Saturday, January 26, 2013

HAD DALAM BERKONGSI FOTO


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat sahabat semua, semoga senantiasa dalam lindungan Allah SWT, aamiin.

Sewaktu masih agak baru berniqab, ain akui agak janggal dan masih belum bersedia berkongsi gambar di alam maya.Tidak kurang juga ain meminta sahabat agar foto ain berniqab tidak di 'publish' di alam maya walau sekadar untuk kenang-kenangan dalam album masing-masing.

KEnapa?
Kerana masih belum ada kekuatan dalam diri, kerana takut, bimbang, ada rasa ujub, riak, takabur dalam diri ini. Maka jalan paling selamat adalah tidak berkongsi sebarang foto ketika itu.Bukan mudah untuk jaga hati ini.

Alhamdulillah, hari berlalu dan kekuatan itu datang tanpa disedari. Alhamdulillah segalanya datang dari Allah SWT.Kekuatan ini adalah nikmat yang Allah beri.

InsyaAllah cukup sekadar meletakkan profile pic sebagai pengenalan.Selain itu, jika perlu sahaja barulah foto dikongsi bersama sahabat semua. Maka, ain masih meletakkan had dalam berkongsi foto.Sekiranya ianya mendatangkan manfaat dan kebaikkan, insyaAllah tiada masalah.

Misalannya foto kenangan ain bersama Dj Norhayati Paradi sewaktu diwawancara di IKIM. Itu antara foto ain kongsikan sambil mempromosikan niqab yang dikenakan.

Mohon maaf yea andai ada yang berkecil hati sebelum ini. Mungkin kerana ain tidak jelaskan kenapa, mengapa ain berbuat demikian.Tiada niat menyinggung perasaan kalian.

Malah, sebelum mengenakan niqab juga ain mula tahu pasal niqab melalui foto-foto niqabis di alam maya.Orang pertama ain berhubung ketika itu adalah KakChik Niza. Asbab tertarik dan rasa ingin tahu itulah ain cari ilmu berkenaan berniqab.

SubhanAllah, indahnya aturan Allah ♥

Maka, ain tidak pernah prejudis pada niqabis yang berkongsi foto di alam maya, selagi mana foto berkenaan ada manfaatnya, insyaAllah.

Moga ringkasan ini merungkai kemusykilan atau rasa kurang senang sahabat pada diri ini, insyaAllah.

Salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian

3 comments:

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR