Tuesday, April 16, 2013

PENGESAHAN KEMASUKKAN PENGAJIAN 'ISLAMIC FUNDAMENTAL COURSE 2013' DI IIUM

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat sahabat semua.Alhamdulillah bertemu kembali setelah sekian lama tidak mengemas kini perkembangan atau coretan.Moga sahabat semua senantiasa dalam keadaan sihat dan dalam lindungan Allah SWT.

Ingin berkongsi kegembiraan ini bersama sahabat semua. Alhamdulillah, penantian selama ini akhirnya Allah makbulkan. Alhamdulillah ain mendapat tawaran kemasukkan sesi pengajian "Islamic Foundation Course" di Universiti Islam Antarabangsa [UIA/IIUM].




Ain mendapat tawaran ini lebih kurang 2 bulan yang lalu melalui Sister Yap, salah seorang muslim revert yang bergiat aktif dalam bidang dakwah dan kebajikkan.Beliau seorang yang begitu peramah dan mengambil berat soal kebajikkan muslim revert serta seorang yang amat mudah didekati. Alhamdulillah.

Alhamdulillah surat pengesahan tawaran kemasukkan belajar diterima pada 8 April 2013 yang lalu. InsyaAllah kursus pengajian ini akan bermula pada 11 Mei 2013, bertempat di IIUM Gombak. Pengajian hanya seminggu sekali dan masa yang diperuntukkan sekitar 2 jam 30minit. Kursus ini akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris oleh pensyarah-pensyarah dari pihak IIUM sendiri.

SubhanAllah Alhamdulillah. Tidak pernah terlintas akan menjejakkan kaki ke IIUM dan tak pernah terlintas dalam usia sebegini masih diberi kesempatan dan peluang untuk mengikuti kursus di tempat sedemikian.





Bila diimbas kembali beberapa tahun yang lalu, ain ada cuba 'survey' tawaran belajar di IIUM, namun keadaan ketika itu tidak begitu mengizinkan.

Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar.. Allah Maha Besar.

Rintihan, keinginan, hasrat hati ini Allah tidak sia-siakan dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar bisikan hati hamba NYA.Allah Maha Mengetahui saat dan waktu yang sesuai untuk tunaikan hasrat hamba NYA.

Tempoh pengajian adalah dalam masa 6 bulan sahaja dan setiap modul pengajian yang bakal dipelajari mengambil masa kira-kira 3minggu.InsyaAllah.

Antara modul yang bakal dipelajari:
  • Introduction to 'Aqidah
  • Introduction to Fiqah
  • Introduction to Islamic Ethnics
  • Introduction to 'Quran
  • Introduction to Sunnah
  • Introduction to Islamic Worldview

Cabaran yang bakal ain tempoh adalah dalam menguasai bahasa pengantaranya iaitu Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama pengajian. Sudah tiba masanya ain keluar dari kepompong selesa dan berusaha menambah kemahiran dalam bahasa Inggeris. InsyaAllah moga kemahiran yang bakal diperoleh kelak akan menambah keyakinan diri ini untuk berdakwah dalam bahasa Inggeris pula.

Dalam mencari ilmu pasti perlu tempuh saat kesukaran. Kelemahan ain dalam bahasa Inggeris tidak harus menjadi penghalang dalam mencari ilmu Allah. Jadikan masalah atau kelemahan itu suatu peluang untuk perbaiki diri dan untuk terus maju ke depan, bukannya semakin berundur ke belakang.

Pernah dipersoalkan apa matlamat ain sambung belajar.Persoalan  yang benar-benar mengejutkan ain sebenarnya.Namun, ain pandang ia sebagai suatu cabaran untuk tingkatkan semangat dalam diri ini.

Bagi sahabat-sahabat yang sememangnya cintakan ilmu agama, cintakan ilmu Allah pasti tahu kenapa, mengapa perlu adanya keazaman yang tinggi dalam menimba ilmu.

Ilmu Allah itu luas, takkan tertampung luasnya ilmu Allah SWT dengan lautan di muka bumi ini.Seperti dalam Firman Allah SWT :

Katakanlah Muhammad : "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk [menulis] kalimah-kalimah Tuhanku, sesungguhnya habislah lautan itu sebelum habis [ditulis] kalimah-kalimah Tuhanku..."

[Surah Al-Kahfi 18:109]

Peluang untuk menyambung pengajian dalam bidang pengajian Islam amat dinanti-nantikan dan tak kiralah peringkat sijil sahaja sekalipun. Soal sama ada pengajian berakhir walau hanya memperoleh sekeping sijil atau diploma, itu bukanlah titik noktah dalam mencari ilmu Allah.

Bagi ain itu bukan yang dikejar, hanya ingin memanfaaatkan usia yang masih ada ini sebaik mungkin dalam menambah ilmu di dada. Selagi sihat , ain perlu gunakan ia semanfaat yang mungkin kerana boleh jadi esok, boleh jadi lusa ain tak mampu berbuat demikian lagi.


Bukan populariti dikejar, bukan penghormatan manusia dicari, bukan status dalam masyarakat diimpi-impikan. Hanya mencari redha Allah SWT.

Hanya redha Allah SWT semata-mata, moga Allah redha dengan usaha kecil ini, aamiin.

InsyaAllah semoga Allah permudahkan dan lapangkan urusan ain dan sahabat semua dalam mencari ilmu. Carilah di mana-mana, ilmu Allah ada di merata dunia.

Salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian


7 comments:

  1. as-salam ain,

    tahniah dapat study di sana. klu dekat rasa nak joint jugak tp skang rini pun masih study part time di oum. umur atau bahasa jgn jadikan penghalang utk belajar. jika niat kita kerana Allah, insya'Allah segalanya dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam Rini :)
    SubhanAllah Alhamdulillah, syukran Rini atas kata-kata semangat yang diberikan. InsyaAllah bahasa bukan penghalang dalam menimba ilmu Allah SWT.. insyaAllah kena kuat semangat!

    ReplyDelete
  3. Assalamua'laikum Sis.
    Alhamdulillah.. Allaah granted your du'a .MasyaAllaah.. Tabarakallah..InsyaAllaah my prayer always be with you..
    It's time to change and get a new environment, new friends and new things to learn!

    I'm remembered this hadith from Abu Darda:-
    “If anyone travels on a road in search of knowledge, Allah will cause him to travel on one of the roads of Paradise. The angels will lower their wings in their great pleasure with one who seeks knowledge, the inhabitants of the heavens and the Earth and the fish in the deep waters will ask forgiveness for the learned man.

    I pray that Allah (Subhanahu Wa’Tala) removes all your ordeals and hardships, blesses you all with a good life and helps you remember Him day and night, for “Verily, with remembrance of Allah, do hearts find rest”. (Surah Ar-Ra’d , verse 28)

    Love,
    Your Friend
    Nor ^_^
    Jeddah,
    12.46 am


    ReplyDelete
  4. macam mana awak mohon khursus ni? apa2 pun tahniah kerana di pelung untuk sambung belajar dan semoga dpermdhkn urusan..

    ReplyDelete
  5. tahniah.. semoga semua urusan dipermdhkn.. nak tnya macam mne ain mohon untuk ikut khursus ni..?

    ReplyDelete
  6. wa'alaikumussalam adik Nor...jauh nun dari Jeddah..hihi..aik kacek English ye.. adeh..akak masih bertatih ni nak faham BI.. syukran nor atas perkongsian..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum sis Kamalia.. terima kasih sudi singgah ke blog Nur..Berkenaan pertanyaan saudari, ain dapat info dari pihak Macma selangor yang mencari muslim reverts yang berminat untuk belajar..dan kursus ain dapat ni di bawah tajaan sebuah bank tempatan.

    Alhamdulillah, peluang datang maka ain taknak lepaskn peluang ni.

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR