Monday, December 2, 2013

MERAWAT DIRI DENGAN AMALAN RUQYAH SYARIYYAH

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat teman-teman ain kasihi.Semoga senantiasa dalam Rahmat Allah SWT.Semoga sentiasa dalam lindungan NYA, aamiin.

Setiap perbuatan, perlakuan atau pekerjaan kita lakukan perlukan keyakinan, iaitu rasa YAKIN akan KEKUASAAN ALLAH SWT.

Tiada suatu apapun pekerjaan yang kita lakukan walau niat kerana Allah sekalipun, namun tanpa keyakinan, tanpa kesedaran, tanpa kefahaman, maka amalan itu hanyalah sia-sia.Tiadanya keikhlasan dalam beramal, maka kosonglah amalan itu.

Begitu juga dalam merawat diri, tidak kiralah merawat diri dari masalah gangguan makhluk halus, penyakit misteri, penyakit moden misalan kanser, darah tinggi, sakit jantung, penyakit mental dan sebagainya. Semua ini memerlukan perkara-perkara yang ain sebutkan sebentar tadi.

Dalam beramal perlu ada ilmu, nak sihat perlu ada ilmu, perlunya keyakinan, perlunya kefahaman, perlunya kesedaran.

Dalam suatu situasi apabila kita merasa tidak sihat, jatuh sakit, sudah pasti perkara pertama yang bermain di minda adalah ingin berjumpa dengan doktor atau mencari ubat yang bersesuaian dengan penyakit yang dihidapi.Jarang sekali di minda kita mengingati Allah SWT, jarang sekali kita menadah tangan, menundukkan diri sebagai hamba meminta diberikan kesembuhan dari Yang Maha Kuasa.Jarang sekali...

Hanya di saat-saat kritikal, atau di saat sudah berhabis ikhtiar barulah Allah yang dicari.Itulah lumrah seorang manusia.Sering alpa dan leka sebagai seorang hamba. Diri ini juga tidak terlepas sebegitu.

Astaghfirullahal azim... Kami memohon ampun, taubat kepada Mu Ya Allah..

Sabda Nabi Muhammad SAW :

"Sebaik-baik ubat adalah Al Quran."
[Riwayat At Tirmizi]

Sabda Nabi lagi:

"Hendaklah kamu melakukan 2 kesembuhan ; Madu dan Al Quran." 
[Riwayat Ibn Majah]

Di dalam Al-Quran ada dinyatakan dalam firman NYA dalam surah Al Isra ayat 82 ;

"Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNYA."

SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar

Hebatnya Allah SWT yang telah menghadiahkan kita dengan ayat-ayat Al Quran, bukan sekadar panduan, malah untuk tujuan kesembuhan.Di dalam Al Quran itu sendiri adanya ubat, ayat-ayat penawar bagi setiap jenis penyakit, insyaAllah. Semuanya dengan izin NYA.

Ingin berkongsi kisah seorang sahabat yang ain kenali baru-baru ini.Beliau disahkan kanser dan telah pun menjalani rawatan seperti yang biasa kita dengari.Ain berkongsi secara ringkas kisah beliau yea, moga-moga ada iktibar yang boleh kita perolehi.

Di saat beliau disahkan mengidap penyakit kanser, semangat juang dalam dirinya goyah.Seperti kebanyakkan pesakit kanser lain, dalam fikiran mereka sudah pasti tiada ubat yang dapat merawat atau menyembuhkan, jalan akhir yang difikirkan adalah kematian.

Mengimbas kembali pengalaman lalu sebagai seorang jururawat dan ditugaskan di wad yang sering menerima pesakit yang disahkan kanser dan memerlukan pembedahan, emosi para pesakit ini kebanyakkannya tidak stabil dan tahap kesihatan mereka juga sangat lemah.

Berbeza dengan sahabat yang ain ceritakan ini.Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, beliau dipertemukan dengan insan-insan yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu amalan rawatan pengubatan Islam menggunakan ayat-ayat suci Al Quran.

Bermula dengan pengambilan makanan sunnah, seterusnya pengenalan kepada amalan perubatan berasaskan Ruqyah Syariyyah iaitu ayat-ayat Al Quran, ayat-ayat kesembuhan.

Dari situ dapat dilihat perkembangan positif beliau di mana beliau semakin positif dalam usaha merawat diri, malah keyakinan serta kebergantungan beliau akan kekuasaan Allah SWT yang Maha Menyembuhkan semakin meningkat.Beliau masih meneruskan rawatan hospital seperti yang dicadangkan, namun sama sekali tidak meninggalkan amalan makanan sunnah serta yang paling utama rawatan menggunakan ayat-ayat Al Quran.Alhamdulillah kini beliau kelihatan sihat, malah lebih cergas berbanding sebelumnya.

Kisah di atas adalah salah satu contoh yang boleh kita jadikan iktibar.Merawat diri dengan menyerahkan segala urusan, proses kesembuhan pada Allah SWT.

Buat makluman sahabat, apa ain ingin kongsikan ini, insyaAllah semoga ada pengisian dan manfaat yang boleh dijadikan pedoman bersama.Dari pengalaman ain sendiri pula, alhamdulillah atas izin Allah SWT, diri ini diberi ujian sakit dan dalam masa yang sama Allah tunjukkan jalan untuk kesembuhan, iaitu dengan menjadikan ayat-ayat suci Al Quran sebagai proses rawatan yang utama.Menjadikan Allah SWT sebagai tujuan utama dalam setiap perkara kehidupan.

Berkenalan dengan insan-insan hebat dan istimewa, semuanya atas izin Allah SWT.Alhamdulillah Allah berikan sakit, Allah berikan juga penawarnya.

Agak sukar untuk dijelaskan, namun apa yang ain lalui ini sudah memakan tahun namun detik ain memulakan rawatan diri dengan sebenarnya adalah semenjak setahun yang lalu.Alhamdulillah Allah beri izin agar hati ini berlapang dada dalam memulakan langkah merawat diri ini.

Sejak memeluk Islam, dan hingga kini, ain seorang yang tidak mudah untuk menerima rawatan atau lebih mudah dalam bahasa masyarakat Melayu Islam, tidak mudah 'berubat' dengan sesiapa tanpa diyakini dari mana datang ilmunya itu.Walau masyarakat sekitar mengiyakan kebolehan atau kehebatan seseorang perawat, diri ini tidak mudah tergoda dengan janji-janji manis yang dicanangkan.

Mengimbas kembali keadaan diri dahulu dan kini.Walau sakit yang dialami tidaklah sehebat sahabat-sahabat lain di mana ada diantara kisahnya yang pernah melalui detik nazak, namun kini sahabat ini pulih sepenuhnya.

SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar

Maha Suci Allah atas kekuasaan NYA...

Apa yang ain ingin cuba sampaikan, tekankan di sini adalah.Dalam memulakan sesuatu rawatan diri tidak kiralah penyakit fizikal atau mistik sekalipun, perkara UTAMA yang perlu menyinggah pada diri kita adalah;

~adakah rawatan itu berlandaskan syariat Islam atau tidak dan 
~adakah rawatan itu boleh mengakibatkan akidah kita terpesong atau sebaliknya.

KUNCI UTAMA dalam proses kesembuhan adalah

~KEYAKINAN
~KEFAHAMAN
~KESEDARAN
~KEIKHLASAN
~KESUNGGUHAN
~RASA RENDAH DIRI SEBAGAI SEORANG HAMBA ALLAH SWT

Tidak kiralah rawatan menggunakan teknologi moden atau Islam sekalipun, apabila semua perkara di atas dititikberatkan, insyaAllah Allah akan berikan kesembuhan sesuai dengan usaha hamba itu sendiri dalam proses merawat diri sendiri.

Buat sahabat ain kasihi di luar sana yang sedang membaca nurkilan ini, andai ada diantara sahabat yang sedang mengalami sebarang jenis penyakit tidak kiralah penyakit ringan atau berat, telah memulakan rawatan hospital dan sebagainya, teruskanlah usaha sahabat namun dalam masa yang sama kita perbaiki niat dan nawaitu kita dalam usaha, proses penyembuhan.

Allah berikan kita penyakit bukan dengan sia-sia, Allah hadiahkan kita kesakitan bukan dengan sia-sia, Allah berikan nikmat sakit bukan dengan sia-sia.Ingatlah sahabat, ingatan buat diri ni, setiap sesuatu yang berlaku itu bukanlah dengan sia-sia.

Dari kesakitan itulah, Allah uji kita dari segi pergantungan kita pada NYA dengan sebenar-benarnya.Dari ujian itulah Allah ingin lihat sejauh mana kesungguhan seseorang hamba itu merawat diri dengan sepenuhnya dan sebenar-benar yakin akan kekuasaan NYA.Dan dari ujian ini juga, diri kita diuji sebagai seorang hamba.

Allahuakhbar...

Di sini ain ingin mengajak sahabat semua sama-sama kembali merawat diri dengan mendekati Al Quran.Gunakan ayat-ayat Al Quran, KALAMULLAH sebagai rawatan terapi yang utama selain rawatan tambahan yang lain menggunakan kaedah perubatan moden.

Kehebatan Al Quran tidak boleh disangkal lagi, malah dapat dilihat masyarakat Islam kini mulai sedar ada benarnya rawatan Islam mampu dan berkesan memulihkan penyakit kronik berbanding dengan rawatan moden.Semuanya dengan izin Allah SWT.

Berikut adalah beberapa amalan yang boleh sahabat lakukan sedikit demi sedikit namun konsisten [istiqamah]. Usah kelam-kabut, atau merasa tertekan kerana ain sendiri bermula dari bawah.


  • amalkan bacaan surah Al Baqarah selama 3 hari berturut-turut, sebaik-baiknya dilakukan sekali setiap bulan.
  • amalkan bacaan surah Yassin setiap pagi dan petang atau sekali sekurang-kurangnya setiap hari.
  • lazimkan diri membaca surah Ayatul Kursi, Al Muawwizat iaitu 3 Qul [Surah Al Ikhlas, Al Falaq, An Naas] setiap kali selesai solat Fardhu dan sebelum tidur.
  • amalkan terapi mandi ais dan garam yang telah diruqyahkan 
  • sentiasa berwudhu walau bukan di waktu solat
  • amalkan terapi menggunakan minyak wangi yang telah diruqyahkan pada 32 'point' tubuh badan
  • berbekam mengikut tarikh sunnah
  • mulakan amalan pemakanan sunnah pada diri dan keluarga
  • amalan zikir yang khusus misalnya Ratib Al Hadad, Al Mathurat dan sebagainya mengikut kemampuan diri
  • membaca Al Quran setiap hari tanpa mengira waktu
  • lazimkan diri dengan amalan membaca ayat Ruqyah Syariyyah atau ayat-ayat kesembuhan dari Al Quran, sebaik-baiknya 2 kali sehari atau sekali setiap hari.
Ini adalah sebahagian yang mampu ain kongsikan bersama sahabat semua.Secara ringkasnya, amalan ini bertujuan sebagai pendinding diri, malah dalam masa yang sama membantu kesembuhan penyakit fizikal yang lain sama ada dalam keadaan kita sedar atau tidak.


Salah satu masalah kesihatan yang ain alami sejak remaja hingga kini adalah masalah sakit tulang belakang.Alhamdulillah setelah mengamalkan ruqyah syariyyah, sakit tulang belakang ain sembuh sepenuhnya.SubhanAllah Alhamdulillah.. semuanya dengan izin Allah SWT.

Selain masalah tulang belakang, penyakit-penyakit lain yang ain sendiri tidak sedar atau tanpa sedar telah lama ada dalam diri ini turut mengalami kesan.Sedikit demi sedikit Allah tunjukkan, sedikit demi sedikit Allah berikan kefahaman dan kesedaran.

SubhanAllah SubhanAllah SubhanAllah...

Buat sahabat yang mencari panduan bacaan Ruqyah Syariyyah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, di sini ain kongsikan buku panduan yang telah ditulis sendiri oleh Ustaz Hayat Kiswah , Pengerusi Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia [KISWAH].



 


Di sini pula adalah cd bacaan ruqyah Syariyyah yang boleh diperdengarkan seharian di rumah bersama keluarga :




Sahabat boleh terus ke link KISWAH untuk info terkini berkenaan perubatan Islam dan bagi sahabat-sahabat yang berhajat untuk mendapatkan Handbook Ruqyah Syariyyah dan CD tersebut, boleh emailkan pada ain di nurainvivian@gmail.com yea.

Atau bagi sahabat yang ingin berkongsi pandangan atau pendapat boleh emailkan juga di alamat ain berikan tadi, insyaAllah.

Buat sahabat yang ingin turut serta dalam majlis bacaan Ruqyah Syariyyah secara berjemaah, ain berbesar hati menjemput sahabat bersama ain dan sahabat di sini dalam majlis bacaan mingguan di sekitar Muar, Johor.



Gambar di atas adalah salah satu majlis bacaan Ruqyah Syariyyah mingguan dan Ratib Al Hadad di kedai sahabat ain Perniagaan Indah Syariat di sekitar Muar Johor. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Tiada bayaran dikenakan. Hanya keikhlasan dan kesungguhan anda sahaja diperlukan dalam beramal, insyaAllah.Buang rasa ego dalam diri, dan tunduklah sebagai seorang hamba Allah SWT.

Buat sahabat ain kasihi, jadikan matlamat, niat dan apa sahaja perkara kehidupan, nawaitu tumpuan kita hanya kerana Allah SWT.

Rata-rata masyarakat Islam khususnya, yang kita dapat lihat kini mereka lebih yakin kesembuhan itu datang daripada perawat/ustaz/kiyai/alim ulama lebih dari mempercayai yang menyembuhkan adalah Allah SWT.

Sememangnya benar doa para alim ulama/kiyai/ustaz itu mustajab dan dekat dengan Allah SWT, namun akar tunjangnya, datang dari kesungguhan, keikhlasan dari diri kita sendiri.

Ingatkan pada diri bahawa yang memberikan kesembuhan adalah Allah SWT.Kita sakit atas izin Allah, kita pulih juga atas izin Allah SWT.Semuanya perlu dalam redha Allah.

InsyaAllah setakat ini sahaja yang mampu ain nurkilkan.InsyaAllah ada kelapangan kita bertemu lagi di coretan akan datang.

Semoga coretan ini bermanfaat buat semua.Mohon maaf andai sepanjang perkongsian ini ain ada melukakan hati sahabat.Sesungguhnya diri ini hamba yang lemah, lagi hina.Masih berusaha menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya.

ALLAH BERSAMAKU...
ALLAH MELIHATKU...
ALLAH MEYAKSIKANKU...

Salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian



No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR