Tuesday, June 25, 2013

**STRESS**

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat sahabat setia ain di sini.
Sedikit perkongsian yang ingin dicoretkan pada hari ini.




~Setiap daripada kita pasti mempunyai tekanan/bebanan.

Tekanan sebagai seorang pekerja, tekanan sebagai seorang ibu/bapa/penjaga, tekanan sebagai seorang isteri/menantu, tekanan dalam menyelesaikan segala urusan harian, tekanan dengan rakan-rakan sekeliling, bebanan kewangan dan macam-macam lagi.

Semua ini boleh mengakibatkan stress melampau andai tidak ditangani dengan sebaik mungkin.Boleh jadi kita akan menjadi seorang yang murung, tidak mahu bersosial/anti sosial, gemar menyendiri, hilang keyakinan diri, hilang kepercayaan pada orang-orang sekeliling, hilang arah dan boleh jadi pada satu tahap, hilang keinginan untuk hidup!

Nauzubillah!

Bagi sahabat yang bertanya secara peribadi berkenaan permasalahan ini, apa perlu dibuat, apa perlu dilakukan?

Moga sedikit tips ini dapat membantu, insyaAllah :

- muhasabah diri
- melihat keburukkan diri lebih dari melihat keburukkan pada orang lain
- banyakkan membaca Al-Quran setiap hari, setiap waktu
- istighfar
- selawat ke atas baginda NAbi Muhammad SAW
- bertasbih, bertahmid, bertahlil setiap kali selesai solat
- amalkan ayatul Kursi sekerap mungkin, atau sekurang-kurangnya sekali di waktu pagi/ptg
- banyakkan berzikir
- berusaha untuk solat sunat Tahajud, Dhuha, Taubat dan lain-lain semampu mungkin
- banyakkan rasa syukur dalam diri, kurangkan merungut
- bertindak mencari penyelesaian dalam permasalahan dihadapi
- bersedekah
- sentiasa ingat untuk menjelaskan hutang tidak kira cepat atau lambat
- diam apabila perlu, usah bertelingkah
- usaha , doa dan tawakal pada Allah SWT
- usaha untuk meminta maaf dan memaafkan walau ia adalah perkara paling sukar
- usah bandingkan kekurangan diri dengan orang lain kerana boleh jadi kelemahan kita itulah kekuatan kita yang sebenarnya.

Serahkan segalanya pada Allah SWT.Berbaik sangka pada Allah, insyaAllah segala permasalahan akan jadi mudah dan semakin dipermudahkan..

Peringatan buat diri ini juga..

SAlam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian

Saturday, June 22, 2013

PENGERTIAN RINGKAS **AKIDAH**

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat sahabat setia ain di sini.
Alhamdulillah diberi kelapangan dan kemudahan untuk membuat coretan ringkas..

InsyaAllah akan cuba luangkan waktu untuk berkongsi bersama sahabat di masa akan datang.

Di sini ain ingin berkongsi nota ringkas yang sempat ain catit sepanjang kuliah yang lalu.Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.



**AKIDAH**


Apa itu AKIDAH ?

AKIDAH adalah satu simpulan yang sempurna, kukuh, dan tidak mudah putus.

Ia adalah perkara asas dan AKAR UMBI yang mengukuhkan keimanan, pegangan seseorang dalam Islam.

AKAR dalam Islam adalah AKIDAH..

Dengan adanya AKIDAH yang kuat, yang dibenih, dibaja, disirami dengan baik dan sempurna , insyaAllah ianya dapat membantu seorang muslim dalam segala perkara kehidupan.

Pokok pangkalnya adalah AKAR.. Kita kena kembali pada AKAR iaitu AKIDAH dalam Islam tu sendiri.

wallahu alam..


Berkongsi foto kenangan bersama rakan sekelas yang sempat diambil pagi ini..






Alhamdulillah sejak awal pagi tadi telah bergerak keluar rumah mencari ilmu Allah SWT.Alhamdulillah diberi kesempatan lagi menuntut ilmu hari ini.Bertemu sahabat muslim reverts yang lain dari pelbagai latar belakang berbeza, ekonomi berbeza, pengalaman berbeza, ketabahan setiap seorang daripada mereka menyentuh perasaan ain sesekali.

SubhanAllah Alhamdulillah Allah berikan ketabahan buat sahabat reverts dalam meneruskan perjuangan kehidupan walau disebalik tirai mereka dalam usaha menempuh segala cabaran dan rintangan yang hadir.

Walau diasak, diperlekehkan, mereka berjuang demi meraih cinta Allah walau adakala terpaksa jatuh berkali-kali.

Allahuakhbar..sesungguhnya Allah Sebaik-baik Perancang..


Salam Perjuangan,

Nur'Ain Vivian


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR