Monday, March 26, 2012

BERTUDUNG, AKHIRNYA MEMILIH ISLAM

Bismillah,
Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat sekalian.Moga hari ini dimulakan dengan perkara yang baik dan disudahi dengan kesudahan yang baik, InsyaAllah, aamiin.

Sebentar tadi ain terbaca satu artikel ini di metro-online.com berkenaan seorang wanita Kristian yang akhirnya kembali pada Islam setelah bertudung.

SubhanAllah, Allauakhbar, Alhamdulillah.Begitu besarnya kuasa Allah SWT kerana memberikan hidayah pada muslimah ini yang hidup dalam suasana jauh dari Islam, namun akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya, Allahuakhbar.

Sama-samalah kita mengambil iktibar dari kisah ini.





Ada banyak kisah menarik dan unik di dunia ini, termasuk kisah yang satu ini. Di kala banyak muslimah enggan untuk menutup auratnya dengan memakai tudung apalagi berbicara tentang Islam, berbeza 180 darjah dengan seorang wanita Amerika satu ini, meski masih Kristian tetapi lebih suka memakai tudung dan berani berbicara tentang Islam.

Terlepas dari kenyataan bahawa ia masih seorang Kristian ketika merakam wawancara ini, si wanita Amerika dengan sukarela dan lebih suka memakai tudung. Dan Alhamdulillah, dia akhirnya masuk Islam beberapa bulan kemudian. Dan berikan penuturannya (tidak disebutkan siapa nama wanita Amerika ini) tentang Islam dalam keadaan dirinya masih Kristian dan telah memakai tudung.

"Saya sudah tertarik dengan Islam di sebahagian besar hidup saya, dan saya sudah mempelajari tentang hal itu. Saya juga banyak tahu dasar-dasar tentang agama selama bertahun-tahun. Kemudian ketika insiden 9/11 terjadi saya mendapat banyak maklumat propaganda, dan setelah berbagai kejadian tersebut saya mula belajar tentang Islam, dan saya akhirnya mencari, meskipun fakta-fakta asas yang telah saya pelajari sebelumnya tentang Islam sebahagian besar adalah benar, namun ada banyak hal yang telah salah diertikan dan salah difahami tentang Islam itu sendiri.

Misalnya, perkara pertama yang saya perhatikan ialah sebenarnya tidak ada paksaan dalam Islam, tidak ada yang memaksa anda masuk ke dalam agama ini, Allah memanggil dan memberikan hidayah kepada mereka yang Dia panggil.

Hal lain yang saya dapati dalam Islam adalah ikatan persaudaraan yang indah dan bagaimana umat Islam saling memelihara satu sama lain. Saya sudah jauh lebih bahagia kerana saya mula melawat masjid dan mengenal banyak saudara perempuan dan menghabiskan masa bersama mereka.

Saya menyukai Islam yang mengajar anda bagaimana bersikap baik satu sama lain, dan bagaimana memelihara satu sama lain. Dalam Kristian, Injil mengatakan, “Bersikaplah baik satu dengan yang lain.” Dalam Islam hal ini lebih jelas, Islam memberitahu anda bagaimana untuk bersikap baik satu sama lain, bagaimana berbuat sopan dan cara memelihara satu sama lain.

Islam adalah jalan yang penuh kedamaian dalam hidup, menginginkan agar orang menjalani kehidupan yang baik dalam keluarga mereka sebagai suami isteri, dan dalam masyarakat. Dan saya mencari Islam yang saya asosiasikan jauh lebih soleh daripada apa yang pernah saya alami dalam agama Kristian, dan saya sudah sangat banyak pengalaman tentang agama Kristian selama bertahun-tahun.

Konsep lain yang begitu indah dalam Islam adalah konsep Syura. Ketika ada masalah yang akan dibincangkan, pemimpin mendengar dari semua orang. Dan saya pernah melihat ini dalam tindakan yang nyata. Hal ini dipraktikkan dalam keluarga, dan juga dipraktikkan dalam pemerintahan. Mereka mendengar dari semua orang, bahkan dari anak kecil, dan semuanya dipertimbangkan, kemudian ada keputusan berdasarkan apa yang terbaik. Ketika keputusan dibuat, masyarakat dianjurkan untuk mengikuti keputusan itu, apakah mereka setuju atau tidak,"


Berbicara bagaimana Wanita dalam Islam, wanita Amerika ini menyatakan:

"Saya fikir itu sangat indah. Saya percaya perempuan sangat dihormati dalam Islam. Saya sangat suka mengenakan tudung, saya merasa istimewa, saya merasa dilindungi, saya merasa bahawa saya tidak harus mempamerkan segala sesuatu dari tubuh saya untuk semua orang, ini membantu saya menjadi peribadi seutuhnya.

Dalam Islam, saya merasa saya diterima sebagai seorang wanita, dan dihormati sebagai seorang perempuan. Saya merasa bahawa saya tidak harus berjuang untuk cuba menjadi sama dan cuba untuk menjadi seperti seorang lelaki, seperti yang saya rasakan di dalam masyarakat Amerika."


Nah! Lihatlah sendiri wahai sahabat muslimah sekalian.Masih sukarkah untuk menutup aurat dengan sempurna sedangkan ianya bukanlah perkara yang berat.Islam tidak pernah memberatkan, hanya kita sahaja yang memberatkan diri sendiri.

Muhasabah diri kembali.

Sunday, March 25, 2012

AL-HABIB MUHAMMAD

Assalamualaikum sahabat NUR sekalian, salam pertemuan kembali di alam maya.

Hari ini ain sekadar berkongsi coretan ringkas bersama sahabat sekalian.Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.





Biodata Al-Habib Muhammad

Al-Habib Muhammad bin Abd Rahman bin 'Alawi bin Abdullah bin Husain bin Muhsin bin 'Alawi bin Saggaf. Beliau merupakan seorang ulama berketurunan Sayyidina Rasulullah Sollallahualaihiwasallam melalui nasab Sayyidina Husain RadiAllahu'anhu. Beliau dilahirkan di Bandar Seioun di Hadramaut, Yaman pada tahun 1972. Kemudian 3 tahun setelah kelahirannya, beliau bersama ibubapanya telah berpindah ke Hijaz dan menetap di Jeddah.


Beliau mempelajari ilmu daripada para Masyayikh dan sanad pengajian beliau bersambung sehingga ke datuknya yg mulia, Sayyidina Rasulullah Sollallahualaihiwasallam. Antara para ulama yg berperanan mendidik beliau ialah:

1-Al-Imam Al-Allamah Al-Habib Abdul Qadir As-Saggaf Hafizohullah

2-Al-Imam Al-Allamah Al-Habib Ahmad Masyhur bin Toha Al-Haddad Rahimahullah

3-Al-Imam Al-Allamah Muhadith Haramain Al-Habib Muhammad bin Alawi Al-Maliki Rahimahullah

4-Al-Imam Al-Allamah Al-Habib Abu Bakar Al-'Adni bin Ali Al-Masyhur Hafizohullah

5-Al-Imam Al-Allamah Al-Habib Umar bin Hafiz Hafizohullah

Memadailah dengan menyebut nama mereka di atas bagi memperkenalkan sedikit-sebanyak tentang keilmuan dan sanad pengajian beliau.

Operasi Dakwah

Beliau sibuk menceburkan diri dalam bidang dakwah kepada Allah Subhanahuwataala melalui cara yg berhikmah dan gaya penyampaian yg hebat. Keistimewaan dakwah beliau ialah pengorbanan beliau melakukan rihlah dakwah ke negara-negara yg jauh daripada para ulama dan masyarakat Muslim. Beliau menerokai dunia-dunia asing ini dengan membawa mesej Tauhid dalam situasi masyarakat dunia hari ini yg terlalu sibuk dengan kehidupan duniawi lalu melupakan penciptanya. Muslim sendiri seolah-olah terlupa tanggungjawab mereka terhadap ummatul dakwah yg tinggal di ceruk-ceruk terpencil di dunia ini. Antara negara-negara yg pernah dijejaki beliau dalam meneruskan usaha dakwab ialah negara-negara di sebelah Afrika, seperti Kenya, Tanzania, Uganda. Beliau juga melakukan dakwah di Amerika, negara-negara Teluk, Yaman, Lubnan, Mesir dan Jordan.

Kisah di Afrika

Sebenarnya beliau baru sahaja pulang berdakwah di Afrika. Keletihan tampak di wajah beliau. Walaubagaimanpun, Alhamdulillah, dengan hidayah Allah Subhanahuwataala ratusan penduduk negara dunia ketiga itu mengucapkan kalimah syahadah. Pergolakan politik di negara tersebut tidak menghalang usaha dakwah beliau untuk memperkenalkan cahaya kebenaran kepada mereka. Mereka mendakwa bahawa tiada siapa yg membawa ajaran Islam dan membentangkannya kepada mereka. Mungkin sahaja usaha dakwah pernah dilakukan terhadap generasi sebelum mereka, tapi masa telah menelan segalanya. Maka, Al-Habib mengambil peranan mulia ini untuk mempamerkan Islam. Akhlak dan tuturkata yg indah amat penting dalam melumatkan kekufuran dan membenihkan keimanan di dalam hati-hati mereka.

Yang menariknya, beliau ada menceritakan tentang seorang Muslim yg menasihati beliau supaya membiarkan mereka dengan agama kufur mereka dengan alasan bahawa mereka tidak akan menerima Islam dan akan berkeras untuk kekal dalam agama asal. Anehnya, lelaki itu merupakan seorang yg terpelajar dan bukanlah orang awam. Tanggungjawab dakwah tidak boleh diabaikan. Lalu Al-Habib menjawab bahawa beliau ingin mencuba terlebih dahulu. Kerana Hidayah adalah milik Allah Subhanahuwataala dan Dia akan berikannya kepada sesiapa sahaja yg Dia kehendaki.

Ketika berdakwah di Afrika

Al-Habib terus melaksanakan operasi dakwahnya itu. Tiba-tiba, dalam setengah jam atau sejam sahaja mereka sudah mahu memeluk Islam. Allahu Akbar!!! Ratusan manusia telah berjaya diislamkan! Lihatlah dunia, Islam itu akan tersebar dengan mulianya! Lalu Al-Habib berkata bahawa masalah sekarang ialah bukan mereka yg tidak mahu menerima Islam tapi kamu yg tidak mahu mereka menerima Islam!

Beliau juga menjelaskan lagi bahawa masyarakat awam sebenarnya seolah-olah sedang berkata-kata kepada para penuntut ilmu " Ajarlah kami, ajarlah kami..." Sesungguhnya Lisanul Hal afsoh min lisanil maqol...Sabda Rasululullah Sollallahualaihiwasallam " بلغوا عني ولو أية " bermaksud "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat".

Beliau juga menceritakan tentang seorang ulama Hadramaut yg berpindah ke Makkah untuk menuntut ilmu. Setiap hari beliau akan berdiri di hadapan Kaabah dan berdoa supaya ilmu yg dipelajari dapat dimanfaatkan dan disampaikan ke seluruh pelusuk alam. Tetapi keadaan ketika itu seolah-olah tidak memungkin beliau untuk mencapai hasrat besarnya itu. Maka, beliau pulang ke Hadramaut dan mengajar di Ribat, Tarim. Hasilnya, kita sedang menyaksikan bahawa doanya itu dimakbulkan Allah. Para pelajar dari seluruh pelusuk dunia telah datang untuk belajar di Ribat, Tarim. Mereka yg datang kepada ilmu beliau. Rahsianya menurut Al-Habib ialah keikhlasan yg sebenar kepada Allah.

Benarlah, tidak semestinya natijah usaha kita akan kita lihat sendiri. Tapi mungkin, ia akan terhasil setelah beberapa ketika. Pokoknya, usaha dan terus usaha. Allah tidak pernah mempertanggungjawabkan kita untuk membahagi-bahagikan hidayah kepada makhluk. Kerana hidayah itu bukan hak kita. Hatta Rasulullah Sollallahualaihiwasallam sendiri tidak diberikan tanggungjawab sebegitu. Hidayah adalah hak milik mutlak Allah Subhanahuwataala.

Maka, Allah Taala tidak akan menyoal adakah ada manusia mahupun jin telah menerima dakwah kamu? Tapi soalan yg akan diajukan ialah adakah kamu telah berdakwah?

Persoalan yang wajib kita fikirkan...Allahuakhabar..

Saturday, March 24, 2012

SEDARLAH WAHAI MUSLIMAH!!!

Bismillah,
Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat NUR sekalian.Moga sahabat semua dalam lindungan Allah SWT selalu, aamiin.Alhamdulillah bertemu kita kembali di alam maya dengan harapan semoga perkongsian kali ini dapat membuka minda ramai pihak.

Bagi sahabat setia NUR pasti sedia maklum ain sering menekankan bab aurat, tabarujj, pakaian dan apa sahaja yang berkaitan dengan kaum wanita atau muslimat.Kenapa yea? Kerana ain sayangkan sahabat muslimah sekalian.Ain berharap muslimah sekalian sama-sama berusaha perbaiki diri dan terus mencari ilmu sebagai seorang wanita Islam.Janganlah beranggapan bahawa kita sudah cukup sempurna atau cukup ilmunya hingga mendongak dagu ke langit dan tidak lagi mahu mendengar kata-kata nasihat daripada sahabat sekeliling.

Cukup-cukuplah hidup beralasan, dan terus beralasan dalam kehidupan ini.Tiada istilah "Belum sampai seru", " Belum dapat hidayah".Adakah kita berani menyatakan perkara yang sama di hadapan Allah SWT apabila disoal kelak??? Masih sanggupkah menyatakan alasan sedemikian sedangkan Allah SWT tidak pernah beralasan dalam memberikan nikmat kehidupan pada kita selama ini???

Ain tekankan pada 2 golongan muslimah, iaitu muslimah berniqab dan muslimah yang tidak berniqab.

MUSLIMAH BERNIQAB



Dari pengamatan foto di atas, apa yang dapat kita faham? Bagi niqabis, tanyakanlah soalan-soalan ini pada diri sendiri.Jawablah secara jujur pada diri kita sendiri. Apa itu purdah/niqab? Untuk apa berniqab? Siapa yang patut berniqab? Adakah untuk keseronokkan semata? Adakah sekadar ingin cuba-cuba? Adakah ingin melindungi wajah semata-mata? Adakah berniqab dengan niat untuk menarik perhatian jantina berlawanan dan menjadikan diri anda tumpuan di mata masyarakat?

Tak perlu nak canang satu kampung yang anda kini berniqab.Tak perlulah upload berpuluh-puluh foto anda berniqab secara berkumpulan atau bersendirian dengan aksi panas atau menggoda untuk tatapan ramai.Untuk apa berniqab tapi masih bersolek secara berlebih-lebihan? Untuk apa berniqab tapi masih berpakaian tidak cukup kain? Untuk apa berniqab tapi masih berpakaian mengikut bentuk badan? Untuk apa berniqab andai masih mendedahkan aurat di sana sini? Adakah dengan berniqab, maka bertabarujj dihalalkan???

Adakah kita benar-benar faham cara menutup aurat mengikut syariat Islam yang betul? Adakah dengan mengenakan sehelai kain di muka sudah cukup syarat menutup aurat dengan sempurna? Astaghfirullah, maafkanlah diri ini.Terasa berat untuk diluahkan, namun itulah yang telah terjadi dan akan terus berlaku andai tiada kesedaran, tiada ilmu dalam sesuatu amalan atau ibadah yang ingin dilakukan.


APA ITU TABARUJJ???




Boleh jadi kita berniqab, tapi sebenarnya kita juga masih lagi ingin bertabarujj.Mencukur atau membentuk kening dan disertakan dengan solekan tambahan di bahagian mata.Memakai maskara, bulu mata palsu, kanta mata berwarna dan apa sahaja perhiasan tambahan yang boleh menarik perhatian adalah ditegah dan suatu perkara yang boleh mengundang fitnah pada diri sendiri.

Tidak kurang juga penggunaan kain niqab/purdah yang nipis, jarang, pemilihan warna yang keterlaluan, dihiasi pula sulaman dan manik-manik pelbagai corak bak kilauan bintang.Maka, hilanglah keistimewaan berniqab itu sendiri.Berniqab tapi masih berkeinginan kelihatan cantik menawan.

Sila rujuk beberapa artikel atau coretan ain yang lalu berkenaan berniqab.Namun HARUS DIINGATKAN bahawa ianya adalah sekadar rujukan dan bahan bacaan untuk perkongsian bersama dan bukanlah boleh dijadikan tempat rujukan utama.Carilah ilmu berkenaan berniqab dengan mereka yang lebih arif ilmunya.Selain itu , senantiasalah muhasabah diri kembali dan mohonlah pada Allah SWT agar ditunjukkan jalan yang betul dan dijauhkan diri kita dari perbuatan keji dan mungkar.


MUSLIMAH TIDAK BERNIQAB




Bagi yang suatu ketika dahulu tidak bertudung, kini bertudung tahniah ain ucapkan kerana anda telah bergerak selangkah untuk berubah.Namun, bertudung sahaja belum cukup syarat menutup aurat dengan sempurna.Ada yang berpendapat, cukuplah bertudung dari tak bertudung langsung.Atau ada yang masih guna alasan, belum tiba masanya lagi menutup aurat sepenuhnya, memadailah dengan bertudung sahaja.Adakah ini jawapan yang ingin kita berikan pada Allah SWT andai disoal kelak???




Firman Allah SWT

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:"Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka."Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang(Al Ahzab:59)

Allah SWT berfirman ertinya:

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Al-A 'raaf:26)

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:

"Ada 2 jenis manusia pengisi neraka yang belum pernah kulihat kedua-duanya: Pertama, segolongan manusia yang mempunyai cambuk seperti ekor lembu, dan mereka memukul manusia dengannya, Kedua, Wanita yang berpakaian tapi telanjang, melenggang-lenggok, kepala mereka seperti ponok unta yang condong.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya.Sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian-sekian."

(Sahih Muslim, Jilid VI,hal:168)




Sila rujuk kembali coretan ain yang lalu berkenaan aurat wanita Islam.

PERGAULAN



Semua yang bernama muslimah, tidak kira niqabis atau tidak, yang bergelar anak atau ibu, jagalah adab kita dalam pergaulan seharian.Tak perlu ain terangkan lagi, sahabat bolehlah merujuk coretan ain yang lalu berkenaan Pergaulan Bebas.





Berniqab atau tidak berniqab itu bukan isunya.Berniqab tidak bererti kita sudah cukup syarat menutup aurat dengan sempurna.Bertudung labuh/singkat juga bukan isunya.Yang menjadi perkara pokok di sini adalah iman dan taqwa kita pada Allah SWT.

Jika ingin beramal dengan sempurna dan sebaik mungkin, carilah ilmu di mana sahaja asalkan ilmu yang kita dapat itu berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.Ilmu tanpa amal adalah sia-sia, beramal tanpa ilmu juga adalah sia-sia dan suatu perbuatan yang amat bodoh!

Beramallah demi mendapatkan redha dan kasih sayang Allah SWT semata-mata.Berpakaianlah mengikut syariat yang ditetapkan demi menggembirakan Allah SWT dan bukannya populariti semata-mata.Islam itu indah, cuma kita sahaja yang memberatkannya.

Coretan ini adalah ingatan buat diri ain juga yang juga manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.Marilah kita sama-sama perbaiki kelemahan diri demi menggembirakan Allah SWT.

Tuesday, March 20, 2012

FRIENDLY COMPARATIVE RELIGION

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat NUR sekalian.Alhamdulillah bertemu kita kembali di alam maya.Moga sahabat semua dalam lindungan Allah SWT, aamiin.

Baru-baru ini ain telah menghadiri kursus di Kuala Lumpur selama 2 hari.Ingin rasanya ain berkongsi dengan sahabat semua tentang kursus berkenaan.Maka di sini ain coretkan serba ringkas untuk perkongsian bersama, moga ianya bermanfaat InsyaAllah.





Friendly Comparative Religion atau lebih dikenali sebagai FCR ini adalah satu kursus perbandingan agama yang telah mula ditubuhkan di Malaysia semenjak tahun 2001, di bawah kelolaan badan NGO, Islamic Information & Services[IIS]. dan Saba Islamic Media yang merupakan penaja utama pertubuhan ini.

Tujuan FCR ini diadakan adalah untuk menyampaikan dakwah kepada non muslim dengan berkesan dan juga membantu menimbulkan kefahaman dan kesedaran kepada orang Islam kepentingan berdakwah dalam Islam.

Pada sesi kursus berkenaan, penceramah utama adalah seorang muslim revert iaitu Bro Shah Kirit bin Kakulai Govinji, dan Bro Engku Fauzi.

Sesi dimulakan oleh Bro Shah dengan pengenalan berkenaan berdakwah.Menurut Bro Shah, berdakwah adalah kewajipan setiap orang muslim.Berdakwah di sini bermaksud mengajak, menyeru dan memanggil untuk berbuat kebaikkan.Ianya adalah satu perjuangan dalam menyebarkan mesej Islam kepada non muslim.Sedangkan Islah pula bermaksud berdakwah kepada orang-orang Islam untuk memperbetulkan kefahaman atau permasalahan agama.





Gambar di atas adalah yang sempat ain ambil semasa sesi kursus.Bro Shah adalah yang berrdiri memakai kot hitam, Bro Engku Fauzi yang sedang duduk, manakalah Bro Mas-yuri yang memakai TShirt putih adalah antara admin FCR.

Dalam FCR, para peserta didedahkan dengan sejarah dan perkembangan agama lain yang ada di Malaysia amnya iaitu agama Kristian, Buddha dan Hindu.Para peserta diberi kefahaman akan kewujudan agama-agama lain selain Islam kerana untuk menjadi pendakwah yang berkesan perlu ada kefahaman tentang agama lain agar lebih mudah bagi kita mendekatkan diri dengan yang non muslim.

Seperkara yang pernah ditekankan sewaktu usrah online, turut ditekankan oleh Bro Shah bahawa Islam bukanlah agama, Islam adalah suatu syariat yang lengkap dalam kehidupan seorang muslim.

Sebagai seorang muslim, kita semua bertanggungjawab dalam menyampaikan dakwah atau mesej Islam kepada non muslim.Maka, untuk berdakwah kita perlulah selalu berlapang dada dan dapat menerima kritikan agama lain terhadap Islam dengan cara yang bijaksana serta perlu buang sifat ego dalam diri sendiri.

Di Malaysia khususnya, adalah amat penting untuk membuat perbandingan dalam agama untuk mencari persamaan yang bermaksud dengan memahami ciri-ciri atau sejarah agama lain, akan lebih mudah untuk kita memberikan kefahaman tentang Islam pada non muslim.Namun, segalanya perlulah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah dan bukannya dengan membuta tuli.





Bro Shah turut berkongsi kisah sepanjang perjalanannya hingga kini sebagai seorang muslim revert.SubhanAllah, Alhamdulillah, ain amat kagum dengan kebolehan beliau dalam menyampaikan Islam disertakan dengan surah-surah dan ayat-ayat di dalam Al-Quran.Beliau berkebolehan menerangkan setiap satu ayat di dalam Al-Quran dengan jelas dan tepat serta mudah difahami.SubhanAllah, moga Allah SWT memudahkan urusan beliau dalam berdakwah, Allahuakhbar!!!

Salah satu sesi perbincangan yang disampaikan Bro Shah yang amat menarik perhatian ain adalah sesi soal jawab atau persoalan yang biasanya diutarakan oleh non muslim kepada muslim berkenaan Islam.Begitu banyak persoalan yang biasa didengar atau tidak terjangkau dalam fikiran ini dikupas dan dihurai serta diterangkan kepada para peserta dengan sebaik mungkin.Persoalan yang diutarakan menyedarkan diri ini bahawa ain masih lagi cetek ilmunya berkenaan Islam, maka diri ini perlu lebih giat berusaha mencari ilmu dengan harapan ilmu itu dapat dijadikan penyelamat di dunia mahupun di akhirat kelak,InsyaAllah.

Persoalan-persoalan mengenai Islam amat penting untuk difahami dan diketahui kerana kita berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat dan budaya serta fahaman yang berbeza.Adalah amat rugi andai Islam diperlekehkan gara-gara kelemahan kita dalam memahami Islam itu sendiri.Sebaik-baiknya sebagai seorang muslim kita perlu fahami Islam dengan sebaik mungkin agar apa yang kita sampaikan pada non muslim dapat membantu mengurangkan kekeliruan dan tanggapan negatif pada Islam.

Bro Engku Fauzi antara penceramah penting dalam kursus FCR ini.Beliau banyak berkongsi pengalamannya berhujah dengan paderi dan penglibatannya dalam memahami kitab Bible.Menurut Engku Fauzi, dengan memahami ajaran dalam kitab Bible maka lebih mudah untuk menangkis persoalan yang sering diajukan orang Kristian dalam usaha memurtadkan atau mengajak orang Islam memilih dan meyakini agama Krisitian.Malah, Engku Fauzi berkemampuan memahami kitab Bible dan jelaskan kebenaran berpandukan Al-Quran.SubhanAllah.Hebatnya Allah SWT dalam memberikan kefahaman agama kepada beliau.

Coretan ain ini agak ringkas dan sebenarnya banyak lagi yang boleh dikongsikan.Apapun, bagi sahabat NUR yang mempunyai keinginan atau ingin tahu lagi berkenaan FCR, bolehlah emailkan pada ain di nurainvivian@gmail.com dan ain akan berikan maklumat berkenaan kursus ini, InsyaAllah.Yang pasti banyak ilmu baru yang sahabat akan peroleh melalui kursus ini, InsyaAllah.

Buat makluman sahabat NUR, kursus FCR ini berperingkat dan terdapat pelbagai program susulan yang boleh diikuti bagi yang benar-benar berminat sahaja.

Moga bertemu lagi di coretan akan datang, InsyaAllah

Wednesday, March 14, 2012

PAKAIAN MUSLIMAH ATAU FESYEN MUSLIMAH

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat NUR sekalian.Moga sahabat semua baik-baik selalu, aamiin.

Alhamdulillah, bertemu kembali kita di alam maya.Jika sahabat NUR yang setia mengikuti coretan ain di sini, tentu masih ingat salah satu entry ain yang agak baru bertajuk BERNIQAB ATAU BERTABARUJJ... dan juga satu topik yang ain pernah kupas berkenaan PENGERTIAN TABARUJJ.

Baiklah, coretan ain kali ini ain tujukan khusus untuk Semua Muslimah di luar sana, terutama muslimah yang telah BERNIQAB, BERTUDUNG LABUH serta yang TELAH MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA.





Ain ingin kongsikan beberapa coretan daripada beberapa sahabiah:

"Apakah fungsi abaya yang kita pakai sekrang ni? Saya berkira mahu menjawab.."untuk menutup aurat dengan lebih sempurna serta mendidik hati menjadi muslim yang lebih baik juga melalui pakaian..dan pakaian ini melambangkan islam itu cara hidup saya..Namun belum sempat saya menjawab , Ibu tersebut membalas..

"Apakah fungsi abaya tersebut jika ianya sama sahaja dengan baju yang kita pakai kat dalam abaya tu contohnya baju kurung yang kita pakai ,cantik, berbunga-bunga lawa..,bukan kah baju kurung itu juga sudah menjadi perhiasan tubuh kita..hatta ianya tidak ketat.. longgar dan bersifat melindungi aurah kita..

Kita nak sembunyikan perhiasan cantik kita tu ( maksud tadi baju kurung yang lawa tadi tu..or apa sahaja baju.) dgn abaya kita.. Tapi abaya tu punya laaaa cantik .. ada kerawang.. ade sulam-sulam.. ade bunga-bunga dan batu warna-warna dan sebagainya.. Then.. ape tujuan abaya tu..bukan ke abaya tadi da jadi "perhiasan" jugak pada tubuh kita..walhal FUNGSI ABAYA adalah MELINDUNGI.. MENUTUPI perhiasan tubuh kita..( baju kita- juga adalah perhiasan)"


Seperti yang sahabat NUR sekalian sedia maklum, ain menjalankan bisnes abaya secara online buat masa ni.Niat ain adalah menggalakkan muslimah menutup aurat dengan sempurna dan dengan harapan abaya yang diketengahkan memenuhi syariat Islam dalam berpakaian.Namun, ain masih terbuka dan tidak keberatan andai ditegur tentang rekaan abaya yang diketengahkan andai tidak memenuhi syariat ISlam dalam berpakaian.Keuntungan dalam bisnes bukanlah faktor utama, bagi ain biarlah segala usaha dibuat mendapat keberkatan dan redha Allah SWT.

Kini kita dapat lihat perkembangan bisnes abaya yang semakin mendapat tempat di pasaran.Namun, fesyen abaya kini bukan hanya bersifat 'up to date' tapi lebih kepada bertabarujj semata-mata.Nauzubillah min zalik.Moga ain dijauhkan daripada perkara sebegini.

Ain akui pasaran abaya dari Timur Tengah kini banyak mengetengahkan abaya-abaya yang bersulam manik serta labuci-labuci atau kerawang yang pelbagai jenis.Namun, harus diingat bahawa muslimat di negara Timur Tengah hanya mengenakan abaya yang mempunyai pelbagi bentuk sulaman atau labuci yang 'gah' itu pada majlis-majlis tertutup sahaja, iaitu majlis yang dihadiri kaum wanita semata.Mereka tidak mengenakannya di khalayak ramai untuk tatapan umum.Jika muslimat di sana perlu keluar sekalipun, mereka akan memilih abaya yang warnanya hitam sahaja tanpa corak.

Pakaian muslimah dan fesyen muslimah adalah 2 perkara yang berbeza.Pakaian seorang wanita Islam yang mengikut syariat yang sebenarnya perlulah:

*longgar, labuh dan tidak mengikut bentuk badan sebenar
*Pemilihan warna pakaian tidak keterlaluan/menonjol
*Rekaan pada pakaian adalah amat sederhana serta tidak dapat menarik perhatian ramai
*Material kain adalah tebal, tidak jarang/nipis
*Harga pakaian adalah mampu dimiliki dan tidak keterlaluan harganya


Semua ciri-ciri di atas sebenarnya yang harus kita peka dan ambil berat setiap kali menempah, membeli sesuatu jenis pakaian, misalnya abaya.Malah, untuk menempah baju kurung sekalipun perlulah kita pastikan agar ianya memenuhi syarat-syarat seperti dinyatakan.





Ain ambil perbualan daripada beberapa sahabiah ini:

SAHABIAH A

"Buat wanita yang tidak memakai abaya..istiqamahlah dgn tudung labuh dan tidak jarang dan juga ubah baju kurung yang kaler gelap atau earth tones yang tak menarik perhatian lelaki melihat walaupun tak pakai niqab."

SAHABIAH B

"~berpakaian hingga ajnabi segan (atau malas) nak pandang."

SAHABIAH C

Menurut Syeikh Yusuf Al Qaradhawi dalam tafsiran nya dlam ayat 31 surah An-Nur yang bermaksud:

",,,,dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;"

Menurut beliau apa yang di maksudkan dalam "perhiasan perempuan" dalam ayat ini adalah :-

(iaitu apa sahaja yg dipakai berhias untuk mempercantikkan tubuh ,baik sama ada berbentuk ciptaan asli seprti wajah, rambut, dan potongan badan,atau pun buatan seprti PAKAIAN, perhiasan , solekan dan sebagainya"

SAHABIAH D

maka di sini "FUNGSI Abaya itu adalah MENUTUPI perhiasan.. samada yang ASLI mahupun BUATAN.. yakni dalam kontek yang saya beritahu di sini ABAYA bercorak berlebih2 dan menarik perhatian sehingga org kata cantik...... fungsi nya telah lari dari konsep sebenar penutupan aurah wanita.."

SAHABIAH E

"Sentiasa set dlm fikiran ketika beli pakaian.1.niat 2.etika berpakaian dlm Islam.."

SAHABIAH F

"bersetuju dengan syariat Allah yang indah satu hidayah yang agung... kemampuan untuk melaksanakannya adalah satu taufiq yang dicari dari Ilahi. Rahmat Allah itu terlalu luas... rasa cinta pada syariat harus dipelihara meskipun belum mampu melaksanakannya. Insya Allah, mampu akan mengiringi tatkala rasa cinta disertai dengan azam yang teguh."

SAHABIAH G

"pakai abaya tak semestinya cantik....tanya diri utk apa?tak semestinya glamour...pakaian muslimah adalah pakaian mengikut syariat.."

SAHABIAH H

"abaya for the saudi di sini , mereka pakai abaya Ras yg letak atas kepala tu, dan kembang macam payung tak ada sulaman lansung tetapi abaya yg sebenarnya telah di cemari dari dulu yg hanya plain , sehingga sekarang bermacam-macam hiasan dan sulaman dan sekarang dapat yg lain warna pun sekali dan kebanyakkan semua memang megikut potongan badan, tetapi itu juga terpulang pada individu, kalau inginkan ianya mencapai tujuan sebenar memakai, janganlah membeli yg terlalu banyak sulaman dan hiasan yg boleh menarik perhatian yg bukan muhram kita (kaum lelaki ) dan itu lah tujuan utama kerajaan saudi menetapkan undang2 berabaya bagi perempuan tak kira bangsa kerana tak nak menimbulkan warna warni yg sungguh mengoda dan menarik perhatian lelaki dan boleh mendatangkan fitnah....so harap masing2 individu sendiri kena fikir tujuan memakai abaya...dan kalau yg cantik-cantik sangat tu tak payahlah pakai luar rumah tapi kalau ada majlis bersama perempuan sahaja bolehlah di gunakan....inshaAllah sama-sama kita membentulkan diri baik dari segi akhlak , tingkah laku dan juga pakaian, kerana ini semua melambangkan keislaman kita dan Islam is Beauty, walaupun tanpa hiasan yg berlebihan, di Mata Allah swt kita tetap cantik,,,,InshaAllah...Allhamdullilah...wallahuAlam....thanks nor for sharing...."





Buat semua sahabiah yang berkongsi ilmu, pandangan dan pendapat, terima kasih ain ucapkan atas keprihatinan kalian.Sesungguhnya ain amat-amat hargai nasihat diberikan kerana ain tidak mahu usaha ain menggalakkan muslimah minat untuk berabaya berubah kepada lebih untuk bertabarujj.Ain tak mahu jadi sedemikian, nauzubillah min zalik.Moga dijauhkan.Mohon doa daripada sahabiah sekalian.

Buat sahabat semua andai ain lalai atau terlibat dalam mengetengahkan pakaian yang lebh bersifat tabarujj, silalah menegur diri ini.InsyaAllah ain sudi menerima teguran dengan lapang dada dan hati terbuka.

Ingatan buat diri ain dan untuk muslimat sekalian, dalam berpakaian perlulah memastikan ciri-ciri dalam pakaian itu memenuhi tuntutan syariat Islam dalam berpakaian.Allah SWT telah kurniakan manusia akal dan fikiran.Maka, kita harus bijak dan berfikir terlebih dahulu sebelum menempah atau membeli pakaian baru.

Berpakaianlah demi mendapatkan redha Allah SWT semata.Berpakaian juga adalah ibadah, maka pilihlah pakaian yang cantik di mata Allah SWT, bukan selainnya.

Terima kasih, syukran, Jazakallah semua sahabatku!!

Friday, March 9, 2012

HIJRAH INI...

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat NUR sekalian.Moga sahabat semua senantiasa dalam rahmat Allah SWT, aamiin.

Baiklah, hari ni topik coretan ain adalah lebih santai insyaAllah.Hari ini 9 Mac 2012 [maaflah tak ingat tarikh sebenar dlm kalendar Islam], genaplah 9 tahun ain kembali pada Islam, agama fitrah.Alhamdulillah.





Selama 9 tahun dan setelah 9 tahun, pelbagai ujian, cubaan, godaan, musibah yang menimpa diri ini.Allahuakhbar.Betapa indahnya nikmat dalam Islam, nikmat dalam kehidupan apabila meyakini bahawa tiada yang lain selain Allah SWT yang patut disembah, diyakini dan disayangi.Allahuakhbar, syukur pada Allah SWT atas segalanya.

Di awal kembalinya ain pada Islam, seperti yang selalu kita dengar, bagaikan bayi yang baru lahir.Ain akui, ain begitu naif tentang Islam.Banyak perkara yang dilalui, kesilapan cuba diperbaiki satu persatu.Jatuh bangun dalam memahami pengertian sebenar dalam kehidupan ini, Allahuakhbar.Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha MEngasihi, walaupun diri ini banyak berbuat kesilapan dan berusaha perbaikinya selalu, Allah SWT tetap memberikan sebegitu banyak kasih sayang NYA pada diri ini.

Allah SWT sentiasa bersama dalam apa jua keadaan.Tidak pernah ain ditinggalkan keseorangan dalam mengharungi badai atau musibah yang menimpa, kerana akhirnya setiap perkara yang berlaku dalam hidup ain sebelum ini sebenarnya adalah didikan atau tarbiyah dari Allah SWT secara langsung.Allahuakhbar, Alhamdulillah..dan tidak sama sekali ain merungut atas apa yang berlaku selama ini dan hingga ke hari ini.Alhamdulillah.

Berhijrah atau kembali pada Islam, bunyi seakan mudah namun perjalanan untuk mengenal diri ini dan mengenal Allah itu, perlu melalui pelbagai perkara dan suasana.Boleh jadi diri ini lemah, namun Allah SWT tetap memastikan diri ini dilindungi.SubhanAllah, hebatkan kuasa Allah SWT.

Walaupun sudah 9 tahun, namun masih banyak perkara ain perlu pelajari dan ketahui.Setiap kali ain berkenalan atau berjumpa dengan saudara Islam yang lain yang tinggi ilmunya, rasa cemburu datang dalam diri ini.Cemburu kerana ain kurang ilmunya, sedangkan ilmu itu amat penting dalam melayari rencah kehidupan di dunia untuk bekalan ke akhirat kelak.Apalah guna bernama Islam andai tiada ilmu di dada.Allah, maafkanlah diri ini.

Seperti sahabat NUR mengetahui, sudah setahun ain tumpu perhatian pada urusan rumah tangga.Pada masa yang sama ain juga tumpukan pada urusan perniagaan alam maya.Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar atas izin Allah SWT.InsyaAllah, ain dan suami kini dalam urusan perpindahan ke rumah baru.Moga perpindahan ini hanyalah semata-mata mendapat redha Allah SWT semata, aamiin.InsyaAllah, pelbagai perancangan bersama suami dirangka apabila berpindah kelak.Namun segalanya dengan izin Allah SWT sahaja.Kita manusia hanya mampu merancang.Moga-moga segalanya dipermudahkan, aamiin.

Selama ain sibuk dalam urusan keluarga dan perniagaan, ain masih berusaha mencari ilmu selagi termampu.Alhamdulillah, suami tiada halangan membenarkan ain menuntut ilmu di mana sahaja selagi mana tidak mengganggu kehidupan kami sebagai suami isteri.Ingin juga ain berkongsi dengan sahabat NUR, Alhamdulillah doa ain selama ini termakbul apabila ain diterima masuk ke salah sebuah madrasah di melaka.Bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila permintaan ain untuk belajar sebagai pelajar dewasa di salah sebuah madrasah diterima baik oleh pihak pengurusan.InsyaAllah, sesi pengajian ain di madrasah ini akan bermula kira-kira 2 minggu dari sekarang.Alhamdulillah, ain dibenarkan berulang-alik ke tempat pengajian tanpa perlu tinggal di sana.

Untuk aktiviti akan datang, kira-kira seminggu dari sekarang InsyaAllah, ain bersama seorang sahabat karib akan menghadiri kursus berkenaan cara penyampaian dakwah Islam kepada masyarakat.Ini adalah salah satu aktiviti dan usaha ain perbaiki kelemahan diri.

Begitu banyak keinginan berkobar-kobar dalam diri ini, semuanya hanya untuk Allah SWT.Selama ini terlalu memikirkan hal duniawi.Cukuplah setakat ini.Kini, apa sahaja yang dilakukan perlulah bermula dengan niat untuk mendapat redha Allah SWT.Ain cuba nasihati diri ini selalu agar apabila merancang atau memulakan sesuatu atau berkeinginan terhadap sesuatu, biarlah pekerjaan itu berkaitan dengan mendekatkan diri mengenal Allah SWT.Dan rasanya itulah yang patut kita semua terapkan dalam diri masing-masing.

Ingatan buat diri ini dan sahabat semua, sebagai seorang yang mengaku mencintai Allah SWT, sebagai seorang yang bangga mengaku dirinya Islam, maka sama-samalah kita berusaha mengejar cinta Allah SWT.Bagaimana?

Mulakan segala pekerjaan kita dengan niat untuk Allah SWT.Apa sahaja yang kita inginkan dalam kehidupan ini, fokus kembali matlamatnya sama ada berkaitan dalam meraih cinta Allah SWT.Jika kita nak menonton wayang misalnya, tanya pada diri kita sendiri adakah tontonan itu dapat memberikan kesedaran atau keseronokkan semata? Adakah Allah redha dengan apa yang kita tontonkan nanti? Nah, mudahkan.

Maka, apa saja aktiviti dalam kehidupan harian kita set minda hanya untuk Allah SWT.Percayalah, apabila ada niat dan matlamat yang jelas dan tidak menimbulkan kemungkaran di sisi Allah SWT, pasti segala urusan harian kita akan dipermudahkan.InsyaAllah.

Ingatlah, niat itu penting dan setiap perkara yang diniatkan untuk Allah SWT, pasti akan mendapat ganjaran di sisi NYA.

Thursday, March 8, 2012

AL-HABIB NOPEL BIN ABDULLAH AL-KAFF

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat sekalian.Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT atas Rahmat NYA kita masih lagi diberikan kenikmatan kehidupan dan seharusnya kita syukuri dan hargainya dengan sebaik mungkin.

Ingin berkongsi dengan sahabat NUR sekalian, Alhamdulillah atas izin Allah SWT ain dan suami berkesempatan menghadiri majlis ilmu baru-baru ini di salah sebuah masjid di bandar melaka iaitu Masjid Fat'hur Pengkalan Rama.

Alhamdulillah, pihak pengurusan Masjid Fat'hur telah menjemput para ulama dari pasentren Indonesia.Salah seorang ulama istimewa dalam majlis yang mulia ini adalah Habib Naufal bin Hamid Al-Kaff atau lebih dikenali sebagai Al-Habib Nopel bin Abdullah Al-Kaff.

Di sini ain ingin berkongsi secara ringkas biodata berkenaan beliau:





Habib Naufal bin Abdullah bin Ahmad Al-Kaff adalah cucu seorang ulama besar Palembang, Habib Ahmad bin Hamid Al-Kaff.

Beliau yang lahir di Palembang pada tahun 1964, mendapat pendidikan pertama dari keluarganya dalam dasar-dasar ilmu agama. Ayahnya, Habib Abdullah, adalah seorang pendakwah yang gigih di Palembang.

Pendidikan yang diterima Habib Nopel di usia muda adalah di Pasentren Ar-Riyadh.Apabila usianya mencecah 15 tahun, beliau mendapat biasiswa untuk meneruskan pelajaran ke Makkah di Pasantren Habib Muhammad Alwi Al-Maliki.

Semasa menuntut di Pasentren beliau sudah fasih berbahasa Arab, maka tiada masalah menyesuaikan diri di pasentren Mekah yang pelajarnya perlu berbahasa Arab sahaja.

Habib Nopel menuntut di Makkah dari tahun 1979 sehingga tahun 1986 dan kembali mengajar di pasentrennya di Ar-Riyadh, juga mengajar di Madrasah Darul Muttaqin, Palembang.Habib Nopel juga membuka Madrasah Haramain ketika itu.Selang beberapa lama. akhirnya beliau berhijrah ke Madinah selama 5 tahun.

Selepas 5 tahun dan selang beberapa ketika, akhirnya beliau mengasaskan pasentrennya sendiri yang kini amat dikenali iaitu Pasentren Darul Habib, di Sukabumi Jakarta Indonesia.
[maklumat berkenaan Habib Nopel didapati di Majalah al-Kisah]

Alhamdulillah, begitulah serba sedikit ain tahu berkenaan beliau.Semasa majlis ilmu berlangsung juga ada dimaklumkan butiran mengenainya.

Baiklah, serba ringkas berkenaan majlis ilmu ini.Selepas para jemaah menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah, majlis dimulai dengan bacaan Qasidah oleh ulama Indonesia iaitu Ustaz Zainulamin bin Ismail Al-Hafiz.

Secara jujur, itulah ain dengar buat pertama kalinya secara langsung bacaan Qasidah.Sebelum ni ain diperkenalkan dengan bacaan Qasidah oleh sahabiah yang ain kenali.SubhanAllah sungguh indah dan syahdu sewaktu alunan Qasidah diadakan, lagi-lagi disertai oleh para jemaah muslimin dan muslimat yang hadir.Maaf yea sahabat NUR sekalian, ain terlupa untuk merekod majlis ini berlangsung untuk tatapan semua.

Banyak ilmu yang Habib Nopel kongsikan semasa majlis berlangsung.InsyaAllah, akan dikongsikan pada coretan akan datang.

Coretan ini bertujuan mengajak sahabat NUR untuk sama-sama mendekatkan diri dengan majlis-majlis ilmu berdekatan dan berkenalan lebih dekat dengan para ulama.Moga-moga coretan ini dapat mengingatkan diri ini dan sahabat semua agar mencintai majlis ilmu.

Sesungguhnya majlis ilmu adalah majlis zikir, majlis yang amat disukai para malaikat dan yang manisnya Allah SWT merahmati mereka yang hadir dalam majlis ilmu.SubhanAllah.

InsyaAllah, moga bertemu lagi di coretan akan datang.

Monday, March 5, 2012

KEMANTAPAN IMAN

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat NUR sekalian.Alhamdulillah bertemu kembali kita di sini.

Pernahkah atau berapa kerapkah kita soalkan pada diri kita sendiri soalam seperti ini, "Bagaimana imanku hari ini?" , "Apa khabar imanku?" EMmm...mungkin pernah, mungkin tidak atau tidak ambil peduli langsung???

Di sini ain ingin berkongsi tajuk perbualan dan perbincangan ain bersama sahabiah-sahabiah kenalan rapat yang begitu gemar berkongsi dan berbincang topik-topik agama antara satu sama lain.

Moga-moga perkongsian ini bermanfaat, InsyaAllah.




PERSOALAN:

"Bagaimana nak mantapkan lagi iman? dan amalan-amalan yg perlu dilakukan setiap hari? Harap sahabat-sahabat sudi berkongsi pendapat.syukran ♥ "


SAHABIAH A

"iman ni adakala menaik.. adakala menurun..maka itu wajarlah kita sentiasa UPGRADE iman kita kan kakdee.. ^^D

Antara amalan yang ana tahu, dan amalkan adalah Mendengar, dan membaca Quran setiap hari even ABC .. ;).. Selain dari tu ukhti blh selalu bukak ceramah-ceramah ugama.. yang mana ada nasihat dan teguran buat kita. kadang2 leka.lalai at least bila bukak bidio tu atau dengar ceramah kat kaset pun boleh dapat feeling nya..

ukhti baca buku pun ok. Buku motivasi ugama^^D) sambil nak tido tu kan.. belek2 la buku..

Kalau kat umah tampal "post it Note" contohnya ~ ucapan2 yang membantu ingatkan ALLAH.. selain ingatan utk bertasbih dan berzikir even ana taruk jugak kat dapur.. sehingga kan pasal usrah bab IKHLAS tu ana tepek kan kat dinding dapur dan kat peti ais.. :MASAK IKHLAS kerana ALLLAH. dan MAKAN dgn NIAT untuk mendapat kesihatan yg baik agar dpt beribadah dgn sempurna.. ^^,) Ana pelupa.. kadang2 kat dapur dari potong bawang saje2 blhla zikir2 sikit kan.. ^^,"



SAHABIAH B

"sentiasa bercampur dgn orang2 soleh"


SAHABIAH C

" hati .. ada 5 perkara... yg pertama baca Al-Quran dan maknanya... yang kedua... solat malam dirikanlah .. yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh.. yg keempat perbanyakkan berpuasa.. yang kelima zikir malam berpanjang lah - lagu tombo hati @ opick :D

actually refer to this : Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: "Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."



SAHABIAH D

"iman ada pasang surutnya..ana ingat pesan ustaz azhar..masa kita tgh beriman dan rajin..banyakkan amalan sunat..tapi masa tgh surutnya iman dan malas..jangan tinggal yang wajib"


SAHABIAH E

"iman bukan utk ditandingi antara insan2 lain..yang penting antara kita dengan Allah..berusaha mencari dan mendapatkan keredhaan dariNya..sentiasa istiqamah apa saja yang dilakukan sebab memang ada masa kita lalai dan alpa...ingin berkongsi limu yang diperolehi dlm Tanyalah Ustaz..:

1. Niat kan apa juga yang dilakukan kerana Allah SWT ~ bukan saja dalam soal ibadah tetapi apa2 saja asalkan perkara yang baik.

‎2. sentiasa usaha 'Upgrade' ibadah yg dilakukan..amalkan yang kecil2 dahulu, jgn terus2 nak buat amalan yg byk, akhirnya bila letih & jemu, langsung tak buat, usaha menghadiri majlis2 ilmu, dekatkan diri dgn org2 alim or para ulama, usaha menziarahi kubur (utk menginsafkan diri) & usaha mendekati org2 miskin...

‎3. Sentiasa Perbaharui Niat...InsyaAllah..ana pun manusia biasa,adakala leka, lalai, alpa..tapi cepat2 ingatkan diri, dan rasa syukur sangat2 ditemukan dgn sahabiah2 yang sentiasa berkongsi ilmu dan menyedarkan diri ini..Syukur kpd Mu Ya Allah."



SAHABIAH F

"Dan persekitaran kita sebenarnya banyak memainkan peranan dalam nak menjaga iman. Betul tak? Jadi, kita kena juga kawal persekitaran kita supaya sentiasa soleh. Kalau tak dapat banyak, mulakan di dalam rumah kita.

1. kawal tv. Bukan tak boleh tengok langsung, pilih rancangan2 yg bermanfaat saja. Alhamdulillah, sekarang dah ada pilihan tv hijrah dan tv9. Jika tak de langsung program yg elok, tutup tv.

2. kawal bahan bacaan.

3. kawal pergaulan

tv ni besar pengaruh dia! Terutama kat anak2. Jom latih anak2 supaya pandai pilih rancangan tv yg patuh-shariah.

Petua: ..kat dunia kita tak kisah sgt bila terlepas pahala sunat, kita kata ala sunat je. Kat akhirat besok kita akan berkira walaupun 1 pahala sunat atau pahala meninggalkan makhruh, sebab nak bagi berat timbangan belah kanan. Kalau tak boleh hari2, at least selang sehari mesti ada. Janji istiqamah. Jgn kita tinggalkan langsung, sebab lama2 nanti malas semakin menebal (pengalaman sendiri!)

Jap ada lagi satu ustaz ana kelas tasawuf ajar. Iblis ni kan, dia tak berapa minat duduk kat tempat2 maksiat, sebab manusia kat situ memang hampir konfem jadi geng dia. Dia sebenarnya risaukan dan cemburukan hamba2 Allah yg menuju siratul mustaqim. Jadi dia duduk di atas siratul mustaqim tu nak sesatkan orang2 yang beriman dan beramal soleh supaya lebih ramai jadi geng dia. Sebab tu kita rasa berat, malas, nak cepat siap...dah tu bila rajin, dalam hati mula berasa riya' pulak!"



Alhamdulillah, suatu perbincangan dan perkongsian menarik serta bermanfaat daripada sahabat-sahabat ain di sini..Moga-moga ianya juga dapat memberi manfaat buat sahabat blog NUR sekalian.

Moga bertemu lagi di coretan akan datang, InsyaAllah.

Saturday, March 3, 2012

Agama Nabi dan Rasulku Adalah Agamaku

Assalamualaikum, salam sejahtera buat sahabat setia NUR.Alhamdulillah bertemu kembali kita di alam maya ini.

Kali ini ain ingin berkongsi nota usrah yang diperolehi melalui salah seorang sahabat usrah ain iaitu adik Nor Abdullah.Moga perkongsian ini bermanfaat buat kita bersama, InsyaAllah.






~ Hakikat kejadian manusia itu yang dibekalkan dengan akal dan fikiran bukan..Tapi dengan kurnian akal dan fikiran sahaja manusia itu tidak mampu untuk memahami sesuatu yang berada di luar batas kemampuannya tanpa petunjuk dari ALLAH. Sebab tu wujud golongon ahli falsafah ketuhanan yang mana mereka ni membelakangkan wahyu illahi dengan meletakkan manusia ,kebendaan, haiwan kayu dan batu serta perkara-perkatra ghaib pula sebagai tempat pengabdian.

Allah itu sangat Penyayang..Selepas DIA menciptakan kita semua, DIA ciptakan juga kediaman kita dan bahan-bahan alam yang saling berkait dengan kita. Diturunkan juga ajaran yang mengatur kehidupan kita complete dengan Rohani,Jasmani,Individu, Masyarakat, Moral dan Material. See.. see..Ini menunjukkan betapa ADIL nya ALLAH pada kita.Tengok.. Betapa sayangnya Allah pada kita..

Betapa Allah sayangkan kita. Dia menurunkan para Anbiya' untuk memimpim dan mengajak manusia agar menuju jalan ALLAH seperti yang di firmankan oleh ALLAH dalam surah Al- Baqarah ayat 213 yang bermaksud :-

"Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)."


Kesimpulan nya dulu manusia itu mengikut agama sebenar, then mereka bertelingkah dan lalu melakukan kejahatan di bumi dan dengan hasutan syaitan yang jahat ni..yang mana akhirnya menjadikan mereka kufur dan lupa serta sengaja tak nak ikut jalan yang ALLAH sudah tetapkan.

Oleh kerana melihat kan manusia ni lupa daratan ,maka ALLAH menurunkan anbiya' (nabi-nabi) untuk bawa kembali manusia manusia yang lupa daratan ni ..

Menurut riwayat dari Ibnu Abbas ,jarak antara Nabi Adam a.s dan Nabi Nuh ialah 10 kurun .So dalam tempoh masa ni manusia masih berada dalam jalan yang benar sehinggalah berlaku kekufuran lalu Allah mengutuskan Nabi Nuh a.s dan di ikuti oleh rasul-rasul yang sesuai menurut umat dan masa ketika itu.Sehinggalah Nabi Muhammad yang merupakan penutup segala Nabi (Khatimul Anbiya').

Sesungguhya Islam tu agama rahmat,Kalau setiap manusia faham. tak akan ada yang menolak ajaran Islam.

Lihat betapa Allah amat sayangkan kita.. Even seorang ibu kalau nak bagi anak makan akan buang dulu tulang-tulan gikan tu kan.. Bagi isi je kat anak-anak..Even kita makhluk sesama makhuk pun penuh sifat kasih sayang . Inikan pula Yang Maha Pencipta .. ALLAH. lagi tinggi cintanya pada kita.. Kita je tak sedar-sedar #lap airmata#

Bukti yang menunjukkan bahasa agama para nabi dan rasul kita adalah ISLAM diterangkan dengan jelas dalam Firman ALLAH dalam surah Al- Imran Ayat 67 bermaksud:-

"Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik."


Dan juga jelas di sini peranan Nabi dan Rasul amat besar dalam membawa ajaran islam berpandukan wahyu dari ALLAH SWT..Dan betapa ALLAH itu amatlah bijak di jadikan nya perutusan agama itu adalah di kalangan manusia juga,..

Sesuai dengan keperluan manusia itu sendiri#cuba bayangkan kalau mende lain yang menjadi perutusan. kan ke susah.. bahasa pun tak paham haaa..mcm mane tu..#Pejam mata bayangkan .. kan susah tu..

Seperti firman ALLAH SWT dalam surah Ibrahim ayat 4 yang bermaksud :-

"Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka."

Makanya di sini kita dapat jelaskan bahawa bahasa menjadi pengikat sesuatu ukhwah. Sebelum Nabi Muhammad , nabi-nabi lain tak bercakap dalam bahasa arab tetapi dalam bahasa kaum mereka seperti Nabi Musa speaking Ibrani (Israel) ..dan Muhammad bertutur dalam bahasa arab sesuai dengan zaman itu

Kelebihan Nabi Muhammad adalah baginda merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir yang menyebarkan syariat secara universal,.Maknanya sebelum-sebelum ni ajaran islam yang di bawa oleh nabi dan rasul tu masih belum lengkap.. Dan yang melengkapkan nya adalah ajaran yang di bawa oleh Muhammad bin Abdullah. Hanya ISLAM sahaja yang wujud. Tidak ada perkataan lain selepas 'ISLAM'.. Islam tu namanya da cantik daa. So pasni kalau dengar mcm ISLAM hadhari ke,. Islam liberal ke.. ape ke.. tu semua SALAH ok. #sila angguk kepala#. Ini bertepatan dengan Firman Allah dalam surah Al- Maidah ayat 3 :-

"Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu"

~ Dalam ayat 3 surah Al- Maidah ini di turunkan semasa Nabi Muhammad selesai mengerjakan tawaf wada' .Setelah 8 tahun meninggalkan kota Mekah bersama Abu Bakar, akibat tentangan hebat dari kaum Musyrikin,akhirnya baginda kembali dengan membawa 100 ribu pengikut baginda dan menawan kembali Kota Mekah, Ini menyebabkan kaum kafir rasa berputus asa melihat betapa ramainya manusia yang memeluk Islam ^^ # sila senyum dengan bangga#

Jelaslah di sini agama yang diredahai ALLAH adalah agama yang di bawa oleh Nabi dan Rasul iatu ISLAM dan Nabi Muhammad itu adalah Nabi yang terakhir dan penutup bagi segala Nabi.

Sekian.
Ilal Liqaaq ^^D) V


Alhamdulillah, syukran buat adik Nor Abdullah yang telah bersusah payah menyiapkan nota untuk ahli usrah kami yang lain.Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita bersama, InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR