Friday, November 11, 2016

SIBUKKANLAH DIRIMU PERBAIKI DIRI DARIPADA SIBUK MELIHAT KEBURUKKAN ORANG LAIN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat teman, sahabat ain kasihi sekalian. Moga senantiasa dalam lindungan Allah SWT, aamiin.

Dalam berdakwah, menyampaikan kebenaran, kecantikkan Islam pada orang-orang sekeliling tidak kiralah pada muslim atau non muslim, perlulah mempunyai adab-adab tertentu. Sering terjadi dikalangan masyarakat kita yang gemar menegur dengan cara yang agak kasar dan di tempat terbuka.

Andai kita melihat seseorang itu melakukan kemungkaran atau sesuatu yang di luar batas-batas syariat, adalah lebih elok kita menegur dengan berhekmah. Hal ini boleh dilakukan dengan bersemuka dengan sahabat itu sendiri secara peribadi dan berbual, bersembang secara santai agar niat kita untuk menegur ke arah kebaikkan masih mendapat perhatian buat pihak satu lagi.

Usah sesekali menggunakan perkataan yang kesat/kasar kerana kebaikkan yang ingin disampaikan itu takkan terjadi saat kita mengguris perasaan orang lain.Boleh jadi apa yang kita cuba sampaikan itu berlalu begitu sahaja.

Belajarlah untuk memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu sebelum diri kita sibuk memperbaiki diri orang lain. Usah sesekali membandingkan kelebihan yang ada pada diri kita dan beranggapan diri kita lebih elok daripada yang lain.





INGAT!

Buruknya orang lain pada pandangan mata kita...buruk lagi diri kita sendiri.
Hinanya orang lain pada pandangan mata kita...hina lagi diri kita sendiri.

Jangan disangka solat 5 waktu kita sehari semalam menjamin kita ke syurga.
Jangan disangka kita bertudung, menutup aurat sudah menjamin kita mencium bau syurga.
Jangan disangka dengan sedekah atau amal ibadat kita buat selama ini sudah pastikah ikhlas atau riak semata-mata?

Maka, usahlah mendabik dada dan sibuk membuka aib orang lain.Usahlah sibuk membuka keburukkan orang lain sedangkan diri kita sendiri ada buruknya.Usah lagi menilai kekurangan orang-orang disekeliling kita sedangkan diri kita ini lemah tanpa bantuan Allah SWT.

CUKUPLAH!

Mulakan dengan niat, tekad, azam baru untuk berubah dan memperbaiki diri sendiri.Sibukkanlah dengan memperbaiki diri sendiri.Sibukkanlah dengan melihat kekurangan diri melebihi daripada menilai kelemahan orang lain.

Kita kelihatan baik dengan izin Allah SWT
Kita kelihatan hebat dengan izin Allah SWT
Kita kelihatan sempurna kerana Allah SWT tutup aib kita

Astaghfirullah....perbanyakkan istighfar memohon ampun dengan Allah SWT

Muhasabah diri bersama,
nurainvivian



No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR