Saturday, February 25, 2012

BERNIQAB ATAU BERTABARUJJ???

Bismillah,
Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat NUR sekalian.Moga sahabat semua senantiasa dalam keadaan baik dan sejahtera selalu, aamiin.

Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT atas izin NYA ain diberi kelapangan untuk singgah ke blog NUR setelah sekian lama berikutan ain perlu menumpukan perhatian kepada perniagaan di alam maya yang dijalankan sepenuh masa.

Bagi sahabat pembaca yang setia mengikuti blog ini, pasti sudah membaca nurkilan ain berkenaan AURAT, TABARUJJ, PAKAIAN dan sebagainya yang melibatkan kaum muslimat.Begitu juga berkenaan isu berpurdah atau berniqab.

Kali ini, ain memilih satu tajuk yang sudah lama ain ingin coretkan di blog NUR.Tajuk kali ini BERNIQAB ATAU BERTABARUJJ.

Alhamdulillah, semakin ramai kaum muslimah yang mempunyai kesedaran dan keinginan untuk berniqab.Persoalan yang perlu ditanyakan pada mereka yang sudah berniat atau sudah pun berniqab tidak kira setahun, dua tahun, atau pun sudah bertahun-tahun lamanya.Tanyakan soalan ini pada diri kita sendiri wahai niqabis:

-Adakah kita benar-benar menghayati dan memahami kepentingan dan tujuan berniqab itu sendiri?

-Adakah kita berniqab tapi masih ingin kelihatan cantik?

-Adakah kita berniqab kerana menanti pujian semata-mata?

-Adakah dengan berniqab kita boleh berpakaian sesuka hati?


Persoalan ini bukan hanya ditujukan pada sahabat-sahabat niqabis blog NUR semata, tetapi juga pada diri ain sendiri.Adakah ain berniqab untuk kelihatan cantik? Adakah dengan berniqab ain akan lebih dihormati? Nauzubillah min zalik..Moga dijauhkan dari perasaan sebegini!




Kebanyakkan niqabis gemar mengenakan ikatan niqab dari luar, iaitu selepas mengenakan selendang atau tudung.Namun, HATI-HATI apabila memilih cara ikatan sebegini terutamanya apabila niqab yang anda gunakan itu adalah jenis satu lapis sahaja.Jika niqab satu lapis [seperti dalam gambar] yang anda gunakan, maka, tanpa kita sedar sanggul rambut kelihatan.Maka, aurat kita sebenarnya sudah dipamerkan dikhalayak ramai.Mata-mata yang melihat pasti akan cuba meneka apa yang ada di sebalik kain tudung yang anda kenakan itu.

Daripada Abu Hurairah r.a kata beliau: Bersabda Rasulullah s.a.w:
"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah:
Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian.


(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)

dan

“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

serta

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

– hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Jika sahabat niqabis gemar berniqab dengan mengikatnya dari luar, maka pilihlah niqab yang boleh melindungi ikatan anda di bahagian kepala itu.Pilih niqab jenis 2 atau 3 lapis.InsyaAllah, jika ada sahabat niqabis yang sukar mendapatkan niqab sedemikian boleh berhubung dengan ain.Ain kini dalam usaha menyediakan keperluan muslimah berniqab agar dapat mengenakan niqab dengan cara yang sebaik mungkin, InsyaAllah.




Perhatikan gambar di atas, berniqab namun masih bertabarujj.Lihat foto pertama dan kedua dari kanan yang tumpuan diberikan di bahagian mata niqabis.Berniqab namun masih bersolek/bertabarujj.Berniqab namun masih memperagakan kecantikkan diri.Berniqab namun masih tidak faham apa itu tabarujj.

Sekali lagi ain tegaskan, tidak kiralah kita ini berniqab atau hanya bertudung labuh sahaja BERTABARUJJ DITEGAH DALAM ISLAM!!! Carilah ilmu wahai muslimah sekalian.Untuk berniqab juga perlu ada ilmu.Tanpa ilmu, maka sia-sia sahaja amalan kita selama ini.

Perkara lain yang cuba disampaikan melalui gambar di atas adalah, AURAT WANITA ISLAM.Adakah kita benar-benar faham apa itu aurat? Bertudung, berpakaian labuh, berniqab tidak bererti kita sudah menutup aurat dengan sempurna jika kita tidak peka di mana letaknya aurat itu sendiri.Perhatikan dan anda akan temui jawapannya.InsyaAllah.




Salah satu tujuan berniqab adalah melindungi diri sendiri daripada dilihat oleh orang lain.Berniqab juga bertujuan mengurangkan pandangan sekeliling pada diri para niqabis, selain mendidik diri kita agar menjadi seorang muslimah yang mengerti perasaan malu.

Namun, apabila kain niqab/purdah yang dipilih terdiri daripada kain yang nipis dan jarang hingga menampakkan bayang-bayang wajah, maka sia-sia sahaja berniqab.Selain itu ain pernah terlihat niqabis yang mengenakan niqab yang terlalu ketat hingga melekap di muka hingga menampakkan bentuk hidung dan ukiran bibir.

Nauzubillah min zalik.Moga diri ini dijauhi dari perbuatan demikian.Wahai sahabat niqabis ain kasihi sekalian, telitilah apabila memilih kain yang ingin dijahit sebagai niqab.Pastikan:

-kain dipilih adalah tebal, tidak jarang atau nipis.
-kain bukan dari material yang melekap pada kulit.


Seperkara lagi harus ain ingatkan pada diri ain sendiri dan sahabat sekalian, ELAK MENJAHIT NIQAB DENGAN MENGENAKAN MANIK ATAU SULAMAN.Memadailah memakai niqab yang kosong semata.Pilih warna-warna yang lembut dan tidak garang atau terlalu menonjol.




Mungkin ada sahabat niqabis yang tidak selesa mengenakan full niqab hingga menutupi bahagian dahi.Terpulanglah pada niat masing-masing.Namun sebaik-baiknya, tutuplah bahagian dahi anda itu walau pun tidak mampu menutup bahagian kening.Jika anda mengenakan half niqab sahaja, pastikan mengenakan anak tudung sebelum mengenakan selendang atau tudung biasa.Ini bagi mengelak, anak-anak rambut jelas kelihatan seperti gambar di atas.




Seperti ain katakan tadi, jika tidak mampu mengenakan full niqab maka memadai mengenakan anak tudung agar tertutup bahagian ubun-ubun rambut.Bagi yang mengenakan half niqab juga, ain nasihatkan pada diri ain sendiri dan sahabat niqabis sekali lagi, elak bertabarujj di bahagian kening anda.Jika tidak mampu full niqab, maka janganlah bersolek di bahagian kening atau sekeliling mata.





berniqab bukan bertujuan menunjuk kehebatan diri..
berniqab bukan bertujuan menunjukkan diri mu adalah wanita solehah..
berniqab bukan bertujuan membangga diri..
berniqab bukan bertujuan membuktikan kita adalah berbeza daripada yg lain..

apalah guna berniqab andai foto-foto dikongsi untuk tatapan sesiapa sahaja..
apalah guna berniqab andai masih ada keinginan untuk tabarruj..
apalah guna berniqab andai hanya menanti pujian semata-mata..
apalah guna berniqab andai diri masih terlibat dlm pergaulan bebas..

berniqablah hanya untuk mendapatkan redha Allah SWT..
berniqablah hanya untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT..
berniqablah semata-mata ingin melindungi diri dari perkara-perkara kemungkaran..
bersihkanlah niat untuk berniqab hanya untuk Allah SWT..bukan selainnya...


ingatan buat diri ini..

Saturday, February 18, 2012

SEMINAR MARKETING POWER

Bissmillah,




Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua sahabat NUR.Moga kalian semuanya dalam keadaan sihat dan dalam lindungan Allah SWT selalu.Aamiin.

Alhamdulillah, bertemu kita kembali setelah sekian lama ain tidak berkunjung membuat coretan di sini.Terima kasih ain ucapkan buat sahabat pembaca sekalian yang telah meninggalkan komen di sini.Walaupun ain tidak dapat membalas, namun ain amat-amat hargai pandangan dan komen kalian.

Hari ini ain ingin berkongsi ilmu baru dengan sahabat semua.Lihat kan gambar yang ain lampirkan di atas? Alhamdulillah, pagi ini ain hadirkan diri bersama suami tersayang ke seminar yang dikendalikan oleh DR.Azizan Osman.Dengan izin Allah SWT, suami tergerak hati untuk hadirkan diri dan turut sudi membawa ain bersama[siap sudi sponsor]...Alhamdulillah.

Serba ringkas berkenaan DR.Azizan Osman, beliau merupakan salah seorang saudara Islam kita yang berjaya dan beliau mempunyai kepakaran dalam membantu orang ramai dalam mencungkil potensi diri dan dalam masa yang sama membantu mereka dengan tips-tips berguna serta bermanfaat bagi digunakan dalam sebarang jenis perniagaan.SubhanAllah, itulah yang patut kita lihat dalam diri seseorang muslim iaitu menggunakan kebolehan diri dan ilmu yang ada untuk membantu orang lain terutamanya saudara sesama Islam untuk bangkit berjaya di dunia mahupun di akhirat, InsyaAllah.

Salah satu sebab mengapa ain dan suami hadirkan diri ke seminar sebegini adalah, kami berdua amat meminati bidang perniagaan dan sudah bermula sejak 2 tahun yang lalu tidak kira secara onnline atau offline.Namun kami tidak pasti potensi perniagaan kami di masa hadapan dan tidak pasti bagaimana dan bila harus bermula.Maka, seminar sebegini amatlah tepat dan tidak rugi untuk kami hadirkan diri, InsyaAllah.

Bagi ain sendiri yang lebih tertumpu kepada bisnes alam maya sejak 2 tahun yang lalu secara sambilan dan kini hampir setahun secara sepenuh masa, masih lagi berusaha untuk tingkatkan prestasi diri dan perniagaan.Malah, ain masih berusaha untuk mempunyai brand sendiri dalam pasaran alam maya mahupun as home business iaitu perniagaan dari rumah.Sahabat pembaca NUR boleh ke laman blog bisnes ain di Nur Ain'Z Boutique atau bagi sahabat yang mempunyai laman sosial seperti FB boleh ke page ain terus Nur Ain'z Boutique.



Di pihak suami pula, beliau lebih tertumpu kepada pasaran offline seperti pasar malam atau night market.Alhamdulillah, sambutan menggalakkan namun seperti ain, suami juga mencari-cari cara untuk kuasai pasaran night market ini dengan lebih sistematik, InsyaAllah.



Berbalik kepada perihal Seminar Marketing Power 2012, DR.Azizan Osman atau dikenali sebagai DAO memulakan seminar dengan kata-kata semangat dan motivasi buat para peserta seminar.Antaranya adalah:

-Apa yang aku fikir
-Apa yang aku rasa
-Apa yang aku cakap dan
-Apa yang aku buat


Apa yang DAO cuba sampaikan adalah, kita adalah bagaimana kita berfikir, kita adalah bagaimana kita rasakan dalam diri, kita adalah sebagaimana cara kita bercakap, dan kita adalah dari bagaimana kita bertindak.Secara ringkas di sini, namun mempunyai maksud yang mendalam dan tersirat.Nak tahu lagi, kena hadirkan diri dan rasakan dan fahami terus dari DAO yang lebih arif lagi ilmunya.Ain hanya mampu menerangkan sedikit sebanyak dengan cara tersendiri.

Selain itu, DR.Azizan Osman turut menekankan kepada kami para peserta tentang konsep membina kekayaan untuk menuju ke akhirat.Salah satu perkara yang membuatkan diri ini berfikir.Menurut DAO, tiada salah untuk impikan kekayaan tetapi yang silapnya ke mana kita ingin gunakan kekayaan kita itu kelak.Ramai orang bercita-cita ingin menjadi kaya atau jutawan tetapi tidak mempunyai matlamat menjadikan kekayaan yang dimiliki sebagai aset untuk menuju ke negeri akhirat yang abadi.

DR.Azizan turut menekankan tentang pemikiran masyarakat Islam terutamanya di Malaysia yang sekadar ingin hidup biasa-biasa dan takut untuk menjadi luar biasa.Tiada salah ingin melakukan sesuatu yang luar biasa untuk berjaya kerana dengan kejayaan yang kita miliki, dengan izin Allah SWT juga, InsyaAllah akan menjadi inspirasi kepada saudara Islam kita yang lain.Masyarakat CIna dikatakan pelopor dalam dunia perniagaan, namun bagi ain sendiri yang sememangnya berbangsa Cina dan muslim, tanpa ada ilmu dan mentor tidak mungkin akan berjaya.

Itu adalah kata kunci untuk berjaya dalam hidup.Untuk berjaya di dunia, perlu ada ilmu.Untuk berjaya di akhirat juga perlu ada ilmu.Namun untuk mendapatkan ilmu, kita perlu berguru atau mencari mentor.

Apa lagi yea kata kunci dan tips-tips yang lain? Bagi sahabat pembaca NUR yang ain pasti terdiri daripada golongan pelajar, professional, bekerja makan gaji atau bekerja sendiri, malah suri rumah tangga juga digalakkan untuk hadirkan diri ke seminar sebegini.Ini salah satu cara untuk kita kenali potensi diri dan kenalpasti apa matlamat kita dan apa tanggungjawab kita sebagai seorang individu yang bernama Muslim.

Seminar ini bukanlah semata-mata fokus kepada kekayaan duniawi, apa yang DR.Azizan cuba sampaikan adalah menggunakan kemampuan, kelebihan diri untuk manfaat bukan hanya pada diri sendiri, tapi juga untuk orang lain.Bukankah itu salah satu Fardhu Kifayah buat kita tanpa kita sedari? SubhanAllah...

InsyaAllah, ain dan suami akan, dan bakal mengikuti seminar akan datang iaitu susulan dari program seminar yang kami hadiri pagi ini.InsyaAllah, segalanya hanyalah dengan izin NYA...

Friday, February 17, 2012

KALAMUN QODIMUN

Assalamualaikum, sahabat setia NUR...sekadar berkongsi alunan Qasidah bersama semua..





Kalämun Qodïmun lä yumallu samä’uhu
Dialah Al-Quran, Kalam Azaliy yang tiada bosan (telinga) mendengarnya

Tanazzaha ‘an Qowlin wa Fi’lin wa Niyyatin
yang Suci Bersih, kosong, dari ucapan, perbuatan, maupun bersit hati

Bihi Asytafï min Kulli Dä-in
Dengan al-Quran, aku berobat dari segala penyakit

wa Nüruhu Dalïlun li Qolbï ‘inda Jahlï wa Khayroti
dan Cahaya Al-Quran menjadi petunjuk bagi hati, di saat tidak tahu dan bimbangku

Fa Yä Robbi Matti’nï bi Sirri Khurüfihi
Maka Duhai Tuhanku, hiburlah aku dengan Rahasia tiap Hurufnya

Wa Nawwir bihi Qolbi wa Sam’iy wa Muqlatiy
Dan terangilah, dengan Al-Quran, hatiku, pendengaranku, dan penglihatanku

Wa Hablï bihi Fatkhan wa ‘Ilman wa Khikmatan
Dan karuniakan padaku, dengan Al-Quran, Keterbukaan Hati, Kepahaman Ilmu, dan Hikmah

Wa Änis bihi Yä Robbi fil Qobri Wakhsyatï
Dan gembirakanlah dengan Al-Quran, Duhai Tuhanku, kesusahan dalam Kuburku

Wa Sahhil ‘alayya Khifdzohu tsumma Darsahu
Dan mudahkanlah bagiku, menghafalkannya, lalu mempelajarinya

Bi Jähin Nabiy wal Äli tsumma shohäbat
Dengan kedudukan mulia Sang Nabi, Keluarga beliau, dan para Sahabat Sang Nabi

Wa Sholli wa Sallim Kulla Yaumin wa Laylatin
Dan Shalawat serta Salam, tiap siang maupun malam

‘Alä Man bihir Ròkhmänu Yaqbalu Da’wati
terhaturkan bagi Sang Nabi, yang dengannya, semoga Allah Ar-Rahman mengabulkan pintaku

Wa Älin wa Ashkhäbin Kirömin A-immatï
dan juga bagi Keluarga Nabi, serta para Shahabat Mulia Para Pemimpinku

Bihim Yaghfirul Ghoffäru Dzanbï wa Zallatï
Dengan mereka, semoga Allah Al-Ghoffar mengampuni dosa dan kelalaianku

Monday, February 6, 2012

BERNIQAB BUKAN PENGHALANG




Bismillah,
Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat sahabiah NUR sekalian.Alhamdulillah, bertemu kembali kita di alam maya ini.

Sebelum ain meneruskan coretan, ain ingin berkongsi luahan seorang niqabis:

"Bila melihat video Waheeda bercakap di depan umum dengan berniqab... teringat persoalan sesetengah orang yang mengatakan pakai niqab tidak sesuai untuk berdakwah. Malah menganggapnya menjauhkan diri dari masyarakat. Saya pakai niqab di Melbourne biasa saja didekati non muslim dan disapa mesra oleh mereka... bahkan banyak kali mereka yang mula-mula menegur saya. Di Malaysia dahulu pun biasa di sapa non muslim berbangsa Tionghua baik lelaki atau perempuan, tua dan muda. Terasa malu pula sebab sunnah Nabi s.a.w ialah Baginda terlebih dahulu memulakan salam atau menyapa orang lain. Lebih terasa malu kerana tidak mampu menerangkan tentang keindahan Islam kepada mereka yang baik-baik itu. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ"

Di sini, ain ingin berkongsi dengan semua video ain perolehi daripada niqabis yang berkongsi luahan, ukhti Nur [Ummu Abbas Abdullah]:





SubhanAllah, Alhamdulillah.Sudah lama ain nantikan video sebegini untuk dikongsikan bersama.Terima kasih kepada saudara/saudari yang merakam video ini dan dikongsikan di YouTube.

Pelbagai persoalan berbangkit berkenaan muslimah berniqab, antaranya:

-muslimah berniqab sukar bergaul dengan masyarakat
-muslimah berniqab sukar didekati
-muslimah berniqab tidak boleh berdakwah pada masyarakat
-imej muslimah berniqab akan menyebabkan non muslim takut dengan Islam
-muslimah berniqab dikatakan EXTREME
-muslimah berniqab hanya tahu menyembunyikan diri, anti sosial
-muslimah berniqab berlagak alim/solehah
-muslimah berniqab hanya untuk wanita Timur Tengah
-berniqab tidak sesuai dengan suasana di Malaysia


Ini sebahagian isu berbangkit yang dapat ain fikirkan setakat ni.Jika ada lagi yang ingin ditambah, sila tinggalkan persoalan di ruang komen.

Persoalan sukar didekati, anti sosial, menjauhkan diri daripada masyarakat, bagi ain itu adalah satu perkara berbangkit yang tidak logik sama sekali.Kenapa ain katakan demikian? Ini kerana sepanjang ain berniqab dan berkenalan dengan ramai niqabis, Alhamdulillah, kami niqabis tidak pernah menjauhkan diri daripada masyarakat, bahkan sesetengah masyarakat yang menjauhkan diri mereka daripada kami.

Ain sendiri tidak pernah mengelak untuk berjumpa dengan masyarakat, malah ain cuba berhubung dengan mereka tidak kira kenalan baru atau lama, berniqab atau tidak berniqab.Namun, tidak semua yang dapat menerimanya dengan baik, ada diantaranya terus sunyi sepi tanpa sebarang khabar berita.Alhamdulillah, ujian kecil ini mengingatkan ain agar jangan terlalu bergantung harap pada makhluk ciptaan Allah SWT dan sebaliknya bergantung harap sepenuhnya pada Allah SWT.Alhamdulillah, ain dapat menerimanya dengan baik.Pasti ada hikmah atas segalanya.

Dari segi pergaulan, tidak tepat jika mengecop para niqabis sebagai anti sosial.Sebagai seorang wanita Islam, berniqab atau tidak, kita bertanggungjawab dan berhak bergaul dengan siapa kita rasakn bersesuaian.Menjadi keutamaan wanita Islam untuk bergaul mengikut syariat Islam, dan bukan menghalalkan sebarang pergaulan bebas tanpa ada alasan yang munasabah.Wanita Islam juga dididik untuk membawa teman/mahram bersama apabila keluar dari rumah dan bukan berpeleseran tanpa arah tujuan.Semenjak ain berniqab, jarang sekali ain keluar bersendirian tanpa ditemani suami walaupun untuk membeli barang dapur.Ain hanya sendirian apabila adanya keperluan dan setelah mendapat keizinan daripada suami, misalnya menghadiri kelas agama atau pulang menziarahi ibu bapa ain.Alhamdulillah, semenjak berniqab ain lebih peka dengan apa yang ain ingin lakukan dan ke mana ain ingin pergi.Malah, suami lebih mengambil berat akan diri ini.

Sebelum ini ain mengatakan bahawa keluarga kandung tidak dapat menerima ain berniqab, namun kini Alhamdulillah keluarga ain dapat menerimanya dengan baik.Walaupun mereka non muslim, mereka lebih memahami keadaan dan perasaan ain sebagai seorang wanita Islam berbanding mereka yang bernama Islam.Tidak kurang juga rakan-rakan lama yang non muslim dan muslim juga masih berhubung tanpa ada rasa janggal antara kami.Jadi, ain tidak bersetuju jika ada yang berpendapat berniqab sukar bergaul dalam masyarakat.Tidak sama sekali.

Persoalan berniqab hanya untuk wanita Timur Tengah dan tidak sesuai untuk orang asia, Malaysia amnya amat tidak tepat sama sekali.Ain memegang pada wajib untuk berniqab, seperti kita sedia maklum berniqab ada khilafnya sendiri.Tidak kiralah Harus, Sunnah, atau Wajib, ianya adalah pakaian Ummul Mukminin.Tidak salahkan jika kami niqabis ingin mencontohi pakaian para Ummul Mukminin? Tidak salahkan kami niqabis mencontohi pakaian yang dapat menjaga kami dan mengingatkan kami agar perbaiki diri selalu untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik hanya untuk Allah SWT?

Adalah lebih elok kita mencontohi pakaian Ummul Mukminin dari mengikut pakaian yang menjolok mata itu.Usah terlalu taksub dengan fesyen terkini yang tidak pernah cukup kain itu.Usah beralasan belum sampai seru, atau belum bersedia.Usahlah hidup dengan beralasan.Allah SWT tidak pernah beralasan dengan hamba NYA dalam memberi nikmat kehidupan.Cukuplah dengan memakai pakaian labuh dan menutup aurat, tidak semestinya perlu berniqab kerana terpulang pada diri masing-masing.Belajarlah untuk bersyukur selalu pada Allah SWT.

Berniqab tidak bererti kami sudah cukup sempurna atau layak dipanggil solehah.Siapalah kami untuk mengecop diri sebagai wanita solehah.Hanya Allah SWT sahaja yang berhak dan lebih tahu diri para hamba NYA.Hanya Allah SWT sahaja yang tahu menilai daripada diri kita sendiri.Walaupun kami niqabis, kami masih hamba Allah SWT yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.Kita semua sama sahaja, masih perlu perbaiki diri setiap hari.


berniqab bukan bertujuan menunjuk kehebatan diri..
berniqab bukan bertujuan menunjukkan diri mu adalah wanita solehah..
berniqab bukan bertujuan membangga diri..
berniqab bukan bertujuan membuktikan kita adalah berbeza daripada yg lain..

apalah guna berniqab andai foto-foto dikongsi untuk tatapan sesiapa sahaja..
apalah guna berniqab andai masih ada keinginan untuk tabarruj..
apalah guna berniqab andai hanya menanti pujian semata-mata..
apalah guna berniqab andai diri masih terlibat dlm pergaulan bebas..

berniqablah hanya untuk mendapatkan redha Allah SWT..
berniqablah hanya untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT..
berniqablah semata-mata ingin melindungi diri dari perkara-perkara kemungkaran..
bersihkanlah niat untuk berniqab hanya untuk Allah SWT..bukan selainnya...

ingatan buat diri ini...


Jadikan diri kita sebagai medan dakwah bergerak semata-mata untuk Allah SWT dan bukan selainya.Bukan mengharapkan pujian atau diagung-agungkan oleh mereka yang bernama manusia.Cukuplah hanya untuk mencari redha Allah SWT.Berniqab atau tidak, setiap daripada kita wajib menyampaikan kebaikkan dan mencegah kemungkaran.

Buat sahabat sahabiah ain kasihi sekalian, berniqab bukanlah penghalang untuk kami menyampaikan dakwah.Setiap daripada kita ada caranya sendiri menyampaikan dakwah.Berdakwah melalui penampilan, penulisan dan jika mampu di khalayak ramai seperti yang dilakukan oleh saudari Waheeda sendiri, muslimah berniqab.Lakukanlah dakwah dan fahamilah bahawa berniqab bukan alasan untuk tidak berdakwah.


Niqab Itu Bukan Paksaan
Bukan Juga Bahan Hinaan
Aku Memakainya Bukan kerna Aku Bangga Kecantikan Diri
Aku Memakai Kerana Kecantikan Sunnah Buat Isteri Nabi
Cukuplah Tatapan Wajah Untuk Ajnabi dan Suami
Dengannya Aku Berasa Selamat
Menyelamatkan Juga Hati Dari Syaitan Yang Syahwat
Dengannya Juga Bukan Bermakna Diri ini Lemah
Azam Diri Menjadi Contoh Wanita Solehah
Tidakku Menyeru Kalian Berniqab Begini
Cukuplah Aurat Ditutup Rapi
Semoga Rahmat Allah dan Rasul Memberkati diri
via Jannati Baiti



Saturday, February 4, 2012

KENALI RASULULLAH SAW

Bismillah,
Assalamualaikum buat semua sahabat sahabiah blog NUR.Moga sahabat sahabiah sekalian dalam lindungan Allah SWT.

12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 masihi, adalah tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Sekadar berkongsi beberapa video yang menceritakan keperibadian dan sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW sejak lahir hingga kewafatannya.Mungkin ada diantara kita telah pun menontonnya.Apapun mari kita dengar dan hayati kembali bersama, moga hati kita makin dekat dengan NAbi SAW, InsyaAllah.

Selamat menonton.











Bagi anda yang mempunyai anak-anak kecil atau yang berminat dengan kartun animasi, di sini ada beberapa video animasi disediakan berkisarkan Sirah Nabi Muhammad SAW.Amat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan dari pelbagai peringkat umur.Sila klik link yang disediakan.Moga ianya bermanfaat, insyaAllah..

Salam Maulidur Rasul.




Friday, February 3, 2012

JEMPUTAN MENYERTAI PROJEK PENULISAN AMAL: SETEGUK INSPIRASI SEULAS MOTIVASI

Assalamualaikum, salam pertemuan kembali buat semua sahabat blog NUR.Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT dengan izin NYA, ain masih mampu menggunakan kemampuan yang ada untuk berkongsi coretan disini dengan sahabat semua.



Sejak di bangku sekolah rendah lagi ain berminat dalam bidang penulisan, terutamanya dalam Bahasa Melayu.Mungkin faktor persekitaran dan suasana membesar yang menggunakan 100% Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian, membuatkan ain lebih gemar dengan bahasa ini.Ain pernah memasang cita-cita ingin menjadi seorang guru dalam subjek Bahasa Melayu suatu ketika dahulu.Ain juga gemar membaca buku-buku novel sewaktu bersekolah dan tak kurang juga memasang angan-angan menjadi seorang penulis novel.Namun itu semua, kekal dalam ingatan selamanya.[tersenyum sendiri]

Tidak bergelar guru mahupun penulis novel tidak pernah mematahkan semangat dalam diri ini untuk terus berkarya dengan cara tersendiri.Alhamdulillah, dengan adanya laman blogger ini dapatlah ain gunakan kesempatan mengasah penulisan ain disini walaupun tidak sehebat penulis-penulis yang sedia ada.

Berkarya melalui penulisan di alam maya bukanlah ingin mengejar populariti atau rating pengikut tertinggi di alam maya.Sekadar ingin berkongsi pandangan dan perbincangan dengan sahabat dan saudara sesama Islam, mahupun pembaca di luar sana yang ingin mengenali Islam.Niat hati moga-moga ada pembaca disini semakin ingin dekat mencintai dan mengenali Islam dengan baik, InsyaAllah dengan izin NYA.

Alhamdulillah, hampir 2 tahun ain bergiat dalam penulisan blog.Selama itu juga ada sahabat blog NUR yang terus mengikuti perkembangan ain tidak kira di blog mahupun di FB secara diam.Alhamdulillah, ain hargai sokongan kalian.Apapun, ain hargai dan masih mengharapkan teguran daripada semua andai ada yang ain kongsikan di sini tidak bersesuaian.Moga-moga dengan teguran positif itu dapat ain perbaiki kelemahan dari masa ke semasa.

Perkara yang harus ain titikberatkan jika ingin terus berkarya melalui penulisan adalah menjadikan setiap penulisan itu bermanfaat kepada orang lain.Buat sahabat NUR yang sudah pasti ada diantara kalian terlibat dalam penulisan maya, ambil masa sejenak membaca artikel ini, Muhasabah Seorang Penulis.Kata-kata yang memberi kesan pada diri ini, "setiap tulisan punya tanggungjawab yang besar perlu ditanggung oleh penulisnya di dunia dan akhirat kelak."

Baiklah, pasti ada yang tertanya-tanya apa kaitannya ini semua dengan tajuk coretan ini???

Sukacita ain ingin berkongsi dengan sahabat NUR yang mempunyai karya peribadi yang boleh dijadikan motivasi atau inspirasi pada yang lain, dan yang paling penting karya tulisan sahabat bertujuan menyampaikan kebaikkan sambil berdakwah, bolehlah turut serta dalam JEMPUTAN MENYERTAI PROJEK PENULISAN AMAL: SETEGUK INSPIRASI SEULAS MOTIVASI

Karya-karya yang dihantar nanti bukanlah bertujuan mencari keuntungan semata-mata.Sahabat boleh ke link diberikan untuk tahu lebih lanjut.Karya sahabat akan disemak dan dipantau oleh Ustaz Zahiruddin Zabidi.

Selamat berkarya!

Wednesday, February 1, 2012

MUSLIM REVERT

Bismillah,
Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua pembaca setia blog NUR.Alhamdulillah, bertemu kembali di alam maya ini.Moga urusan sahabat sahabiah sekalian senantiasa dipermudahkan, aamiin.

Hari ini ain ingin berkongsi perbualan dengan seorang sahabiah baru-baru ni.Kita baca dahulu perbualannya:






"Assalamualaikum..

...perlukan nasihat dan pandangan kwn2..mengenai kawan ana..dia bersuamikan seorang revert muslim dan sekarang menetap di jerman..masalah dia ialah..suaminya tidak mahu menjalankan perintah seperti solat dll..katanya x masuk akal..mereka baru kahwin..x sampai setahun lagi dan baru 2 bulan tinggal bersama..

suami dia masih mempercayai Allah itu satu..tapi dia jemu utk melakukan ibadah sbb dia x nampak keperluannya kat situ..kawan ana ada terfikir utk meminta cerai..tapi ana nasihatkan dia utk terus sabar..agak sukar mentarbiah suami bila dikelilingi non muslim..kwn2 ada pandangan yang boleh di share?..ana dah bagitau sekadar mampu ana..tapi..mgkn ada yang blh bagi penerangan yang lebih dalam..kesian dia..seorang diri..syukran..

wassalam"



Jawapan ringkas bagi pihak ain:

"Wa'alaikumussalam ukhti, pendapat ain as muslim revert, rakan ukhti tak patut ambil kputusan bcerai secara mendadak.Adalah tidak adil menghukum seseorang itu dengan cara sedemikian.Memang suami bertanggungjawab sebagai ketua keluarga, namun si isteri harus faham bahawa suaminya masih baru lagi dan masih lagi mencari-cari identitinya sebagai seorang lelaki Islam.Faktor persekitaran memang tidak dpt dnafikan.Ain sendiri di awal memeluk Islam, ain terumbang ambing.Ain yakin Allah SWT wujud.Namun ain gagal jalankan perintah agama dengan amanah.Walaupun ain convert tiada kaitan untuk berkahwin, namun tidak mudah dengan godaan rakan-rakan muslim terutamanya dan keseronokkan duniawi, apatah lagi iman di dada masih goyah.Rakan ukhti seharusnya bsabar.Adakan waktu bsembang ilmu agama.Ajak suami hadiri majlis ilmu yang terdekat.Setahu ain di Jerman agama Islam berkembang dengan baik, InsyaAllah.Jika suami perlu hadiri kelas agama, isteri patut turut terlibat.Maka, bila bersama di rumah dapat berbincang topik yang sama.Maklumkan pada rakan ukhti, muslim revert yg masih 'hijau' ni perlukan perhatian dan kesabaran yg tinggi.Bukan semuanya yang revert secara automatik perfect 100%....sedangkn yang lahir Islam belum tentu solat 5 waktu inikan pula yg bayi baru sthn jagung seperti suaminya, pasti banyak perkara yg menjadi psoalan."


Ini jawapan ringkas yang dapat ain berikan pada sahabiah ain ini.Secara peribadi, sebagai seorang muslim revert, ain masih ingat di awal tahun memeluk Islam.Walaupun jauh disudut hati ingin membuat segalanya yang terbaik sebagai seorang Islam, tidak mudah andai tiada kefahaman dan tiada penghayatan yang sebenar-benarnya.Tekanan perasaan dengan suasana yang tidak membantu, membuatkan mana-mana muslim revert terkandas dipertengahan jalan.Namun, jika ada sokongan daripada teman-teman rapat, kaum keluarga Islam InsyaAllah mereka tidak akan tercicir.

Ini komen dan pandangan sahabiah lain:


Pandangan sahabiah A:
"Setuju dengan pandangan Nur'Ain Vivian. Ain lebih memahami dalam hal ini. Isteri harus banyak berdoa dan bawa suami ke majlis-majlis ilmu, bercerita kebaikan Islam, tonjolkan akhlak yang baik, dekatkan suami dengan muslim yg baik. Bahkan boleh je minta tolong imam, orang alim terdekat untuk turut sama membantu. Yang penting, dia ada kawan muslim yg ikhlas dan mahu menolong. Insya Allah, imam-imam di sana lebih memahami situasi individu yang revert dan K Nur percaya, mereka sudah pakar dalam hal-hal begini.

At least, dia kena letak target 5 tahun pertama utk biasakan suami dgn amalan fardu ain- pengukuhan aqidah, ibadah fardu dan sedikit2 penyucian jiwa. 5 tahun kedua, baru letak target yg lebih tinggi. Sentiasa bangun tahajjud agar hati tenang dan berjiwa besar. Kita nak baligh pun, lebih kurang 12-15 tahun juga nak mantapkan iman dan ibadah. Inikan pula yang baru memeluk Islam. Banyakkan bersabar dan tenang-tenanglah dengan saudara baru."



Pandangan sahabiah B:
"Mengikut pengalaman Ana kat sini, komuniti Islam kat sini (khususnya Cardiff) sangat2 baik...memang imam2 dan masyarakat kat sini sangat memahami keadaan semasa and banyak sangat program2 yang dijalankan yang sesuai untuk non-muslim n newly revert muslim... pendekatan di sini memang mengkhususkan kepada mereka... ana setuju dengan pandangan kak A supaya kawan ukhti ni perlu merujuk kepada imam-imam di kawasannya... and ana suggest kawan ukhti turut bercampur dengan muslimah2 yang baru revert as well supaya lebih memahami and lebih empathy dengan mereka."


Pandangan sahabiah C:
"Assalamualaikum,mmg benar pandangan dan idea Nur'Ain Vivian, mmg byk cara yg boleh dilakukan untuk menghindari penceraian.
Ada satu cara lagi yang mesti sahabat Nur'Ain boleh lakukan, iaitu lakukan semua amalan baik dalam ajaran islam seperti solat 5 waktu, berbudi bahasa, memahami, mengikuti perintah suami dgn ajaran islam yg benar, menolong suami dari segi pakaian, makanan dgn mengikut adab islam, insyallah suami akan rasa dihormat, disayangi, kerna semua ajaran2 islam yang benar boleh melembut hati sesiapa pun jikalau dilakukan dengan cara yang betul.

Jangan sesekali berdebat ttg agama pada suami pada masa ini kerna seseorg yg mualaf mmg bukan mudah untuk berubah, iya mengambil masa yang lama (pada sesetengah org), kita cuba bersabar dan tawakal... insyallah lama kelamaan, hati suami akan lembut bila melihat betapa indahnya islam dlm kehidupan seharian jika dilakukan dgn betul.

Saya akui kerna sya juga mualaf dan bukan mudah untuk sya menyesuaikan diri dgn kejutan agama ... suami hanya menunjukkan perkara yang baik dlam kehidupan seharian seperti yg sya nyatakan di atas.... dan sya tertarik dengan amalan-amalan itu dan perlahan-lahan sya mempelajari secara diam-diam, alhamdulillah sehinga sekrg sya masi lagi belajar wlaupun sudah 6 thn berkahwin.
"


Ini antara pandangan daripada sahabat-sahabat muslimah yang sering ain jadikan tempat rujukkan dan perbincangan.Moga perbualan ini dapat membantu, InsyaAllah.

Bagi sahabat pembaca yang ada pandangan sendiri, sila tinggalkan komen di ruang disediakan.Moga komen kalian dapat membantu ain dan sahabat tadi.Syukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR