Saturday, May 19, 2012

"SAYA MINAT ISLAM , TAPI BAGAIMANA???"


Bismillah,
Assalamualaikum salam sejahtera sahabat NUR sekalian.Moga sahabat sekalian dalam keadaan baik-baik selalu, insyaAllah.aamiin.

Alhamdulillah bertemu kembali setelah sekian lama.Maafkan ain yea sahabat semua kerana pelbagai urusan luar perlu ain selesaikan sepanjang ketiadaan ain mengemas kini blog NUR ini.Terdapat beberapa pesanan email juga masih belum berjawab.Diharapkan sahabat NUR setia menanti, InsyaAllah.

Baiklah, kali ini ain memilih untuk membuat coretan daripada salah satu persoalan yang ditujukan kepada ain oleh sahabat blog NUR.InsyaAllah ain akan cuba jawab sedaya mungkin.

Persoalan yang diajukan yang dapat ain fahami adalah sahabat ini seorang suami dan ayah, non muslim serta mula tertarik dalam mendalami ilmu Allah.Beliau ingin memeluk Islam namun keadaan membuatkannya terpaksa mendiamkan diri seketika.Namun beliau berniat untuk mempelajari ilmu Allah secara diam-diam.Beliau juga berharap ada tempat yang boleh dituju untuk mendapat maklumat berkenaan Islam.








SubhanAllah, Alhamdulillah.Tahniah ain ucapkan pada saudara yang diberi ketukkan hidayah oleh Allah SWT.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya.

Buat sahabat blog NUR yang lain, ain pasti ada diantara kalian yang adalah non muslim dan berminat mendalami ilmu agama, ilmu Allah SWT.Maka, bagaimana ingin bermula??? Itu persoalannya.

Bagi sahabat non muslim yang belum 'declare' secara rasminya, belum mengucap 2 kalimah syahadah namun telah berkeinginan untuk mendalami ilmu Allah sebenarnya turut tergolong dalam kategori mualaf.Namun, mengucap 2 kalimah syahadah adalah rukun Islam yang wajib bagi pengIslaman seseorang itu.

Bagi sahabat yang berkeinginan dan berniat memeluk Islam namun tidak tahu bagaimana, pandangan ain adalah agar sahabat sekalian cuba mendapatkan rakan-rakan yang boleh membantu sahabat dalam menuju ke jalan diredhai Allah SWT.Memang agak payah mencari teman yang sudi berkongsi keinginan dan sudi membantu kita, itu ain tak nafikan, namun tidak mustahil bukan.Hanya sebilangan kecil yang benar-benar ikhlas membantu kita dalam hal ini.

Selain itu, berhubunglah dengan pejabat agama yang berdekatan yang mengendalikan kes muslim revert ini.InsyaAllah mereka sudi membantu.Yang penting kita kena selalu berhubung dengan pihak berkenaan kerana sudah pasti mereka ada banyak kes yang perlu diselesaikan dan tidak mungkin dapat tumpu pada kita setiap masa.Ini yang amat-amat ain tegaskan kerana kelalaian ain sendiri adalah ain tidak berhubung selalu dengan pihak berwajib dan beranggapan mereka yang patut berhubung atau follow up ain selalu[betapa egonya diri ini kann..huhu]..adeh.

Selain itu, jika berkesempatan hadirkanlah diri ke majlis-majlis ilmu berdekatan dan cubalah dekati ustaz atau imam di masjid dan nyatakan keperluan atau hasrat kita.Ini ain tujukan bagi mereka yang tidak  mampu atau masih tidak pasti bila ingin mengucap 2 kalimah syahadah.InsyaAllah mereka pasti dapat membantu sahabat merungkai persoalan dan teka-teki yang bermain di fikiran sahabat ketika ini.Seperti ain katakan tadi, mungkin teman rapat tiada yang dapat membantu maka golongan agama antara mereka yang patut kita rujuk dalam hal ini.

Bagaimana sekadar mendalami ilmu agama melalui buku-buku atau bahan bacaan? Atau mendengar ceramah melalui internet atau melayari laman-laman blog Islamic semata-mata? Nasihat ain, jika sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan sedia ada tiada salahnya.Walaubagaimana pun sebaik-baiknya adalah belajar ilmu agama dengan berguru.Jika belajar sendiri dan mengikut kefahaman sendiri, dibimbangi akan tersilap tafsir atau tersimpang dari pemahaman yang sebenar.Lagipun belajar sendirian seakan-akan berguru dengan syaitan dan inilah yang sewajarnya dielakkan.

Selain itu, buat sahabat yang mula mencintai Islam, mula meyakini Allah SWT, ain yakin jauh di sudut hati kita mengharapkan ada yang memahami perasaan kita ketika ini.Hanya satu sahaja ain dapat katakan, tiada yang lain yang lebih memahami perasaan kita kecuali Allah SWT.Walaupun kita tidak dapat melihat NYA, namun Allah senantiasa melihat dan mendengar rintihan hamba NYA.Maka merintihlah pada NYA dan mohonlah pengharapan pada Allah SWT agar ditunjukkan jalan dan dipermudahkan segala urusan.InsyaAllah, Allah adalah sebaik-baik penolong.SubhanAllah.

Bagi sahabat NUR yang lain, apa yang anda akan lakukan andai bertemu seseorang atau ada dikalangan sahabat anda yang berminat dengan ISlam? Apakah tindakan pertama anda? Apakah tindakan kita sebagai seorang sahabat? Apakah tindakan kita sebagai seorang Muslim? Apakah tanggungjawab kita pada mereka?

Perkara paling mudah yang anda, kita, sahabat boleh lakukan adalah jangan sama sekali tinggalkan mereka ini sendirian.Bantulah setakat mana yang boleh.Jika mereka perlukan nasihat, maka berilah nasihat atau kata-kata motivasi yang dapat meningkatkan semangat mereka.Jika mereka perlukan kita untuk mencari tempat belajar, maka usahakanlah sama-sama mencari mereka yang boleh dijadikan tempat panduan atau rujukkan buat saudara-saudara baru ini.Jika mereka perlukan sokongan, maka sokonglah sedayanya.

Namun, perkara utama yang biasanya saudara baru kita perlukan adalah sokongan emosi.Tidak semua saudara baru yang kuat, tabah dan tenang menghadapi dugaan atau ujian sebagai saudara baru.Sama ada mereka ini diperlekehkan atau dibiarkan dalam keadaan tertanya-tanya tanpa sebarang jawapan atau arah tuju.

Maka, jika timbul persoalan murtad dikalangan saudara baru usahlah menuding jari pada mereka semata-mata.Siapa yang bersalah itu tidak penting.Yang penting di sini adalah bagaimana kita sesama Islam, sesama saudara seagama, sesama saudara yang yakin pada Allah yang Satu, sama-sama mencapai persefahaman dalam sama-sama mencari redha Allah SWT.

Selain sokongan emosi, nasihat ain adalah sama-samalah kita bersangka baik.Tidak kira yang saudara baru atau yang sememangnya Islam sejak awal lagi.Buang sifat ego dalam diri sendiri, tiada siapa yang hebat, tiada siapa yang lebih baik dari yang lain.

Maaf ain katakan, ada dikalangan saudara baru yang terlalu ego atau bangga diri hingga tidak mahu bergaul dengan mereka yang sememangnya Islam sejak lahir.Dan tidak kurang juga ada yang sememangnya Islam sejak lahir memandang rendah pada mereka yang bergelar saudara baru.

Tidak kiralah kita ini lahir dalam keluarga Islam atau setelah dewasa baru memeluk Islam.Kita semua sama sahaja.Kita semua adalah hamba Allah SWT, tiada yang sempurna.Allah sahaja yang sempurna.Maka, sama-samalah kita mengisi kekurangan masing-masing dan belajar kelebihan yang ada dalam diri antara satu dengan yang lain.

Bagi sahabat yang mempunyai kenalan yang berminat dengan Islam atau mempunyai sahabat yang baru kembali pada Islam, maka bantulah mereka.Bukannya kata-kata sindirian atau persoalan remeh yang ditujukan.Tidak semua yang boleh terima dengan baik.Terus-terang ain katakan bagi saudara baru yang teramat-amat baru, jiwanya amat-amat sensitif.

Elaklah terus bertanya soalan seperti:
" Masuk Islam sebab nak kahwin ke?"
" Masuk Islam pasal ada boyfriend/girlfriend melayu?"
" Masuk melayu, sebab suami / isteri melayu ke?"
" Masuk melayu masa nak kahwin ke?"
" Dah jodoh...?"
dan sebagainya..

Bagi ain sendiri yang masih agak hijau, 9 tahun kembali pada Islam, soalan sebegini sudah lali pada diri ain.InsyaAllah tidak berkecil hati.Malah ain akan jawab sebaik mungkin dan selagi mana dapat merungkai persoalan sahabat.

Tiada salah bertanya, namun perlulah kena dengan cara dan tempatnya.Bagi muslim revert yang sudah bertahun-tahun, insyaAllah mereka tiada masalah menjawab persoalan sebegini.Tapi bagi yang baru sudah pasti, sedetik dalam jiwa mereka pasti rasa sedih dan terkilan.Mungkin ain silap, namun itulah realitinya.

Jika ada dikalangan muslim revert yang memeluk Islam hanya kerana ingin berkahwin, maka apa masalahnya.Semuanya adalah atas izin Allah SWT memilih jalan untuk hamba NYA kembali pada Islam.Bagi mereka yang memeluk Islam hanya kerana ikatan perkahwinan, tiada perlu ada rasa bersalah.Perkara yang harus diutamakan adalah bagaimana pengakhirannya?

Bagi suami atau isteri yang berkahwin dengan saudara baru, nasihat ain adalah fahami perasaan mereka sebaik dan sehalus mungkin.Usah terlalu mendesak mereka untuk faham semuanya dalam satu masa.Namun, tidaklah pula membiarkan mereka tanpa sebarang pantauan atau pedoman.Ahli keluarga yang terlibat perlulah sama-sama membantu mereka memahami dan mencintai ISlam dengan sebaik-baiknya.

Nampaknya setakat ini sahaja coretan ain kali ini.Hari sudah beransur senja dan sebentar lagi masuk waktu Maghrib.SubhanAllah.

Mungkin apa ain cuba sampaikan lari dari tajuk, apapun moga ada pengisian di dalamnya.InsyaAllah.Moga bertemu lagi di coretan akan datang, insyaAllah.Maafkan ain andai ada salah dan silap dalam penulisan atau penyampaian.

Segala yang baik datang daripada Allah, dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri ini sendiri.





Saturday, May 12, 2012

NIAT DALAM PEKERJAAN



Bismillah,
Assalamualaikum sahabat NUR sekalian.Alhamdulillah, bertemu kembali kita setelah sekian lama.
Entry kali ini adalah sekadar berkongsi pengalaman diri bersama sahabat sekalian.

Seperti sahabat sedia maklum, ain kini menjalankan perniagaan secara alam maya secara sepenuh masa semenjak setahun lebih yang lalu.

Sebelum ain mula terlibat dalam memasarkan abaya dari Timur Tengah, pelbagai jenis peluang perniagaan telah ain ceburi.Dari situ, ain belajar kesilapan demi kesilapan.Ain belajar dari bawah selok belok perniagaan tanpa rasa malu dan segan.






Alhamdulillah, atas izin Allah SWT penglibatan ain dalam pasaran abaya Timur Tengah membuahkan hasil.Tiada rasa ragu atau was-was semenjak ain mula terlibat dalam bidang ini.Rasa minat yang mendalam pada pakaian abaya ini menguatkan lagi semangat ain untuk terus berusaha, disamping mendapat sokongan penuh daripada suami tersayang, Alhamdulillah.

Niat ain memasarkan abaya atau lebih dikenali sebagai jubah dalam masyarakat kita adalah kerana ingin menggalakkan lebih ramai lagi muslimat untuk berpakaian menutup aurat dengan sempurna, InsyaAllah.Ada banyak cara berpakaian menutup aurat dan salah satunya adalah berabaya.

Buat sahabat ain kasihi sekalian, apa ain cuba sampaikan di sini bukanlah semata-mata berkenaan perniagaan ain ceburi.Apa ain ingin katakan secara ringkasnya adalah NIAT.

Dalam setiap pekerjaan, setiap perlakuan atau tingkah laku, amalan, pertuturan, pergaulan dan sebagainya perlulah disertai dengan niat.Niat itu penting kerana tanpa niat atau nawaitu yang betul, maka sia-sia sahaja usaha atau amalan atau perbuatan kita pada hari itu.

Ain pernah nyatakan dalam satu post ain sebelum ini, "HIDUP ADALAH IBADAH'..maka, kita perlu sedar bahawa Allah SWT menciptakan kita di muka bumi ini adalah semata-mata untuk beribadat pada Allah SWT.

Beribadat di sini tidak bererti solat semata-mata.Ibadat kita  terdiri dalam pelbagai bentuk dan suasana.Pekerjaan atau punca kita mencari rezeki juga adalah ibadat kita pada Allah SWT.Niatkan pekerjaan atau punca kita menambah pendapatan itu adalah untuk Allah SWT.

Misalannya, seorang ayah atau seorang suami keluar rumah bekerja bagi menambah pendapatan.Si ayah atau si suami ini perlulah berniat untuk apa dia keluar bekerja.Niatkanlah agar kita keluar rumah untuk tambah pendapatan bagi menampung keluarga dari punca rezeki yang halal semata-mata kerana Allah ta'ala.

Apabila mempunyai niat yang betul, InsyaAllah segala pekerjaan atau perbuatan kita akan dipermudahkan Allah SWT.Sebagai hamba Allah SWT, kita perlulah berusaha dengan penuh rasa yakin, tawakal dan redha dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan buat kita.

Kita perlu sedar rezeki Allah itu luas, bukan bererti wang semata-mata.Jika kita hanya fokus wang sebagai sumber rezeki, maka kita tidak akan pernah berasa puas dengan apa yang ada.Semakin dicari semakin tidak cukup.Semakin lama kita semakin tamak dengan harta dunia, dan akhirnya kita tunduk pada dunia dan tidak lagi tunduk pada Allah SWT..Nauzubillah min zalik!!! Moga dijauhkan dari sifat ini...

Maka, marilah kita sama-sama berusaha perbetulkan niat kita setiap masa semata-mata untuk mendapat redha Allah SWT dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.Jadikan pekerjaan kita itu suatu ibadat kita pada NYA.Tidak kiralah, makan, minum, basuh baju sekalipun, niatkan pekerjaan kita itu hanya untuk Allah SWT.

Pekerjaan yang kita lakukan sehari-hari jika disertai nafsu atau perasaan tidak elok, maka kita dapat lihat hasilnya juga tidaklah sehebat mana.Apabila kita membuat sesuatu itu lebih kepada mengikut hawa nafsu semata, kesannya pada diri adalah kita akan menjadi seorang yang mudah berputus asa, mudah marah, suka menyalahkan orang lain atau takdir atas kekurangan atau kesilapan yang terjadi.Adakah ini yang kita inginkan???

Pengalaman sewaktu bekerja dahulu hinggalah kepada berniaga secara sepenuh masa, banyak mematangkan fikiran ini, Alhamdulillah.

Amalkan solat sunat istikharah, taubat, tahajjud, hajat, solat Dhuha dan banyak lagi zikir amalan harian yang boleh kita lakukan sehari-hari, InsyaAllah.Apabila kehidupan kita berpandukan pedoman dari Allah SWT, pasti kita takkan tersesat selama-lamanya.SubhanAllah, Maha Suci Allah..


Friday, May 4, 2012

ADAB DALAM PERTUTURAN


Bismillah,
Assalamualaikum sahabat NUR sekalian.Alhamdulillah bertemu kembali.Moga sahabat semua dalam keadaan baik-baik selalu, insyaAllah.

Berkongsi serba sedikit ilmu yang diperoleh, moga dapat memberi manfaat buat kita bersama, InsyaAllah.






ADAB LISAN/PERCAKAPAN

1. Tidak memperkatakan sesuatu yang tidak pasti kesahihannya.Allah SWT murka pada orang yang membicarakan sesuatu yang tidak diketahuinya.

2. Menyedari bahawa setiap patah perkataan yang dibicarakan akan dicatit oleh malaikat Raqib dan Atid.

3. Kebanyakkan manusia masuk neraka akibat tidak menjaga kemaluan dan percakapannya.

4. Bersikap jujur dalam perkataan dan perbicaraan, InsyaAllah syurgalah tempatnya.

5. Dilarang mencaci sesama muslim, mereka yang memulakan adalah lebih berat dosanya.

6. Memperkatakan sesuatu yang tidak pasti boleh menjadi fitnah dan dosa memfitnah adalah istighfar dan bertaubat, serta meminta maaf pada orang yang diumpatkan itu.

7. Bercakap dengan lemah lembut dan tidak berkasar pada orang yang berbuat jahat pada kita.InsyaAllah Allah ta'ala akan membalas dengan kelembutan.
Jika sebaliknya, maka sebaliknyalah Allah akan balas.

8. Tidak sesekali memaki hamun angin , hujan, halilintar kerana ia adalah peringatan dari Allah ta'ala.
Ucaplah perkataan baik-baik.

9. Tidak memperkatakan sesuatu yang tidak pasti, sebutlah InsyaAllah dalam perbicaraan.

10. Diperbolehkan bergurau senda secara besederhana, namun tidak boleh berbohong.

11. Elak bercakap kotor, kerana ini akan merosakkan hati dan mengeraskan hati yang akhirnya akan membawa kita ke neraka.

12. Kurangkan bercakap yang sia-sia, kerana ia adalah cabang iman, bercakap banyak akan menghilangkan rasa malu pada diri dan ia adalah cabang nafsu.

13. Kurang bertanyakan sesuatu yang tidak perlu.

14. Elak bercakap terlalu keras atau terlalu perlahan hingga orang lain tidak dapat mendengar apa yang kita katakan.

15. Berbohong adalah HARAM tetapi DIPERBOLEHKAN berhelah dalam 3 keadaan:

a. ketika dalam peperangan misalnya untuk elak peperangan
b. menjaga hubungan suami dan isteri
c. untuk perdamaian antara 2 belah pihak yang sedang bertengkar [meleraikan pertelingkahan]

16. Elak berdebat walaupun merasakan ianya benar.

*TIADA BOHONG SUNAT

[pelajaran adab di madrasah]

Segala yang baik datang dari Allah SWT, dan sebarang kekurangan adalah kelemahan diri ini jua..Wallahu alam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR