Friday, July 22, 2016

CINTA OH CINTA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat teman yang dikasihi.Moga sentiasa dalam rahmat Allah SWT.aamiin.

Hari ini penulisan ain berkisar :

  CINTA



Cinta...
Cinta itu suatu nikmat kurniaan Ilahi.

Cinta...
Kerana cinta kita sanggup buat apa sahaja.
Kerana cinta kita sanggup melakukan yang terbaik buat yang dicintai.

Hebatnya Cinta...
Hingga ada dikalangan pecinta lalai pada Yang Maha Esa.

Mari sahabat ain kasihi, muhasabah diri bersama.Peringatan buat diri ini juga yang alpa lagi hina...

Belajar mencintai kerana Allah SWT ...
Belajar menghargai kerana Allah SWT...

Kerana cinta sememangnya mengasyikkan.
Kerana cinta sememangnya mengkhayalkan.
Kerana cinta kita lupa dan suka akan kemungkaran.

Muhasabah diri kembali...
Apa arti cinta...

Dorongkan cinta itu untuk Allah dan Rasul...
Dorongkan rasa cinta itu dengan tujuan dan matlamat yang sebenar...

Didik diri untuk mencintai Allah dan Rasul...
InsyaAllah diri akan terdorong untuk melakukan kebaikkan, ketaatan dan menghindari kemungkaran.

Cinta itu sebenarnya indah dan akan jadi lebih indah saat kita mencintai kerana Allah SWT.

Bercintalah untuk dapat redha Allah
Bercintalah untuk dapat rahmat Allah

Cintailah Allah melebihi segalanya....

Pedoman bersama...

Daripada hamba yang hina,
nurainvivian




1 comment:

  1. Alhamdulillah...hanya diri yang mendapat hidayah itu akan merasa nikmatnya hidayah yang diterima. Marilah kita bersama-sama mendoakan insan yang belum diberi kekuatan untuk mencari hidayah,agar diberi kekuatan untuk bangun mencarinya, kerana sesungguhnya tiada daya upaya seorang hamba menggerakkan walau seinci tubuhnya, tanpa taufik dan hidayah dari Allah.

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR