Friday, October 14, 2016

"SAYA SIBUK BEKERJA, BAGAIMANA???"

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat teman, sahabat dikasihi.Moga sahabat senantiasa dalam lindungan Allah SWT, aamiin.

Persoalan bagaimana ingin membahagikan masa diantara bekerja, keluarga namun dalam masa yang sama, hajat di hati ingin mendalami ilmu-ilmu agama.Sering kita memberikan alasan tidak dapat  hadir ke mana-mana majlis ilmu akibat kesibukkan bekerja.





Lumrah kehidupan manusia kini, semuanya semakin sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Ada diantara kita sibuk bekerja di sektor swasta, kerajaan, mahupun bekerja sendiri.Ada diantara kita sibuk bekerja seawal jam 3 pagi dan hanya akan pulang pada waktu pagi berikutnya.Tidak ketinggalan surirumah tangga juga sentiasa sibuk dengan urusan harian menguruskan keluarga dan anak-anak hingga tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.

Jadi bagaimana?

Fikir dan renungkan kembali.
Usahakanlah untuk bahagikan waktu kita kepada 3bahagian.

Pertama : Masa untuk bekerja
Kedua    : Masa bersama keluarga
Ketiga    : Masa bersama Allah

Diantara tiga masa di atas, USAHAKANLAH menyediakan waktu kita untuk Allah SWT.Jangan sesekali membiarkan masa, ruang waktu kita berlalu dengan sia-sia tanpa mengingati Allah SWT.

Sesibuk manapun kita dengan tugasan harian, ingatlah Allah dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.Niatkan pekerjaan kita untuk mendapat redha Allah SWT.Moga-moga ada pahala menanti saat kita ikhlaskan diri dalam setiap pekerjaan kita itu.

Sediakan ruang waktu untuk beribadah pada Allah SWT terutamanya solat 5 waktu yang wajib.Sering berlaku dalam kehidupan masyarakat kini, kesibukkan bekerja mahupun urusan peribadi menjadikan alasan untuk tidak menunaikan solat.

Tidakkah kita sedar dalam solat itu sendiri antara tanda orang-orang yang berjaya? Orang yang berjaya adalah orang yang hebat menggunakan waktunya dengan baik tanpa sesekali gagal dalam menunaikan kewajipannya pada Allah SWT.Saat kita meninggalkan solat, kita telah pun menjadi orang yang rugi, bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat kelak.

Imbas kembali zaman persekolahan kita suatu ketika dahulu, kita mempunyai jadual kelas tersendiri.Maka, boleh sahaja sahabat menggunakan method yang sama dengan kreatif tersendiri membuat jadual harian peribadi.

Jadual harian boleh membantu mendisiplinkan diri kita menggunakan waktu sebaik mungkin tanpa membazirkannya dengan sia-sia. Jadual itu boleh sahaja dimulakan sejak di awal kita bangun dari tidur.Lakukan pelan tindakkan apa kita ingin capai seawal kita bangun dari tidur pada hari itu.

Hal ini membantu kita untuk focus dalam mencapai matlamat diri.InsyaAllah.

Selain dapat membantu menguruskan masa dengan baik, kita boleh juga menggunakan kreativiti jadual berkenaan dengan mencatit waktu kuliah agama harian, mingguan atau bulanan.Kaedah ini dapat membantu kita untuk focus dan istiqamah menghadirkan diri ke mana-mana majlis ilmu berdekatan tanpa mencari alasan tidak tahu atau terlupa.

Bagi ain sendiri yang kini bekerja 3 shift yang tidak menentu, sudah pasti amat memerlukan jadual yang sentiasa dikemaskini agar diri tidak ketinggalan mencari ilmu walaupun kini telah bekerja.

InsyaAllah jika ain boleh, sahabat juga tentu boleh :)

Terdapat pelbagai cara untuk mencari ilmu Allah walau hanya dihujung jari.Tidak salah, namun sebaik-baiknya biarlah berguru ya sahabat.

Moga perkongsian ini memberi manfaat, insyaAllah.

Daripada hamba kerdil dan hina,
nurainvivian

1 comment:

  1. Great to see that someone still understand how to create an awesome blog.
    The blog is genuinely impressive in all aspects.
    Great, love it.
    mgmdomino

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR