Wednesday, July 1, 2015

RAMADHAN KE -12

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat ain kasihi sekalian.
Salam Ramadhan 1436H.Alhamdulillah sudah 2 minggu kita berpuasa.Syukur pada Allah SWT.

Rindu untuk menulis.Adakala tiada idea apa yang harus dikongsikan.Namun minat menulis itu tidak pernah hilang.

Alhamdulillah tahun ini ain masih berkesempatan bertemu Ramadhan dan tahun ini adalah tahun ke-12 ain berpuasa.

Alhamdulillah, syukur pada MU Ya ALLAH.

Berpuasa secara zahirnya bererti menahan diri dari lapar dan dahaga iaitu bermula terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

Berpuasa juga bererti menahan dan mengawal diri dari segi pertuturan, perlakuan, pergaulan, pemikiran, perasaan serta nafsu.

Hikmah bagi yang berpuasa amatlah banyak.Ia bukan hanya baik untuk kesihatan, malah mendidik diri untuk perbaiki segala kelemahan yang ada.

Segala amalan, ibadat yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan pahalanya.

SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar

Allah Maha Pemurah lagi Maha Kaya ...

Perbanyakkan amal soleh di bulan yang mulia ini.Banyakkan memohon keampunan dari Allah SWT.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Allah sama sekali tidak zalim pada hamba NYA. Malah Allah SWT tetap kurniakan nikmat NYA tatkala kita terleka.

Allahuakhbar rasa malu dengan diri ini.

Moga dikesempatan masa dan ruang yang ada ini, ain ingin mengajak diri ini dan sahabat semua sama-sama perbaiki diri dan berazam bermula Ramadhan ini kita berusaha menjadi hamba Allah yang tawadhu, bertaqwa dan jauhilah sifat-sifat mazmumah serta gantikan ia dengan sifat-sifat mahmudah.




Sentiasa bersyukur atas apa dimiliki dan gunakn sebaik mungkin pinjaman dari Nya.

Jadilah hamba Allah yang tahu bersyukur dan merasa cukup atas segalanya.

Salam Ramadhan
Nur'Ain Vivian


No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR