Saturday, September 19, 2015

PROFESION SEBAGAI JURURAWAT

Bismillahirrahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat sahabat ain kasihi sekalian.Moga senantiasa dalam rahmat Allah SWT, aamiin.

Alhamdulillah 9 bulan telah pun berlalu dan insyaAllah 2 bulan lagi genaplah setahun ain kembali dalam dunia kejururawatan.

SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar.

Pada awalnya rasa gusar untuk memulakan kembali sesuatu yang telah lama ditinggalkan.Walaupun sudah 10 tahun dalam bidang ini, masih ada perkara yang perlu sentiasa diperbaiki dan dipelajari kembali.

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT dan berkat sokongan dari suami serta keluarga di kampung alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Dunia perubatan sentiasa berkembang, begitulah dalam perawatan dan jagaan terhadap pesakit, semuanya pasti ada perkembangan.Maka ilmu juga perlu dikemaskini.

Ain akui masih banyak kekurangan dan banyak perkara perlu diperbaiki.Buat jururawat di luar sana ain pasti kalian senantiasa berusaha memperbaiki ilmu yang ada demi memberikan perawatan terbaik buat pesakit/klien.

Tugas jururawat pada pandangan umum hanyalah memberi suntikan, mengambil sampel darah semata-mata selain menjaga kebersihan para pesakit.

Namun tugas sebagai jururawat juga adalah memantau keadaan pesakit di waktu sebelum, ketika dan selepas rawatan dimulakan.Tugas kami bukan hanya pada pesakit malah kami bertanggungjawab memaklumkan status kesihatan dan perkembangan berkenaan pesakit kepada Doktor Pakar yang memberikan rawatan.

Hal ini perlu agar proses rawatan untuk kesembuhan pesakit berjalan lancar, insyaAllah dengan izin Allah SWT.

Ain memulakan karier sebagai jururawat di ketika usia baru menjengah 21tahun. 10 tahun telah berlalu, maka faktor usia turut mematangkan diri ini berfikir antara dulu dan kini.

Hikmah berehat seketika dari dunia jururawat banyak memberikan kelebihan buat diri ini bermuhasabah, merenung apa yang diinginkan dalam kehidupan ini.

Tanya pada diri apa yang boleh dilakukan agar ianya berpanjangan...
Tanya pada diri apa yang diri ini mampu lakukan untuk membantu insan yang lain...
Tanya pada diri berapa banyak amal yang diri ini mampu lakukan selagi hayat dikandung badan...
Tanya pada diri amalan yang boleh dijadikan bekalan di akhirat kelak...

Sebelum ain meninggalkan madrasah, tempat ain bermuhasabah dan mencari ilmu, seringkali ustaz berpesan...

  "Jadilah seorang yang bermanfaat dan memberikan manfaat pada orang-orang sekeliling... dan niatkan amalan itu pekerjaan kita lakukan itu untuk dapat redha Allah, rahmat Allah, keampunan Allah SWT..."


SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar...

Pelbagai ujian, cobaan, dugaan ain tempuhi dan kini alhamdulillah ada hikmah atas segala yang berlaku. Nikmat kemanisan setelah diuji.

Allahuakhbar...

Dan ain yakin aturan Allah SWT yang memudahkan ain kembali dalam bidang ini.





InsyaAllah bertemu lagi di coretan akan datang...

Salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian







No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR