Saturday, July 28, 2012

JOM SEBARKAN KEBAIKKAN

Bismillah,
Assalamualaikum salam Ramadhan buat sahabat NUR sekalian.

Alhamdulillah bertemu kembali di alam maya setelah sekian lama.Agak lama juga ain tidak kemas kini perkembangan terkini bersama sahabat, maafkan ain atas kelemahan diri ini.

Sebentar tadi ain singgah di blog sahabat alam maya, membaca nurkilannya.Sangat tersentap dan menyentuh perasaan ini.Ingin ain kongsikan bersama sahabat coretan kata beliau,

"Terasa sedih dihati apabila duduk di depan laptop, namun jari jemari tidak mampu untuk menukilkan apa-apa kerana ilham tidak muncul. Itulah yang akan berlaku apabila hati ana bermasalah dan tertekan dengan pelbagai agenda dalam hidup."


Coretan itu seakan-akan memahami apa ain lalui baru-baru ini.Namun hal itu tidak mematahkan semangat ain untuk terus berjuang selagi nikmat kehidupan masih terus dipinjamkan Allah, insyaAllah.Yea, kita hanya mampu merancang, namun Allah aturkan yang terbaik buat kita, betul tak..

Baiklah, ain kongsikan serba sedikit aktiviti ain sekarang ini.Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.

Seperti sahabat NUR sedia maklum, selain menggalas tanggungjawab sebagai isteri, ain kini menjalankan urusan perniagaan secara online iaitu menyediakan pakaian muslimah yang didatangkan khas dari timur tengah seperti Dubai, Riyadh dan Qatar.

Sejak terlibat dengan aktiviti amal dalam TELEKUNG PROJECT di IKIM, ain mula sedar banyak lagi perkara ain boleh lakukan sebagai individu dalam melibatkan diri dalam kerja-kerja amal.

Berbual dengan suami juga akan hal ini, kami sependapat bahawa walaupun kami bukan dari golongan berada namun Allah telah anugerahkan nikmat kekuatan fizikal dan nikmat kesihatan yang sepatutnya digunakan untuk melakukan amal kebaikkan.Tidak semestinya wang ringgit menjadi ukuran untuk beramal.Itu persepsi ain perlu ubah dalam diri ini.Yea, persepsi yang sangat-sangat mengekang diri ini untuk terus ke depan..Astaghfirullah.

Untuk itu, buat sahabat yang membuat belian di NUR AIN'Z BOUTIQUE, tidak kira di blog atau FB, tidak kira sehelai, dua helai dan seterusnya dalam satu belian...setiap item jualan sebanyak RM5- RM10 akan dikumpul dan disalurkan ke badan amal antaranya TELEKUNG PROJECT, rumah kebajikkan anak-anak yatim dan warga emas..insyaAllah.

Aktiviti berkaitan akan dikemas kini dari semasa ke semasa, insyaAllah.

Selain itu, andai ada diantara sahabat yang mempunyai pakaian lama atau tudung lama namun masih boleh dipakai yang ingin disedekahkan atau diberikan pada yang memerlukan, insyaAllah boleh juga hantar terus ke alamat ain yea.

InsyaAllah pakaian yang disumbangkan sahabat akan dikumpul dan diagihkan pada rumah-rumah anak yatim/warga emas yang berdekatan.Manakala telekung wakaf yang disumbangkan akan digunakan dalam menjalankan TP di Melaka kelak, insyaAllah.

Bagi sahabat yang ingin meyumbang telekung wakaf lama/baru, atau pakaian lama boleh hantarkan ke:

NUR AIN VIVIAN QUAKE BINTI ABDULLAH
NO 2, LOT 608,
JALAN LAMA BUKIT PUNGGUR,
BUKIT PUNGGUR ALAI,
75460 MELAKA.

TEL: 016 6657783

*hanya pakaian dan tudung mengikut syariat sahaja diterima, insyaAllah.





JOM SEBARKAN UKHUWAH..SEBARKAN KEBAIKKAN..LILLAHI TA'ALA..



Sunday, July 22, 2012

APA TU TELEKUNG PROJECT???

Bismillah, 
Assalamualaikum sahabat NUR.
Alhamdulillah, di sini ain ingin mengambil kesempatan berkongsi dengan sahabat semua berkenaan TELEKUNG PROJECT yang ain terlibat baru-baru ni.

APA ITU TELEKUNG PROJECT???





TELEKUNG PROJECT ini bermula daripada idea seorang anak kecil bernama bernama Sofea dan ibunya Puan Azila Aziz.

Idea bermula apabila Puan Azila mula ingin melatih anaknya yang kini berusia 7 tahun untuk bersolat.Rutin harian yang adakala perlu berada di luar rumah, maka sudah pasti Puan Azila perlu singgah ke surau atau R&R berdekatan untuk menunaikan solat seperti lazimnya.

Maka, ditakdirkan suatu hari mereka singgah di satu surau di pusat membeli belah namun mendapati telekung yang disediakan dalam keadaan tidak terjaga dan kotor.Dari situ seperti anak-anak lain yang gemar bertanya, Sofea turut bertanyakan pada ibunya tentang betapa Islam menitikberatkan kebersihan dalam segala segala segi terutamanya dalam beribadah.

Sebagai seorang ibu, sudah pasti terdetik rasa hati bagaimana seorang anak kecil boleh melihat sesuatu yang tidak terfikir oleh orang dewasa.Dari situ, mulalah semangat Puan Azila dan anak-anak untuk mula membawa pulang telekung yang kotor untuk dibasuh sebelum dikembalikan semula ke tempat asalnya.Maka, untuk itu perlu ada stok simpanan telekung lain sementara menanti telekung yang kotor siap dibasuh dipulangkan kembali.



Foto di atas adalah kenangan kami bekerjasama buat kali yang pertama.Kelihatan Puan Azila bersama 2 orang anaknya yang comel, Sofea & Hana dan yang paling kiri sekali adalah ibu kepada Puan Azila.Alhamdulillah, keluarga yang sangat peramah dan tidak lokek berkongsi ilmu.




Kini, TELEKUNG PROJECT semakin mendapat perhatian dan ramai juga yang semakin ingin melibatkan diri.Foto di atas adalah tag yang akan dijahit pada telekung baru atau lama yang diwakafkan oleh orang ramai dalam projek ini.Tujuan tag ini direka adalah memudahkan pihak TP untuk mengenalpasti telekung yang ditinggalkan di surau atau R&R berdekatan agar apabila telekung wakaf yang telah dibasuh dan dipulangkan kembali ke tempat asalnya, maka telekung yang dari TP dapat diambil dan digunakan kembali di kawasan rehat lain, insyaAllah.

Selain projek wakaf telekung lama & baru, antara projek amal yang telah dan berjaya diadakan adalah CABARAN KATIL BUAT UMI & ABAH



Pada minggu lepas, Alhamdulillah TP turut terlibat dalam Majlis Tahlil Perdana bersama 6 Rumah kebajikkan anak-anak yatim sekitar KL/Selangor.




Dan antara cabaran projek amal yang terbaru adalah projek SINGGAH SAHUR 

Bagi sahabat yang ingin mengikuti perkembangan terkini TP atau ingin menyumbang tenaga atau kewangan, boleh singgah terus ke FB TELEKUNG PROJECT. 

Buat sahabat Nur , ain juga alu-alukan sumbangan telekung lama atau baru daripada sahabat semua.Moga usaha kecil ini dapat memberi kesedaran kepada kita betapa ISlam menitikberatkan kebersihan dalam segala segi terutamanya dalam soal ibadah, insyaAllah.

Bagi yang ingin menyumbang :

NUR AIN VIVIAN QUAKE BINTI ABDULLAH
NO 2, LOT 608,
JALAN LAMA BUKIT PUNGGUR,
BUKIT PUNGGUR ALAI,
75460 MELAKA.

TEL: 016 6657783

@ sahabat boleh pos juga ke alamat admin TELEKUNG PROJECT:

AZILA AZIZ
no.2, jalan intan 2/10,
taman puchong intan
47100 puchong
selangor

syukran jazillan..

JOM SEBARKAN UKHUWAH..








Monday, July 9, 2012

INDAHNYA ISLAM

Bismillah,
Assalamualaikum sahabat semua, moga dalam keadaan baik-baik selalu dan dalam lindungan Allah SWT, insyaAllah aamiin.

Sekadar ingin berkongsi beberapa artikel ain baca bersama sahabat semua..Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.

Selamat membaca!!!

PROFESSOR MASUK ISLAM KERANA MENKAJI SOLAT BERJEMAAH













Thursday, July 5, 2012

MATI DITIKAM KERANA MEMPERTAHANKAN HIJAB/JILBAB


Bismillah,
Assalamualaikum sahabat NUR sekalian.Moga semuanya dalam rahmat Allah SWT dan dipermudahkan dalam segala urusan harian, aamiin.

Di sini ain ingin berkongsi artikel yang ain baca di laman FB, moga artikel ini memberikan keinsafan dan rasa syukur dalam diri kita sebagai hamba Allah SWT, insyaAllah.

dikongsi daripada saudara Mohd Zarif aA -Asyrafi:

Hari ini adalah HARI HIJAB/ JILBAB SEDUNIA dan memperingati Asy-Syahidah Marwah El-Syarbini yang mati ditikam sebanyak 18 kali kerana mempertahankan Hijabnya. Jika di Malaysia(maaf cakap) perempuan mati dirogol kerana membuka aurat. Antara anda dan Marwah, yang mana mati dalam keadaan mulia? Mari kita baca kisahnya yang penuh sejarah ini:

Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya.

Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden.

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Hari Jilbab Antarabangsa

Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.

Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.

Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.

Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.

Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.

Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.

Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.

Akhbar Jerman kurang ajar, Perlekeh Marwa as Sharbini

Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.

Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.

Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.

Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa.

Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.

Hal ini menunjukkan bahawa benarnya firman ALLAH s.w.t, dalam surah Al-Anfal :-
" والذين كفروا بعضهم أولياء بعض , الاّ تفعلوه تكن فتنة في الأرض و فساد كبير "
mafhumnya :- "Dan orang-orang jafir, sebahagian mereka melindungi sebahagian yang lain. Jika kamu tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan ALLAH (saling melindungi), nescaya akan terjadi kekacauan di bumi dan kerosakan yang  besar" -al-Anfal, ayat 73- —






Wednesday, July 4, 2012

SALAHKAH NIQABIS SHARE FOTO???


Bismillah,
Assalamualaikum sahabat ain kasihi sekalian, moga sahabat semua dalam lindungan dan Rahmat Allah SWT selalu, aamiin.

Ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang perbualan dengan beberapa sahabat baru-baru ni.Berkenaan wajarkah atau salahkah muslimah berniqab itu "upload" atau share foto di alam maya seperti FB, blog dan sebagainya.

Ain bukanlah ustazah atau ahli ilmuwan agama untuk meletakkan hukum.Sekadar memberi pandangan peribadi dan berkongsi perbincangan tersebut.

PANDANGAN 1 :

"Niat itu yg akan membawa kepada yang melihat... Jika ia lahir dari minda yang postive.. hati yang ikhlas kerana Ukhwahfillah.. akan terpancar dari watak si niqabis. dan 'body langguange' si pemakai.n mata-mata lelaki lain dan hati tak ikhlas pula.. memang orang yang tengok gambar itu pun akan Dan orang yang melihat pun akan mendapat impak positif. InsyaALLAH.. Mungkin akan di beri ALLAH hidayah kepada yang lain selepas melihat wanita berniqab.. timbul untuk insaf dan tanya pada diri.. Sedikit sebanyak.. kan :)Siapa tahu..

Jika kita, para niqabis set dalam minda memang untuk cari glamer atau fashion semata-mata.. dan untuk mendapat perhatiamenerimanya dalam bentuk negetive juga.. ini menjadi fitnah pula..

Wallahu'alam.. 
Tegur saya jika saya salah.. :) "


PANDANGAN 2 : 


"Jom ikut pesan Rasulullah SAW: Mintalah fatwa dari hati.

Kalau hati rasa gelisah, tak usah upload. Kalau hati rasa ok, uploadlah, antunna semuapun lebih tahu niat masing2. 

Fikir positif, gambar niqabis terutamanya bila menjalani aktiviti harian sebenarnya boleh mempromosi pakaian sunnah. Akak penah jumpa satu invitation dari satu pertubuhan Veiled Women something2 (tak ingat lak namanya), mereka minta gambar niqabis masa tgh menjalani aktiviti harian mcm bekerja, shopping, riadah etc sebab nak tunjukkan pakai niqab ni bukan penghalang kita hidup mcm orang normal. Asalkan dalam batas, opkos."


Pada pandangan ain sendiri, memang menjadi sumber inspirasi melihat foto-foto niqabis terutamanya niqabis yang sentiasa share aktiviti hariannya dengan berniqab.Bagi ain tiada salahnya upload foto kita bniqab di alam maya selagi mana foto itu mempunyai tujuan dan matlamat yang ingin dcapai.Yang penting niqabis itu sendiri perlulah menjaga adab dalam mengambil foto, Misalnya elak Bertabarujj dan elak menunjukkan aksi/pose yg tidak sopan [mcm uai kata, pose "gedik"]...hehe...Dan buat makluman sahabat, sebelum ni memang ain agak berat untuk share foto ain berniqab, walaupun as profile pic.Ingin menjaga hati ini dari ada rasa riak atau takabur[betul tak ejaan?].Macam sahabat pandangan kedua kata, "Kalau hati rasa gelisah, tak usah upload. Kalau hati rasa ok, uploadlah, antunna semuapun lebih tahu niat masing2."....Tepuk dada, tanya iman...Alhamdulillah sekarang ain rasa terkawal perasaan ni untuk share foto selagi mana ianya bermanfaat, insyaAllah...[dpt motivasi drp KakChik ni...]


Ain sering tekankan bab niqabis yg bertabarujj di blog/FB.Tiada niat menyinggung sesiapa.Cuma ingatan buat diri ain dan sahabat niqabis lain agar tidak memandang remeh bab bertabarujj walaupun telah bniqab.Kena jelas dengan niat kita bniqab dan perlu ada kefahaman apa itu aurat dan kaitannya dgn tabarujj buat wanita muslimah...wallahu alam..

Sedikit tambahan..tidak kiralah kita ni niqabis atau tidak.Andai dtegur demi kebaikkan, terimalah dengan hati terbuka dan berlapang dada lah selalu.Pernah ain terbaca tulisan niqabis yang marah dengan teguran dari ustaz agar berhati-hati apabila upload foto di alam maya.Ustaz berkenaan hanya menegur sgelintir niqabis yang upload foto yang "gedik" atau "tabarujj" melampau.Niat ustaz tu hanya ingin memperbetulkan dan bukan menghina..Jika kita pandang pada yg positf, maka positiflh hasilnya.Ain bukan anti upload foto bniqab yea.Cuma biarlah foto kita upload tu mempunyai matlamat dan tujuan serta niat yang betul, dan biarlh foto itu mendapat redha dari Allah SWT...wallahu alam..[maaf jika silap, harap diperbetulkn]...



Sunday, July 1, 2012

TIADA DUKA YANG ABADI

Bismillah,
Assalamualaikum sahabat..moga urusan sahabat senantiasa dipermudahkan, aamiin.

Sekadar ingin berkongsi bait-bait kata di dalam lagu ini, moga ianya dapat memberi kekuatan buat kita yang sering merasa kecewa dalam kehidupan.

Ingatlah TIADA DUKA YANG ABADI DI DUNIA...KERNA DI AKHIRNYA NANTI KITA KAN BERTEMU DENGAN YANG MAHA PENCIPTA...INSYA ALLAH...

tiada duka yang abadi di dunia..
tiada sepi merantaimu selamanya..
malang kan berakhir..
hari kan berganti..
takdir hidup kan dijalani...
tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi...
hati yang rindu tanda cinta di jalan Nya...
namun ku percaya hati meyakini...
semua akan indah pada akhirnya...

andai bisa mengulang waktu hilang dan terbuang...
andai bisa perbaiki segala yang terjadi...
tapi waktu tak bhenti...
tapi detik tak kembali...
harap ampunkan hamba mu ini...

waktu berputar...
rembulan dan matahari...
bunga yang mekar akan layu akan mati...
mlm kan berkhir...
hari kan berganti...
takdir hidup kan dijalani...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR