Saturday, June 30, 2012

PERSARAAN TERAKHIR


Bismillah,
Assalamualaikum sahabat semua..apa khabar..moga semuanya ceria-ceria selalu dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT, insyaAllah aamiin..=)

Pagi ini jom kita tanya pada diri kita, di manakah destinasi persaraan kita yang kita idam-idamkan? di manakah destinasi percutian kita yang terakhir yang amat-amat kita dambakan? jawapannya???

"NEW YORK"
"LONDON"
"AUSTRALIA"
"ENGLAND"
"SOUTH AFRICA"

????

Tiada tempat persaraan terbaik yang ada di dunia ini jika dibandingkan dengan persaraan di "SYURGA"....siapa yang tidak mahu tempat persaraannya yang terakhir adalah syurga.Syurga adalah destinasi terhebat berbanding mana-mana tempat percutian mewah yang ada di dunia ini.

Syurga adalah tempat di mana kehidupan kekal abadi yang mana Allah SWT telah janjikan pada hamba-hamba NYA yang beriman dan berjihad di jalan Allah selama mana hamba NYA itu menggunakan peluang yang ada semasa di dunia.

Pelbagai nikmat syurga telah Allah ceritakan melalui Al-Quran seperti:

"...dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul NYA, nescaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang terbesar." [An Nisa :13]

Untuk mendapatkan tempat di syurga tidak semudah diungkapkan di bibir, andai kita hanya bijak berkata-kata namun tiada usaha untuk mendapatkannya.Kita gemar meminta moga diri kita ditempatkan di syurga, dijauhkan dari neraka.Namun, pernahkah kita terfikir atau imbas kembali amalan kita selama ini.Adakah kita beramal bagai ahli syurga atau kita beramal untuk berada di neraka? Nauzubillah, Moga dijauhkan...

Dunia ini adalah kehidupan yang telah Allah ciptakan dan kurniakan buat kita umat manusia.Untuk apa? Dunia adalah tempat di mana Allah datangkan pelbagai ujian dan dugaan buat hamba NYA untuk menjadi hamba yang beriman dan beramal soleh.Setiap ujian yang diberi itu adalah untuk mematangkan kita umat manusia dalam menyedari bahawa tiada yang lebih berhak ke atas kita melainkan Allah.Allah yang menciptakan, maka Allah berhak tentukan apa saja buat kita.

Selagi mana kita diberikan peluang berada di muka bumi ini, sama-samalah kita berusaha untuk terus beramal dan membuat kebajikan.Dunia adalah ladang, tempat kita bercucuk tanam.Hasilnya kita akan perolehi di akhirat kelak, insyaAllah.Tanaman yang elok pasti membuahkan hasil yang baik, tanaman yang rosak, pasti membuahkan hasil yang sia-sia sahaja.

Tepuk dada, tanya iman...Ikutilah perintah Allah dan jagalah hubungan kita dengan Allah dengan menunaikan segala suruhan NYA tanpa ada bantahan atau keluhan.Wallahu alam.

"Ya Allah, berikanlah kami kebaikkan di dunia dan akhirat, serta jauhkanlah kami dari seksa ap neraka, aamiin"









Sunday, June 24, 2012

CINTA KERANA ALLAH SWT

Bismillah,
Assalamualaikum sahabat NUR sekalian.Alhamdulillah bertemu kembali.

Sekadar ingin berkongsi video Bicara Addin oleh Ustaz Pahrol Mat Juoi.

Selamat menimba ilmu!!!



Thursday, June 21, 2012

NIAT KEHIDUPAN


Bismillah,
Assalamualaikum sahabat sekalian..apa khabar? moga sahabat semua dalam keadaan baik-baik selalu dan semoga hari ini dimulakan dengan lebih baik lagi dari semalam, insyaAllah...

Alhamdulillah syukur ke atas Allah SWT dengan limpah rahmat NYA, kita semua masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan ini dan mempertingkatkan amal ibadah kita pada Yang Maha Esa..moga-moga saat yang berlalu digunakan sebaik mungkin dengan aktiviti bermanfaat dan membawa keberkatan kita bersama..

Ingatkan diri selalu bahawa setiap pekerjaan kita lakukan itu biarlah kerana NYA..moga segala urusan kita pada hari ini dan mendatang dipermudahkan..aamiin..



Alhamdulillah juga kerana hari ini ain diberi kesempatan singgah di blog peribadi ain meninggalkan catitan buat sahabat semua.InsyaAllah segala tulisan yang ditinggalkan moga ianya dapat memberi manfaat pada yang lain, aamiin.

Sedikit sebanyak berkongsi aktiviti ain baru-baru ini, dan buat sahabat NUR yang sedia maklum ain kini giat dalam urusan jualan secara online terutamanya dalam bidang busana muslimah atau abaya yang didatangkan dari Timur Tengah.Alhamdulillah, semakin ramai muslimat yang mula sedar dan mula berkeinginan untuk berusaha menutup aurat dengan sebaik dan sesempurna mungkin.Saat manis adalah setiap kali menerima kiriman foto sahabat yang berabaya lengkap menutup aurat dengan sempurna, itulah saat yang paling ain nanti-nantikan.

Alhamdulillah, sedikit sebanyak dalam urusan urusniaga ain dapat berkenalan dengan ramai muslimat yang masih mencari dan berusaha tetapi dalam masa yang sama bertindak mencari pakaian yang sesuai dan sempurna seseorang muslimah itu dalam berpakaian, insyaAllah.




Gambar di atas adalah antara koleksi abaya ain yang terbaru.Alhamdulillah atas izin suami dan sokongan yang diberikan sudah lebih setahun ain bertahan dalam bidang yang amat ain minati ini.Berkat restu suami dan keinginan diri ini mengajak lebih ramai muslimat memilih pakaian yang memenuhi syariat, insyaAllah dan dengan izin Allah SWT juga ain gagahkan jua walaupun keuntungan yang diterima tidaklah sehebat mana.Kepuasan ain dalam bidang ini adalah melihat sahabat yang menempah dan mengenakannya berasa lebih yakin dan istiqamah dalam menutup aurat dengan sempura, insyaAllah..Alhamdulillah.Sahabat boleh singgah page abaya ain di FB atau di laman BLOG ain yang lain.

Sementara suami pula, yang turut memiliki minat yang sama iaitu berniaga turut tidak lepaskan peluang mengikuti rombongan ke Guangzhou baru-baru ini untuk mendapatkan barang jualannya.Alhamdulillah, baru semalam barangan yang diborong tiba.Memandangkan ain dalam bisnes abaya, suami pula dalam bisnes pakaian tidur wanita.Opps jangan terkejut, kerana itulah antara barang jualan terawal ain dan suami semenjak 2-3 tahun yang lalu.Jika ain membuat jualan secara online, suami pula lebih tertumpu di kawasan pelancongan iaitu di sekitar Jonker Walk Melaka.



Nak lihat koleksinya? Nantikan update ain di BLOG dan FB yea.

"Nikmat kehidupan"...apa yang kita faham dengan maksud ini? Nikmat kehidupan mencakupi skop yang luas maksudnya.Kehidupan dalam berumah tangga, berkeluarga, kewangan, kesihatan, kepayahan dan banyak lagi.

Pernahkah kita menyoal diri kita, "Kenapa Allah masih hidupkan aku hari ini?"




Diri ini juga sering tertanya-tanya, adakah nikmat umur, kehidupan yang Allah berikan ini telah ain gunakan sebaik mungkin? Adakah sudah cukup amal dalam diri ini untuk bertemu dengan NYA? Adakah ain akan mati dalam keadaan tenang dan aman? Adakah ain akan mati dalam keadaan beribadah atau sebaliknya? Nauzubillah min zalik.Moga dijauhkan dari pengakhiran yang sia-sia.

Alhamdulillah, kita masih lagi diberikan nikmat untuk menambah amal.Alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk perbaiki diri dan amal sebelum melelapkan mata.Alhamdulillah kita masih dibukakan hati untuk mencari kemanisan iman, kemanisan mencari redha Allah SWT.

Namun, adakah kita benar-benar bersyukur atas segala nikmat yang diberi sedangkan dalam masa yang sama kita masih lalai dan alpa dengan hiburan dunia yang sementara ini.Kita ucap Alhamdulillah, namun kita masih meninggalkan kewajipan kita pada Allah SWT misalnya solat 5 waktu.Kita ucap Alhamdulillah, namun kita masih gemar melakukan kemaksiatan tidak kiralah dari segi penglihatan mahupun perbuatan dan lain-lain.Kita ucapkan Alhamdulillah, namun kita masih membenci orang yang melakukan amar makruf nahi mungkar.Kita ucapkan Alhamdulillah, namun kita masih lagi memperlekehkan atau menidakkan hukum-hukum Allah.Kita ucap Alhamdulillah, namun muslim sesama muslim masih tidak bersatu padu.

Ain juga tertanya-tanya adakah sempat ain berbuat kebajikkan sebanyak-banyakknya sebelum meninggalkan dunia yang sementara ini? Sahabat juga begitukan? Maka, apa yang harus kita lakukan.Jawapannya, BERTINDAK SEKARANG!!!


Mulakan hari ini dan hari-hari mendatang dengan semangat baru, dengan matlamat dan tujuan yang jelas.Fokus dengan matlamat dan tujuan kita hidup pada hari itu.Apabila kita fokus dan menetapkan matlamat yang ingin dicapai, insyaAllah di penghujung hari kita akan berasa lebih tenang dan gembira.Apabila ada matlamat yang ingin dicapai, insyaAllah masa kita tidak akan terbazir begitu sahaja.

Bangkit dari kegagalan dan kesilapan lampau. Usah terlalu memikirkan kebodohan yang lalu tanpa berbuat atau bertindak apa-apa untuk memperbaiki kelemahan diri.Jadikan kegagalan atau kesilapan itu suatu iktibar dan pengajaran agar ianya tidak diulangi lagi.Ambil yang positif dari kejadian lalu.

Pernah tak kita letak niat kita hidup selama ini?
Sekarang ini ubah pada apa niat kita hidup pada hari itu.Niatkan kita hidup pada hari itu adalah untuk Allah, moga segala kita lakukan dengan kehidupan yang Allah berikan pada hari itu diberkati dan diredhai Allah SWT.Tidak cukup ucapan syukur, tidak cukup dengan ucapan Alhamdulillah kerana masih lagi bangun pada hari itu andai tiada niat hidup kita pada hari berkenaan hanya untuk Allah SWT.

Apabila kita memasang niat seawal kita bangkit setelah ditidurkan seketika, maka minda kita di set untuk buat yang terbaik pada hari itu.Minda, anggota dan hati kita tertuju untuk berbuat kebaikkan dan amal ibadah untuk Allah SWT.

Belajar untuk memaafkan diri sendiri dan orang sekeliling.Belajar untuk lebih memberi dari menerima.Belajar untuk menggembirakan orang-orang disekeliling kita walau di saat hati kita terluka.Belajar untuk bergantung harap dan bertawakal pada Allah SWT di kala senang mahu sukar dan bukan pada makhluk.

InsyaAllah hari-hari yang berlalu dan mendatang adalah hari-hari terakhir yang terindah dalam kehidupan ini.Sesungguhnya dunia ini diciptakan Allah buat hamba NYA yang tahu erti bersyukur yang sebenar-benarnya.

Wallahu alam...semoga bertemu lagi di coretan akan datang, insyaAllah.









Friday, June 15, 2012

NAK MASAK DAGING..NAK MASAK DAGING..

Bismillah, 
Assalamualaikum sahabat ain sekalian,Alhamdulillah bertemu kembali di blog NUR.Moga sahabat semua dalam keadaan baik-baik selalu, insyaAllah.

Entry kali ini bukanlah nak bercerita tentang resepi masakkan..Sekadar nak berkongsi perasaan dan pengalaman ain dengan daging lembu ni..hehe..apa dia ek?


foto dari google


Sejak ain revert sampailah baru-baru ni, ain tak pernah sentuh daging lembu yang segar dari pasar.Selama ni jika ain masak daging pun ain guna jenis daging kisar yang sedia dijual di pasaraya besar dan ain gunakan daging kisar segera ni untuk masa spaghetti sahaja.Alasan yang selalu diberikan tak tahu cara nak bersihkan dan cara nak memotong dengan betul, tapi sebenarnya takut nak pegang!

Baru-baru ni adik bongsu suami adakan majlis pertunangan dan seperti biasa kaum keluarga semuanya sibuk membuat persediaan, terutamanya golongan wanita pasti dengan masak-memasaknya di dapur.Ain juga tidak terkecuali.

Makanya, ada satu ketika ain perlu membantu yang lain memotong daging lembu sebagai persediaan untuk memasak pada hari keesokkannya.Pada mulanya terkial-kial jugalah ain nak memotong, sebab takut silap cara.Akhirnya dengan bantuan nenek suami yang tak keberatan mengajar, dapat juga ain potong daging dengan sebaik mungkin.Alhamdulillah rasa geli tu hilang serta-merta!

Sejak itu, perasaan berkobar-kobar pula muncul untuk cuba memasak daging dengan tangan sendiri di rumah.Lagipun suami dah lama nak merasa air tangan isterinya ni masak daging resepi sendiri.

Maka, pada minggu yang sama iaitu sesudah selesai majlis pertunangan adik suami[adik ipar lah kan], terus ain ajak suami ke pasar mencari daging lembu untuk ain guna dalam masakkan ain nanti.Suami ain apa lagi, turut beri motivasi dan belikan juga daging lembu tanpa rasa was was sama ada si isterinya ni reti masak atau tidak..hehe.


Hasilnya, inilah resepi daging ain yang pertama shepherd pie daging + habbatus sauda:



Alhamdulillah menjadi juga pie daging ain ni, inspirasi daripada sahabat terdekat, adik syikin yang tak putus-putus motivate ain untuk mahirkan diri dalam masak-memasak.Shepherds pie ni ain makan sekali dengan 'angel hair' goreng..kira kaum kerabat spagetti juga ni.

Bagi sahabat yang dah pernah atau ingin mencuba boleh tengok video ini, amat-amat mudah untuk disediakan, insyaAllah :





Dan percubaan ain yang kedua resepi masakkan daging adalah daging masak asam pedas berlada + habbatus sauda.Alhamdulillah menjadi...cuma kuah tu tercair..huhu..insyaAllah akan diperbaiki lagi.




Bagi sahabat revert yang lain yang mungkin ada masalah 'geli' macam ain suatu ketika dahulu, usah bimbang.Sahabat kena cuba juga masak sekali, lepas tu pasti nak lagi dan nak lagi, insyaAllah.

Baiklah bagi sahabat NUR yang ada resepi lain yang menggunakan daging, bolehlah share dengan ain nanti ye di ruang komen.InsyaAllah, teramat teruja nak masak lagi!!!

*moga perkongsian ini bermanfaat, insyaAllah..=)




Monday, June 11, 2012

DUNIA ...OOH....DUNIA...

Bismillah,
Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat NUR semua..Alhamdulillah bertemu kembali setelah sekian lama.Pelbagai perkara yang perlu diuruskan dan pelbagai ujian diberi sejak kebelakangan ini.Alhamdulillah segalanya dapat ditempuhi dengan sebaik mungkin, insyaAllah.

Tiada tajuk khusus untuk ain utarakan kali ini.Sekadar berkongsi pengalaman dan pengamatan semenjak kebelakangan ini.

Perubahan penampilan diri dari bertudung singkat ke tudung labuh, dari baju sendat ke pakaian labuh, hinggalah berniqab.Dari seorang wanita bekerjaya, hinggalah akhirnya memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, dan kini berniaga secara kecil-kecilan.Semuanya dilalui dengan pelbagai kenangan pahit mahupun manis, dan ada yang meninggalkan kesan mendalam dalam diri ini.SubhanAllah, itulah cara Allah mendidik diri ini iaitu melalui pengalaman hidup.

Adakala terasa goyah dan rapuh dengan kata-kata atau pandangan serong masyarakat sekeliling, namun diri ini gagahkan jua demi rasa kasih, sayang, cinta pada Allah SWT.Apalah sangat ujian yang diterima ini berbanding para Nabi dan para sahabat yang terdahulu yang berjuang berdakwah menyebarkan ajaran Islam, ajaran Allah.

Ain akui ain seorang yang agak tegas dalam berkata-kata dan adakala lantang mempertahankan sesuatu perkara terutama yang melibatkan soal akidah dan iman.Ain bukanlah ustazah mahupun lulusan dalam bidang agama.Ain hanya pertahankan apa ain tahu dan apa yang Allah telah wajibkan pada kita semua.

Sebagai seorang wanita Islam, persoalan aurat pasti tidak akan habis diperdebatkan sampai bila-bila.Dalam usaha mengajak saudara seagama ke arah kebaikkan, pasti ada yang menerimanya dengan baik dan tidak kurang juga yang menolaknya mentah-mentah atau akhirnya menjauhkan diri sama sekali.

Menyampaikan dakwah kepada saudara atau sahabat terdekat sebenarnya tidaklah semudah yang disangka.Walaupun seseorang itu rapat dengan kita, tidak bererti mudah untuk kita mengajak ke arah kebaikkan.Boleh jadi kita diperlekehkan, boleh jadi kita dihina, boleh jadi kita dipulaukan sama sekali.

Bagi ain dalam berdakwah tu tak kenal siapa.Jika takut nak berdakwah dengan alasan takut dibenci, kita sepatutnya takut andai dibenci atau dipersoalkan Allah SWT kelak akan tanggungjawab kita pada saudara sesama ISlam.Banyak cara untuk berdakwah, tidak semestinya melalui kata-kata, boleh saja melalui tulisan semata atau perberian dalam bentuk bahan bacaan atau audio.

Namun, kita perlu bersedia dengan penerimaan masyarakat sekeliling.Amat mendukacitakan suasana masyarakat Islam kini yang lebih mementingkan dan lebih mengutamakan pandangan manusia dari pandangan Allah SWT.Soal agama, soal akidah, soal iman ditolak ke tepi demi memenuhi nafsu manusia.

Mungkin ada sahabat NUR yang sukar memahami tulisan ain kali ni, maafkan ain andai perlu berkias, namun ain harapkan mesej ain sampai kepada sahabat semua.

Bunyi cengkerik yang berzikir di ketika ini mendamaikan suasana yang semakin larut malam.SubhanAllah, alangkah indah makhluk ciptaan Allah SWT.Alangkah indah andai manusia yang mendengarnya tersedar dari lamunan dunia.Tersedar bahawa dunia ini adalah pinjaman sementara, kerana akhirnya kita akan kembali pada Yang Menciptakan.

Maafkan ain yea sahabat NUR kerana sejak akhir-akhir ini ain kehilangan idea atau kekuatan dalam penulisan.Semuanya atas izin Allah SWT.Boleh jadi ain banyak berbuat kesilapan, maka ain perlu muhasabah diri kembali mencari kekuatan diri..Allah..

Rasa sayu dalam diri mengenangkan masalah dunia...Allah..ingin sahaja diri ini bertemu Allah secepatnya, namun layakkah diri ini...astaghfirullah...

Moga kekuatan datang kembali, insyaAllah, aamiin...






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR