Sunday, March 31, 2013

BERANI BERNIAGA 2013

Bismillahirrahmanirrahim.




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat sahabat semua.

Alhamdulillah diberi kelapangan dan kesempatan pada hari ini untuk menghadiri Klinik Usahawan bersama dengan DAO Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman di SACC Shah Alam yang bermula sekitar 8.30am dan berakhir kira-kira 6pm tadi. Alhamdulillah.

Masa agak padat dan penuh terisi hingga tidak mempunyai masa untuk bergambar kenangan sepanjang program berlangsung.

Pelbagai topik dan tips dikupas serta dihuraikan oleh Dr Azizan Osman buat bakal usahawan dan usahawan yang telah berniaga berpuluh-puluh tahun. Pelbagai strategi dikongsikan dan teknik pemasaran disampaikan di dalam kursus yang berlangsung pada hari ini.

Masih terngiang-ngiang kata-kata beliau berkenaan "MATLAMAT".

Apa matlamat kita dalam bisnes ini?

DAO menekankan kepada para peserta dan juga diri ain sendiri bahawa tanpa MATLAMAT yang jelas, apa jua yang kita lakukan takkan pernah habis dan takkan berjaya. Walau kita mempunyai modal besar sekalipun, namun tiada MATLAMAT jelas untuk dicapai maka sia-sia sahaja usaha kita selama ini.

Apa kita fikir.. Apa kita rasa.. Apa kita cakap.. Apa kita buat... itu semua adalah DOA!

So nak dapat hasil yang TERBAIK, maka kita perlu ubah cara kita fikir, cara kita rasa, cara kita bercakap dan cara kita membuat sesuatu pekerjaan.

Alhamdulillah ilmu bermanfaat, penuh pengisian yang diperoleh sepanjang hari ini.

Moga dapat digunakan ilmu yang diberi semanfaat yang mungkin untuk kembangkan NUR AIN'Z BOUTIQUE , InsyaAllah, aamiin

Sekadar coretan ringkas, ingin merehatkan badan dan minda.


FAST ACTION FAST RESULT
TERHEGEH-HEGEH ACTION
TERHEGEH-HEGEH RESULT


Salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian

2 comments:

  1. bagus seminar doktor Azizan ni... tapi yang tak bestnya sebelum mula seminar dia mulakan dengan tarian senaman dulu...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudara Ilham.Terima kasih atas pandangan diberikan.

    InsyaAllah moga satu masa nanti ada yang berani ke depan dan maklumkan pada beliau perkara berkenaan.Moga dapat diperbaiki lagi di masa depan.

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR