Wednesday, January 2, 2013

DILEMA MUALAF

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perjuangan buat semua sahabat setia blog ain di sini.Alhamdulillah semoga segala urusan sahabat senantiasa dipermudahkan, aamiin.

Hari ini 2/1/2013 merupakan sesi persekolahan bagi kebanyakkan negeri di Malaysia.Apapun, itu bukanlah perkara pokok yang ain ingin nurkilkan di sini.

"DILEMA MUALAF".... Bagaimana harus ain mulakan yea.. InsyaAllah ain nurkilkan terus dari sudut pandangan peribadi.

Mualaf didefinisikan sebagai seseorang yang baru kembali pada Islam atau juga boleh digunapakai pada seseorang yang mempunyai keinginan dan kecenderungan untuk mendalami Islam.

Walaupun negara kita agama rasminya adalah ISlam dan majoriti penduduknya beragama Islam, namun pemikiran masyarakat ISlam di negara ini masih lagi cetek.Cetek yang ain cuba sampaikan adalah, kebanyakkan yang born Muslim atau lahir dalam keluarga Islam masih merasa was was atau memandang serong pada mualaf yang telah memeluk Islam atau masih dalam proses berjinak-jinak mengenali agama ini, agama yang diredhai Allah SWT.

Pernah ain tegaskan suatu ketika dahulu di dalam salah satu coretan blog mahupun semasa ain ke udara di Radio IKIM, ain tegaskan bahawa tidak kiralah kita ini lahir dalam Islam atau setelah dewasa baru kembali pada Islam, itu bukanlah soal pokok.Kita semua sama saja, hamba Allah SWT.Tiada yang hebat daripada yang lain.

Baru-baru ini ain membaca luahan seorang mualaf di mana situasinya sama saja yang pernah berlaku pada ain sendiri dan ain pasti ramai lagi mualaf / revert Islam di luar sana mengalami perkara yang sama, terutama yang bernama wanita.

Ain kongsikan kembali sejarah di awal ain kembali pada Islam.

Ain memeluk Islam di awal usia 18 tahun.Fikirkan, dalam usia remaja sebegitu pasti jiwa anak muda sentiasa membara, ada saja perkara yang ingin diperdebatkan, dipertikaikan.Iman masih lemah, ilmu masih kurang, pengisian di jiwa masih kosong. Dalam fikiran hanya ingin diterima seadanya.Namun, perkara itulah yang sering menguji kesabaran dan pasti menitiskan air mata.

Untuk menghadiri kelas agama agak payah ketika masih di kolej, atas sebab-sebab peribadi dan ingin memenuhi permintaan keluarga, maka ain perlu beralah.Jauh di sudut hati, ain lemah dan perlukan bimbingan.

Rakan-rakan sekeliling ada yang membantu dan kebanyakkan masanya ain hanya menjauhkan diri daripada mereka.Kenapa? Kerana rasa rendah diri yang semakin menebal dengan desakkan pihak kolej di ketika itu, membuatkan ain semakin jauh hati dan merasakan diri ini tidak berguna.

Masa berlalu begitu pantas dan ain semakin hanya mengikut arus.Apa yang ain lihat orang Islam buat, maka itulah ain ikut.Perkara paling mudah ain boleh nyatakan di sini adalah dari segi berpakaian.Ilmu yang kurang dan tiadanya bimbingan yang betul diterima membuatkan ain hanya mengikut arus fesyen semata-mata.

Namun begitu dalam masa yang sama, ada kata-kata kurang enak yang mempertikaikan cara ain berpakaian memandangkan ain telah kembali pada Islam.Ain hanya mampu diam dan diam.Dalam fikiran ain ketika itu, kenapa ain sahaja dipersoalkan sedangkan yang dah sah sah lahir Islam pun tak ikut apa yang diajar, maka kenapa ain yang baru setahun jagung diperkotak katikkan ?

Itulah fikiran ain di usia remaja, sungguh tak matang bukan? Bila diri ini ingin mempelajari Islam , di cop sebagai ekstreme, ustazah, bila diri ini cuba berpakaian menutup aurat, dipandang jelek, bila diri ini masih tidak pandai mengaji, mula di cop "masuk Islam tu nak kahwin"... dan macam-macam lagi perkara yang jika diingat kembali..

Memilih untuk bernikah di usia muda dengan harapan diri ini semakin terjamin dapat menjaga diri dan agama dengan lebih baik. Namun, kuasa Allah, takkan mampu menghalang saat diuji.Apabila berkahwin dilabel dan dipertikaikan keIslaman diri ini.. Perkara yang paling menyakitkan adalah apabila ada yang dengan yakin berkata, " masuk Islam sebab kahwin". Allahuakhbar.. Sungguh diuji walau dengan kata-kata semata.

Begitu juga di saat Allah berikan lagi dan lagi hidayah buat diri ini untuk berhijrah dan kembali di jalan NYA, masih pengIslaman ain diuji. Saat ain menagih simpati mencari ilmu agama, ada yang mempersoalkan sepanjang ain memeluk Islam, takkan takde siapa yang ajar..Takkan suami tak bantu.

Sungguh tertekan, rasa rendah diri dibuatnya.Kenapa nak dikaitkan dengan suami? Suami sudah pasti membimbing sekadar yang beliau mampu, namun janganlah sampai merendah-rendahkan.Sebagai isteri, maruah suami tetap menjadi keutamaan.Dalam soal mencari ilmu agama, bukan hanya suami yang bertanggungjawab, DIRI SENDIRI juga perlu lebih bertanggungjawab dalam hal ini.

Alhamdulillah sepanjang perkahwinan yang hampir memakan usia 7 tahun, suami sangat memahami dan bukanlah jenis mendesak.Caranya yang lembut dalam memberi kefahaman agama itulah yang memudahkan dan membantu ain sepertimana sekarang ini.

Hampir 2 tahun mengenakan purdah/niqab atas izin Allah SWT dan suami tersayang, diri ini diberi kekuatan dalaman untuk meneruskan perjuangan yang masih belum terhenti.Seperti ain tekankan tentang betapa ceteknya pemikiran masyarakat Islam hari ini, begitu juga di ketika ain mengenakan purdah.

Di ketika saat ain ingin menuntut ilmu agama, ada segelintir daripada mereka yang sememangnya diyakini tahap ilmunya, memandang enteng akan diri ini.Di cop sebagai ekstreme, kumpulan parti politik tertentu, pertubuhan tertentu dan sebagainya.

Alhamdulillah, itu semua adalah pengajaran dan pengalaman hidup dalam mematangkan fikiran dan tindakkan di masa depan.

Alhamdulillah, hampir 10 tahun berlalu sejak ain kembali pada Islam hingga kini, Alhamdulillah atas segala ujian diberikan. Kerana ujian itulah ain semakin lali dengan pandangan serong atau kata-kata kosong yang dilontarkan masyarakat sekeliling.Tidak lagi memberontak, tidak lagi berkecil hati seperti dahulu.Bagi ain kini, itu semuanya adalah lumrah kehidupan.

Tidak seorang pun daripada kita terlepas daripada saat diuji.Ujian itulah yang mendidik kita hari demi hari.Ujian itu adalah tarbiyah atau didikan langsung dari Allah SWT dan ianya adalah sesuatu yang sungguh bernilai dan sangat bernilai dan seharusnya disyukuri.

Masih lagi mencari, masih lagi bertatih , masih lagi dahagakan ilmu Allah yang begitu luas ini.Pencarian masih belum terhenti, selagi hayat masih ada, maka gagahkan jua diri ini untuk terus berjuang.

Sedikit pesanan daripada diri ini yang lemah lagi hina buat mualaf yang telah kembali pada ISlam mahupun yang sedang berjinak-jinak mengenali Islam.Ini sedikit tips yang dapat ain berikan :


  1. Usah gentar akan tohmahan sekeliling, baik yang "born muslim" atau " non muslim" 
  2. Yakin akan janji-janji Allah pada hamba yang kembali di jalan NYA
  3. Berlapang dada saat diri diuji
  4. Terima ujian itu sebagai hadiah dari Yang Maha Esa
  5. Diam apabila perlu dan usah berdebat dengan mereka yang mungkin kurang ilmunya
  6. Ambil teguran secara positif 
  7. Berusaha menjadi lebih baik dan baik lagi dari sehari ke sehari
  8. Berusaha mencari ilmu agama walau dipandang jelek
  9. Yakin dalam menuruti perintah Allah SWT
  10. Kita adalah hamba Allah SWT, bukan hamba pada manusia atau diri sendiri
  11. Bersabar saat dipulaukan dalam masyarakat kerana tahu Allah ada dengan kita
  12. Letak Allah dalam hati, insyaAllah jiwa menjadi tenang
  13. Sentiasa merendah diri dan mengalah apabila perlu dalam menjaga hubungan keluarga

Alhamdulillah, insyaAllah ini sebahagian dan sedikit tips dapat ain berikan.Jika ada tambahan, bolehlah dikongsikan di ruang komen yea sahabat.

Moga Allah redha dengan nurkilan ini, aamiin.

Salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian 





4 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t. Saya suka perkongsian hamba Allah yang Mualaf. Walaupun saya born Islam, tetap terima ujian & dugaan seperti Mualaf. Jika baca penyampaian hamba Allah yang Mualaf, terubat sedikit luka di hati. Terima kasih di atas perkongsian Kak Ain.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam Fatin..
    Segala Puji Bagi Allah..semoga bermanfaat dan ingatan buat kita semua.

    Terima kasih dik sudi ziarah =)

    ReplyDelete
  3. Subhanallah .. saya juga mualaf .namun saya belum bisa meninggalkan orang tua saya yg tua dan adik saya kecil walau mereka kristen saya tetap sayang dan perduli kepada mereka. Dilema nya adalah mereka tidak tahu saya sudah Islam. Dan saya jadi bingung..

    ReplyDelete
  4. Terima ksh kak ain d ats perkongsian.. Sy pn akn mnjd muallaf.. Smoga dpermudahkn..

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR