Sunday, January 13, 2013

RINTIHAN SEORANG HAMBA



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera sahabat dihormati.Semoga semua senantiasa dalam lindungan Allah SWT.




Setiap sesuatu perkara itu apabila ianya menyakitkan anggaplah ianya teguran langsung dari Allah SWT.ingatan agar kita senantiasa muhasabah diri kembali.

Kita rasakan diri kita ditipu, dihina, diluka sedangkan kita tak pernah berharap ianya berakhir begitu..

Kita mengharapkn segalanya berakhir dengan perkara yang indah dan menyukakan hati kita..

Rasulullah SAW pernah bersabda:

"... dan sentiasalah bersikap pertengahan, sederhana, hasil yang akan diperoleh dengannya, kamu akan mencapai sasaranmu(syurga)."
[HAdis Riwayat Bukhari]

Maksudnya di sini jika bersedih, jangan berlebih-lebihan, jika suka , jangan keterlaluan , jika membenci, jangan terlalu membenci...semuanya biarlah besederhana,

Pada sahabat semua yang kini dalam episod duka dalam kehidupan, marilah  perbanyakkn bersujud dan menadah tangan pada Allah SWT. Mohonlah pada Allah, rintihlah pada Allah dengan sepuas-puasnya. Hanya Allah yang lebih memahami rasa hati kita dan tahu apa yang terbaik buat hamba NYA.



Copied Status via ukhti Aishah Chia 

"Bila tertekan atau sedih......

Kebanyakkannya akan duduk sendiri sambil mendengar lagu mendayu-dayu ...ada yang masuk bilik buka lagu Rock dengan sekuat hati tak kurang juga ada menangis sampai tertidur....TAPI....................

JARANG-JARANG kita masuk bilik ,ambil air wuduk, bentangkan sejadah ,buat solat dan terus berdoa hingga menangis semahunya....k
enapa tiada kesedaran itu ya?

Allah yang menimpakan ujian itu sepatutnya kita harus bangun dari ujian itu menghadapNya, itu baru cara betul, bukannya bila di uji dengan ujian yang berat terus tak mahu jumpa Allah lansung...sebaliknya buat ubat penenang sendiri...NO!!...itu cara yang salah...penawar itu ada pada Allah...DIA bagi sakit DIA jua lah adalah PENAWARNYA.....lagi mujarab lagi !!!!!! SubhanAllah............rugilah orang yang tak mahu mencari penawar iniii....."



Berusahalah menjadi hamba Allah yang bersyukur.Terlalu banyak nikmat yang boleh kita syukuri.Usahlah bersedih atau bergundah gulana.Setiap sesuatu ujian itu ada hikmahnya.


Yakinlah pada Allah.Hanya pada NYA kita bertawakal dan berserah diri.


Salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian




1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt
    Menyentuh ttg komen ukhti Aishah Chia, perlu kita ketahui bahawa kita mesti berpegang kitab Allah supaya kita tahu perjalanan hidup dan mendirikan solat. Ayat ini dan sebelumnya adalah mengenai mereka yang mahu bertaubat. Surah Al`Araaf:170 وَالَّذِينَ يُمَسِّكُونَ بِالْكِتَابِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ الْمُصْلِحِينَ Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).
    Dengan adanya AlQuran sebagai petunjuk, kita kena tahu kedudukan kita dalam keadaan semasa (waqi`) apa yang perlu dibuat. Kalau kita menangis sekalipun meminta simpati dan tidak membuat sesuatu yang diperintahkan oleh Allah SWT maka itulah yang digambarkan dlm Surah AdDukhan:29 فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ وَمَا كَانُوا مُنظَرِينَ Mereka itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.
    Sebaliknya jika kita tahu apa yang perlu dilakukan dlm keadaan zaman skrg, InsyaAllah Allah SWT merahmati amalan kita selalu. Surah Maryam:58 إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُ الرَّحْمَـٰنِ خَرُّوا سُجَّدًا وَبُكِيًّا Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.
    Wallahualam

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR