Sunday, May 29, 2016

~ SAAT MATA MEMANDANG...~

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat teman, sahabat ain kasihi.Moga kalian senantiasa tenang dan dalam rahmat Allah SWT.Moga saja sahabat dikasihi senantiasa tabah dalam meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini.

Agak lama tidak menulis.
SubhanAllah, Maha Suci Allah yang begitu hebat mengatur kehidupan manusia.Tidak pernah sesaat itu berlalu tanpa pengetahuan NYA, Tuhan Semesta Alam.

Sejak tamat pengajian lanjutan baru-baru ini dan seterusnya kembali pada kerjaya, rutin harian semakin sibuk.Hari demi hari, saat berlalu begitu sahaja.Adakala hati ini terusik, adakala lemah namun digagahi juga demi meneruskan perjuangan yang tidak pasti sampai bilakah noktahnya.

Saat untuk bertemu Allah, tiada siapa tahu saat pertemuannya.

Layakkah diri ini? Layakkah hamba Mu ini Ya Allah...

Moga saja Allah SWT perkenankan doa hamba NYA...insyaAllah aamiin.

Alhamdulillah ain sedang belajar untuk berdikari, belajar untuk menerima keadaan sekeliling, belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Yea, tidak mudah untuk wanita berniqab yang bekerjaya untuk berniqab sepenuh masa. Pasti dalam hati kecil ini meronta-ronta untuk berniqab sepenuh masa.

Alhamdulillah suasana tempat ain kini bekerja sangat memahami dan menghormati pendirian ain.Pada mulanya agak sukar, namun Alhamdulillah Allah SWT permudahkan perjalanan ain di sini.Mungkin ada yang kurang faham namun mereka amat menghormati.

Alhamdulillah.





Berulang-alik ke tempat kerja berniqab menggunakan pengangkutan awam, pasti membuatkan ramai mata-mata yang memandang.Berada di kawasan awam sememangnya suatu cabaran bagi ain kerana selama ini hanya keluar rumah bersama suami.Namun adakala ain perlu mengatur langkah sendiri berada di tempat awam.

Perasaan takut, gementar, kekok semuanya bercampur-baur.Alhamdulillah rasa cemas itu dapat dikikis perlahan-lahan.

Namun ain berasa gembira saat dapat berniqab dan berabaya setelah waktu kerja selesai.Itulah diri ain yang sebenarnya.Ain selesa dengannya.

Ain sedar ada tanggungjawab yang tergantung di bahu, maka dibuang perasaan negative dalam diri.Saat ini ain perlu focus dengan matlamat ain dan tidak lagi memandang ke belakang.Tidak mudah, dan tidak mustahil juga kan.

InsyaAllah tidak mustahil juga ain boleh berniqab sepenuh masa suatu masa nanti.Moga Allah SWT permudahkan urusan diri ini.Moga sahaja Allah SWT permudahkan urusan sahabat-sahabat ain di luar sana :)

Tiada yang mustahil dalam kehidupan ini.Ain mengambil inspirasi sahabat-sahabat ain yang berniqab namun masih lagi meneruskan kerjaya masing-masing.

Hanya mohon pada Allah SWT agar diberkati perjalanan kehidupan ini dan kehidupan yang seterusnya.Moga Allah SWT bantu kita perbaiki amal diri, moga saja Allah SWT pimpin kita dalam kehidupan ini dan kehidupan seterusnya.Moga sahaja usaha kita diberkati dan diredhai Allah SWT.

Aamiin...

Salam Perjuangan,
nurainvivian


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR