. Contoh kesalahan dalam kategori ini adalah kesalahan meminum arak.

2. Kesalahan yang tiada hukumannya di dunia, oleh itu kesalahan tersebut tidak dibawa ke hadapan hakim.

Dalam rekod sejarah, terdapat catatan yang menunjukkan Nabi Muhammad tidak membenarkan orang yang sudah terbukti melakukan kesalahan berat minum arak sekalipun daripada dikritik dan dikutuk.

Kes 1: Umar bin al-Khattab melaporkan, pada suatu masa ada seorang lelaki bernama Abdullah yang nama jolokannya adalah 'Himar' (keldai), seorang yang selalu menyebabkan Nabi Muhammad ketawa. Nabi Muhammad pernah mengenakan hukuman rotan kepada Abdullah atas kesalahan meminum arak. Pada suatu hari, sekali lagi Abdullah dibawa ke hadapan Nabi Muhammad atas kesalahan minum arak, Nabi pun merotan dia lagi. Melihat peristiwa itu seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke hadapan Nabi.” Nabi Muhammad berkata, “Jangan kutuk dia, kerana demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya.” -- Hadith No. 2161 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari.

Kes 2: Abu Hurairah melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki peminum arak dibawah ke hadapan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad berkata, “Pukul dia.” Abu Hurairah melaporkan lagi, sebahagian orang yang ada di situ memukul lelaki itu dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar, ada yang memukul dengan baju. Apabila seslesai, ada seseorang berkata, “Moga-moga Allah merendahkan kamu!” Mendengar kata-kata itu Nabi Muhammad berkata, “Jangan kata begitu, kerana saudara menolong syaitan menguasai dirinya.” -- Hadith No. 2159 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari

Dalam peristiwa itu Nabi Muhammad melarang perbuatan mengutuk pedosa berat sekalipun, apatah lagi pedosa yang lebih ringan. Alasan yang diberikan oleh Nabi Muhammad adalah, apabila kita mengutuk seseorang sebenarnya kita menolong syaitan menguasai orang itu.

Apakah yang dapat kita fahami tentang kata-kata Nabi Muhammad ? "...kita menolong syaitan mengusai orang itu."? Antara tafsiran yang dapat kita beri adalah orang itu akan membenci orang yang mengutuk, sedangkan si pengutuk itu adalah orang baik dan niatnya baik. Malah dia akan membenci orang-orang lain yang satu kelompok dengan si pengutuk. Sebagai contoh jika si pengutuk itu seorang ustaz, dia akan membenci semua golongan ustaz. Lebih serius lagi, dia mungkin bukan hanya membenci semua ustaz, malah dia mungkin membenci agama Islam. Dalam keadaan begitu, dengan mengutuk dia kita telah memberi kemenangan kepada syaitan.

Moga sahabat sahabiah sekalian dapat memahami konteks yang cuba disampaikan oleh penulis ini.Secara ringkasnya, walau seburuk manapun seseorang individu itu usahlah dicanangkan habis-habisan keburukkan di khalayak umum.Selain menyebabkan individu yang terlibat menyimpan perasaan marah dan benci, dalam masa yang sama kita juga telah mengaibkannya dalam masyarakat.

Mahukah keburukkan kita juga dicanangkan untuk perhatian umum??? Fikir-fikirkan...

Sunday, January 8, 2012

MALAIKAT MAUT YANG BERSEDIH

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua peminat setia blog NUR.

Coretan kali ini ain kongsikan terus daripada blog seorang niqabis, adik Nor Abdullah.Coretan yang menarik dan amat mudah difahami.Moga ianya dapat menimbulkan keinsafan dalam diri masing-masing, InsyaAllah.




Dari Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70x dlm sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah herannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah SWT untuk mencabut nyawanya, tapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”

tu diaa... 70 kali sehari.. banyak tu, Kalau la kita semua boleh melihat hijab ni.. sure takkan ada yang tinggal sejadah,, dok tgk AF, dok bersuka ria bagai... kan..Tapi itulah kita manusia,, di jadikan Allah selalu lalai dan alpa,.. seronok je yang kita ingat.. Dan bila time sedih mula cari Tuhan..Moga saya selalu ingat yang maut itu ada di mana2..

Allah SWT berfirman,
“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tdk dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tdk dapat (pula) mencepatkannya.” (Surah Al-A’raf: ayat 34)

Actually entri kali ni nak share pasal Kisah Malaikat Maut as known as Izrail yang pernah bersedih atas tugasnya mencabut nyawa manusia,..Korang ingat senang ke nak jalan kan tanggungjawab ni.? Kalau tiba turn malaikat maut nak cabut nyawa insan yang di kasihi oleh semua manusia dan di langit.. tak ke susah tu huhuhu.

Malaikat pon tahu sedih ,,, teringat kisah malaikat izrail saat nak cabut nyawa Kekasih Allah, Muhammad .. dia memalingkan wajahnya kerana tidak sanggup melihat wajah Rasulullah yang kesakitan..Sampai kan Rasulullah berkata pada izrail waktu tu.."Jijikkah kamu melihat wajah aku ya izrail?" Izrail menjwab, "Ya nabi Allah,Siapa yang sanggup melihat kekasih Allah menahan sakit sebegini"

Kisah Izrail bersedih ni telah mendapat perhatian dari Allah SWT..
Izrail pernah mengadu kepada Allah SWT yang dia tidak di senangi oleh keturunan kaum Adam dan dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berduka cita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang dan juga Izrail berasa sedih apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh mahluk-mahluk bernyawa kerana di antara mahluk bernyawa itu termasuk manusia yg terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para Rasul SAW, para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang soleh.

Maka oleh itu Allah mewuujudkan pelbagai asbab dan sebab akan sesuatu kematian tu,..macam ada yang kena penyakit kronik, ada yang excident, ada yang kerana terbakar dan lemas juda sebagainya itu adalah kerana menjadikan sebab bagi sesuatu kematian..

Maka takla orang menyalah kan Izrail lagi..Izrail itu adalah perantaraan saja...Yang menentukan kematian itu adalah Allah SWT.

Kalu dulu2 zaman nabi2, kate suami saya time die bukak cite pasal malaikat.. Die cakap malaikat dulu dtg dalam bentuk manusia ...Ketuk pintu.. dan ckp.. "Saya malaikat maut.. saya dtg nak cabut nyawa" tak ke seram mcm tu... tapi tula hakikatnya. ..Maka orang semua mcm pandang serong sikit kat malaikat nye tugas...Sian die.. die hanya jalankan tugas.. maka oleh itu,, Izrail pon mengadulah...

Then maka selepas kewafatan nabi,,kite semua menemui ajal dgn bersebab... Ada ke orang mati tanpa sebab.. at least mesti ada kan? At least manusia lupa pasal izrail dan mengaitkan kematian dengan sebab yang di alaminya..

Mari kita kaji dari sudut positif akan sakit yang misalnya sakit yg ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, bukan kah ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah SWT memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan waktu atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekal untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yg muflis seta bankrup di akhirat nanti.. Kumpul saham akhirat,

Begitu juga org yg mati tiba-tiba disebabkan musibah, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kpd orang yg masih hidup supaya mereka sentiasa waspda dan tdk lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa penyesalan yg tdk berguna.

Di kalangan org beriman pula pasti menganggap bahawa sakit yg ditimpakan kpd dirinya adalah sebagai tanda bahwa Allah SWT masih menyayangi dirinya. ..dan berusaha memperbaiki diri dan amalan..

Berbalik pada kisah Izrail ni..ade satu lagi kisah yang saya nak share ngan korang sumer..
haa kisah Nabi Idris dengan Izraill Kisah nya begini...........

Nabi Idris A.S adalah nabi kedua yang wajib diketahui oleh umat islam. Dikisahkan bahawa Nabi Idris diangkat ke syurga kerana setiap hari dia membuat amal yang diterima sebanyak alam penduduk bumi. MasyaAllah..punyela banyakkan...

Melihat akan hal itu, maka malaikat Izrail begitu sayang kepadanya. Pada suatu hari, Izrail meminta izin kepada Allah untuk turun ke bumi untuk berjumpa dengan Nabi Idris dan Allah memperkenankannya.Lalu turunlah Izrail ke bumi dalam bentuk rupa seorang manusia biasa dan memberi salam pada Nabi Idris serta duduk di sampingnya. ~ kan saya dah kate .. dulu2 mlaikat leh turun jumpe manusia.. dan sembang2 ..best nye.. Kalulah saya pon leh jumpe...gulp..telan air liur jap..~

Nabi Idris yang sedang berpuasa ketika itu memperlawa tamunya untuk makan setelah tiba waktu berbuka puasa, namun tamunya itu hanya mendiamkan diri. Nabi Idris pun meneruskan ibadahnya sambil dilihat Izrail sehingga terbit fajar.

Melihat akan hal tamu yang duduk di sebelahnya, maka Nabi Idris pun bertanya, “Hai lelaki, mahukah kamu berjalan-jalan denganku supaya kita berasa senang?” Lalu Izrail menjawab, “Ya, aku mahu”. Mereka berdua pun berjalan-jalan dan tiba di sebuah ladang yang sangat subur tanamannya. Malaikat Izrail berkata,

“Bolehkah kamu izinkan aku mengambil buah-buahan itu?” Berkata Nabi Idris, “Maha suci Allah, semalam kau tak mahu makan benda yang halal dan kini kau mahu memakan benda yang haram”. Mendengar jawapan Nabi Idris, Izrail pun terdiam.

Setelah itu, mereka pun berjalan selama 4 hari dan dalam tempoh itu Nabi Idris merasakan perbezaan tamunya itu dengan manusia biasa, lalu Nabi Idris bertanya,“Aku dapati kau amat berbeza sekali daripada manusia biasa lain. Oleh itu aku harap dapatlah kau memberitahu aku siapakah dirimu”. Izrail menjawab, “Aku adalah malaikat pencabut nyawa bernama Izrail”.Nabi Idris bertanya lagi, “Sudah 4 hari kamu bersamaku, bagaimanakah kamu mencabut roh yang lain?” Izrail pun berkata, “Memang kerjaku mencabut roh dan sesungguhnya ia adalah perkara yang mudah seperti hidangan makanan yang aku hadapi”. Kemudian Nabi Idris bertanya lagi,“Wahai Izrail, adakah kau datang sekadar untuk menziarahi aku atau pun mencabut rohku?” Jawab malaikat Izrail, “Aku datang menziarahimu dan aku telah mendapat keizinan Allah”.

Setelah mendengan jawapan Izrail, maka berkatalah Nabi Idris,“Wahai Izrail, aku mempunyai hajat”.“Katakan hajatmu itu”, jawab Izrail.Ujar Nabi Idris, “Hajatku padamu ialah kamu hendaklah mencabut rohku. Kemudian Allah akan menghidupkan aku supaya aku boleh kembali beribadah kepadaNya sesudah aku merasakan sakitnya mati”.Izrail menjawabnya dengan tenang,“Sebenarnya aku tidak mempunyai kuasa untuk mencabut roh seseorang kecuali dengan izin Allah”.

Atas permintaan Nabi Idris itu, Allah mewahyukan kepada Izrail, “Hai Izrail, cabutlah nyawa Idris itu”. Maka Izrail pun menurut perintah dan mencabut nyawa Nabi Allah itu dan kematian Nabi Idris ditangisinya. Lalu Izrail memohon supaya Allah menghidupkan kembali Nabi Idris yang menjadi teman baiknya. Allah memperkenankan doa Izrail lalu Dia menghidupkan semula Nabi Idris.

Setelah hidup semula, maka Izrail bertanya kepada Nabi Idris, “Wahai Idris, bagaimanakah rasanya mati itu?”Jawab Nabi Idris, “Rasanya seperti mengupas kulit binatang yang hidup, rasa sakitnya adalah lebih seribu kali ganda”. Berkata Izrail pada Nabi Idris, “Aku mencabut nyawamu dengan cara yang paling lembut sekali dan tidak pernah aku mencabut roh selembut ini”.

Nabi Idris kemudian menyatakan hasratnya untuk melihat neraka jahanam kepada Izrail supaya dia boleh beribadah dengan lebih tekun lagi selepas ini.Izrail pun berkata, "Aku tidak dapat membawa kamu pergi tanpa izin dari Allah”. Lalu Allah mewahyukan kepada Izrail, “Bawalah oleh kamu dan tunjukkanlah kepada Idris akan neraka jahanam itu”. Lalu dibawanya Nabi Idris melihat neraka jahanam dan Nabi Idris dapat melihat suasana yang mengerikan dalam neraka tersebut.

Setelah keduanya kembali dari melihat neraka jahanam, maka berkatalah Nabi Idris akan hajatnya lagi, “Wahai Izrail, aku ingin sangat melihat syurga yang Allah ciptakan untuk hambaNya yang taat”. Izrail menjawab,“Aku tak dapat membawamu kecuali dengan izin Allah”. Kemudian Allah mewahyukan lagi kepada Izrail, “Wahai Izrail, bawalah Idris melihat syurga. Aku memberi izin kepadamu”.

Setelah sampai di pintu syurga, maka nampaklah Nabi Idris akan kecantikan syurga yang tidak ada tolok bandingnya. Melihat hal yang demikian, Nabi Idris pun berkata,
“Wahai malaikat Izrail, aku telah merasakan sakitnya mati. Aku juga telah melihat neraka serta siksaan di dalamnya. Oleh itu aku harap kamu mohonlah pada Allah supaya aku dapat duduk di dalam syurga dan meminum airnya supaya hilang rasa sakit mati dariku dan minta hindarkanlah aku dari api neraka jahanam”.

Kemudian Izrail memohon kepada Allah dan Allah memberi izin kepada mereka untuk masuk dan keluar dari syurga. Setelah mendapat izin, Nabi Idris masuklah ke dalam syurga dan meletakkan kasutnya di bawah sebatang pohon syurga. Nabi Idris kemudiannya keluar dari syurga sambil berkata,“Wahai Izrail, aku tertinggal kasutku. Oleh itu bawakan aku kembali ke dalam”. Nabi Idris segera masuk kembali ke dalam syurga, tetapi setelah ditunggu beberapa lama oleh Izrail, dia masih belum keluar lagi.Maka risaulah Izrail lalu berkata,“Wahai Idris, keluarlah kamu dari syurga”.Jawab Nabi Idris, “Aku tidak mahu keluar dari syurga ini kerana Allah telah berfirman, ‘Kullu nafsin dzaaiqatul mauti (dan tiap-tiap yang bernyawa itu mesti merasakan mati) dan sesungguhnya aku telah mati”.

Sambung Nabi Idris lagi, “Allah juga telah berfirman, ‘Wa-in minkum illaa waariduhha‘ (dan tidak adalah di antara kamu kecuali dia memasukinya) dan aku telah masuk neraka”. Kemudian Nabi Idris berkata lagi, “Allah berfirman, ‘Wamaahum bimukhrijiina‘ (dan tidaklah mereka itu dikeluarkan daripadanya). Maka siapakah yang mengeluarkan aku daripadanya?”

Akhirnya Allah mewahyukan kepada malaikat Izrail,
“Hai Izrail, biarlah Idris itu. Sesungguhnya Aku telah memutuskan di zaman azali bahawa sesungguhnya Idris itu adalah termasuk dalam ahli syurga”.

So kawan2.. itulah kisah nabi Idris dengan Izrail yang mana nabi Idris menyatakan hasratnya untuk merasai rasa sakitnya mati,, ..

Semoga entri kali ni juga akan memberi manfaat buat semua dan juga buat diri ain sendiri..Allahuakhbar!!!

KUCING HAIWAN YANG BERSIH

Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua sahabat dan sahabiah blog NUR di alam maya.Moga segala urusan kalian senantiasa dipermudahkan, aamiin.

Tentu ramai dikalangan kita yang gemarkan kucing dan mempunyai kucing peliharaannya sendiri.Ain sendiri tidak memiliki seekor kucing pun buat masa ni, dengan alasan agak berdebar apabila ingin mmendukungnya.Jika sekadar mengusap kepala kucing tu tiada masalah.

Baru-baru ini ain terjumpa artikel tulisan seorang sahabiah ini di alam maya berkaitan kelebihan dan kebaikkan kucing ini.Setelah membacanya, ain mula ada keinginan untuk memelihara seekor kucing satu hari nanti, InsyaAllah.

Selamat membaca!





Sukakan kucing tapi elergi dengan bulunya??? Kucing Haiwan Yang Bersih

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?

Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.


Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadis-Hadis Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.

Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”

Kabsyah menjawab, “Ya”.

Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan)." (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.

Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahualam...


Allahuakhbar!!!...Selama ini ain begitu takutkan kucing dan merasakan kucing itu kotor kerana ia gemar berkeliaran.Namun, setelah membacakan kisah ini ain rasakan tiada apa yang perlu ditakutkan.Sedangkan Baginda SAW begitu menyukai kucing, inikan kita pula manusia biasa..

InsyaAllah, moga diberi kekuatan untuk memelihara seekor kucing suatu hari nanti..

Tuesday, January 3, 2012

PERKONGSIAN PERBUALAN...

Assalamualaikum, Alhamdulillah bertemu kembali di alam maya.Moga sahabat sahabiah semua dalam keadaan baik-baik selalu dan segala urusan kalian sentiasa dipermudahkan.

Kali ini ain ingin berkongsi perbualan ain dengan beberapa sahabiah ain baru-baru ni.Moga ianya bermanfaat buat kita bersama.




Sahabiah A: "Assalamualaikum Nur Ain,..A nak tanya...tp sblm tu, A mohon maaf jika apa yg A kata nanti bakal mguris perasaan sesiapa...bukan itu niat A...semoga kita sama2 berlapang dada membincangkan soal ini. Ini tentang Al-Arqam...A agak samar2 dgn status kumpulan ini lantaran pihak kerajaan/ media mgambarkan yg buruk ttg kumpulan ini...rasanya dr A kecik A dah biasa dgr ttg Al-Arqam ini. A percaya kenapa badan2 dakwah sukar diterima, semuanya bpunca dr media yg myebarkan kpd rakyat...jika ain ada info atau maklumat,sudi2lah kongsi dgn A..."

Ain : "Wa'alaikumussalam A..insyaAllah ain tiada masalah..bkenaan arqam tu ain sendiri kurang arif tentangnya..skadar mana ain tahu, Arqam mula diharamkn di M'sia ni kononnya ada ajaran sesat disampaikn, misalnya ada ahli terlibat melakukn poligami lebih dr 4 dsbgnya..Wallahu a'alam...memang ain tak tahu ksahihan berita tu..selain tu kumpulan Arqam ni mula popular dan sudah mula mempunyai pengaruh kuat dan mempunyai cabang2 kemudahan utk orang ISlam dari segi makanan,pakaian malah ksihatan...mungkinkah dsebabkn semua ini mereka dharamkn kerana bimbang akan mempengaruhi kerajaan yg memerintah? Wallahu a'alam..ain sendiri tak pasti...banyak desas desus baik dan buruknya...dan sperkara lagi mereka yg tlibat dalam Arqam, kaum muslimah diwajibkn bniqab/bpurdah..so mentaliti masyarakat kbykkn memandang negatif...malah jika ada anak2 dr arqam ni yg bmasalah atau si suami yg tidak menunaikn tanggungjawab keluarrga...makin kuatlah persepsi buruk masyarakat terhadap mereka...
...
sedangkn masalah gejala sosial dan masalah rumah tangga ni pun berlaku dalam masyarakat kita..bezanya mereka tidak terlibat dgn Arqam, so kurang dianggap penting atau masalah besar...begitu juga yg berlaku jika ada yg terlibat dalam jemaah tabligh...andai ada diantara mereka yg yg berbuat sesuatu kesalahan...maka perkara itu akan dihebahkn 2x ganda buruknya...memang terjadi ada diantara ahli yg terlalu taksub pada jemaah hingga mengabaikn keluarga....ada juga keluarga jemaah yg terlibat dalam gejala sosial...namun itulah dia...dalam masyarakat kita sendiri spt ain kata tadi, ada juga keluarga yg bmasalah namun tidak dhebohkn shebat mana...ikut musim spt akademi fantasia tu...misalnya kes buang bayi...ada musimnya...sedangkn kebaikkn para jemaah ni kurang diberi perhatian....

ain beri contoh surau di taman ain sendiri..sblm ni memang sukar nak dengar azan dikumandangkn setiap waktu...namun semenjak ada jemaah yg keluar dan tinggal di situ pada tempoh tertentu, barulah dpt dengar azan setiap waktu, Alhamdulillah...ain juga agak rapat dgn beberapa isteri para jemaah (masturat)...subhanAllah...anak-anak mereka masih dsekolahkn di sekolah biasa dan sudah berada di universiti...ada yg bgelar Hafiz/Hafizah...tidak kurang juga bergelar usahawan kecil yg bjaya....jemaah yg terlibat pula tdiri drp golongan professional juga spt Dr.,pensyarah,ustaz,usahawan dsbgnya...dulu ain selalu dengar perkara negatif tentang jemaah yg mengatakn keluarga jemaah terabai, anak2 tidak mdpt pendidikn..rupanya kenyataan itu meleset sama sekali..."

Sahabiah A : "apa pulak pendapat Ain tentang sesetengah jemaah yg tidak memberi pelajaran formal kpd anak2, sebaliknya mhantar anak2 mrk belajar agama di pondok sahaja...emmm..byk pkara A nak tahu sbnrnya.."

Ain : "kbykkn berpendapat tiada masa depan mereka yg keluar dr sekolah pondok...secara peribadi , mereka yg menuntut ilmu Allah ini ada rezeki yg Allah SWT sediakn...bgantung juga di mana sekolah pondok yg ibu bapa ini hantarkn dan bagaimana ibu bapa bkenaan memantau perkembangan anak-anak ini...kbetulan baru-baru ni ain ada juga btanyakn hal yg sama pada masturat..katanya memang tiada mata pelajaran sains,geogafi,kimia dsbgnya di kbykkn sekolah pondok..namun setelah anak2 ini tamat pembelajaran dlm usia 17-19 thn, anak-anak ini akan mengambil inisiatif menduduki Sijil Pelajaran Terbuka...mereka tpaksa mengambil kelas tambahan utk subjek tertentu yg drasakan agak berat misalnya Matematik Tambahan dan yg lain akan dibuat ulang kaji sendiri d rumah...Alhamdulillah mereka masih mdpt kputusan yg cemerlang dlm Sijil Pelajaran Terbuka ini.....yg penting di sini ibu bapa kena pantau selalu dan ambil tahu tentang pelajaran anak2 walaupun dihantar ke sekolah pondok....tak silap ain ada sekolah pondok moden yg sediakn mata pelajaran spt di sek biasa...ain tak ingat d mana, tapi memang dah wujud...

..buat makluman A , jemaah ain kenali ni ramai juga yg hantar anak2 mereka ke sekolah formal...namun didikn agama d rumah amat dtitikberatkn...walaupun dlm keluarga ada abg,adik lelaki/perempuan..pergaulan dan cara bpakaian mereka amat djaga...terus terang ain kagum dgn adab sopan anak-anak ini yg amat mghormati ibu bapa...moga2 ramai lagi keluarga Islam walaupun bukan dr jemaah turut ambil berat soal didikan agama dari rumah...aamiin..."

Sahabiah A : "penjelasan yg cukup baik...maaf A byk tanya...apa pulak pendapat Ain ttg pakaian org yg tabligh ini terutama lelaki...biasanya kalau kita lihat org tabligh ni akan berjubah, simpan janggut yg pjg dan ada yg selekeh.. bagaimana dakwah dpt bkembang dgn org yg menyampaikannya spt ini...sedangkan Islam itu sendiri menitik berat ttg kebersihan...maaf ya Ain.."

Ain : "hehehe...insyaAllah ain cuba jawab selagi termampu ye...soal bjubah,bjangggut panjang...sama juga masturat kebanyakkn berjubah hitam,berpurdah....semua itu menjadi pertanyaan dan persoalan juga dlm masyarakat..ain sendiri tkena tempiasnya walaupun ain bpurdah/bniqab tiada kaitan dgn jemaah....baiklh ain cuba jawab...dlm jemaah kami diajar,dididik untuk mengikut sunnah Rasullullah SAW tidak kira dr segi penampilan mahupun keperibadian...untuk yg muslimat digalakkn mengikut keperibadian isteri-isteri zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.....ada juga masturat yg ain kenal ini yg tidak bniqab...kenapa mereka ditekankn soal sunnah? kerana dengan mendekati sunnah Rasulullah SAW dpt mendekatkn diri mereka kpd Allah SWT....walaupun sunnah itu diamalkn oleh Rasulullah SAW, bukankah sunnah itu di ilhamkn Allah SWT kpd Nabi Muhammad SAW....spt firman ini...:

Di dalam Al-Quran ada dinyatakan:

"Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah SWT, ikutilah aku, nescaya Allah Mengasihi dan Mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Katakanlah, "Taatilah Allah dan RasulNYA, jika kamu berpaling, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir."
(Surah Ali Imran ayat 31 & 32)

Maka, apa saja yang disukai oleh Rasulullah SAW, maka itu adalah kesukaan Allah SWT.Apa saja amalan Sunnah Rasulullah SAW, itulah amalan yang paling Allah SWT sukai.

Sebagaimana disebutkan Hadits dalam Kitab Al Muwatha’ lil Imam Malik r.a

عَنْ مَالِك أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Dari Imam Malik r.a, datang kepada beliau tentang apa yang sampai kepada beliau bahwa Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Aku tinggalkan/wasiatkan sesuatu kepada kalian dua perkara dan untuk kamu semua memegang teguh keduanya yang mana kalian semua tidak akan tersesat yaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah Nabinya" (hadits).

...itu secara ringkas kenapa kbykkn penampilan para jemaah sedemikian...tentang bab nampak selekeh dan kotor tu...ain akui memang berlaku A...pernah telinga ain disajikn dgn kata-kata 'jemaah ni semuanya pengotor'....ain cerita bdasarkn pengalaman dan apa ain perhatikn selama ini....mulanya ain rasa geram...hihhi...tapi sperrkara ain belajar dalam jemaah sepanjang ain hadiri kuliah mingguan dan buku2 hadith bacaan harian....

...penampilan luaran yg kotor itu bukan gambaran 100% sifat seseorang itu...boleh jadi keadaannya yg selekeh itu hanyalah sbhg kecil kburukkn yg ada...namun jika dlihat dr byk segi, banyak sudut positifnya jika kita kenali mereka dgn lebih dekat...pernah satu keluarga ni dkutuk sbb keadaan rumah yg kotor...namun ain cuba maklumkn dr segi lain,mungkin luaran mereka kelihatan amat pengotor, namun boleh jadi amalan mereka lebih baik drp kita yg pembersih ini....boleh jadi dalaman mereka lebih suci lagi drp kita...ain nyatakn jika mereka pengotor anggaplh itu suatu tauladan agar kita tidak ikuti...adakala apa yg kita nampak itu btujuan mdidik ...spt kata A, Islam mementingkn kbersihan...maka kita terapkn nilai keISlaman dgn menitikberatkn soal kbersihan dlm keluarga kita......pendek kata, apa sj perkara neg yg kita nampak, kita jadikn iktibar....agar diri kita djauhkn drp sifat tidak elok,misalnya pengotor..."

Sahabiah A : "Alhamdulillah....masih sudi juga Nur Ain menjawab A...sampai tertido A tunggu jawapannya...mesti tinggi tahap kesabaran ain ni nak bg jawapan kat org yg jahil mcm A ni...tp inilah persoalan2 yg selalu bmain di minda..A tak penah suarakan pd sesiapa...smlm tgerak hati nak btanya, and Alhamdulillah inilah jawapan yg dyg cari2 selama ini..sesetengah apa yg Ain kata itu sudah memberi jawapan kpd soalan2 A seterusnya...cthnya soal pengotor yg Ain sebut tu...betullah spt apa yg Ain kata,...adakala apa yang kita nampak itu bertujuan mendidik. Sbnrnya jemaah tabligh or whatever kumpulan dakwah ni bukanlah asing juga pd dyg. Ada juga saudara A di Sarawak yg terlibat dgn tabligh and he ok. takde masalah pun...malahan sejak bkahwin dgn suami A 10 thn lalu, 3 org drpd ipar A ada jemaah mereka sendiri..dan mereka juga niqabis..mula2 lepas kahwin dulu, A risau sikit sbb penampilan A jauh berbeza...masa tu baru nak pakai tudung tp pakaian masa tu masih lagi jeans and tshirt...A risau sgt penerimaan mrk pd A...tp sangkaan itu meleset sama sekali...dari mula pkenalan sampai skrg mrk sangat baik pd A, mrk tak pernah perli atau myakiti hati A...sbb itulah keindahan Islam yg sebenar. Anyway, terima kasih Ain, sanggup memberi penerangan yg cukup bmakna buat A.

Sahabiah B : 'B pun nak menyampuk... apa yg B perhatikan .. sebab ada 2/3 org jiran B dari jemaah tabligh di rumah parent...

mereka ... bab persekolahan... ada yang sekolahkan anak mereka sekolah rendah sahaja... ada yang tidak bersekolah langsung.. di hantar ke darul ulum.. darul ulum ini pusat pengajian mereka untuk jemaah.. ( selain jemaah pun blh jer nak join ) ...

Oleh kerana sahabt baik B .. bapanya salah seorang yg terhormat di kalangan mereka di masjid sri petaling.. mereka punya satu "kelebihan" kira mereka sendiri akan mengajar semula di darul ulum apabila mereka tamat pengajian di sana ...

darul ulum.. terdapat di beberapa tempat utama seperti di sri petaling / hulu langat...
madrasah ini memisahkan lelaki dan perempuan .. serta ada peringkat2 nya...
contoh nya seperti pelajar perempuan.. untuk permulaan .. yg kecik2 ni.. mereka akan belajar di sebuah banglo berdekatan dengan masjid.. ( di ubah suai menjadi pusat pengajian) ...
tetapi setahu B di masjid sri petaling madrasah untuk lelaki sahaja..
di hulu langat ada madrasah untuk both....
sebab sahabat B mengajar pelbagai lapisan pelajar... di pelbagai tempat...

dia ada menerangkan ...di madrasah ulum mereka terbahagi kepada dua :

1-Alim ( masa pengajian plg kurang 4 thn )

2- Tahfiz

..kiranya pelajar perempuan punya pakaian seragam adalah jubah putih + tudung + niqob .. dan pakaian pelajar tidak di benarkan di gosok ( pelajar tidak di benarkan membawa iron) ...pelajar juga belajar di sebalik tabir ....

Alhamdulillah setelah sahabat B bernikah .. dia kini tinggal kembali di sri petaling.. dan tinggal di hostel .. kerana suami nya juga salah seorang yang di hormati di dalam jemaah nya... so, bagi mereka seperti ada kemudahan lebih...Sahabat B masih mengajar .. kadang kala....

Cuma dalam bab kebersihan.... alhamdulillah ada perbezaan ketara antara keluarga mak sahabat B dengan sahabt syikin sendiri...

B pernah menegur sahabat B tentang keluarga mak nya yg kurang menjaga kebersihan dan ianya agak menjatuhkan reputasi jemaah tabligh dari pandangan jiran2 yg bukan dari jemaah seperti kami ....
dan sahabat B pula benar2 pembersih...

akhirnya dia menerangkan... dalam usaha ummi nya hendak mengurus keluarga.. menjaga 9 anak.. tak termasuk anak tiri.. nak hantar sekolah merata.. agak sukar untuk ummi nya menjaga kebersihan dengan baik...

dan kebersihan sangan di tuntut oleh islam...
Nabi sendiri gemar benda yang wangi dan bersih....

Cuma nya bab kebersihan bergantung kepda seseoarang...tak bermaksud segelintir mereka melambangkan semua ^_^

Gitu lah.. lebih kurangh pengalaman B bab pelajaran dan kebersihan mereka ^_^

Anyway .. B sayang kawan B sangat2... bestfriends dari kecik ♥

hah... satu lagi...baru2 ni ada isu berikutan kitab fadhilat amal...tentang hadis dhoif...ianya agak meburukkan reputasi jemaah tabligh.. apa yg B faham dari penerangan zauj B...nama kitab nya pun fadhilat amal.. untuk amalan ...
hadith dhoif .. untuk diri sendiri .. tp tak boleh di bawa untuk berhujah dan etc ....lagi pun pengarang kitab itu adalah seorang penghafal hadith juga...

^_^ tu jer la.. sbb ada pertikaian bab kitab tu...

kadang2 kesian kat jemaah tabligh...mereka ada banyak kebaikkan...tapi org suka melihat sisi buruk dari sisi baik....ehh lupa nak tambah...

macam keluarga mereka.. habis belajar di madrasah darul ulum..abuya mereka hantar untuk ambil spm... sekurang2 nya ada back up melihat keadaan di malaysia ni yang sukar jika tiada sijil spm..."

Demikianlah serba sedikit topik perbualan dan perbincangan antara ain dan beberapa rakan sahabiah.Alhamdulillah, sehingga kini kami begitu terbuka untuk bertanya mahupun berbincang walaupun adakala ada isu yang diketengahkan mungkin agak sensitif bagi sesetengah individu.

Moga ikatan ukhuwah yang terjalin antara kami saling mengingatkan kami antara satu sama lain.Moga ukhuwah ini dibina hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT..aamiin..

InsyaAllah, bertemu lagi di coretan akan datang.



INGATAN BERSAMA: ">siapalah kita nak menilai diri manusia lain sedangkn kita cuma manusia biasa yg tidak punya apa-apa..siapalah kita sedangkn diri kita sendiri diciptakan oleh Allah Yang Maha Kuasa..Allah saja yg berhak menilai diri seseorang hamba itu..buruk baik seseorang hanya dpt dtentukn di akhir hayatnya nanti..mungkin saja seseorang itu kelihatan 'baik dan beriman' pada pandangan manusia...namun, belum tentu lagi dikatakan beriman di sisi Allah SWT...siapalah kita....sesungguhnya kita semua milik Allah SWT..Allah Ya Allah....;(

Sunday, January 1, 2012

PERGAULAN DI ALAM MAYA

Bismillahhirrahmanirrahim,

Assalamualaikum, salam sejahtera buat sahabat NUR sekalian.Alhamdulillah bertemu kembali kita di alam maya di tahun 2012.Moga lebih banyak lagi dapat kita pelajari dan kongsikan bersama, insyaAllah.

Dalam blog post ain yang terdahulu pernah ain kupaskan berkenaan Alam Maya.Untuk kali ini, ain ingin kongsikan lagi pendapat dan pandangan daripada seorang ustazah berkenaan penggunaan teknologi alam siber ini dan kesannya dalam masyarakat.

Moga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat kita bersama, InsyaAllah.




Perkongsian oleh sahabiah Noraslina Jusin:

Dalam usrah baru-baru ini, saya dan sahabat-sahabat seusrah bersama naqibah banyak membincangkan tentang pergaulan tanpa batas hari ini terutama di kalangan remaja walaupun mereka berlatarbelakangkan pengajian agama di universiti.

"Saya tengok 'suasana' di ***, dah tak sama sebagaimana ketika saya mengajar di sana 15 tahun yang lalu..." kata seorang rakan usrah.

Pada saya, bila memperkatakan tentang remaja, orang dewasa juga perlu 'melihat' dirinya sendiri, bahawa mereka adalah cerminan kepada individu yang masih muda di bawah mereka.

Contohnya, bagaimana seorang ayah/ibu berchatting di fb, YM atau seumpamanya bersama lawan gender, tidak mengawal kata-kata, pertanyaan yang meleret-leret tanpa keperluan, maka keadaan yang sama juga boleh berlaku di antara anak-anak dan rakan-rakan mereka atau mungkin mereka menjadi lebih jauh lagi dari apa yang dilakukan oleh ibu bapa.

Saya masih ingat ketika berusia awal 20-an suatu masa dulu ( masih di IPTA ) saya menelefon seorang alim yang amat saya hormati cara pergaulannya dan penghormatannya kepada kaum wanita. Sebaik mengangkat gagang telefon, beliau terus bertanya apakah keperluan saya menghubunginya. Bila saya melontarkan persoalan, beliau terus menjawab pertanyaan itu, tanpa bertanya lebih lanjut seperti saya belajar di mana, jurusan apa dan seumpamanya . Sebaik selesai memberikan jawapan, beliau meminta maaf, memberi salam dan terus mengakhiri perbualan.

Pada saya, inilah contoh yang amat baik agar pergaulan antara dua jantina dapat dijaga sebaik-baiknya. Walaupun jarak usia antara keduanya mungkin jauh, namun syaitan tidak memandang itu semua. Asal saja ada ruang, fitnah yang merosakkan boleh saja mengetuk jendela rasa. Setiap sesuatu itu bermula dengan langkah pertama...demikian juga dalam perhubungan antara 'Adam dan Hawa' ini.

Amanah dalam menjaga batas perhubungan, baik di hadapan orang lain atau ketika bersendirian inilah yang menjadi ujian semua orang baik seseorang itu bergelar ustaz/ustazah sekalipun. Seorang suami/isteri, boleh saja menahan diri atau mengawal perbualannya ketika berchatting/ berbual dengan orang lain berlainan jantina di rumah atau ketika pasangan dan anak-anak ada bersama, akan tetapi bila bersendirian di pejabat atau ketika berjauhan dari pasangan dan anak-anak, maka kawalan itu sudah longgar.....terlepas dari batas dan sempadan.

Di sini, situasi yang ada menuntut kejujuran kita kpd ALLAH dalam mengukur sejauhmana urusan kita itu satu keperluan atau mengikut nafsu semata-mata. Dan kejujuran itu pula bergantung sejauhmana iman kita kepada-NYA. Jika muraqabatillah kita kuat ( yakni merasa diri sentiasa dalam pandangan ALLAH ), maka itu yg akan menjadi pengawal kita. Jika tidak maka kita akan hanyut bersama dengan teknologi moden ini.

Saya memohon perlindungan dari ALLAH SWT dan mengajak kita semua melihat ke dalam diri, kita adalah cerminan kepada generasi masa depan.

Andai benar kita menyayangi anak-anak kita, marilah bersama memperbaiki cara pergaulan kita. Baik di alam maya, lebih-lebih lagi di alam realiti.


# Semoga perkongsian ini satu titik tolak untuk kita berubah ke arah kebaikkan, InsyaAllah.Sahabat sahabiah blog NUR boleh melayari kupasan berkenaan Alam Maya pada blog post ain yang terdahulu (click link ALAM MAYA)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR