Friday, January 11, 2013

BLOG BISNES


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Apa khabar sahabat?
Jam sudah menunjukkan waktu menjengah 1015pm dikala tulisan ini dicoretkan di blog.Agaknya apa aktiviti sahabat dikala waktu sebegini yea? pasti ada yang sedang meluangkan masa bersama keluarga tersayang, ada juga pastinya sedang menghadiri majlis ilmu dan tidak kurang juga sudah pun beransur tidur bagi merehatkan badan.

Mata ini sudah berasa sangat berat, namun digagahkan jua untuk menyelesaikan beberapa tugasan alam maya yang masih berbaki ini.

Mengemas kini blog bisnes perlu dijadikan rutin harian kini dan tidak boleh dipandang remeh berbanding dulu.Memandangkan ain menjalankan urusan perniagaan sepenuh masa kini, maka banyak perkara perlu diselesaikan dan banyak perkara yang perlu diberi perhatian berbanding dahulu.

Buat sahabat yang pernah mengikuti coretan ain beberapa bulan sebelum ini berkenaan gerai jualan ain yang dibuka tidak lama dahulu.Ingin ain maklumkan bahawa ain sudah pun tidak lagi berniaga di tempat berkenaan.

Beberapa faktor perlu diambil kira dan akhirnya ain mengambil keputusan untuk berhenti di situ dan mencari tapak kedai jualan yang baru. InsyaAllah akan dimaklumkan di blog untuk makluman pada sahabat semua.Mohon doa daripada sahabat semua agar segalanya berjalan lancar, aamiin.

Baiklah ain tidak mahu fokus berkenaan hal itu.

Rutin harian ain kini tertumpu disekitar dari rumah sahaja selagi urusan mendapatkan kedai baru belum selesai.

Sementara menanti jawapan daripada pihak yang menyediakan tapak kedai jualan, maka ain sendiri perlu lakukan sesuatu dan tidak boleh terus merasa sedih atau putus asa sama sekali.Perkataan putus asa tidak harus dan tidak patut wujud dalam diri kita.





Urusan perniagaan ain kini tertumpu di alam maya 100%. Ain akui agak aktif di laman fanpage berbanding di blog.

SubhanAllah, terdetik dalam diri ini ain harus melakukan perubahan.Dalam memastikan jualan di alam maya berterusan dan mendapat rating yang tinggi serta untuk memastikan adanya pelanggan baru dan pelanggan tetap dan setia di sini, maka ain juga perlu aktifkan diri di laman blog agar ianya dapat memudahkan sahabat yang tidak mempunyai masa untuk ke laman sosial.

Ain mula menyedari hal ini setelah sering menerima email / sms daripada pelanggan yang mendapatkan maklumat barang jualan ain melalui blog.Maka, dari sini ain sedar fungsi memastikan blog bisnes agar sentiasa aktif perlu diambil kira.

Untuk mendapatkan lebih ramai pengunjung, kenalan baru mahupun pelanggan ain perlu seimbangkan dalam segala segi.InsyaAllah akan diusahakan bermulanya saat ini.Azam baru 2013!

Sedikit tips buat sahabat yang sedang berjinak-jinak dalam dunia bisnes alam maya, beberapa perkara perlu dilakukan dalam memastikan perniagaan anda dikenali, insyaAllah.

Berikut adalah sedikit tips yang dapat ain kongsikan setakat ni :

-kenalpasti jenis perniagaan yang ingin diceburi
-berniaga berdasarkan minat dan kecenderungan
-mempunyai ilmu dalam bidang yang dipilih
-mempunyai matlamat jangka panjang dan pendek
-niat dalam berniaga
-dapatkan sumber bekalan yang dipercayai
-mulakan dengan bisnes modal kecil atau tanpa modal!
-mempunyai laman Fanpage, Blog/website

Nampaknya banyak lagi yang boleh dikongsikan.
Dari senarai di atas nampaknya ada banyak yang boleh juga dihuraikan.

InsyaAllah akan ain kongsikan apabila berkelapangan yea sahabat.

Mohon undur diri terlebih dahulu.Ingin menyambung tugasan mengemas kini blog seketika nanti.

InsyaAllah, salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian






No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR