Monday, March 25, 2013

SUATU KETIKA...

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum sahabat semua.Moga sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria selalu.

Nurkilan hati buat sahabat semua ...





Setiap ujian itu ada hikmahnya.. 
Ada maksud yang tersembunyi.. 
Ada ingatan yang ingin Allah berikan..
Usah khuatir atau berduka cita..

Kita harus ingat..
Suatu ketika kita hamba yang leka..
Suatu ketika kita hamba yang lalai..
Suatu ketika kita hamba yang mudah lupa..
Suatu ketika kita hamba yang tidak tahu nilai kesyukuran..
Suatu ketika kita hamba yang begitu asyik dengan godaan dunia..

Apalah sangat dengan ujian kita terima sehari-hari..
Apalah sangat dugaan yang Allah berikan ini..
Apalah sangat tohmahan yang kita lalui sehari-hari..

Sedangkan nikmat Allah begitu luas dan begitu luas Rahmat NYA..
Terimalah dengan berlapang dada dan katakan pada diri,

"Ada bahagian yang pernah aku lalai suatu ketika dulu, dan aku tak pernah ambil tahu.Dan kini Allah nak kurangkan keburukkanku yang lalu, maka aku harus terima segala ujian pada hari ini..moga ia kifarah dosaku yang lalu... "

Lihatlah sudut positif dari segala yang terjadi.. Pasti akan ada rasa ceria dan kegembiraan yang kita kecapi..

Tak percaya, cubalah... =)


Semoga bermanfaat..InsyaAllah

Salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian

2 comments:

  1. Bismillah hirrahmaan nirraheem

    Allaah mengetahui akan semua kak..
    Moga Allaah jugalah yang menyembuhkan duka dan menambah taqwa kita padaNYA.

    Ujian .Sesiapa pun merasainya..Namun yang membezakan ia adalah cara kita menerima dan melihat ujian itu.IA datang dari ALLAAH. .Mengingati Allaah sepanjang saat duka tanpa mengeluh kesah.Allaah itu tidak buta ,malah tidak pula tuli.

    Sebaik-baik ganjaran adalah orang yang sabar apabila di uji dan dia ingat bahawa Allaah itu memberi atas sebab :)

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR