Thursday, March 14, 2013

♥ UJIAN ITU TANDA ALLAH SAYANG ♥

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat sahabat dikasihi, semoga senantiasa dalam rahmat Allah SWT, aamiin.

Hati dan perasaan ini sentiasa berbolak-balik.Umpama badai ribut yang melanda menghasilkan ombak besar.Begitulah hati manusia.Mudah tersentuh, mudah menangis, mudah rapuh saat diri diuji.

Hati ini Allah yang pegang.Maka mohonlah pada pencipta NYA agar hati ini senantiasa dalam lindungan Allah SWT dan sentiasa dilindungi dari perkara-perkara kemungkaran.





Entry kali ini bukanlah sesi luahan perasaan, namun lebih kepada perkongsian pengalaman yang begitu besar dan benar-benar mendidik diri ini.

Agak sukar untuk ain kongsikan kesemuanya pada sahabat.Secara ringkasnya, ujian berat yang Allah hadiahkan pada ain dan suami alami sekarang ini benar-benar menginsafkan kami yang selama ini alpa dan leka.

Manakan tidaknya, kami mulai sedar betapa lemahnya kami dan betapa kerdilnya kami di sisi Allah SWT.Saat diberi kelapangan kita mudah lupa, namun saat kesempitan barulah tahu mendongakkan dagu ke langit.

Boleh dikatakan setiap malam kami bersembang, berbincang dan memberikan kata-kata semangat antara satu sama lain kerana kami sedar Allah sedang menguji kekuatan ikatan perkahwinan ini.

SubhanAllah Alhamdulillah , Segala Puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Ain tak ingat hadis atau ayat mana tapi ain sering dengar perkongsian daripada ustaz/ulama yang mengatakan setiap sesuatu yang berlaku itu adalah tanda Allah masih sayangkan kita, maka dengan ujian ini Allah ingin bersihkan dosa-dosa kita yang lalu.

Yea, dosa-dosa yang lalu antara sedar atau tanpa diri ini sedari.

Saat kita diberi kelapangan , kita lupa untuk memberi pada yang kesulitan.Saat kita diberikan kemudahan, kita lupa memberikan kesenangan pada yang memerlukan.Maka itu antara sebab satu-persatu nikmat kita ditarik seketika sebagai peringatan bahawa ada bahagian nikmat/rezeki kita peroleh itu adalah bahagian orang lain yang lebih memerlukan.

Yea ain akui itu semua.. Allah sedang menegur diri ini untuk berubah dan berubah ke arah yang lebih baik lagi, insyaAllah. Cuba kuatkan semangat dalam diri ini hari demi hari.

Andai nurkilan ini dibaca oleh sahabat-sahabat yang rapat dengan diri ini, syukran jazillan ain ucapkan pada sahabat kerana telah banyak membantu ain selama ini.Tidak kiralah dari segi material atau sokongan moral semata-mata.

Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.Mohon ampun maaf andai ain pernah menyakiti sahabat antara sedar atau tanpa diri ini sedari..

Salam Perjuangan, hingga ketemu lagi di coretan akan datang.

Nur'Ain Vivian




No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR