Sunday, March 31, 2013

BERANI BERNIAGA 2013

Bismillahirrahmanirrahim.




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat sahabat semua.

Alhamdulillah diberi kelapangan dan kesempatan pada hari ini untuk menghadiri Klinik Usahawan bersama dengan DAO Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman di SACC Shah Alam yang bermula sekitar 8.30am dan berakhir kira-kira 6pm tadi. Alhamdulillah.

Masa agak padat dan penuh terisi hingga tidak mempunyai masa untuk bergambar kenangan sepanjang program berlangsung.

Pelbagai topik dan tips dikupas serta dihuraikan oleh Dr Azizan Osman buat bakal usahawan dan usahawan yang telah berniaga berpuluh-puluh tahun. Pelbagai strategi dikongsikan dan teknik pemasaran disampaikan di dalam kursus yang berlangsung pada hari ini.

Masih terngiang-ngiang kata-kata beliau berkenaan "MATLAMAT".

Apa matlamat kita dalam bisnes ini?

DAO menekankan kepada para peserta dan juga diri ain sendiri bahawa tanpa MATLAMAT yang jelas, apa jua yang kita lakukan takkan pernah habis dan takkan berjaya. Walau kita mempunyai modal besar sekalipun, namun tiada MATLAMAT jelas untuk dicapai maka sia-sia sahaja usaha kita selama ini.

Apa kita fikir.. Apa kita rasa.. Apa kita cakap.. Apa kita buat... itu semua adalah DOA!

So nak dapat hasil yang TERBAIK, maka kita perlu ubah cara kita fikir, cara kita rasa, cara kita bercakap dan cara kita membuat sesuatu pekerjaan.

Alhamdulillah ilmu bermanfaat, penuh pengisian yang diperoleh sepanjang hari ini.

Moga dapat digunakan ilmu yang diberi semanfaat yang mungkin untuk kembangkan NUR AIN'Z BOUTIQUE , InsyaAllah, aamiin

Sekadar coretan ringkas, ingin merehatkan badan dan minda.


FAST ACTION FAST RESULT
TERHEGEH-HEGEH ACTION
TERHEGEH-HEGEH RESULT


Salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian

Friday, March 29, 2013

NEW MUSLIM

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sebentar tadi ain menonton video ini.Sebuah video yang ringkas dan padat penerangannya berkenaan bagaimana mereka yang baru kembali pada Islam [muslim revert] perlu tahu dan lakukan di awal permulaannya sebagai seorang muslim.

Begitu juga penerangan dan nasihat diberikan kepada masyarakat muslim [born muslim] agar tahu cara yang betul, peka dan sensitif dalam mengambil tahu kebajikkan atau keperluan seseorang muslim revert.





Semoga bermanfaat.

Salam Perjuangan,
Nur'ain Vivian

ANDAI AKU PERGI...

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum sahabat yang dikasihi.Semoga senantiasa dalam lindungan Allah SWT.

Sebuah nurkilan yang sempat dicoret di suatu malam...secara spontan...




Andai aku pergi...
Jadikanlah hari kematianku adalah hari orang berhenti mengherdikku...

Andai aku pergi...
Janganlah dicemuh diriku yang hina ini...

Andai aku pergi...
Jadikanlah hari itu untuk kalian bergembira dengan pemergianku...

Andai aku pergi...
Maafkanlah dosa dan segala kekhilafan diriku selama ini...

Andai aku pergi mengadap Ilahi...
Janganlah kalian lupa untuk menghadiahkan sebuah Surah Al-Fatihah buatku..

Andai aku pergi...
Ingatlah selalu diriku ini dalam doa kalian...

Andai aku pergi...
Doakanlah diriku agar berbahagia bersama Yang Maha Pencipta...

Aku tidak mengharapkan sanjungan, penghormatan...
Cukuplah memaafkan dan menerima diri ini seadanya...

Maafkanlah,
Sesungguhnya diri ini merindui Penciptanya...

Salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian

Nurkilan hati 9/3/2013

Tuesday, March 26, 2013

HABIB ALI AL-JUFRI

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum sahabat ain yang dikasihi.Semoga senantiasa dalam Rahmat Allah SWT.Moga dipermudahkan dalam segala urusan dunia dan akhirat, aamiin.

Perkongsian ini ain peroleh dari salah satu laman sosial Tauamain




Biografi:
Habib Ali Al-Jufri..


Nasab Keturunan

Habib Ali Zain al-Abidin bin Abdul Rahman bin Ali bin Alawi bin Muhammad bin Ali bin Alawi bin Ali bin Alawi bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Maulah anak Arsha putera Muhammad Abdullah al-Tarisi bin Alawi al-Khawas putera Abu Bakar anak Jufri putra Muhammad putera Ali putera Muhammad putera Ahmad al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin Ali bin Sahab Mirbat Muhammad bin Ali Khalil Alawi Qassam anak putera Muhammad putera Alwi putera Ubaidullah Ahmad al-Muhajir ila Allah Isa putera Muhammad al-Naqib bin Ali al -Uraidhi bin Jaafar as-Sidiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-Abidin putera dari Hussein (cucu Rasulullah s.a.w) anak dari Ali bin Abu Thalib, suami kepada Fatimah al-Zahra, puteri Rasulullah s.a.w.

Ibunya yang mulia merupakan puteri kepada Marumah, putera Hassan bin Alawi bin Alawi Hassan bin Ali al-Jufri.


Kelahiran:
Habib Ali telah dilahirkan di bandar Jeddah Kerajaan Arab Saudi sebelum subuh pada Jumaat 20 Safar 1391 Hijrah (16 April 1971), dari ibu bapa yang kedua-duanya keturunan anak Imam Hussein bin Ali r.a.



Latar Belakang Pendidikan:
Habib Ali Al-Jufri mulai mempelajari ilmu sejak kanak-kanak lagi melalui gurunya yang pertama iaitu ibunya sendiri. Ibunya memberi pengaruh yang besar ke atas diri beliau dan hala tuju yang diambil oleh beliau dari segi usaha mencapai ilmu pengetahuan dan kerohanian.

Sebagai kesinambungan dalam menerima ilmu, dan istiqamah di atas jalan rohani, beliau telah menerima ilmu dari rantaian yang tidak terhenti dari para ulama, di mana semua jalan kembali kepada Rasulullah s.a.w. Antara guru beliau ialah:

- Habib Abdul Qadir bin Ahmad Al-Saqqaf, Jeddah

- Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad

- Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, Makkah

- Habib Attas Al-Habsyi

- Habib Abu Bakar Al-Masyhur Al-Adani

- Habib Muhammad bin Abdullah Al-Hadar

- Habib Umar bin Hafiz, Yaman-menjadi sahabatnya juga dari 1993 hingga 2003



Latar Belakang Profesional:
1418 Hijrah / 1997- kini: Pensyarah Pelawat (program musim panas) di Dar Al-Mustapha bagi Pengajian Islam di Tarim.
1424 Hijrah / 2003- kini: Ahli Lembaga Pengarah Dar Al-Mustapha Pengajian Islam di Tarim.
1424 Hijrah / 2003- kini: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Akademi Eropah Kebudayaan Islam dan Sains di Brussels, Belgium
1426 Hijrah /2005-kini: menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Yayasan Tabah.
1428 Hijrah / 2007- kini: ahli Aktif Yayasan Diraja Aal al-Bayt Pemikiran Islam di Amman, Jordan.
1428 Hijrah / 2007- kini: Ketua Setiausaha kepada Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Al-Mahabbah.




Yayasan Tabah yang diasaskan oleh beliau

Antara pencapaian beliau ialah:
Mengasaskan Yayasan Tabah – sebuah organisasi yang menyediakan “pembaharuan wacana Islam kontemporari sesuai dengan keperluan manusia ” melalui 3 bahagian : Penyelidikan, Projek, dan Media.
Mengeluarkan satu Pakej Media untuk satu syarahan unik berjudul ‘Agar Agama Tidak Menjadi Satu Permainan’ yang mana menguruskan beberapa krisis dan cubaan-cubaan dunia kontemporari yang mana merupakan kesan langdung dari mereka yang mengambil kesempatan terhadap agama untuk mencapai cita-cita mereka yang terhad. Syarahan ini mempunyai analisis dan penjelasan.
Menyumbang kepada perumusan Open Letter kepada Pope Benedict XVI selepas syarahan yang menyakitkan hatinya mengenai Islam dan Rasulullah s.a.w. Beliau juga merupakan salah seorang daripada 38 orang sarjana yang telah menandatangani surat itu yang mana mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan intelektual dalam konteks dialog yang membina.
Menyumbang dalam menguruskan projek bersejarah di “A Common Word” satu dokumen ditandatangani oleh 138 orang sarjana muslim, yang mana para sarjana ini mewakili mazhab dan aliran pemikiran serta negara-negara yang berlainan. Dokumen ini telah dihantar kepada Ketua Kristian di seluruh dunia, dan menerima satu tindak balas yang positif dari pihak Kristian.
Mengasaskan Syarikat dan Majalah ‘Guidance Media’ di UK.
Menyelia penubuhan “Schools and Centre of Learning” dalam dan luar Yaman untuk pembiakan satu kaedah tulen untuk penyebaran pengetahuan, pendidikan dan latihan rohani.


Dakwah: Tanggungjawab yang terus dipikulnya

Aktiviti:
Habib Ali Al-Jufri telah memberikan kelas untuk mengajar, membimbing dan memberi nasihat dalam usaha menyedarkan manusia akan tanggungjawab mereka dan untuk mengajak masyarakat kembali pada Allah di banyak negara, dimulai di kota-kota dan desa-desa Yaman pada 1412 H / 1991. Beliau memulai perjalanannya di luar negera pada 1414 H / 1993 dan masih diteruskan sehingga ke hari ini. Antara negara-negara yang dikunjungi beliau untuk menyampaikan dakwahnya adalah seperti berikut:

- Arab: UAE, Jordan, Bahrain, Arab Saudi, Sudan, Suriah, Oman, Qatar, Kuwait, Lubnan,

Libya, Mesir, Maroko, Mauritania, Kepulauan Komoro dan Djibouti.

- Asia: Indonesia, Malaysia, Singapura, India, Bangladesh dan Sri Lanka.

- Afrika: Kenya dan Tanzania.

- Eropah: Britania Raya, Jerman, Perancis, Belgia, Belanda, Irlandia, Denmark, Bosnia &

Herzegovina dan Turki.

- Amerika Syarikat: 3 perjalanan yang pertama adalah pada tahun 1419 H / 1998, yang kedua

adalah pada 1422 H / 2001 dan yang ketiga pada 1423 H / 2002, disamping
mengunjungi Kanada.

Selain itu, Habib Ali juga terlibat dalam pelbagai persidangan yang diadakan sama ada di negara Timur Tengah mahupun di Eropah. Beliau juga banyak mengendalikan rancangan televisyen berbentuk kerohanian.

Moga Allah merahmati segala usaha beliau.
Hulurkan doa kita moga Allah beri kekuatan dan ketabahan kepada beliau dalam menyampaikan Islam kepada seluruh masyarakat dunia.



Semoga bermanfaat, insyaAllah.

Salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian

Monday, March 25, 2013

SUATU KETIKA...

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum sahabat semua.Moga sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria selalu.

Nurkilan hati buat sahabat semua ...





Setiap ujian itu ada hikmahnya.. 
Ada maksud yang tersembunyi.. 
Ada ingatan yang ingin Allah berikan..
Usah khuatir atau berduka cita..

Kita harus ingat..
Suatu ketika kita hamba yang leka..
Suatu ketika kita hamba yang lalai..
Suatu ketika kita hamba yang mudah lupa..
Suatu ketika kita hamba yang tidak tahu nilai kesyukuran..
Suatu ketika kita hamba yang begitu asyik dengan godaan dunia..

Apalah sangat dengan ujian kita terima sehari-hari..
Apalah sangat dugaan yang Allah berikan ini..
Apalah sangat tohmahan yang kita lalui sehari-hari..

Sedangkan nikmat Allah begitu luas dan begitu luas Rahmat NYA..
Terimalah dengan berlapang dada dan katakan pada diri,

"Ada bahagian yang pernah aku lalai suatu ketika dulu, dan aku tak pernah ambil tahu.Dan kini Allah nak kurangkan keburukkanku yang lalu, maka aku harus terima segala ujian pada hari ini..moga ia kifarah dosaku yang lalu... "

Lihatlah sudut positif dari segala yang terjadi.. Pasti akan ada rasa ceria dan kegembiraan yang kita kecapi..

Tak percaya, cubalah... =)


Semoga bermanfaat..InsyaAllah

Salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian

Sunday, March 17, 2013

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 16 MAC 2013

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera sahabat semua.Semoga senantiasa dalam lindungan Allah SWT,aamiin.

Alhamdulillah berkesempatan untuk berblog lagi pada hari ini.Alhamdulillah semalam 16 Mac 2013, Allah memberikan kesempatan buat diri ini untuk mencari pengalaman dan mendapatkan ilmu baru apabila berpeluang juga akhirnya menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah Siri 1 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.




Semasa masih tinggal di Melaka, sering ain ikuti perkembangan daripada rakan-rakan yang pernah menghadiri kursus ini dan sejak itu tanamkan hasrat untuk hadirkan diri suatu masa nanti.Alhamdulillah Allah permudahkan.

Soalan cepu emas yang sering ditanya apabila ain terhegeh-hegeh mencari ilmu atau menghadiri sebarang kursus sekiranya berkesempatan.Rasanya jawapan itu ada pada diri kita semua yang cintakan ilmu Allah.

Bagi diri ini selagi mana sesuatu ilmu itu berkaitan ilmu dunia dan akhirat, selagi mana ianya dapat mengingatkan diri ini pada Allah SWT, selagi mana sesuatu ilmu atau kursus yang diadakan itu bermanfaat buat diri ini, selain mendapat keizinan suami tersayang untuk teruskan belajar, maka selagi itu  tiada titik noktah buat diri ini untuk berhenti mencari ilmu.

SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar.
Segala Puji Bagi Allah atas izin NYA dan kekuasaan NYA.

Seperti biasa pagi berkenaan 16 Mac 2013, jatuh pada hari Sabtu dan suami bekerja pada hari semalam.Kami bersiap-siap sesudah Subuh dan seperti dijanjikan suami ingin menghantar ain sendiri ke kursus berkenaan yang terletak di Masjid Negeri Shah Alam iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan menaiki motosikal.

Perjalanan dari kediaman yang kami duduki buat sementara waktu ini ke masjid berkenaan mengambil masa kira-kira 30minit perjalanan.Semoga ada pahala/ganjaran menanti buat suamiku yang telah bersusah-payah menghantar dan memberikan kata-kata semangat buat diri ini walaupun beliau tidak dapat hadir bersama.

Proses pendaftaran bermula kira-kira pada jam 8.15am dan setiap peserta dibekalkan dengan satu fail nota sebagai rujukkan kami sepanjang kursus berlangsung.Ain tidak keseorangan kerana ada sahabat yang hanya dikenali melalui alam maya turut serta hadirkan diri dalam kursus berkenaan.Sahabat ini jauh lebih muda bernama Khadijah, usia sekitar 19tahun.Adik Khadijah turut hadir bersama rakan baik sekolahnya yang bernama Adira.Alhamdulillah.

Kursus berkenaan dihadiri sekitar 150-200 orang peserta terdiri daripada lelaki dan juga wanita.Mereka terdiri daripada golongan pelajar, professional mahupun suri rumahtangga. SubhanAllah.

Setelah selesai proses pendaftaran, para peserta dijemput untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum memulakan proses pembelajaran.

Kursus bermula kira-kira pada jam 9am dengan sesi teori pada sebelah paginya.Antara penceramah yang bertugas dalam kursus ini adalah UStaz Sahruddin Samsuddin dan Ustaz Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri.




Sesi teori dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu:

1) PERSIAPAN PENGURUSAN JENAZAH BIASA DAN KRITIKAL
2) FIQH DAN PERMASALAHAN JENAZAH BIASA DAN KRITIKAL

PAda sesi permulaan, para peserta diterangkan berkenaan keperluan kelengkapan dalam persediaan memandikan jenazah oleh Ustaz Sahruddin Samsuddin.

Turut disertakan ayat-ayat suci Al-Quran serta hadis berkaitan untuk mengukuhkan kefahaman, insyaAllah.

Proses penerangan berkenaan kelengkapan dan persediaan mengambil masa kira-kira 1-1 1/2 jam.Sesi soal jawab juga diselitkan.

Setelah itu sesi diteruskan oleh Ustaz Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri.Tajuk yang dibincangkan adalah berkenaan isu Fikah dan permasalahan pengurusan jenazah biasa dan kritikal.

Ustaz Dr. Zulkifli turut memberi nasihat kepada para peserta berkenaan soal mengingati mati.

Adalah sunat bagi setiap orang muslim dalam mengingati mati seperti sabda Rasulullah SAW:

"Banyakkanlah mengingati perkara yang menghancurkan kelazatan."

[Riwayat Hibban (2559) ]

Ustaz Dr Zulkifli turut berpesan, sunat untuk kita bersedia dalam menghadapi kematian, iaitu dengan cara bertaubat dan sentiasa berusaha taat kepada perintah Allah SWT serta menjauhi kemungkaran tidak kira berapa pun usia kita sekarang ini.

Ajal maut adalah di luar bidang pengetahuan kita.Hanya Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui ajal maut dan pengakhiran seseorang itu.

Kebanyakkan daripada kita, termasuk diri ini sedar bahawa ajal kita akan berlaku pada bila-bila masa.Namun sejauh mana kesungguhan kita dalam mengerjakan ketaatan dan mengelak dari melakukan kemungkaran pada Allah SWT.

Banyakkan berfikir tentang mati, banyakkanlah persediaan berkenaan mati, nescaya kita tidak akan mempunyai masa untuk berfikir perihal orang lain.

Berdoalah agar kita mati dalam keadaan pengakhiran yang baik dan dapat mengucap kalimah syahadah.

Antara perkara penting yang Ustaz Dr. Zulkifli cuba tekankan pada kami para peserta, iaitu kepentingan dan tuntutan yang perlu dilakukan saat seseorang itu dalam keadaan nazak atau sakratul maut.

  1. Apabila kelihatan tanda-tanda seseorang itu sedang melalui sakratul maut[nazak], ahli keluarga atau orang berdekatan disunatkan membaringkannya dalam keadaan mengiring ke kanan menghadap kiblat termasuklah kakinya juga disunatkan menghadap kiblat. Jika tidak boleh, cukuplah sekadar meninggikan bahagian kepala dan arahkan mukanya mengadap kiblat.
  2. Disunatkan mengajarnya kalimah syahadah, iaitu dengan cara lembut dan tidak mendesak. Kita hanya perlu mengulang-ulang kalimah tersebut di telinganya tanpa disuruh atau dipaksa melafazkannya kecuali dengan kemampuannya sendiri. Ini berdasarkan hadith :
"Ajarlah orang yang hampir mati dikalangan kamu kalimah LA ILAHA ILLALLAH "

[Riwayat Muslim (916&917) ]

   3. Disunatkan membaca surah Yasin disisinya. Ini berdasarkan hadith :

"Bacalah Surah YAsin kepada orang yang hampir mati dikalangan kamu."

[Riwayat Abu Daud (3121) hadith sahih]

   4. Disunatkan bagi si pesakit itu agar berbaik sangka pada Allah SWT saat merasai tanda-tanda kematian. Ahli keluarga dinasihatkan untuk membimbing dan membantu. Ini seperti mana dinyatakan :

"Aku mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap Ku. "

[Hadith Qudsi Riwayat Al-Bukhari]

Perkara penting  yang ain dan para peserta pelajari adalah, walaupun atau sekiranya kita tidak mampu memandikan jenazah, dan sekiranya ada anggota keluarga kita berlaku kematian, kita turut memainkan peranan dalam beberapa perkara.

Antara perkara Sunat yang perlu dilakukan oleh keluarga jenazah kepada seseorang yang mati dan telah keluar rohnya adalah :
  1. Menutup kedua belah matanya dan mengikat dagu agar mulutnya tidak terbuka.Seperti dalam  hadith :
""Rasulullah SAW menziarahi jenazah Abu Salamah RA yang matanya terbuka.Lalu baginda memejamkannya. "

[Riwayat Muslim (920) ]

Baru kini ain faham kenapa pernah satu ketika ain menziarahi keluarga jenazah dan melihat 2 keping syiling diletakkan di bahagian mata jenazah.Ini bertujuan membantu menutup mata jenazah.

   2. Melembutkan anggota sendi badan jenazah.Ahli keluarga jenazah disunatkan melakukan urutan/senaman ringan pada anggota badan jenazah bagi mengelak anggota badannya menjadi keras/kaku. Ini bagi memudahkan pihak atau tukang mandi jenazah memandikannya dengan sempurna.

   3. Meletakkan sesuatu yang berat misalnya bantal/selimut tebal di atas perutnya agar tidak kembung. Ini juga bertujuan mengelak terlalu banyak bunyi angin dihasilkan ketika proses memandikan jenazah..

   4. Ahli keluarga jenazah boleh membantu dan disunatkan menanggalkan pakaian dan barang kemas jenazah jika ada dan menutup seluruh anggota tubuhnya dengan kain nipis. Selain itu letakkan jenazah di tempat yang tinggi serta menghadap kiblat sebagaimana dilakukan ketika sedang nazak. 

Perkara WAJIB yang perlu kita yang masih hidup ini lakukan kepada si mati/jenazah adalah dalam urusan menguruskan jenazah dari segi 
  • memandikan
  • mengkafankan,
  • solat dan 
  • mengkebumikannya
Ulama Islam telah sepakat menyatakan keempat-empat hukum ini adalah fardhu kifayah buat kita semua umat Islam sepanjang berada di tempat berlakunya kematian.

Jika tiada seorang pun yang mampu melaksanakan tugas tersebut, maka berdosalah kesemuanya.

Berkenaan cara pelaksanaan memandikan mayat tak perlulah ain huraikan di sini kerana perlu untuk dipraktikkan sendiri dan mendapat latihan daripada mereka yang bertauliah.InsyaAllah semakin lebih kefahaman berkenaannya.

Untuk mayat lelaki wajib dimandikan oleh orang lelaki dan mayat perempuan wajib dimandikan oleh orang perempuan.Selain itu adalah HARUS bagi lelaki iaitu suami memandikan mayat isterinya dan isteri pula memandikan mayat suaminya.

Ini bertujuan untuk menyimpan aib si mati dan ahli keluarga terdekat adalah sebaik-baiknya menguruskan soal mandi jenazah.

Perkara penting sebagai seorang Tukang Mandi jenazah adalah sikap amanah iaitu tidak menceritakan keburukan atau aib si mati.

Di sini ain sertakan beberapa foto yang sempat diambil pada sesi petang iaitu sesi praktikal untuk pedoman dan ingatan :


Para peserta sedang membuat ukuran kain putih yang bakal digunakan sebelum dipotong.



Kain putih yang telah diukur kini dipotong untuk dibahagikan kepada beberapa bahagian.



Fasilator bertugas yang membantu memantau sepanjang kelas praktikal.



Contoh jahitan tudun telekung



Kain yang akan digunakan sebagai cawat



Para peserta kelihatan seronok dan khusyuk sepanjang sesi praktikal



Kapas juga diperlukan





Bahagian baju yang akan digunakan untuk menutup jenazah



Kak Nor, peserta yang sudi menjadi model







5 utas tali diperlukan untuk kapankan jenazah



Sempat bergambar kenangan sesudah selesai



Syukran yea adik Khadijah, Adira



Suasana perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah sekitar selesai solat Maghrib.

Buat makluman sahabat, kursus berakhir sekitar jam 4.30petang, namun ain berada di sini sehingga selesai solat Isyak . Menunggu kehadiran suami tersayang untuk menjemput ain pulang.

Namun, ada hikmahnya ain perlu menunggu lama di masjid hingga lewat malam. Sesudah selesai solat Isyak, tanpa disangka-sangka Imam masjid memaklumkan ada jenazah yang akan disolatkan pada ketika itu.

SubhanAllah Allahuakhbar.Tergamam ain seketika, terduduk hingga tidak mampu berfikir ketika itu.

Buat makluman sahabat semasa sesi teori kursus pagi itu, Ustaz Sahruddin ada memaklumkan bahawa wanita juga digalakkan untuk turut serta solat jenazah di belakang saf jemaah lelaki. Jika tidak pasti caranya, cukuplah dengan niat 

"Sahaja aku solat ke atas mayat [lelaki/wanita] 4 takbir mengikut imam/menjadi imam kerana Allah ta'ala. "

Ini adalah kali pertama ain melihat suasana solat jenazah dan ain benar-benar terpaku hingga tidak mampu untuk turut serta sedangkan baru saja siang tadi diterangkan caranya.

Walaupun ianya adalah sunat, namun ain berasa begitu lemah ketika itu.Hanya mampu melihat dan berdoa bersama para jemaah dan juga hadirin lain yang tidak turut serta ketika itu. Allahuakhbar.

Betapa besarnya kuasa Allah, setiap sesuatu yang diaturkan itu ada sebab dan ada hikmahnya.Allah izinkan ain hadirkan diri pada kursus kali ini sebagai pendedahan buat diri ini agar tidak sesekali bersikap tidak endah akan soal kematian dan dalam soal pengurusan mayat/jenazah.

Mengingatkan diri ini bahawa ajal bakal menjemput pada bila-bila masa pada masa dan tempat yang telah ditentukan Allah SWT. Sebagai hamba , sepatutnya kita sentiasa bersedia dan mengingati mati.

Secara peribadi, ain belum mampu untuk uruskan jenazah secara sendiri dan masih perlukan didikan dan bimbingan.InsyaAllah jika ada peluang hadirkan diri pada kursus lain atau berkesempatan menghadiri mana-mana kematian, akan cuba libatkan diri dalam proses daripada memandikan, mengkafankan dan pengebumian.

Kursus ini membantu mendedahkan ain dalam suasana pengurusan jenazah kerana ini adalah kali pertama ain melaluinya walau sudah 2 kali menziarahi keluarga jenazah sebelum ini.Dengan ilmu yang cetek ini sekurang-kurangnya sebagai persediaan buat diri ini jika perlu melibatkan diri dan sama-sama membantu meringankan beban keluarga si mati. InsyaAllah.

Seperkara ain ingin tambah, bagi tukang mandi jenazah itu sendiri mungkin pada pandangan mata kasar kelihatan mudah pekerjaan yang dilakukan.Namun setelah melalui semua proses sepanjang kursus ini barulah ain sedar betapa mulianya tugas seorang tukang mandi jenazah.

Walaupun mereka mendapat upah dari pihak masjid atau siapapun, namun sebagai  orang awam kita sepatutnya menghargai peranan dan tugas seorang tukang mandi jenazah.Kerana mereka, tuntutan fardhu kifayah dipenuhi.


Ingatan daripada seorang sahabat :

"ingatLAH wahai hamba ALLAH .. 
sekaya mana pun kita.. 
secantik mana pun kita.. 
sehebat mana pun kita ... 
akhirnya kain kapan juga yang akan kita pakai untuk menghadap illahi .. 
namun bersediakah kita?? 
adakah kita layak untuk mencium syurga ALLAH .. 
namun sanggupkah kita hadapi seksa NERAKA?? 
muhasabahkan diri .. ingat !! 
bahawa mati tidak akan menunggu kita untuk bersedia .."

Salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian 



Friday, March 15, 2013

PERKONGSIAN : Purdah : How i finally made the decision...


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam Jumaat buat sahabat dikasihi.

Sebentar tadi ain terbaca nurkilan seorang niqabis yang berkongsi kisah perjalananannya sebelum dan sesudah berniqab.SubhanAllah Alhamdulillah.

Tidak rugi untuk dikongsikan bersama.Semoga bermanfaat buat muslimah di luar sana, insyaAllah.





Purdah : How i finally made the decision... 

"Eversince my husband exposed me to the work of da'wah in 2007, I developed a new circle of friends who were different than friends in my office & in university. These women I befriended always talk about Deen, about the life of sahabah, and about imaan & amaal.

One thing that they all had in common is that they all wore the niqab (purdah). Although I enjoy their company, I didnt think that i was going to follow that aspect because:

- It didnt seem.....necessary
Eventhough not wearing a niqab, i still pray 5 times, I fast and I make time for da'wah contribution. Just likethem.

- Career
In those years, i was still professionally working. Making a huge change in my appearance just because i now join a da'wah effort wasnt really a.......hmmm..........an 'attractive' idea?
------------------------------------------------------------------------------

In 2010 we migrated to Perth. Since my husband's friends were da'wah people, i found myself (again) in the company of veiled women. I was the only one who was not wearing a purdah. Nevertheless, my friends were just as nice & never isolated me.

Later that year we moved to a city in NewSouthWales and again, Allah surrounded me with women who made the Deen as top priority in their life. And yes...they all wear purdah except me LOL. Altogether, it has been 3 long years that I have been friends with veiled-women but I still never think about following them in that department. Why wear purdah? I still attend ilm gathering regularly, I still fulfill my responsibilities in the jemaah eventhough Im 'purdahless'.
.
Such was my thinking then.
.
The triggering point was this time when the Malaysian community here organized a farewell party for a family. Unlike parties held by friends in my circle, the Msian party didn't really separate between the men and women. Deep down I didnt really condone a mixed-gender party but i was too weak to initiate about such a 'strange' issue to other people. I just went with the flow while at the same  time trying to limit my interaction with brothers and people's husbands.
.
In a free-mix setting like that, it was almost impossible to actually do that LOL. People just come up to you and initiate a small chat, you dont really have time to decide if it was a necessary chat or an unnecessary one. By necessary i mean interaction that is lawful under the syariah such as education, trade, etc etc...
.
In this regard, I had a background knowledge that we should only talk to non-mahram when there is a real need. I knew well frm fatwa of various Muftis that empty chatting with opposite gender is totally not within the teachings of Rasulullah s.a.w. Practically, this is easily achieved when a party separates male and female but in a free-mix setting, you really have to be 'tactical'. Either you DON'T go near the men at all, or...............................hehe i dont know ;p
.
Among the male-attendees who spoke to me that day (he surely had a pure intention) was a brother whose physical look had the features that I always got attracted to when I was still unmarried. So, no matter how I hate to admit it, he was a goodlooking brother in my eyes and is the type that I would say "yes" to if he was to ask me out (say, i wasnt yet married).
.
I chatted with him for less than 2 minutes, but...the sight of his goodlooking face & well-manners kept visiting me days and days after that. This lasted for weeks, there were unlawful thoughts that either came from iblis or from my own nafs, wallahua'lam. It was something you cant really control. You just kept remembering the man, especially that he is very well-mannered (good akhlak)
.
At this point, for the first time it occured to me how LUCKY are my veiled-friends. Guys never come up to them let alone initiate a chat! Wherever they go, men would stay away and only talk to them when they have to (e.g selling and buying, education set-up, formal matters etc). It was for the first time that i felt like I was at a disadvantage, previously my thought was...
.
"....poor them, must be hard wearing a purdah...i wonder how they cope...."
.
Allahuakbar, now Allah is showing me that actually it is ME who is poor you! I was falling deep into syaitaan's trap, my heart was constantly being entered by the sight of a haraam-man because I chatted with him for two minutes. Had i been wearing a purdah like my friends, the chat would probably have not taken place at all. The purdah is usually a "stay-away" sign, men usually puts you in exception and will not invite you to small chats.
.
This whole mess made me start thinking about wearing a veil. It finally showed me that people wear a purdah not because they want to be seen as pious or as better than those not wearing. Instead, they wear it because purdah helps guarantee purity of the heart...it helps you stay away from fitnah to the heart like what i endured. In Prophet's  time, the sahabah were excellent in akhlak, they dont engage in empty chats with women and they dont glance around wherever their eyes take them. Today men's akhlak is not even half of that, it is difficult to make a bold statement like I DO NOT TALK TO MY NON-MAHRAM UNLESS IT IS NECESSARY without being judged by your male (and female) counterparts.
.
The idea of purdah finally sank in me and I began making extensive research on the dalil of purdah. The more i read, the more i felt that arguments supporting purdah is wajib was likeable to my heart. I found myself in the same boat of ulama' in Shafi'e Hanafi Maliki Hanbali who stressed that purdah is a must, I found myself naturally finding tune with their dalil and whenever I try to switch to the other boat (that says purdah is only sunnah), I found myself arguing inside....it was quite an interesting thinking process because one side of me tried to persuade that purdah is just sunnah but the other side of me would immediately disagree.
.
At this point, I knew that Allah was sending me guidance and i thought...it is NOW or never. Allah is sending me hidaayah and if i choose to just pass, to just ignore it, maybe He will NEVER give me this hidayah again. So in June 2011...i finally made the decision to wear a purdah and I can never stress enough how glad I am that I made that decision.
.
MasyaAllah.
.
Since wearing it, it was waaayyy easier for me to go anywhere where there are men (either a party or a market or the masjid) because they now kept some distance from me and would only come up near if they had to request or ask for anything. What a wonderful life! My voice and face is now only for my husband, I dont fall into empty chats anymore with non-mahram and Subhanallah, that has a really huge effect on purifying the heart.
.
.
Purifying the heart is a long journey.
A purdah doesnt mean you've arrived at the end of that journey.
A purdah...
Takes you miles ahead (fast forward) than your last standing spot.
.
.
May Allah guide whoever is thinking about a purdah and make it easy for them, my du'a is for everyone whether you are a hijabi or a niqabi :-)
Jazakallah for reading!"
.
by: mk
.
------------this article is Public, sharing is permissible by writer -----------------------


Semoga bermanfaat.

Salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian 

Thursday, March 14, 2013

♥ UJIAN ITU TANDA ALLAH SAYANG ♥

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat sahabat dikasihi, semoga senantiasa dalam rahmat Allah SWT, aamiin.

Hati dan perasaan ini sentiasa berbolak-balik.Umpama badai ribut yang melanda menghasilkan ombak besar.Begitulah hati manusia.Mudah tersentuh, mudah menangis, mudah rapuh saat diri diuji.

Hati ini Allah yang pegang.Maka mohonlah pada pencipta NYA agar hati ini senantiasa dalam lindungan Allah SWT dan sentiasa dilindungi dari perkara-perkara kemungkaran.





Entry kali ini bukanlah sesi luahan perasaan, namun lebih kepada perkongsian pengalaman yang begitu besar dan benar-benar mendidik diri ini.

Agak sukar untuk ain kongsikan kesemuanya pada sahabat.Secara ringkasnya, ujian berat yang Allah hadiahkan pada ain dan suami alami sekarang ini benar-benar menginsafkan kami yang selama ini alpa dan leka.

Manakan tidaknya, kami mulai sedar betapa lemahnya kami dan betapa kerdilnya kami di sisi Allah SWT.Saat diberi kelapangan kita mudah lupa, namun saat kesempitan barulah tahu mendongakkan dagu ke langit.

Boleh dikatakan setiap malam kami bersembang, berbincang dan memberikan kata-kata semangat antara satu sama lain kerana kami sedar Allah sedang menguji kekuatan ikatan perkahwinan ini.

SubhanAllah Alhamdulillah , Segala Puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Ain tak ingat hadis atau ayat mana tapi ain sering dengar perkongsian daripada ustaz/ulama yang mengatakan setiap sesuatu yang berlaku itu adalah tanda Allah masih sayangkan kita, maka dengan ujian ini Allah ingin bersihkan dosa-dosa kita yang lalu.

Yea, dosa-dosa yang lalu antara sedar atau tanpa diri ini sedari.

Saat kita diberi kelapangan , kita lupa untuk memberi pada yang kesulitan.Saat kita diberikan kemudahan, kita lupa memberikan kesenangan pada yang memerlukan.Maka itu antara sebab satu-persatu nikmat kita ditarik seketika sebagai peringatan bahawa ada bahagian nikmat/rezeki kita peroleh itu adalah bahagian orang lain yang lebih memerlukan.

Yea ain akui itu semua.. Allah sedang menegur diri ini untuk berubah dan berubah ke arah yang lebih baik lagi, insyaAllah. Cuba kuatkan semangat dalam diri ini hari demi hari.

Andai nurkilan ini dibaca oleh sahabat-sahabat yang rapat dengan diri ini, syukran jazillan ain ucapkan pada sahabat kerana telah banyak membantu ain selama ini.Tidak kiralah dari segi material atau sokongan moral semata-mata.

Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.Mohon ampun maaf andai ain pernah menyakiti sahabat antara sedar atau tanpa diri ini sedari..

Salam Perjuangan, hingga ketemu lagi di coretan akan datang.

Nur'Ain Vivian




Wednesday, March 13, 2013

FRIENDLY COMPARATIVE RELIGION FASA 1 2013

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat sahabat semua.Semoga sentiasa ceria dan dalam lindungan Allah SWT.

Baru-baru ini ain mendapat pertanyaan daripada salah seorang sahabat setia pembaca blog ini berkenaan salah satu coretan post ain tentang aktiviti Kursus FCR  yang ain pernah hadiri suatu ketika dahulu.

Berikut adalah tentative program terdekat.






  • Alamat : No. 1-5-2, Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Malaysia
  • MESSAGE 1 - Objective
    We live in Malaysia, a multi-racial country with its people believing in various faiths. We know Islam is a universal religion and that God Almighty has chosen us to be His vicegerent in this world. Therefore it is our duty to convey the message of Islam to all - the Muslims and non-Muslims alike. Unfortunately very little effort has been aimed at our non-Muslim friends. Praise be to God, there has been quite a positive interest shown by some Muslims to share Islam with all.

    The objective of this course is to do “friendly and effective dissemination of information through “Comparative Studies”. In the modules we provide, students are taught to handle misconceptions on Islam besides learning the concept of God in Christianity, Hinduism, etc. Upon completion of this course, you should have a sound basic knowledge on major beliefs in Malaysia.

    MESSAGE 2 (in bahasa) - Program Follow Up
    Selepas attend FCR (Friendly Comparative Religion) Fasa 1, peserta2 boleh join program2 FOLLOW UP yg FREE belaka. Antaranya ialah yg berbentuk TRAINING KHAS i.e:-

    1. Advanced Daie Development – Training The Trainer Course (ADD-TTC); 5 hari 4 malam di resort *untuk 50 org alumni FCR yg terpilih sahaja

    2. Training The Trainer Course – Handling Murtad; 5 hari 4 malam di resort *terbuka kepada semua alumni FCR (SEAT DAH PENUH untuk yg akan datang, tapi akan dibuat lagi)

    3. Training The Trainer Course – Handling Mualaf; at least 2 hari *terbuka kepada semua alumni FCR (baru je dibuat selama sehari tapi akan dibuat lagi selama at least 2 hari)

    4. Training The Trainer Course – Handling Missionary; at least 3 hari *terbuka kepada semua alumni FCR (pernah dibuat beberapa kali n akan dibuat lagi)

    5. Training The Trainer Course – Speakers; 5 hari 4 malam di resort *terbuka kepada semua alumni FCR (peserta bakal jadi speaker di church n dlm interfaith dialogue)

    Training no. 2, 3 & 4 ada dua layer. Maksudnya, alumni2 FCR yg attend training no. 2, 3 & 4 ni akan dilatih dalam first layer. Then after training, selain perlu praktikkan apa yg dilatih, alumni2 FCR yg attend training dalam first layer ni juga akan ditugaskan untuk buat training yg sama kepada semua alumni FCR lain dalam second layer training. Venue untuk second layer training ni ialah di seluruh IPT yg ada ramai alumni FCR.

    Selain FOLLOW UP berbentuk TRAINING, alumni2 FCR juga ada banyak pilihan program lain. Antaranya ialah:-

    1. Di add ke group FB Alumni FCR (group ni berstatus SECRET, so kalau search, kita tak akan jumpa)

    2. Street Dakwah kecil2an & besar2an (projek baru akan melibatkan 500 org alumni FCR) dgn kerjasama MAIS

    3. Aqeeda Injection di sekolah, IPT, n kepada remaja yg terlibat dgn kes2 juvana

    4. Mosque Tour Guide dgn kerjasama Abim Outreach

    5. Enrichment Class; dll

    So kepada sesapa je lah yg dah jadi alumni FCR, please alert dgn projek2 n aktiviti2 follow up alumni FCR ni. Pastu kepada sesapa je lah yg tak pernah attend FCR plk, MEH LE JOIN 16-17 MAC (SABTU AHAD) NI. Yuran FCR ni ialah RM120 untuk yg bekerja n RM100 untuk student. Tapi bagi yg kurang mampu, insyaAllah no problem. JUST LET ME KNOW BERAPA YG MAMPU.

    Even kalau tak mampu nak bayar langsung pun takpa. InsyaAllah org2 yg dah terlebih dahulu attend FCR (a.k.a senior2 alumni FCR) bersemangat nak contribute duit sponsor. Dengan kata lain, masalah RM bukan alasan. Tapi again, kena bagitau sy dulu sebab sy akan tolong carikan sponsor.

    Lastly, kepada sesapa je lah yg minat nak join FCR Fasa 1 ni, boleh bagi nama, emel, no hp n nama IPT (kalau student) kt no sy 013-6159030 (bro Mas-Yuri) atau PM kt FB sy i.e Sesapa Je Lah (profile tulisan Sharing Islam With The World).

    Tentatif *kpd sesapa je lah yg nak tau sinopsis bagi setiap topik, pls let me know:-

    Sabtu 16/3/2013
    08.30am - 09.00am Pendaftaran
    09.00am - 09.15am Pengenalan
    09.15am - 10.30am Kewajipan Berdakwah
    10.30am - 10.50am Rehat
    10.50am - 11.50am Sejarah Kristian
    11.50am - 01.00pm Asas Kepercayaan Kristian
    01.00pm - 02.30pm Rehat & Solat
    02.30pm - 03.30pm Kepercayaan Orang Cina
    03.30pm - 04.30pm Hinduism
    04.30pm - 05.30pm Bengkel Bible

    Ahad 17/3/2013
    08.30am - 09.00am Imbasan Semula
    09.00am - 10.40am Salah Faham Terhadap Islam
    10.40am - 11.00am Rehat
    11.00am - 12.10pm Memahami Mualaf
    12.10pm - 01.10pm Pengalaman Bersama Paderi & Gereja
    01.10pm - 02.30pm Rehat & Solat
    02.30pm - 03.30pm Quran & Sains Moden
    03.30pm - 05.00pm Soal Jawab
    05.00pm - 05.15pm Program Susulan
    05.15pm - 05.30pm Penutup

    ***Kalau ada di kalangan non Muslim yang menerima iklan ini secara tak sengaja, di sini disertakan sedikit penerangan ringkas berkenaan kandungan program di atas. Dalam memahami budaya dan kepercayaan selain Islam, maka kami (Muslim) didedahkan dengan beberapa tajuk dalam program FCR ini. Malah di dalam FCR Fasa 3, peserta akan dibawa ke Gereja, Kuil dan/atau Tokong Cina untuk melihat dan mendengar sendiri kepercayaan dan amalan semua agama ini daripada paderi dan sami atau pihak scholar agama2 lain. Dan di dalam program ini juga, walaupun kami meyakini bahawa hanya Islam sahaja agama yang benar, TETAPI KAMI DIAJAR SUPAYA MENGHORMATI kepercayaan dan amalan semua agama lain.



Maklumat di atas adalah COPY yang ain peroleh daripada Bro Mas-Yuri.
Bagi yang berminat, sila berhubung dengan beliau terus yea.Ain sekadar berkongsi info di sini.

*Bro Mas-Yuri : 013-6159030


Selamat menimba ilmu!

Saturday, March 2, 2013

♥ ALHAMDULILLAH FOR EVERYTHING ♥

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat sahabat setia ain di sini, Alhamdulillah bertemu kembali setelah sekian lama tidak membuat sebarang coretan.

Hari ni bertarikh 2 Mac 2013. Jika ain tidak silap tarikh akhir ain bergelar jururawat adalah pada 4 Mac 2011.Kiranya 2hari sahaja lagi, maka genaplah 2 tahun ain bergelar suri rumah tangga, insyaAllah.

Dan andai masih ada umur lagi, tarikh 9 Mac 2013 yang bakal tiba, maka genaplah 10 tahun ain kembali pada Islam.InsyaAllah.

Mengimbau kembali kenangan lalu meninggalkan seribu satu pengertian dalam diri ini.Mengenang kembali kehidupan masa lalu mematangkan fikiran dan tindakkan yang dibuat pada hari ini.Tanpa kenangan lalu takkan ada masa kini.Tanpa kenangan lalu takkan ada kehidupan masa kini.

SubhanAllah, Maha Suci Allah atas izin NYA diri ini masih lagi diberikan kehidupan.Moga saat-saat yang berlalu dapat digunakan semanfaat yang mungkin, insyaAllah.

Sepanjang 2 tahun ini, ain melalui pelbagai proses pembelajaran dan mengenal diri sendiri.Sepanjang masa ini juga digunakan untuk muhasabah dan perbaiki kekurangan diri ini dan yea, ain masih lagi melalui proses berkenaan.Proses tarbiyah kehidupan memakan masa yang panjang dan tidak pernah ada satu jangka masa atau saat untuk berhenti.

Allah SWT jadikan kehidupan dunia ini sebagai ladang untuk kita bercucuk tanam agar hasilnya kelak dapat kita tuai.Pengalaman kehidupan mematangkan diri ini.Kini ain sedar betapa luasnya nikmat kasih sayang Allah SWT pada diri ini, kerana kasih NYA Allah pada ain maka ain masih lagi dapat bernafas hingga kini.

Allah beri masa dan sentiasa memberikan masa buat diri ini untuk berubah dan perbaiki kelemahan yang ada.Allah begitu kasih pada ain kerana itu diri ini diuji dan diuji.Alhamdulillah syukur pada Mu  Ya Allah.Betapa besarnya Rahmat Mu.

Terdetik dalam diri ini apa yang telah ain capai sepanjang 2 tahun yang berlalu.

Alhamdulillah, kini mempunyai lebih banyak masa untuk mengenal Al-Quran berbanding dahulu.Sesungguhnya diri ini teramat lalai dan bersikap sambil lewa dalam mempelajari ilmu agama.Ilmu Allah.

Alhamdulillah, ain masih ingat dalam masa 6 bulan yang pertama setelah ain berhenti bekerja, ain sudah mampu habiskan bacaan Iqra/Muqadam yang begitu lama ain cuba habiskan selama bertahun-tahun sejak kembali pada Islam.Alhamdulillah saat itu ain mulai sedar, niat dan nawaitu itu begitu penting. Jika kita ada tekad dan niat yang betul dalam beragama, insyaAllah segalanya jadi mudah.

Sejak itu jugalah baru ain mampu membaca Al-Quran dan cuba menghafal surah-surah pendek yang dahulunya begitu asing dan seakan sukar untuk dilakukan.Sejak itu jugalah ain cuba tanamkan dalam diri ini untuk cuba menghafal seberapa banyak surah-surah ringkas sebagai amalan harian.

Alhamdulillah, makin cuba dekatkan diri pada Al-Quran semakin banyak ain tak tahu dan semakin sedar betapa jahilnya diri ini.Dalam masa yang sama, ain sedar betapa indahnya Kitab Al-Quran ini dan betapa beruntungnya kita sebagai orang Islam kerana Allah telah menghadiahkan bait-bait kata yang indah di dalam Al-Quran.Allah hadiahkan Al-Quran sebagai panduan kehidupan umat Islam.SubhanAllah.

Alhamdulillah, itu antara matlamat ain ingin capai dan antara sebab kenapa ain mengambil keputusan berhenti dan memberi sepenuh tumpuan untuk perbaiki diri ini. Ain sedar ain tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai jururawat dengan baik kerana pada masa yang sama ain gagal menjadi hamba Allah yang taat.

Untuk berjaya dalam sebarang pekerjaan, perkara utama yang perlu kita ambil perhatian adalah matlamat kita dalam mencari redha Allah SWT.Walaupun kita bergelar jururawat, doktor, ketua pengarah, ketua syarikat sekalipun. Tanamkan tekad juga untuk berusaha imbangkan kehidupan dunia dan akhirat.Jika mampu, maka galaslah keduanya dengan sebaik mungkin.Jika tidak maka pilihlah untuk mencari redha Allah.

Seperti ain , ain sedar ain tidak mampu galas tanggungjawab itu.Maka adalah lebih baik ain undurkan diri dan perbaiki kelemahan ini seberapa banyak yang mungkin.Moga Allah redha dan permudahkan segalanya, aamiin.

Bagi sahabat ain yang sedang membaca nurkilan ini, satu perkara ain ingin tekankan buat renungan bersama. Bekerjalah tak kira dalam bidang apa sekalipun, letakkan niat bekerja itu untuk Allah SWT.Bekerjalah kerana Allah dan bukan kerana wang semata-mata.Andai wang menjadi ukuran, maka timbullah rasa tidak puas hati sesama rakan sekerja, timbullah rasa beban dalam menjalankan tugasan diberikan.Timbullah rasa cemburu, marah, benci antara satu sama lain.

Sanggupkah sahabat hadapi ini semua sehingga saat pencen atau dalam kategori umur yang matang untuk bersara??? Fikirkan, renungkan kembali. Muhasabah kembali dan ubah pandangan dalam diri.Perbetulkan niat sahabat dalam bekerja.

Selain mencari rezeki yang halal, carilah rezeki dalam redha Allah SWT.Jadilah hamba Allah yang taat, insyaAllah lebih berkat rezeki yang kita peroleh itu.Soal sedikit atau banyak tidak timbul dan bukan lagi ukuran ketika itu.Andai tiada bonus atau kenaikkan gaji sekalipun, ucaplah Alhamdulillah.Semua atas izin Allah nikmat rezeki kita dapat sehari-hari.Maka berhentilah merungut yea sahabat.

Alhamdulillah, antara perkara lain ain dapat lakukan sepanjang 2 tahun berlalu adalah apabila mula bergiat aktif dalam menulis blog.Ain mula menulis blog sekitar pertengahan tahun 2010, namun mula aktif menulis blog sekitar tahun 2011.

Kenapa blogging?




Menulis meninggalkan rasa kepuasan dalam diri sendiri.Timbul keinginan untuk menyampaikan mesej dalam bentuk penulisan dan ain sedar antara bidang ain minat adalah menjadi seorang penulis.Walaupun tidak mampu menghasilkan coretan dalam bentuk buku, cukup sekadar menulis di blog kerana ia mampu memberikan ketenangan dalam diri.SubhanAllah.

Ilmu tidak tinggi, namun ain usahakan berkongsi apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan kehidupan.Ain cuba menulis apa sahaja yang berkaitan dengan Allah SWT.Apa sahaja yang boleh membantu meningkatkan kekuatan dalam diri serta dapat memberikan manfaat pada yang lain, insyaAllah akan cuba dinurkilkan dalam penulisan.

Moga selama perkongsian ain di sini membantu sahabat yang lain, insyaAllah.Semua atas izin Allah SWT.

Sebagaimana sahabat sedia maklum, selain bergelar surirumah tangga, ain juga kini bekerja dari rumah.Alhamdulillah kini menjalankan bisnes secara talian sepenuh masa.Walaupun pernah membuka gerai jualan dan akhirnya tidak dapat diteruskan atas sebab-sebab peribadi, ia sama sekali tidak mematahkan semangat dalam diri ini.

Melibatkan diri dalam bisnes bukanlah untuk meraih keuntungan atau populariti semata.Selain ingin memperbaiki taraf ekonomi dan membantu suami menambah pendapatan, bisnes juga adalah ladang untuk kita berdakwah menyampaikan mesej Islam.Maka perlu ada strategi, matlamat dan niat yang betul.Moga Allah redha dan moga Allah permudahkan segalanya, insyaAllah.

Rasanya cukuplah ringkasan soal bisnes.Cuma ingatan buat diri ini dan sahabat semua, agar tidak kiralah bekerja sendiri, atau mempunyai kerjaya dalam mana-mana institusi sekalipun, tanamkan tekad dan niat bekerja untuk Allah.Itu mesej ain cuba tekankan selalu.

Sepanjang tahun-tahun berlalu sejak kembali pada Islam, tak banyak diri ini dapat lakukan.Banyak lagi cabang ain perlu terokai dan ceburi.Bidang dakwah itu luas dan perlukan latihan berulang kali serta ilmu yang luas agar mesej Islam yang kita ingin cuba sampaikan jelas dan nyata.Soal kefahaman itu sampai atau tidak, serahkan pada Allah.Hanya Allah sahaja yang dapat membuka pintu hati seseorang hamba dalam mengenali pencipta NYA.

InsyaAllah sedang meneroka cabang baru, moga Allah permudahkan aamiin.

Salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR