Saturday, September 14, 2013

PENGAJIAN BERKITAB @ MADRASAH DARUL ISTIQAMAH

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat sahabat semua.Semoga sentiasa dalam Rahmat Allah SWT, semoga segala urusan kalian senantiasa dipermudahkan dan dilapangkan, aamiin.

Alhamdulillah diberi kelapangan dan kekuatan untuk membuat sedikit coretan di sini untuk tatapan bersama sahabat semua.

Perkongsian bersama, sebagaimana ain pernah maklumkan pada coretan sebelum ini, kini ain dan suami menetap di salah sebuah madrasah sekitar Muar, Johor.

Di bawah ini ain kongsikan beberapa foto sewaktu sesi pengajian berkitab yang berlangsung baru-baru ini :



Antara sahabat muslimin yang hadir sewaktu pengajian.



Moga para jemaah yang hadir terus istiqamah menuntut ilmu Allah SWT, aamiin.



Para pelajar madrasah turut sama tidak ketinggalan mengikuti kuliah bersama penduduk setempat.



Ruang bahagian belakang dibahagikan bagi memisahkan kaum muslimat yang hadir.



Antara sahabat muslimat yang hadir



Ustaz Imran, mudir Madrasah Darul Istiqamah


Madrasah Darul Istiqamah adalah sebuah pusat pengajian berkitab yang terletak di Simpang Baba, Muar Johor.

Selain menjadi pusat pendidikan dan pembelajaran Islam bagi para remaja, madrasah ini turut mengadakan pengajian berkitab bagi orang dewasa pada waktu malam khususnya.

Foto-foto ini diambil dalam salah satu siri pengajian yang diadakan di sini iaitu setiap minggu pada hari Khamis, malam Jumaat, insyaAllah.

Beberapa kitab akan digunakan dalam sesi kuliah ini yang bermula sekitar jam 10pm-12pm.

Sesi pengajian akan dimulakan dengan bacaan zikir Ratib Al-Hadad dan majlis ilmu ini disudahi dengan bacaan selawat dan doa buat kaum muslimin dan muslimat, insyaAllah.

Muslimin muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ilmu ini.
Bagi yang berminat menghadirkan diri, berikut adalah alamatnya :

Madrasah Darul Istiqamah :
Location LOT 1425, SB17, Kampung Simpang Baba, mukim sungai terap, 84000 Muar, Johor, Malaysia 

InsyaAllah akan ain kongsikan lagi perkembangan dan aktiviti kuliah yang disediakan di sini.

Salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian 


7 comments:

  1. Assalamualaikum.. Adik saya ada belajar di madrasah ini.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum , nak tanya . Apa kelayakan untuk masuk ke madrsah ni ?

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumussalam Anonymous.
    SubhanAllah yeke. Siapa nama adiknya? mungkin ain kenal..Jika ada apa-apa boleh pm ain di email ye nurainvivian@gmail.com

    ReplyDelete
  4. wa'alaikumussalam Riyona Hidayat.
    Terima kasih bertanya.

    Jika saudara maksudkan kuliah mingguan untuk orang dewasa, insyaAllah takde had dan terbuka pada orang awam untuk hadirkan diri.

    Namun jika saudara maksudkan untuk menjadi pelajar madarasah di Darul Istiqamah, hanya pelajar lelaki sahaja diterima.DI sini disediakan 2 jenis pengajian iaitu ALIM DAN HAFIZ.

    Saudara boleh berhubung dengan UStaz Haji Imran, mudir madrasah Darul Istiqamah di no ini 012 2260403.

    Sebarang pertanyaan boleh email kepada ain juga ye, insyaAllah .
    Email : nurainvivian@gmail.com

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum sye slah seorang pelajar kat madrasah darul istiqamah

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum umm tumpang tanya ya ukhti sye nk tanya boleh ke klau pelajar perempuan hendak memohon untuk memasuki madrasah ini syuqron ukhti

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR