Tuesday, January 22, 2013

KESABARAN


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam ceria buat sahabat semua.

Sabar.
Begitu banyak ujian untuk menjadi orang yang sabar. Kesabaran seseorang bukan setakat diuji dari perasaan semata-mata, malah kesabaran itu melibatkan mental dan tindakan kita akan sesuatu ujian diberi.

Kesabaran yang sebenar adalah apabila sesuatu ujian/dugaan itu dapat diatasi melalui bagaimana tindakkan yang akan kita ambil dari perkara berkenaan, pemikiran atau daya kekuatan mental kita untuk bertahan serta perasaan dalaman kita.

Seseorang yang dikatakan benar-benar menghayati erti kesabaran adalah apabila saat dirinya diuji, hatinya tetap lapang dan tidak merasa sempit.

Seseorang yang dikatakan benar-benar menghayati erti kesabaran adalah apabila saat dirinya diuji, dia tidak akan bersungut/mengeluh atau bertindak melakukan sesuatu yang boleh menyakiti dirinya sendiri atau orang sekeliling.

Seseorang yang dikatakan benar-benar menghayati erti kesabaran adalah apabila saat dirinya diuji, masih mampu berfikir dan membuat keputusan dalam paras sedar dan tidak membuat keputusan mengikut perasaan/hawa nafsu semata-mata.

Sabar, emm..masih banyak perlu diperbaiki..insyaAllah. Ingatan buat diri ini.

Salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Dalam keadaan sekarang dimana tiadanya daulah, kita mesti banyak bersabar kerana gangguan bukan saja dari orang2 bukan Islam dari pelbagai sudut malah dari mereka yang mengaku Islam sendiri. Apatah lagi sekirannya kita baru nak menjinakkan (mu`alif) kepada Islam. Namun firman Allah SWT dlm Surah AlLuqman:17 : { يَا بُنَيّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَر وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَك } حَجَّاج , عَنِ ابْن جُرَيْج , فِي قَوْله : اصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَك مِنَ الْأَذَى فِي ذَلِكَ { إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْم الْأُمُور } قَالَ : إِنَّ ذَلِكَ مِمَّا عَزَمَ اللَّه عَلَيْهِ مِنْ الْأُمُور , يَقُول : مِمَّا أَمَرَ اللَّه بِهِ مِنَ الْأُمُور
    Dari tafsir AtTabari bahawa Hajjaj telah menceritakan kpd ku dari kata Juraij mengenai ayat ini iaitu,`Dan bersabarlah apa jua gangguan yang menimpa engkau keran yang demikian itu { sesungguhnya dari urusan2 yang besar/utama. Katanya lagi sesungguhnya itu merupakan keutamaan Allah drpd segala urusan.

    Begitu juga kesabaran ini telah dilalui oleh para rasul yang digelar `Ulul Azmi` dimana mereka bersabar menghadapi cabaran yang hebat terhadap umat mereka.
    Oleh itu, janganlah mudah sangat kita berputus asa dan cepat meminta doa menghapuskan mereka yang pernah menyakiti dan mengganggui kita. Biarkan dan serahkanlah urusan mereka itu kepada Allah SWT. Surah AlAhqaf:35 فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِل لَّهُمْ (Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu).
    Surah Muzammil:10 وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا
    InsyaAllah kita hadapilah mereka dengan kesabaran dan jauhilah mereka dengan cara paling baik dan halus kerana pusingan roda Islam adalah dibawah dalam erti kata kita tidak mempunyai kekuatan daulah!
    Wallahualam

    ReplyDelete
  2. sabo tu datang dari pemberian ALLAH kepada sesiapa yg DIA pilih ...berbahagialah yg terpilih أن ألله يحب ألصابرين

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR