Saturday, February 27, 2016

BIDANG KESIHATAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Apa khabar sahabat ain kasihi semua?
Rindu bertanya khabar.Moga sahabat semua senantiasa dalam lindungan Allah SWT, aamiin.

Baiklah, rasanya ain tidak pernah berkongsi apa-apa berkenaan kehidupan ain sebagai jururawat bukan?

Sering ain terbaca di media social, individu-individu tertentu yang gemar komen mahupun mengkritik golongan yang bernama jururawat mahupun kakitangan yang bertugas dalam bidang kesihatan ini.

Mengimbau kembali bagaimana profesion ini menjadi pilihan ain setelah tamat SPM amat berkait rapat dengan sejarah ahli keluarga sebelum ini yang pernah dimasukkan ke hospital untuk satu tempoh yang lama.Melalui pemerhatian, ain melihat perawat di hospital tidak kiralah jururawat mahupun doctor berusaha untuk membantu memberikan yang terbaik buat para pesakit.

Setelah berada dalam bidang ini sejak 10 tahun lalu dan pernah berehat beberapa ketika, memberi laluan buat diri ini bermuhasabah...seperkara ain yakini dan sudah pasti sahabat yang bergelar jururawat mahupun doctor atau apa jua bidang berkaitan kesihatan, hampir keseluruhan masa kita digunakan untuk membantu orang lain.Dan hanya sedikit kita dapat gunakan untuk diri sendiri mahupun bersama keluarga.

Berkejaran masa memasuki kerja shift pagi, petang, malam.Perlu berdiri, berjalan, berlari anak sekitar 8-10 jam sekurang-kurangnya dalam satu shift.Bekerja 'extra' shift tatkala semakin banyak kes-kes kritikal memanggil-manggil meminta untuk diuruskan.

Menahan lapar, dahaga, malah memekakkan telinga apabila ada yang gemar meninggikan suara kepada petugas kesihatan seperti kami.

Menjadi seorang jururawat misalannya, tugas kami bukan sekadar menguruskan pesakit semata-mata.Bukan sekadar memberi suntikan semata-mata.Tugas kami lebih sebagai membantu para doctor memerhati dan menyampaikan maklumat terkini dan tepat berkenaan pesakit agar rawatan yang akan dan bakal diberikan adalah bersesuaian.

Ada diantara kita gemar membandingkan antara perkhidmatan yang diberikan di hospital swasta mahupun kerajaan.

Secara jujur dan peribadi, masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.Usah bertegang urat menegakkan siapa yang betul siapa yang tidak.Anda akan lebih faham saat anda berada sendiri dalam bidang ini.

Buat sahabat-sahabat ain yang bernama jururawat, doctor, pakar anaesthetic, pembantu kesihatan, dan ramai lagi sebenarnya yang terlibat dalam bidang kesihatan, termasuklah di bahagian makmal mahupun farmasi.

Anda semua orang-orang hebat.Anda terpilih dengan izin Allah SWT untuk menyumbang kepada umat manusia di atas muka bumi ini.Anda terpilih untuk berkhidmat dan memberi manfaat pada orang-orang disekeliling anda.





Namun ingat, NIATKAN  segala perbuatan kita, pekerjaan kita lillahi ta'ala.Niatkan untuk mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata.Niatkan untuk mendapatkan keampunan Allah SWT.Moga-moga dengan memudahkan urusan orang-orang disekeliling kita, Allah SWT mudahkan urusan kita di akhirat kelak, insyaAllah.

Aamiin :)

Kita tidak mampu untuk bangun malam sehari-hari, kita mungkin tidak mampu melakukan amal ibadat seperti para ahli soleh solihin, para sahabat-sahabat terdahulu.

InsyaAllah jadikan pekerjaan kita ini sebagai ibadah.Hanya Allah SWT sahaja yang menilai baik dan buruk kita.

Semuanya perlukan kesabaran.Yea, ain sendiri juga adakala tercabar, tapi itulah ujian.Bila diuji barulah kita dapat hasilnya kelak bukan... :)

Mohon maaf andai terkasar tulisan mahupun bahasa.
InsyaAllah bertemu lagi di coretan akan datang.

Salam Perjuangan,
nurainvivian





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR