Saturday, November 19, 2016

...HANYA ALLAH YANG LAYAK MENILAI KEIKHLASAN KITA...

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera buat sahabat sekalian yang amat ain kasihi.Moga senantiasa dalam rahmat Allah SWT aamiin.

Beruntungnya kita diberi nikmat iman dan Islam.Beruntungnya kita kerana masih dapat mengucapkan kalimah tauhid LAA ILAHA ILLALLAH... Tiada Tuhan Selain Allah.....

Keimanan seseorang sememangnya bukan terletak pada paras rupa mahupun harta.Keimanan seseorang itu sememangnya bukan terletak pada pakaian yang kita pakai sehari-hari.

Namun perlu kita sedar iman itu bukan sekadar kata-kata yang diucapkan namun harus dizahirkan melalui tingkah laku, tutur kata mahupun cara kita berpakaian.

Usah sesekali memberikan alasan

"belum dapat hidayah"
"solat, pakai tudung kalau tak ikhlas pun tak guna"


Hati-hati yea sahabat dengan kata-kata itu.Hati-hati kerana kata-kata sedemikian akan menjadi persoalan yang perlu kita jawab kelak.

Astaghfirullah, ampuni kami Ya Allah .

Usah takut untuk berubah.Lakukanlah perubahan itu sedikit demi sedikit walau tidak mempunyai rasa ikhlas di dalamnya.InsyaAllah rasa ikhlas itu akan hadir dengan sendiri dan biarlah Allah sahaja yang menilai keikhlasan hati kita.




Allah tidak melihat luaran kita namun Allah SWT melihat kesungguhan, usaha kita berhijrah ke arah kebaikkan.

Tidakkah indah sebagai hamba NYA, kita senantiasa berusaha untuk menggembirakan Allah ???

Allah sayangkan kita, apalah salahnya kita bersusah-payah sekarang berubah kerana Allah.
Tunjukkan rasa kasih, cinta kita pada Allah SWT.

Cintailah Allah sesungguhnya...
Gapailah cinta Allah melebihi cinta pada manusia...
Carilah redha Allah dan bukannya redha manusia...
Jalanilah kehidupan ini untuk menggapai redha Allah SWT...

Muhasabah diri,
nurainvivian

Friday, November 11, 2016

SIBUKKANLAH DIRIMU PERBAIKI DIRI DARIPADA SIBUK MELIHAT KEBURUKKAN ORANG LAIN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat teman, sahabat ain kasihi sekalian. Moga senantiasa dalam lindungan Allah SWT, aamiin.

Dalam berdakwah, menyampaikan kebenaran, kecantikkan Islam pada orang-orang sekeliling tidak kiralah pada muslim atau non muslim, perlulah mempunyai adab-adab tertentu. Sering terjadi dikalangan masyarakat kita yang gemar menegur dengan cara yang agak kasar dan di tempat terbuka.

Andai kita melihat seseorang itu melakukan kemungkaran atau sesuatu yang di luar batas-batas syariat, adalah lebih elok kita menegur dengan berhekmah. Hal ini boleh dilakukan dengan bersemuka dengan sahabat itu sendiri secara peribadi dan berbual, bersembang secara santai agar niat kita untuk menegur ke arah kebaikkan masih mendapat perhatian buat pihak satu lagi.

Usah sesekali menggunakan perkataan yang kesat/kasar kerana kebaikkan yang ingin disampaikan itu takkan terjadi saat kita mengguris perasaan orang lain.Boleh jadi apa yang kita cuba sampaikan itu berlalu begitu sahaja.

Belajarlah untuk memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu sebelum diri kita sibuk memperbaiki diri orang lain. Usah sesekali membandingkan kelebihan yang ada pada diri kita dan beranggapan diri kita lebih elok daripada yang lain.





INGAT!

Buruknya orang lain pada pandangan mata kita...buruk lagi diri kita sendiri.
Hinanya orang lain pada pandangan mata kita...hina lagi diri kita sendiri.

Jangan disangka solat 5 waktu kita sehari semalam menjamin kita ke syurga.
Jangan disangka kita bertudung, menutup aurat sudah menjamin kita mencium bau syurga.
Jangan disangka dengan sedekah atau amal ibadat kita buat selama ini sudah pastikah ikhlas atau riak semata-mata?

Maka, usahlah mendabik dada dan sibuk membuka aib orang lain.Usahlah sibuk membuka keburukkan orang lain sedangkan diri kita sendiri ada buruknya.Usah lagi menilai kekurangan orang-orang disekeliling kita sedangkan diri kita ini lemah tanpa bantuan Allah SWT.

CUKUPLAH!

Mulakan dengan niat, tekad, azam baru untuk berubah dan memperbaiki diri sendiri.Sibukkanlah dengan memperbaiki diri sendiri.Sibukkanlah dengan melihat kekurangan diri melebihi daripada menilai kelemahan orang lain.

Kita kelihatan baik dengan izin Allah SWT
Kita kelihatan hebat dengan izin Allah SWT
Kita kelihatan sempurna kerana Allah SWT tutup aib kita

Astaghfirullah....perbanyakkan istighfar memohon ampun dengan Allah SWT

Muhasabah diri bersama,
nurainvivian



Friday, October 14, 2016

"SAYA SIBUK BEKERJA, BAGAIMANA???"

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat teman, sahabat dikasihi.Moga sahabat senantiasa dalam lindungan Allah SWT, aamiin.

Persoalan bagaimana ingin membahagikan masa diantara bekerja, keluarga namun dalam masa yang sama, hajat di hati ingin mendalami ilmu-ilmu agama.Sering kita memberikan alasan tidak dapat  hadir ke mana-mana majlis ilmu akibat kesibukkan bekerja.





Lumrah kehidupan manusia kini, semuanya semakin sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Ada diantara kita sibuk bekerja di sektor swasta, kerajaan, mahupun bekerja sendiri.Ada diantara kita sibuk bekerja seawal jam 3 pagi dan hanya akan pulang pada waktu pagi berikutnya.Tidak ketinggalan surirumah tangga juga sentiasa sibuk dengan urusan harian menguruskan keluarga dan anak-anak hingga tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.

Jadi bagaimana?

Fikir dan renungkan kembali.
Usahakanlah untuk bahagikan waktu kita kepada 3bahagian.

Pertama : Masa untuk bekerja
Kedua    : Masa bersama keluarga
Ketiga    : Masa bersama Allah

Diantara tiga masa di atas, USAHAKANLAH menyediakan waktu kita untuk Allah SWT.Jangan sesekali membiarkan masa, ruang waktu kita berlalu dengan sia-sia tanpa mengingati Allah SWT.

Sesibuk manapun kita dengan tugasan harian, ingatlah Allah dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.Niatkan pekerjaan kita untuk mendapat redha Allah SWT.Moga-moga ada pahala menanti saat kita ikhlaskan diri dalam setiap pekerjaan kita itu.

Sediakan ruang waktu untuk beribadah pada Allah SWT terutamanya solat 5 waktu yang wajib.Sering berlaku dalam kehidupan masyarakat kini, kesibukkan bekerja mahupun urusan peribadi menjadikan alasan untuk tidak menunaikan solat.

Tidakkah kita sedar dalam solat itu sendiri antara tanda orang-orang yang berjaya? Orang yang berjaya adalah orang yang hebat menggunakan waktunya dengan baik tanpa sesekali gagal dalam menunaikan kewajipannya pada Allah SWT.Saat kita meninggalkan solat, kita telah pun menjadi orang yang rugi, bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat kelak.

Imbas kembali zaman persekolahan kita suatu ketika dahulu, kita mempunyai jadual kelas tersendiri.Maka, boleh sahaja sahabat menggunakan method yang sama dengan kreatif tersendiri membuat jadual harian peribadi.

Jadual harian boleh membantu mendisiplinkan diri kita menggunakan waktu sebaik mungkin tanpa membazirkannya dengan sia-sia. Jadual itu boleh sahaja dimulakan sejak di awal kita bangun dari tidur.Lakukan pelan tindakkan apa kita ingin capai seawal kita bangun dari tidur pada hari itu.

Hal ini membantu kita untuk focus dalam mencapai matlamat diri.InsyaAllah.

Selain dapat membantu menguruskan masa dengan baik, kita boleh juga menggunakan kreativiti jadual berkenaan dengan mencatit waktu kuliah agama harian, mingguan atau bulanan.Kaedah ini dapat membantu kita untuk focus dan istiqamah menghadirkan diri ke mana-mana majlis ilmu berdekatan tanpa mencari alasan tidak tahu atau terlupa.

Bagi ain sendiri yang kini bekerja 3 shift yang tidak menentu, sudah pasti amat memerlukan jadual yang sentiasa dikemaskini agar diri tidak ketinggalan mencari ilmu walaupun kini telah bekerja.

InsyaAllah jika ain boleh, sahabat juga tentu boleh :)

Terdapat pelbagai cara untuk mencari ilmu Allah walau hanya dihujung jari.Tidak salah, namun sebaik-baiknya biarlah berguru ya sahabat.

Moga perkongsian ini memberi manfaat, insyaAllah.

Daripada hamba kerdil dan hina,
nurainvivian

Monday, September 26, 2016

~ LEPASKANLAH ~

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera buat teman, sahabat dikasihi.Moga senantiasa dalam lindungan, rahmat Allah SWT aamiin.

Syukur pada Allah SWT atas nikmat kurnia NYA kita diberikan kehidupan lagi hingga saat ini.
Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Hitam putih kehidupan, warna-warna kehidupan yang berlalu pasti meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri.

Ada diantara kita bangun bangkit daripada kegelapan. Ada diantara kita yang sukar untuk bangkit dan masih lagi hidup dalam bayang-bayang, angan-angan masa lalu.

Fikirkan kembali, untuk apa kita habiskan masa memikirkan sesuatu yang bukan milik kita. Untuk apa kita bazirkan masa menangisi sesuatu yang telah pergi dan sudah pasti tidak akan kembali. Untuk apa kita tinggal di masa silam sedangkan di hadapan kita banyak lagi yang boleh kita temui dan hargai.

Adakala kita terfikir bilakah semua ini akan berakhir.Bagaimana untuk melalui semuanya ini sedangkan fikiran, perasaan masih memikirkan kenangan, kesilapan yang lalu.





~LEPASKANLAH~

Lepaskanlah...
Kehidupan ini harus diteruskan...
Usah sesekali memandang ke belakang dan memikirkan masa lalu...
Apa yang telah terjadi, biarkan saja ia pergi...
Setiap yang berlaku ada sebabnya, ada hikmahnya...

Lepaskanlah...
Lepaskanlah masa lalumu itu...
Lepaskanlah segala yang terbuku di masa lalu...
Lepaskanlah segala yang mengganggu fikiranmu...
Lepaskanlah agar dirimu lebih tenang...
Lepaskanlah agar dirimu dapat temui kebahagiaan...

Setiap daripada kita berhak untuk mengecap kebahagiaan. Maka lepaskanlah agar diri temui kebahagiaan itu.

Jadikan kenangan lalu, kekhilafan lalu itu sebagai iktibar, tauladan kehidupan. Teruskan, hargai saat-saat yang masih ada ini dan gapailah redha Ilahi.

Tundukkan dirimu, dan bersujud pada Allah yang SATU.

Allah Maha Adil, Maha Mengetahui Segalanya...

Carilah Allah dalam menggapai kebahagiaan itu.

Kebahagiaan yang HAKIKI adalah saat diri mengenal Allah. Saat mendekatkan diri pada Allah, pasti kebahagiaan itu akan kita peroleh.

Muhasabah diri selalu, lepaskanlah masa lalu. Serahkan kehidupanmu dalam aturan Allah SWT.

Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat kita, Allah aturkan segalanya cantik buat hamba NYA. Hanya kita sahaja yang tidak bersyukur.

Astaghrfirullahal'azim.

Muhasabah diri,
nurainvivian




Saturday, September 3, 2016

MENCARI KEKUATAN DALAM KELEMAHAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat teman, sahabat ain kasihi.Moga senantiasa dalam rahmat,  kasih dan lindungan Allah SWT.

2 Zulhijjah 1437 Hijrah, saat coretan ini ditulis.
Syukur pada Allah SWT kerana memberi keizinan buat diri yang hina lagi kerdil ini untuk menulis.

Setiap daripada kita pasti mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri.Masing-masing dikurniakan kelebihan yang berlainan, semuanya dengan izin Allah SWT.

Namun tatkala kita lemah, buntu memikirkan jawapan sudah pasti hanya air mata sahaja yang mengalir menghilangkan rasa duka di hati.Namun ianya tidak mungkin berakhir.

Adakala kita tertanya-tanya kenapa dan mengapa sesuatu perkara itu terjadi dalam diari kehidupan kita.Tidakkah elok semuanya indah-indah belaka???

Kita diuji dengan kekecewaan, diuji dengan kehilangan, diuji dengan kesakitan, malah diuji dengan kemiskinan mahupun kekayaan.Disebalik semua ini pasti ada hikmah tersembunyi yang Allah SWT ingin berikan buat hamba NYA.

Tidaklah seseorang itu diuji melainkan Allah SWT ingin turunkan rahmat buat hamba NYA. Tanda sayangnya Allah pada seseorang adalah Allah akan turunkan ujian buat hamba NYA agar hamba NYA itu semakin dekat dengan NYA, semakin berusaha kembali pada Allah yang satu.





Saat kita merasa kesunyian, kosong tanpa kata-kata, namun hati ini ingin berbicara akan sesuatu...

Maka berbicaralah pada Tuhanmu yang satu...
Berbicaralah dengan Allah ... Berbicaralah dengan NYA sejujurnya tanpa rasa malu...

Kerana dirimu tahu hanya Allah pendengar setiamu...



"Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar."

Surah Al-Baqarah ayat 153


Mohon pada Allah SWT agar diberikan kekuatan dan ketabahan.

Mohon pada Allah SWT agar diri kita diberi kekuatan dalam melakukan ketaatan dan mohon pada Allah SWT agar diri kita dilindungi daripada melakukan kemungkaran.

Tiada Daya Upaya Melainkan dengan Pertolongan Allah SWT....


Allah hadirkan seseorang dalam kehidupan kita bukanlah dengan sia-sia.

Boleh jadi dia hadir untuk memberi kekuatan kepada kita
Boleh jadi dia hadir untuk memberi semangat kepada kita
Boleh jadi dia hadir untuk memberi dorongan kepada kita...

ATAU

Boleh jadi dia hadir menjadi ujian buat kita
Boleh jadi dia hadir menjadi kelemahan buat kita

Apapun serahkan kembali pada Allah SWT. Mohon keampunan, kemaafan pada NYA.
Mohon pada Allah SWT agar diri diberi kekuatan dan ketabahan melalui segala dugaan yang mendatang.

Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.


Hidup ini untuk redha Allah...
Redha Allah yang kita cari bukannya redha manusia...

Nurkilan daripada hamba yang hina,
nurainvivian

Wednesday, July 27, 2016

BAHAGIA DENGAN MEMBAHAGIAKAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat teman, sahabat ain kasihi.Moga kalian sentiasa bahagia dan dalam rahmat Allah SWT, aamiin.

Bahagia dengan membahagiakan...

Bagaimana untuk merasa bahagia sedangkan kita sendiri merasakan kita tidak bahagia?

Adakala kita perlu cuba untuk bahagia dengan memberikan kebahagiaan pada orang lain.Saat kita berusaha membahagiakan orang-orang disekeliling kita, pasti kita juga akan mendapat tempiasnya.

Kita perlu sedar dalam kehidupan ini tidak semua yang kita inginkan akan kita kecapi.Tidak semua yang kita hajatkan akan kita miliki.

Kehidupan ini adalah untuk memberi.Semakin memberi kita akan merasakan kebahagiaan.Mungkin tiada keikhlasan pada mulanya, namun tidak mengapa teruskanlah memberi kebahagiaan pada orang lain.

Ain yakin kita akan peroleh kebahagiaan itu saat kita ikhlas dalam memberi.Tiada gunanya untuk bersedih, berduka lara sepanjang masa.Adalah lebih elok menghargai nikmat dan saat yang ada dengan mereka yang masih menghargai diri kita seadanya.

Allah SWT ciptakan kita bukan dengan sia-sia.Setiap daripada kita ada fungsinya di muka bumi ini.
Gunakan kelebihan, kemampuan yang ada dan jadilah seorang yang memberi manfaat pada insan-insan disekeliling kita.

Belajar untuk membahagiakan dan memberikan kebahagiaan.Saat kita melihat senyuman terukir di wajah pada insan-insan tersayang, insyaAllah rasa sedih itu akan hilang.

InsyaAllah kebahagiaan akan sentiasa bersama kita.
Usah mengalah, usah menoleh ke belakang.Terus maju ke depan tanpa kenal erti putus asa.

Ingatlah...

Hidup ini untuk dapat redha Allah...
Hidup ini untuk dapat kasih sayang Allah...
Hidup ini untuk dapat keampunan dari Allah...

SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar

Muhasabah diri,
nurain vivian


Friday, July 22, 2016

CINTA OH CINTA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat teman yang dikasihi.Moga sentiasa dalam rahmat Allah SWT.aamiin.

Hari ini penulisan ain berkisar :

  CINTA



Cinta...
Cinta itu suatu nikmat kurniaan Ilahi.

Cinta...
Kerana cinta kita sanggup buat apa sahaja.
Kerana cinta kita sanggup melakukan yang terbaik buat yang dicintai.

Hebatnya Cinta...
Hingga ada dikalangan pecinta lalai pada Yang Maha Esa.

Mari sahabat ain kasihi, muhasabah diri bersama.Peringatan buat diri ini juga yang alpa lagi hina...

Belajar mencintai kerana Allah SWT ...
Belajar menghargai kerana Allah SWT...

Kerana cinta sememangnya mengasyikkan.
Kerana cinta sememangnya mengkhayalkan.
Kerana cinta kita lupa dan suka akan kemungkaran.

Muhasabah diri kembali...
Apa arti cinta...

Dorongkan cinta itu untuk Allah dan Rasul...
Dorongkan rasa cinta itu dengan tujuan dan matlamat yang sebenar...

Didik diri untuk mencintai Allah dan Rasul...
InsyaAllah diri akan terdorong untuk melakukan kebaikkan, ketaatan dan menghindari kemungkaran.

Cinta itu sebenarnya indah dan akan jadi lebih indah saat kita mencintai kerana Allah SWT.

Bercintalah untuk dapat redha Allah
Bercintalah untuk dapat rahmat Allah

Cintailah Allah melebihi segalanya....

Pedoman bersama...

Daripada hamba yang hina,
nurainvivian




Saturday, June 4, 2016

MENCARI KETENANGAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Asssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat teman sahabat dikasihi.Moga sahabat sekalian senantiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT, aamiin.

Beberapa email diterima daripada sahabat pembaca yang ain kasihi.Kebanyakkannya berkisar tentang kehidupan dan ketenangan.

Maha Suci Allah SWT yang menjadikan langit dan bumi, yang menjadikan hidupan di muka bumi ini berpasang-pasangan.

Segala Puji Bagi Allah SWT yang memberikan kita kesempatan menghirup nafas hingga saat ini.

Tiada siapa diantara kita yang sempurna, tiada siapa daripada kita yang terlepas daripada berbuat dosa, dan tiada siapa daripada kita yang tidak pernah tewas dengan nafsu godaan dunia.

Tatkala kita merasa sedih dengan kehidupan, tanyakan kembali pada diri sendiri,

UNTUK APA KITA DIHIDUPKAN
UNTUK APA KITA DICIPTAKAN
APA TUJUAN KITA DALAM KEHIDUPAN INI...






Tiada gunanya untuk terus-menerus bersedih akan takdir atau ketetapan yang telah ditentukan NYA.Jangan pernah menyalahkan Allah SWT akan Qada dan Qadar NYA.Usah sesekali kita mempersoalkan segalanya.

Ingatkan pada diri siapalah kita untuk mempersoalkan takdir Allah?
Ingatkan pada diri siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah?

Peringatan juga pada diri ini, ingatlah jangan sesekali lupa kita adalah hamba Allah SWT.Kita adalah makhluk ciptaan Allah SWT.

Saat ujian hadir, ucapkanlah syukur pada Yang Maha Esa.Tadahkn tangan dan mohonlah keampunan dari Allah SWT.

Sesuatu kejadian itu bukanlah dengan sia-sia.Kita merasa kehilangan, kecewa mahupun berputus harap dengan kehidupan.

Kenapa???

Allah uji kita dengan kehilangan orang tersayang, Allah uji kita dengan kesenangan mahupun kesempitan.Allah uji kita dengan kesihatan dan keuzuran.Semuanya mempunyai hikmah tersendiri.

Saat kita yakin dan bergantung harap sepenuhnya pada Allah SWT, kita tidak akan rasa tergugat dengan kehilangan mahupun kekurangan dalam kehidupan ini.

Allah usik kita dengan kesedihan dan kekecewaan kerana Allah ingin kita kembali dekat pada NYA.
Boleh jadi selama ini kita membelakangkan NYA.Maka kita diuji untuk diingatkan kembali.

Banyakkanlah bermunajat pada Allah SWT.Mohonlah apa sahaja daripada Allah.

Saat hati kita disakiti, mohonlah pada Allah agar disembuhkan sakit ini.
Saat kita merasa dikhianati, mohonlah pada Allah agar diri tabah menghadapi apa juga situasi.
Saat kita merasa kehilangan, mintalah agar Allah berikan kita jiwa yang tenang dan pasrah akan segalanya.
Saat kita merasa kecewa, sedarlah Allah SWT tidak pernah mengecewakan hamba NYA.
Saat kita hilang arah tuju, serahkan kembali arah tujuan kita dalam hidup ini hanya untuk Allah.
Saat kita tidak punya apa-apa, sedarlah Allah SWT senantiasa bersama kita.

SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar.

Moga sahaja Allah SWT permudahkan segala urusan kita di dunia mahupun akhirat, aamiin.
Serahkan segalanya pada Allah SWT. InsyaAllah kita pasti peroleh ketenangan.

Salam Perjuangan,
nurainvivian







Sunday, May 29, 2016

~ SAAT MATA MEMANDANG...~

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat teman, sahabat ain kasihi.Moga kalian senantiasa tenang dan dalam rahmat Allah SWT.Moga saja sahabat dikasihi senantiasa tabah dalam meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini.

Agak lama tidak menulis.
SubhanAllah, Maha Suci Allah yang begitu hebat mengatur kehidupan manusia.Tidak pernah sesaat itu berlalu tanpa pengetahuan NYA, Tuhan Semesta Alam.

Sejak tamat pengajian lanjutan baru-baru ini dan seterusnya kembali pada kerjaya, rutin harian semakin sibuk.Hari demi hari, saat berlalu begitu sahaja.Adakala hati ini terusik, adakala lemah namun digagahi juga demi meneruskan perjuangan yang tidak pasti sampai bilakah noktahnya.

Saat untuk bertemu Allah, tiada siapa tahu saat pertemuannya.

Layakkah diri ini? Layakkah hamba Mu ini Ya Allah...

Moga saja Allah SWT perkenankan doa hamba NYA...insyaAllah aamiin.

Alhamdulillah ain sedang belajar untuk berdikari, belajar untuk menerima keadaan sekeliling, belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Yea, tidak mudah untuk wanita berniqab yang bekerjaya untuk berniqab sepenuh masa. Pasti dalam hati kecil ini meronta-ronta untuk berniqab sepenuh masa.

Alhamdulillah suasana tempat ain kini bekerja sangat memahami dan menghormati pendirian ain.Pada mulanya agak sukar, namun Alhamdulillah Allah SWT permudahkan perjalanan ain di sini.Mungkin ada yang kurang faham namun mereka amat menghormati.

Alhamdulillah.





Berulang-alik ke tempat kerja berniqab menggunakan pengangkutan awam, pasti membuatkan ramai mata-mata yang memandang.Berada di kawasan awam sememangnya suatu cabaran bagi ain kerana selama ini hanya keluar rumah bersama suami.Namun adakala ain perlu mengatur langkah sendiri berada di tempat awam.

Perasaan takut, gementar, kekok semuanya bercampur-baur.Alhamdulillah rasa cemas itu dapat dikikis perlahan-lahan.

Namun ain berasa gembira saat dapat berniqab dan berabaya setelah waktu kerja selesai.Itulah diri ain yang sebenarnya.Ain selesa dengannya.

Ain sedar ada tanggungjawab yang tergantung di bahu, maka dibuang perasaan negative dalam diri.Saat ini ain perlu focus dengan matlamat ain dan tidak lagi memandang ke belakang.Tidak mudah, dan tidak mustahil juga kan.

InsyaAllah tidak mustahil juga ain boleh berniqab sepenuh masa suatu masa nanti.Moga Allah SWT permudahkan urusan diri ini.Moga sahaja Allah SWT permudahkan urusan sahabat-sahabat ain di luar sana :)

Tiada yang mustahil dalam kehidupan ini.Ain mengambil inspirasi sahabat-sahabat ain yang berniqab namun masih lagi meneruskan kerjaya masing-masing.

Hanya mohon pada Allah SWT agar diberkati perjalanan kehidupan ini dan kehidupan yang seterusnya.Moga Allah SWT bantu kita perbaiki amal diri, moga saja Allah SWT pimpin kita dalam kehidupan ini dan kehidupan seterusnya.Moga sahaja usaha kita diberkati dan diredhai Allah SWT.

Aamiin...

Salam Perjuangan,
nurainvivian


Saturday, February 27, 2016

BIDANG KESIHATAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Apa khabar sahabat ain kasihi semua?
Rindu bertanya khabar.Moga sahabat semua senantiasa dalam lindungan Allah SWT, aamiin.

Baiklah, rasanya ain tidak pernah berkongsi apa-apa berkenaan kehidupan ain sebagai jururawat bukan?

Sering ain terbaca di media social, individu-individu tertentu yang gemar komen mahupun mengkritik golongan yang bernama jururawat mahupun kakitangan yang bertugas dalam bidang kesihatan ini.

Mengimbau kembali bagaimana profesion ini menjadi pilihan ain setelah tamat SPM amat berkait rapat dengan sejarah ahli keluarga sebelum ini yang pernah dimasukkan ke hospital untuk satu tempoh yang lama.Melalui pemerhatian, ain melihat perawat di hospital tidak kiralah jururawat mahupun doctor berusaha untuk membantu memberikan yang terbaik buat para pesakit.

Setelah berada dalam bidang ini sejak 10 tahun lalu dan pernah berehat beberapa ketika, memberi laluan buat diri ini bermuhasabah...seperkara ain yakini dan sudah pasti sahabat yang bergelar jururawat mahupun doctor atau apa jua bidang berkaitan kesihatan, hampir keseluruhan masa kita digunakan untuk membantu orang lain.Dan hanya sedikit kita dapat gunakan untuk diri sendiri mahupun bersama keluarga.

Berkejaran masa memasuki kerja shift pagi, petang, malam.Perlu berdiri, berjalan, berlari anak sekitar 8-10 jam sekurang-kurangnya dalam satu shift.Bekerja 'extra' shift tatkala semakin banyak kes-kes kritikal memanggil-manggil meminta untuk diuruskan.

Menahan lapar, dahaga, malah memekakkan telinga apabila ada yang gemar meninggikan suara kepada petugas kesihatan seperti kami.

Menjadi seorang jururawat misalannya, tugas kami bukan sekadar menguruskan pesakit semata-mata.Bukan sekadar memberi suntikan semata-mata.Tugas kami lebih sebagai membantu para doctor memerhati dan menyampaikan maklumat terkini dan tepat berkenaan pesakit agar rawatan yang akan dan bakal diberikan adalah bersesuaian.

Ada diantara kita gemar membandingkan antara perkhidmatan yang diberikan di hospital swasta mahupun kerajaan.

Secara jujur dan peribadi, masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.Usah bertegang urat menegakkan siapa yang betul siapa yang tidak.Anda akan lebih faham saat anda berada sendiri dalam bidang ini.

Buat sahabat-sahabat ain yang bernama jururawat, doctor, pakar anaesthetic, pembantu kesihatan, dan ramai lagi sebenarnya yang terlibat dalam bidang kesihatan, termasuklah di bahagian makmal mahupun farmasi.

Anda semua orang-orang hebat.Anda terpilih dengan izin Allah SWT untuk menyumbang kepada umat manusia di atas muka bumi ini.Anda terpilih untuk berkhidmat dan memberi manfaat pada orang-orang disekeliling anda.





Namun ingat, NIATKAN  segala perbuatan kita, pekerjaan kita lillahi ta'ala.Niatkan untuk mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata.Niatkan untuk mendapatkan keampunan Allah SWT.Moga-moga dengan memudahkan urusan orang-orang disekeliling kita, Allah SWT mudahkan urusan kita di akhirat kelak, insyaAllah.

Aamiin :)

Kita tidak mampu untuk bangun malam sehari-hari, kita mungkin tidak mampu melakukan amal ibadat seperti para ahli soleh solihin, para sahabat-sahabat terdahulu.

InsyaAllah jadikan pekerjaan kita ini sebagai ibadah.Hanya Allah SWT sahaja yang menilai baik dan buruk kita.

Semuanya perlukan kesabaran.Yea, ain sendiri juga adakala tercabar, tapi itulah ujian.Bila diuji barulah kita dapat hasilnya kelak bukan... :)

Mohon maaf andai terkasar tulisan mahupun bahasa.
InsyaAllah bertemu lagi di coretan akan datang.

Salam Perjuangan,
nurainvivian





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR